Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2

10 JULAI SEHINGGA 25 JULAI 2013

ANJURAN : GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS KERJA PERLAKSANAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 2013

1.0 PENGENALAN Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar-pelajar Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini,kepelbagaian program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu,satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Selain daripada pengajaran dan pembelajaran berkenaan kemahiran dan ilmu keduniaan, murid-murid PPKI juga perlu diterapkan dengan ilmu-ilmu agama seperti fardu ain dan nilai-nilai murni bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna kepada murid.

Program Ihya Ramadhan ini dianjurkan oleh guru-guru praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi menghidupkan lagi suasana Ramadhan di dalam diri murid-murid PPKI di SK USJ2 ini. Guru-guru praktikum bersama guruguru PPKI SK USJ2 akan dijadualkan untuk menyediakan teks uacapan tazkirah masing-masing.

Program ini juga adalah sebagai satu inisiatif bagi mengisi masa terluang pada rehat memandangkan kesemua murid Islam sedang berpuasa dan tidak ke kantin untuk makan.

2.0 MATLAMAT Program Ihya Ramadhan ini dapat sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk berkongsi serba sedikit ilmu asas tentang agama Islam terutamanya berkenaan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Program ini juga memberi peluang kepada guru-guru untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui kisahkisah teladan sirah nabi. Melalui program ini, kefahaman murid-murid PPKI terhadap asas-asas agama Islam dapat ditingkatkan bagi melahirkan murid-murid PPKI Islam yang mantap. Akhlak dan nilai moral yang tinggi yang menjadi asas di dalam ajaran Islam dapat diterapkan di dalam diri murid melalui penyampaian kisah teladan dari sirah para Nabi.

3.0 OBJEKTIF

a. Membolehkan guru mengesan kesedaran dan penguasaan murid terhadap pengetahuan agama Islam secara lebih terperinci. b. Meluaskan pemahaman murid terhadap ibadat puasa. c. Menerapkan nilai murni di dalam diri murid berpandukan kisah teladan dan cerita sirah Nabi. d. Memperbetulkan asas asas pegangan agama murid seperti kefahaman terhadap rukun islam dan rukun iman. e. Memperbetulkan bacaan bacaan asas di dalam agama Islam murid seperti mengucap dua kalimah syahadah, bacaan Al-Fatihah dan lafaz niat berpuasa. f. Menambah pengetahuan murid terhadap kelebihan ganjaran pahala pada bulan Ramadhan.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN. 15 Julai 2013 sehingga 26 Julai 2013

5.0 SENARAI AKTIVITI

a. Tazkirah Ramadhan b. Kisah Teladan c. Bacaan Tadarrus Al Quran ( Guru sahaja) d. Bacaan Yasin (Guru Sahaja) e. Zikir Ya Hanana (Guru Sahaja)

6.0 MASA

9.10 pagi sehingga 9.30 pagi

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru murid PPKI yang beragama Islam.

8.0 GURU-GURU YANG TERLIBAT

Semua guru-guru PPKI SK USJ 2 yang beragama Islam.

9.0 TAJUK TAZKIRAH DAN KISAH TELADAN

a. Rukun islam b. Rukun iman c. Lafaz niat berpuasa dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa d. Hadis-hadis berkenaan kelebihan di bulan Ramadhan. e. Bacaan Surah Al Fatihah dengan betul. f. Kisah Semut dengan Nabi Sulaiman.

10.0

KEPERLUAN LOGISTIK/ TEMPAT

Bilik Stesen Agama Islam dan Stesen Kemahiran Manipulatif.

11.0

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM : Cik Amarjit Kaur A/P Chanan Singh : Puan Norgayati bt Berahim : Puan Nurizam Bt Zahidi : Wan Husni Hasifuddin Bin Wan Zaki : Mohd Faizzudin Firdaus bin Jaafar : Ain Teo Siok Yin : Izyan Shafinaz Binti Bohari : Semua guru PPKI USJ 2 yang beragama Islam

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Ajk

12.0

JADUAL PROGRAM / MASA

Sila Rujuk Lampiran

14.0 RUMUSAN Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan disamping menimbulkan semangat yang gigih di dalam diri murid-murid PPKI dalam menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil dari sokongan padu daripada seluruh warga PPKI SK USJ2. Dengan adanya sokongan ini dapat mencetuskan suasana pembelajaran yang berkesan seterusnya dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada murid-murid PPKI SK USJ2. Diharapkan semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dengan kondisi yang terbaik.

Disediakan oleh :

.. ( MOHD FAIZZUDIN FIRDAUS BIN JAAFAR) Setiausaha, Program Tazkirah Ramadhan dan Kisah Teladan PPKI SK USJ 2 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Disemak Oleh :

(CIK AMARJIT KAUR A/P CHANAN SINGH) GPK PPKI, SK USJ 2.

Disahkan Oleh :

PUAN NORAIDAH BT NORDIN @ JAMALUDIN Guru Besar SK USJ 2

Anda mungkin juga menyukai