Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KURSUS PENGENALAN IBADAH HAJI DAN UMRAH 2013

TOPIK NAMA PROGRAM

BUTIRAN KURSUS PENGENALAN IBADAH HAJI DAN UMRAH Melahirkan pelajar yang dapat menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadah Umrah dan Haji dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap tajuk ibadah haji dan umrah yang merupakan sebahagian daripada Sukatan Pelajaran SPM. 1. Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 4, iaitu Kaifiat mengerjakan Haji dan Umrah. 2. Pelajar dapat menjalani amali pemakaian ihram. 3. Pelajar dapat melakukan sendiri amali tawaf, saei dan melontar di bawah bimbingan pihak Tabung Haji yang berpengalaman. 4. Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat Islam mengerjakan ibadah haji di Mekah 5. Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji di bawah bimbingan penceramah. 6. Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.

MATLAMAT

OBJEKTIF

TARIKH PELAKSANAAN

08 Februari 2013

SASARAN

Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 2013

TEMPAT

Surau al-Firdaus, SMK Bandar Sungai Buaya

PERSONALIA

Semua guru Pendidikan Islam Pengangkutan peralatan RM 300.00 Penceramah - RM 200.00 Banner - RM 100.00 Sumber Kewangan : Peruntukan Kewangan kegiatan Agama Panitia Pendidikan Islam.

KOS/ SUMBER

PENGISIAN

1. Ceramah 2. Penerangan cara memakai Ihram 3. Simulasi Umrah dan Haji

PENILAIAN/ CATATAN / PENAMBAHBAIKAN

1. Program berjaya dilaksanakan dengan baik dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang ibadah Umrah dan Haji. 2. Kelewatan penceramah tiba di sekolah menyebabkan pelajar tidak sempat melakukan semua bentuk amali Umrah dan Haji. 3. Cuaca hujan lebat juga menyebabkan peserta tidak dapat membuat amali melontar. 4. Peserta tetap bersemangat dan teruja dalam melakukan amali tawaf sambil memakai pakaian Ihram. Cadangan : 1. Program dijalankan di kawasan tanah lapang supaya tidak terlalu padat.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh.

.. ( NAWAL BT ABD KADIR )

. ( TN HJ MOHAMAD YUSOFF B. ANI) PENGETUA SMK BANDAR SUNGAI BUAYA

Anda mungkin juga menyukai