Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM

(SRITI AR-RIDZUAN, MUAR)

KERTAS KERJA
PROGRAM MA’AL HIJRAH
TAHUN 1445 H / 2023 M

TEMPAT:
DEWAN SRITI AR-RIDZUAN

TARIKH:
18 JULAI 2023

MASA:
11 – 12 TENGAHARI
1. PENDAHULUAN

Sambutan Ma’ah hijrah diadakan sempena memperingati penghijrahan Nabi


Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam dan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah
demi menjalankan perintah ALLAH SWT dan menyebarkan agama Islam. Maal Hijrah ialah
diantara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.

Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud perubahan kepada sikap yang lebih positif,
perubahan ketamadunan masyarakat yang beradab dan berakhlaq disamping ilmu agama dan
pengetahuan yang menyeluruh dalam kalangan umat Islam khususnya, penguasaan ekonomi,
sains dan teknologi serta memperbaiki pandangan bukan Islam terhadap Islam. Ianya juga
bertujuan untuk memperingati permulaan tahun baru dalam kalendar Islam dengan
bermulanya Muharram itu sendiri.

2. ANJURAN

Unit Hal Ehwal Akademik SRITI Ar-Ridzuan, Muar.

3. RASIONAL

Sambutan Ma’al Hijrah peringkat sekolah diadakan bertujuan untuk mengingatkan


murid-murid khasnya serta warga sekolah secara keseluruhannya dengan peristiwa-peristiwa
penting dalam kalendar Islam terutamanya bulan Muharram itu sendiri yang terkandung
peristiwa penting dalam sejarah Islam. Antaranya ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wasallam dari Kota Mekah ke Kota Madinah dan juga ‘Hari Asyura’.

4. MATLAMAT

Memberi pendedahan serta penghayatan kepada murid-murid tentang kepentingan


memperingati hari-hari kebesaran Islam.
5. OBJEKTIF

a. Memperingati dan menghayati kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi


Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam serta umat Islam dari Mekah ke Madinah.
b. Memupuk rasa cinta dan kasih kepada ALLAH SWT, para rasul-Nya serta Nabi
Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam dalam diri.
c. Mengambil iktibar tentang pahit getir perjuangan yang ditempuhi oleh para
Anbiya’ dalam menyebarkan syariat Islam.
d. Menjalinkan hubungan mesra dan memupuk semangat Kerjasama dan hormat-
menghormati dalam kalangan warga SRITI Ar-Ridzuan.

6. SASARAN

Warga SRITI Ar-Ridzuan (murid dan pendidik).

7. MAKLUMAT PROGRAM
a. Tarikh : 18 Julai 2023 (Selasa)
b. Tempat : Dewan SRITI Ar-Ridzuan

8. KAEDAH PELAKSANAAN

Program ceramah sempena Ma’al Hijrah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad

El Fateh bin Muhidir.


9. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Ustaz Muhammad Irfan bin Sazali


(Guru Besar SRITI Ar-Ridzuan)

Penyelaras : Ustazah Fatin Nabilah Binti Mohd Adeni

Setiausaha : Ustaz Wan Azrul Aminur bin Wan Hanapi

AJK Protokol : Ustaz Muhammad Irfan bin Sazali

Pengacara Majlis : Ustazah Nur Hanis Fatini binti Salimi

AJK Tempat & Makanan : Ustazah Nur Hanis Fatini binti Salimi

AJK Disiplin & Kawalan Murid : Ustaz Wan Azrul Aminur bin Wan Hanapi

AJK Multimedia & Teknikal : Ustaz Muhammad Ali Hakim bin Wagimin

AJK Dokumentasi & Sijil : Ustazah Fatin Nabilah binti Mohd Adeni

10. TENTATIF PROGRAM

10.30 pagi : Semua murid dan guru berkumpul dan mengambil tempat

10.40 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Ali Hakim bin Wagimin

10.50 pagi : Ucapan Guru Besar, Ustaz Muhammad Irfan Bin Sazali

11.00 pagi : Ceramah Ma’al Hijrah oleh Ustaz Muhammad El Fateh bin Muhidir

12.00 tengahari : Penyampaian saguhati dan sijil penghargaan kepada penceramah

12. 15 tengahari : Majlis bersurai

11. ANGGARAN BELANJAWAN

i. Saguhati penceramah : RM 80
ii. Kos Makanan (Kuih) : RM 5

Jumlah Keseluruhan : RM 85
12. KESIMPULAN

Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang dirancang, mendapat sokongan

dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga majlis berjalan dan berakhir dengan

lancar dan semua pihak mendapat manfaat yang berpanjangan di dunia dan akhirat kelak.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………………
(FATIN NABILAH BT MOHD ADENI) (MUHAMMAD IRFAN BIN SAZALI)
Penyelaras, Guru Besar,
Program Maal Hijrah 1445 H SRITI Ar-Ridzuan

Anda mungkin juga menyukai