Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM MAAL HIJRAH BAGI


TAHUN
2016 / 1437 H

DISEDIAKAN OLEH :

BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN


(BADAR & PAIBA )

SEK. MEN. AGAMA ARAB (JAIM)


AL-AHMADI SUNGAI UDANG
KERTAS KERJA
PROGRAM MAAL HIJRAH
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2016 / 1437 H

1. PENDAHULUAN
Program Maal Hijrah peringkat sekolah merupakan aktiviti tahunan yang
dianjurkan oleh jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ).Program
diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam serta penglibatan semua
warga sekolah.Maal Hijrah adalah permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam.Di
dalam takwim Hijrah asas kalendernya adalah berdasarkan pergerakan bulan
mengelilingi bumi.Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh
umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah untuk meneruskan
penyebaran agama Islam.Namun Hijrah juga boleh dikatakan perubahan daripada sikap
negatif kepada sikap positif.

2. MATLAMAT
Program ini bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati
makna hijrah yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan seterusnya dapat
mengamalkan apa yang terkandung di dalam definisi Hijrah itu.

3. OBJEKTIF
3.1 Menghayati Makna Hijrah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
3.2 Mengamalkan apa yang terkandung di dalam definisi Hijrah yang sebenar.
3.3 Memupuk Nilai-Nilai Murni dan kepentingan Perpaduan Ummah untuk
Dijadikan Amalan Harian.

4. SASARAN
Semua pelajar, guru - guru dan kakitangan sokongan SMA JAIM Al - Ahmadi, Sungai
Udang, Melaka
5. JAWATANKUASA PROGRAM.

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Noriah Binti Haron


Pengetua SMA Arab JAIM Al-Ahmadi.

Timb Pengerusi : 1) Ustaz Hj. Mohd Rasidi B. Abd Rahman


GPK 1 / Akademik.
2) Tuan Hj. Ibrahim Bin Md Noor
GPK HEM.
3) Usatazah Jumaiah Binti Omar
GPK Kokurikulum

Penyelaras Program : Ustazah Sharimah Binti Jusoh ( GKMP PAIBA)


Ustazah Rafiah Binti Ismail ( GKMP DINIAH )

Setiausaha : Ustaz Mohd Helmy Bin Ayub.

Ahli Jawatankuasa : Semua guru Paiba.

6. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 30 September 2016 (Jumaat) Bersamaan 28 Zulhijjah 1437 H

Tempat : Surau At Taqwa SMA Al Ahmadi.


7. TENTATIF PROGRAM

07.20 – 9.00 Pagi : Bacaan Ma’surat dan Surah Yasin,Solat Taubat,Dhuha


dan Hajat

09.00 – 9.20 Pagi : Rehat

09.20 – 9.30 Pagi : Semua pelajar dan guru berkumpul di Surau At-Taqwa.

09.30 – 11.30 Pagi : Ceramah Maal Hijrah


( Ustaz Hj. Nasir Bin Zakaria )

8. PENUTUP :
Pihak penganjur mengharapkan agar program ini dapat memberikan kesan yang baik
kepada pelajar- pelajar setelah menghadiri program ini dan dapat dijadikan sebagai
program tahunan seterusnya tercapai objektif yang telah dirancang.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………………………. .....................................................
( Mohd Helmy Bin Ayub ) (Pn. Noriah Binti Haron )
Setiausaha, Pengetua,
Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) SMA JAIM Al Ahmadi
SMA JAIM Al Ahmadi 2016.

Disemak Oleh

..................................................................
(Tn.Hj.Ibrahim Bin Md Noor )
GPK HEM,
SMA JAIM Al-Ahmadi.

“ INSAN CEMERLANG UMMAH TERBILANG “

Anda mungkin juga menyukai