Anda di halaman 1dari 134

HAKCIPTA TERPELIHARA

Sebarang bahagian di dalam nashkah Cinta Dalam


Ujian ini dilindungi hakcipta dan TIDAK
DIBENARKAN untuk diterbitkan semula atau dijual,
kecuali mendapat keizinan rasmi daripada pihak
penulis.Terima kasih kerana menjaga amanah dan
hakcipta naskhah ini.

Cinta Dalam Ujian 2


Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Setinggi tinggi kesyukuran


kehadrat Allah atas izin-Nya, kami berjaya
menyiapkan Ebook Cinta Dalam Ujian ini. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ebook ini adalah ilham yang Allah berikan


sebagai ikhtiar kami bertiga menyebarkan energi
kasih sayang sesama manusia.

Sesuai dengan seruan guru kami yang mulia,


Datuk Professor Dr Muhaya Haji Mohamad, ebook ini
juga adalah terjemahan daripada kasih sayang
beliau yang tidak putus putus menanam nilai cinta
dan kedamaian dalam jiwa rakyat Malaysia.

Terima kasih buat keluarga, para frontliners


juga seluruh rakyat Malaysia yang menyokong usaha
kami dalam proses penghasilan dan penyebaran
buku ini. Moga kalian, Allah rahmati.

Cinta Dalam Ujian 3


Asal Usul #CintaDalamCovid19

Covid-19 adalah isu semasa yang tersebar di mana


mana. Namanya meniti di bibir masyarakat.

Seluruh dunia membicarakan ‘benci’


tentangnya. Namun kami percaya, Covid-19 juga
adalah makhluk Allah. Ia ciptaan yang bergerak atas
izin-Nya jua.

Justeru, kami percaya yang berkuasa itu


adalah Pencipta. Tiada yang berkuasa melainkan
Allah. Makhluk itu lemah dan tiada daya. Sama
seperti kita.

Guru kami, Datuk Professor Dr Muhaya juga


sering mengingatkan kami untuk sentiasa fokus pada
kasih sayang tanpa syarat kepada semua ciptaan
Allah sama ada yang baik atau yang kurang baik.

Cinta Dalam Ujian 4


Melalui beliau, kami berjaya melatih minda untuk
melihat segala yang berlaku pasti ada hikmah yang
ajaib daripada Allah. Semoga Allah ganjari beliau
Syurga Firdaus.

Subhanallah... Seorang guru kami yang mulia,


Pak Nasrullah juga pernah berpesan tentang hal ini.

Ujian adalah satu bungkusan luaran yang di


dalamnya terdapat manisan. Bungkusan tersebut kita
tidak mahu dan kita ingin buang, yang kita mahu
hanya isi di dalamnya. Yang kita inginkan hanya
kebaikan. Begitulah analogi yang sedang berlaku
sekarang

Kita sedang diuji oleh Allah dengan bungkusan


Covid-19 yang penuh cabaran, namun kami percaya
ada manis di dalamnya iaitu pengajaran dan kasih
sayang Allah. Ada sesuatu yang Allah sedang didik
kami.

Semoga kita semua berjaya menjadi hamba


yang memandang setiap yang berlaku adalah dari
kasih sayang Allah.

Cinta Dalam Ujian 5


Insha-Allah dengan cara itu, kita mendapat nikmat
ketenangan sebagai hamba Allah yang sebenar.

Kepada para pembaca sekalian, boleh


luangkan masa untuk membaca ebook Cinta Dalam
Covid-19 ini bersama keluarga, pasangan dan anak
anak ya.

Mari kita terapkan nilai yang baik dalam


berkasih sayang sesama manusia dan makhluk
ciptaan-Nya. Insha-Allah.

Al-faqirah lillahi taala.


Menggali hikmah dalam musibah,
Nur Hanisah, Saidatul Husna & Amalina Nudin

#AllahDriven
#AnakDidikBondaMuhaya
#BukanDoktorBiasa

Cinta Dalam Ujian 6


Covid-19 menjadi
asbab suburnya
rasa cinta kepada
Tuhan Yang Esa,
juga kasih sesama
makhluk-Nya.

Cinta Dalam Ujian 7


KATA PENGANTAR
OLEH BONDA PROF MUHAYA

Assalamualaikum.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Saidatul Husna,


Dr Nur Hanisah, Dr Amalina Nudin yang saya percaya
ketiga-tiganya merupakan doktor-doktor yang mukminah.

Saya yakin mereka sedang menuju ke arah


profesion doktor yang bukan sahaja menggunakan ilmu
perubatan dengan mata fizikal, tetapi mata hati yang
celik melihat hanya dengan kasih sayang, insha-Allah
semua masalah dapat diselesaikan.

Walaupun kita berada dalam situasi isu virus


sekarang ini, kita perlu beroperasi dari kasih sayang
dalam jiwa yang bersih, dan menyayangi semua makhluk
tanpa syarat. Kita didik diri kita untuk tidak mahu apa-
apa manfaat untuk diri, melainkan memberi sebanyak
mungkin kebaikan untuk ummah.

Kita sedang mendidik semua orang supaya berjiwa


ummati, bukan bersifat individualistik. Bukan untuk
kekayaan, bahagia dan tenang untuk diri atau keluarga
sahaja, namun ingin terus menyebarkan kenikmatan dunia
supaya dirasai oleh semua orang di atas muka bumi ini.

Cinta Dalam Ujian 8


Ini kerana, apabila kita berinteraksi dengan baik
dengan seluruh makhluk Allah termasuk yang hidup atau
tak hidup, yang bercakap atau tidak, akhirnya kita sedang
menikmati kasih sayang Allah, menikmati rahmat Allah.

Niatkan segala kebaikan yang kita dapat itu


memberikan tenaga pada kita, untuk kita beri faedah
yang banyak kepada ummah yang lain pula. Insha-Allah,
saya yakin buku ini akan terus menjadi bacaan yang baik
untuk semua orang samada pada musim wabak atau
selepas musim wabak ini.

Marilah kita sentiasa menjadikan kasih sayang


tanpa syarat sebagai panduan kehidupan. Mengharapkan
Syurga tanpa hisab. Apabila melakukan sesuatu dalam
hidup ini, kita mengikut hukum syariat sebagai tujuan
utama, dan akhirnya kita hanya mencari redha Allah
sebagai tujuan kehidupan.

Kita sentiasa dalam keadaan ingin mengharap


Husnul Khotimah dan mengamalkan konsep hidup yang
satu; Beri Manfaat.

Sekali lagi ucapan tahniah buat ketiga-tiga doktor


ini. Semoga menjadi contoh kepada semua doktor dan
juga ahli profesional yang lain agar menjadi khalifah yang
sedar tujuan terbesar hidup di dunia ini adalah untuk
memberi manfaat.

Selamat membaca dengan mata hati, kerana tulisan


dalam buku ini ditulis dengan hati. Assalamualaikum.

Cinta Dalam Ujian 9


Cinta Dalam Ujian 10
Isi kandungan:

NUR HANISAH
• 10 Perkara Tentang Cinta Covid-19 Sedang Ajar Kita Semua
• Nota Cinta Buat Yang Rasa “Terpaksa” Kuarantin Covid-19
• Sebelum Kuarantin, Jadi Kucing. Masa Kuarantin Jadi Singa. Mak-
Mak, Betul Ke?
• 5 Tips Penting Tentang Parenting Dalam Covid-19
• Air Rahsia
• 7 Perubahan Wajib Berlaku Dalam Diri Kita Sebelum Keluar Dari
‘Gua’!

SAIDATUL HUSNA
• 7 Perkara Wanita Belajar Daripada Covid-19
• Ibu-ibu Tenang
• Tanda tanda Kita orang yang bertuah
• Wanita dan pengurusan emosi.

AMALINA NUDIN
• 7 Perkara Saya Belajar Melalui Covid-19
• 5 Tips Tenang Dalam Covid-19 Cara Prof Muhaya dan Pak Nas
• This Is My Mind Movie

BONUS – TULISAN EKSKLUSIF OLEH BONDA PROF MUHAYA

Cinta Dalam Ujian 11


DR NUR HANISAH

Bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan.


Suka menulis tentang #HospitalTarbiah,
kerana menganggap hospital tempat mencari
hikmah dan tarbiah (didikan) buat hati.

Seorang penulis kepada 11 buah buku


salah satunya bertajuk Doktor Cinderella.

Hari ini sudah mempunyai 10 ribu


followers di Facebook.

Cinta Dalam Ujian 12


1. Guru mula merindukan anak muridnya.
2. Ibu bapa menanti-nanti masa untuk bertemu
anak yang terpisah jarak.
3. Ibu lebih prihatin dengan kebersihan dan
makanan sihat buat suami dan anak-anaknya.
4. Ibu memasak dengan lebih kasih sayang buat
seisi keluarga.
5. Anak-anak/suami lebih menghargai nikmat
masakan hasil air tangan ibu/isteri pada waktu
ini.
6. Isteri berpakaian cantik di hadapan suami.
7. Masyarakat Islam mula merindukan masjid,
tempat sumber kekuatan jasad dan ruh.

Cinta Dalam Ujian 13


8. Manusia lebih menghargai nikmat bersiar-siar
di luar rumah dan bertemu alam.
9. Masyarakat mula menghargai kerja-kerja
frontliners terutama kakitangan hospital yang
terkedepan dalam memerangi wabak ini.
10. Kita bertambah cinta kepada Pencipta makhluk
yang diberi nama Covid-19. Berdoa dengan
penuh harap supaya ia diangkat semula dengan
rahmat dan kasih sayang-Nya.

“Ya Allah, terima kasih Kau ciptakan makhluk ini


sebagai bungkusan hadiah untuk kami lebih
mendekat dan bertambah cinta kepada kepada
Engkau dan sesama manusia di sekeliling kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang mungkin
menjadi asbab turunnya ujian ini.

Dengan kuasa-Mu, kami mohon Kau


selamatkanlah kami dan ambillah semula
bungkusan hadiah ini dari negeri kami dan
tinggalkan bagi kami manis isi di dalamnya.”

Cinta Dalam Ujian 14


Nota Cinta Buat Yang Rasa
“Terpaksa” Kuarantin
Covid-19
Orang yang duduk di rumah bersama keluarga tapi tak
boleh jalan-jalan kata,

“Bosannya duduk rumah.”

Orang yang duduk sorang-sorang, tak ada keluarga, nak


balik kampung tak boleh pula,

“Argh! Terseksa! Untungnya yang masih


bekerja. At least tak bosan macam aku
ni.”

Orang yang ‘terpilih’ untuk bekerja,

“Untungnya mereka. Boleh spend masa


dengan keluarga. We too love our family...
but it’s okay... You just stay at home, stay safe.
Let us work for you.”

Manusia.
Susah mahu nampak sudut lain kehidupan.

Cinta Dalam Ujian 15


Allah jadikan kita terpilih untuk sesuatu.
Hargai itu.

Duduk rumah bukan alasan untuk jadi bosan.


Di tempat kerja, bukan juga alasan untuk
bergelumang kesedihan.

Di rumah, dapat ibadah dengan meraikan


keluarga. Banyak masa baca Quran dan persiapan
hati sebelum Ramadan menjelma.

Di tempat kerja, ibadah dengan pengorbanan


kerana Allah demi kemaslahatan masyarakat dan
negara.

Semalam tertengok FB Live Prof Muhaya. Ada


seseorang komen kata, “Suami saya kena pergi
kerja, Prof.”

Prof terus tegur dengan lembut nadanya,


“Ubah kata-kata. Suami bukan ‘kena’ pergi
kerja. Tetapi dipilih untuk bekerja.”

Saya terus rasa macam, subhanallah! Zasss!

Cinta Dalam Ujian 16


“We stay at work for you. You stay at home for us.”

Pertama kali dengarkan ayat ini, hiba rasanya


hati. Sebesar ini perjuangan frontliners seperti
mereka.

Ada yang sampai terpaksa tukar hospital demi


mengisi keperluan tenaga kerja. Ada yang terpaksa
kerja berhari-hari, sehingga ‘mengabaikan’ keluarga
sendiri.

Saya belum merasa seteruk itu. Pun begitu,


terasa terharu dengan perjuangan mereka yang
terlibat. Ibarat berkorban menjadi tentera dalam
peperangan. Maka…

Kepada kalian yang ‘kebosanan’,


TOLONG BERTAHAN!

Arahan kuarantin adalah amanah buat kita


sebagai ihsan dan kasih sesama manusia.

Cinta Dalam Ujian 17


Anggaplah tempoh kuarantin ini sebagai hadiah
terbaik di bulan ini untuk persediaan menyambut
Ramadan yang tak lama lagi.

Semoga kalian semua sentiasa bahagia di


samping keluarga dan masa lapang yang Allah
hadiahkan.

Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan masih


‘dipilih’ untuk bekerja di lapangan.

Benar. Takutkan ’dia’ berpada-pada. Simpan takut


hanya pada Dia yang menciptakannya.

Namun, jangan juga terlalu berani sampai tak


termakan nasihat dari yang berautoriti. Arahan
kuarantin itu tetap perlu dipatuhi. Supaya wabak ini
berakhir dengan pantas sekali.

Dan kita mula hidup dengan hati yang lebih


mensyukuri nikmat Ilahi.

Cinta Dalam Ujian 18


Cinta Dalam Ujian 19
Sebelum Kuarantin Jadi Kucing.
Masa Kuarantin Jadi Singa.
Mak-Mak, Betul Ke?

Mak oh mak... Dugaan betul ya bila berhadapan


dengan anak-anak di rumah ni.

Mana tidaknya? Habis satu rumah diorang


kerja!
Bertabahlah ya. Anggap saja ini hadiah Allah untuk
beri extra pahala.

Dalam ramai yang bercerita tentang keriuhan


anak-anak, tiba-tiba semalam ada seorang wanita
mesej saya.

Mengadu bahawa dia sedang merancang


untuk kehadiran seorang cahaya mata, namun masih
belum ada tanda positif ke arahnya.

Saya kata pada dia,

Cinta Dalam Ujian 20


“In syaa Allah, Allah akan beri yang terbaik pada
masa yang terbaik. Cuba fikir, berapa ramai ibu
mengandung yang stress fikirkan kandungan dalam
musim Covid-19 ni kan? Syukur, Allah selamatkan
puan.”

Iya. Ramai saja kakitangan hospital yang


bekerja, dalam masa yang sama risaukan tentang
keadaan kandungan mereka.

Silap hari bulan, boleh datangkan risiko


depresi yang memakan diri sendiri. Naudzubillah min
dzaalik.

Allahu Yaa Baari. Allah sebaik-baik Perancang.

Akhirnya saya pesan pada dia.

“Hargai dulu apa yang ada sekeliling kita.


Tambah syukur.” Lalu, saya kongsikan ilmu daripada
guru saya, Pak Nasrullah. “Satu tips yang saya
pernah dengar tentang cara nak dapat anak. Kita
layan anak orang macam anak kita. Bagi hadiah,
doakan dirinya dan sebagainya.”

Cinta Dalam Ujian 21


Dengan harapan moga-moga itu dapat
menenangkan dirinya.

Ini sebuah pesanan besar buat diri saya


sebetulnya.

Syukuri apa saja yang kita ada. Hargai apa


yang ada di sekeliling kita. Bila kita syukur, Allah
akan tambah.

Kita syukur sebab anak aktif bermain, Allah


bagi anak-anak sihat daripada terkena wabak.

Kita syukur sebab rumah bersepah, Allah bagi


mawaddah dan rahmah.

Rahsia Allah itu begitu rahsia. Sampai kita


kena paksa rasa syukur tu setiap masa.

Fake it, till you make it.

Biarlah masa anak buat sepah tu, kita ketap


gigi sambil berkata,
“MasyaaAllah...
pandainya anak mama!”

Cinta Dalam Ujian 22


Sekurang-kurangnya kata-kata itu juga akan
menarik kita untuk lebih meredai setiap satu perkara.
Syukur dengan apa yang berlaku, tenang dan
gembira.

Mak mak, jom jadi penyayang buat anak-


anak!


Kuatkan imuniti mereka dengan
lebihkan dos kasih sayang kita.

Cinta Dalam Ujian 23



Cinta Dalam Ujian 24


5 Tips Penting Tentang Parenting
Dalam Covid-19

Kredit gambar:
Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Ada 5 tips parenting berguna yang mampu bantu


mak-mak dalam membentuk anak-anak yang luar
biasa selepas keluar dari ‘gua’.

Tips ini saya belajar daripada perkongsian


Prof Muhaya dan anak beliau, Dr Atiyah dalam sesi
FB Live mereka.

Cinta Dalam Ujian 25


1. Jaga-jaga dengan bahasa kita dalam puji anak-
anak
Jangan puji benda yang tak boleh ubah, misalnya
kecantikan. Sebaliknya, puji usaha yang boleh
diperbaiki dan ditingkatkan.

Ini untuk elakkan daripada anak menilai fizikal


dan meletakkan itu nilai tertinggi dalam kehidupan.
Di samping menghormati anak-anak yang lain yang
mungkin tak memiliki fizikal yang sama. Mungkin
merreka diam, tapi sedang makan dalam.

Puji fizikal: “Cantiknya kaklong!”


Kakngah mungkin akan terasa.

Puji usaha: “Bagus kaklong, rajin jaga baby!”


Kakngah akan usaha untuk jaga baby juga.

Cinta Dalam Ujian 26


2. Ajak anak kemas rumah ikut minat yang dia
suka buat
Dalam fasa ini, peluang untuk ibu bapa ajak anak-
anak memainkan peranan mereka dalam mengemas
rumah. Tak semua anak suka membantu.
Ibu yang cerdik, tahu cara untuk buat aktiviti
mengemas jadi satu perkara yang menarik. Anak
anak akan suka mengemas apabila mereka minat.

Tanya apa yang mereka suka buat.

“Ok! Kaklong nak buat apa?


Kakngah nak buat apa?”

Cinta Dalam Ujian 27


3. Jangan compare anak kita
Membanding-bandingkan anak boleh jadi sangat
melukakan! Silap-silap boleh buat dia jadi seorang
yang tak percaya diri. Bahkan boleh membunuh
kebolehan sedia ada dalam diri!

Contoh: “Adik ni, kenapa malas sangat cuci


pinggan? Tengok abang tu. Rajin je.”
(SALAH)

Alternatif lain, kita boleh puji kebaikan.


Macam poin nombor 2 tadi lah!

Cinta Dalam Ujian 28


4. Mengaku kelemahan dengan anak kita.
Be vulnerable dengan anak kita. Andai termarah
anak, minta maaf dengan mereka. Mengaku
kelemahan diri.

“Mak minta maaf. Mak termarah tadi. Mak


penat sangat. Tak dapat kawal diri.”

Biasanya, anak yang ruh mereka bersih itu


akan faham. Malah bertambah sayang.

Cinta Dalam Ujian 29


5. Pupuk jiwa besar dalam diri mereka


Sebelum tidur, tanya dua soalan ini kepada mereka.

Apa perkara yang paling buat awak rasa


syukur hari ini?

Apa yang buat awak rasa bangga hari ini?

Dua soalan ini membantu mereka untuk tidur


dalam keadaan emosi positif yang masuk ke dalam
minda separa sedar.

Cinta Dalam Ujian 30


Allah sebut dalam Al-Quran, anak-anak ini adalah
perhiasan.

Persoalannya buat kita,


Nak anak jadi trofi kejayaan semata-mata?

🏆
Atau nak jadikan dia seorang
khalifah yang bermanfaat buat
seluruh umat manusia?

Maka, dalam fasa kuarantin ini, jom sama-


sama belajar cara terbaik dalam mendidik anak-
anak kita!

Cinta Dalam Ujian 31


Air Rahsia

Dulu saya selalulah dengar bonda Prof Muhaya


Mohamad sebut tentang sejenis air ni. Tapi masa tu
resepi ni rahsia lagi. Saya tak tahu sebab belum
datang rezeki join Prof Muhaya Circle (PMC).

Jeles je setiap kali jumpa geng KakLong PMC,


Kak Sai dan Kak Malin, diorang asyik duk sebut
pasal air ni.

Terlintas untuk tanya apa resepi rahsia. Tapi,


menghormati Prof yang pasti simpan rahsia ni hanya
buat mereka yang dah berdaftar sebagai ahli PMC,
saya pendamkan saja hasrat di hati.

Hanya sampai lepas jadi KakNgah PMC,


barulah saya tahu resepi air rahsia ini.

Cinta Dalam Ujian 32


Tapi sekarang, subhanallah!

Bonda buka pula rahsia dalam hampir setiap


kali Live di FB! Semata-mata ingin sebar manfaatnya
kepada semua dalam berhadapan dengan Covid-
19.

Bukan! Bukan untuk merawat atau mencegah


penyakit ini! Tidak sama sekali saya katakan begitu!
Ada pula yang salah tafsir nanti. Air ini adalah untuk
badan kita rasa lebih sihat. Lebih bertenaga. Kerana
ia mengandungi bahan semulajadi yang biasa ada
di dapur kita.

Hanya kerana salah satu cara tingkatkan


imuniti badan untuk melawan jangkitan adalah
dengan makan makanan yang sihat. Ditambahi
pula dengan minda yang positif, sistem imuniti
akan jadi tinggi.

Cinta Dalam Ujian 33


Kata bonda, “Air ini dapat bantu
meningkatkan imuniti. Sudah pasti dengan khasiat
semula jadi yang Allah jadikan dalam setiap bahan
yang digunakan.”

Jadi jom! Saya panjangkan pahala bonda


dengan kongsikan kepada kalian pula!

Rahsia Resepi Air Siraman PMC


1. Bunga cengkih
2. Bunga lawang
3. Buah Pelaga
4. Kunyit hidup - sebesar ibu jari, dihiris
5. Halia - sebesar ibu jari, dihiris
6. Serai - 3 batang, dititik
7. Kayu manis
8. Biji ketumbar

Mudah saja! Masukkan semuanya ke dalam


jag atau cawan. Tuangkan air mendidih. Siap untuk
dihidangkan!

Boleh guna banyak kali katanya. Tambah saja


air lagi bila mahu guna. Nak minum sejuk atau panas,
terserah saja pada tuannya.

Cinta Dalam Ujian 34


Oh ya! Walaupun namanya air siraman, tapi ia
untuk diminum ya! Bukan untuk disiram atas tubuh
kita. Haha.

Anggaplah ia untuk siram hati kita. Gitew!


Baik! Happy tak dapat resepi rahsia?

Kongsikan resepi ini kepada orang tersayang


sekali ya!

Sambil berdoa,

“Ya Allah, Kau berilah pahala kepada Datuk


Prof Dr Muhaya Mohamad asbab beliau
berkongsi kebaikan air ini kepada kami.
Ganjarilah beliau dengan Syurga tertinggi.”

Jom semua rakyat Malaysia jadi sihat dan


positif. Kita jaga kita!

Cinta Dalam Ujian 35


Posting asal saya tentang Air Rahsia

Cinta Dalam Ujian 36


7 Perubahan Yang
Wajib Berlaku Dalam Diri Kita
Selepas Keluar Dari ‘Gua’!
Cinta Dalam Ujian 37
So setakat ni?
Apa perubahan yang korang dah alami?

Ke tak ada perubahan?


Sibuk layan rasa bosan?

Jangan macam tu, kawan!

Gunakan peluang berharga ini untuk


kebaikan diri kita. Kalau tak, percayalah! Sia-
sia!

Jom saya kongsi 7 perkara yang kita perlu


pastikan ada dalam diri kita selepas keluar dari gua.

Cinta Dalam Ujian 38


1. Sayang semua orang
Berapa hari kita kuarantin ni, tak jumpa orang pun
kan? Tak bersosial. Kalau keluar pun, boleh kira
dengan jari je berapa kereta yang ada atas jalan
raya. Fuh. Hidup macam dalam cerita zombi gitu.
Scarynyaaa!

Rindu tak nak tengok manusia?


Rindu.

Semua orang yang kita lihat nanti pun merasai


yang sama. Semua pun baru keluar dari gua. Semua
rindu dan sayangkan kita.

Terbitkan rasa sayang setiap kali tengok


semua orang yang kita lama tak jumpa bahkan yang
baru jumpa. Hargai setiap mereka yang kita pernah
jumpa dalam hidup kita. Termasuklah bos
‘penyayang’ yang sering menegur kesalahan kita.

Kita mula sayang tanpa syarat


kepada semua manusia!

Cinta Dalam Ujian 39


2. Menghargai alam
Sepanjang tempoh kuarantin ini, ya kita puas rasa
sunyi. Kita mula hargai sekecil-kecil perkara yang
ada sekeliling kita.

Lihat awan yang biru, kita jadi terharu.


Dengarkan bunyi burung bercicip, cengkerik ber’krik
krik’. Hidu bau hujan. Masyaa-Allah! Nikmat!

Baru kita tahu, rupanya kita tidak


keseorangan. Baru kita perasan.

Allah ciptakan makhluk-makhluk selain manusia


ni adalah untuk menghiburkan kita. Di saat manusia
tak ada, tapi makhluk-makhluk lain ini sentiasa
menemani kita.

Kita mula hargai setiap ciptaan Allah


selain yang dinamakan manusia.

Cinta Dalam Ujian 40


3. Suka memberi
Ya Allah! Saya tengok dalam ujian yang kita sedang
terima ni, ramai betul orang memberi.

Ada orang beri alat bantuan dan makanan


kepada frontliners. Ada yang hulurkan kepada
golongan asnaf. Tak kurang, ramai yang memberi
kepada keluarga sendiri.

Ada orang, beri dengan buat banyak-banyak


sesi live di FB.

Ada orang tu, beri ebook percuma. Sampai


buat saya dan Sahabat Bertiga pun nak ikut sama!

Jadikan kita salah seorang yang memberi tu.


tak mampu dengan ringgit, dengan tenaga. Tak
mampu dengan tenaga, dengan doa dan sokongan
moral kita.

Baru kita sedar, rupanya setiap dari


kita ada ‘senjata’ memberi yang
berbeza-beza!

Cinta Dalam Ujian 41


4. Lebih pembersih dan jaga kesihatan
Wah wah wah! Inilah antara perkara yang paling
ketara kita syukurkan.

Masyarakat Malaysia makin pembersih dan


menjaga kesihatan.

Amalan cuci tangan dan membawa hand


sanitizer ke mana-mana.

Kita mula sedar, untuk menjaga


keamanan negara dan masyarakat
sekeliling kita, kita perlu bersih dan
sihat sentiasa!

Cinta Dalam Ujian 42


5. Positif
Sepanjang tempoh kuarantin ini, banyak ilmu dan
bahan bacaan yang dapat kita khatamkan.

Ibu bercita-cita memberi yang terbaik untuk


keluarga. Bapa pula sentiasa memikirkan cara
selamat untuk melindungi keluarga mereka.

Semua orang berhenti menyalahkan.

Satu Malaysia mula fikirkan yang baik-baik


untuk generasi masa hadapan. Semua mula
bayangkan Malaysia yang aman, bebas dari Covid-
19 yang menekan.

Kita yakin dan percaya, semua yang


berlaku di atas dunia adalah dengan
izin-Nya jua.

Cinta Dalam Ujian 43


6. Nikmat syukur
Kita fokus syukur betapa masih ramai rakyat
Malaysia yang terselamat. Betapa ramai yang masih
sihat.

Syukur hidup dalam sebuah negara yang


bebas daripada penyakit di dalamnya.

Kita bertambah syukur setelah apa yang


berlaku sepanjang tempoh lockdown ini.

Dan kesyukuran kita berganda


membayangkan Malaysia bebas dari serangan
Covid-19.

Kita yakin dan syukur, Allah sebaik-


baik pengatur.

Cinta Dalam Ujian 44


7. Hamba yang taat. Khalifah yang
bermanfaat.
Bak kata Prof Muhaya, salah satu hikmah terbesar
dalam situasi ini, adalah apabila kita semua jadi
lebih usaha untuk khusyuk dalam solat.

Kita mula berdoa dengan hebat supaya


Allah angkat ujian ini dari negara yang kita
kasihi.

Kita jalankan tanggungjawab khalifah


yang memberi manfaat kepada seluruh isi
bumi.

Kita mula sedar bahawa kita hanyalah


hamba yang boleh saja tewas dengan
sekecil-kecil makhluk yang tak terlihat di
pandangan mata.

Dalam masa yang sama, kita yakin penuh


harap bahawa Dia juga berkuasa
Mematikan makhluk tersebut sebagai bukti
rahmat-Nya.

Cinta Dalam Ujian 45


Inilah dia 7 perubahan yang patut kita
suburkan sepanjang tempoh lockdown ini.

Tempoh kuarantin ini adalah peluang


masa terbaik untuk kita semua upgrade diri!

Niat kuat-kuat dalam hati.

“Lepas habis je kuarantin ni, aku nak


jadi manusia yang lain daripada aku yang
sebelum ni!”

Setiap kebaikan yang kita buat dalam diri


kita, kita sedang mengubah dunia.

Kiamat sudah mendekat. Marilah kita bersedia


menjadi manusia yang hebat.

Bakal tentera frontliners untuk


kejayaan umat Nabi Muhammad!

Cinta Dalam Ujian 46


Kiamat sudah
mendekat.
Marilah kita
bersedia
menjadi
manusia
yang hebat.

Bakal tentera
frontliners untuk
kejayaan umat
Nabi Muhammad!

- Nur Hanisah
Cinta Dalam Ujian 47
DR SAIDATUL HUSNA

Seorang ibu kepada anak yang bernama


Soleh.

Suka menulis tentang kewanitaan dan


penjagaan emosi di Facebook dan Channel
Telegram. Penulis kepada buku Formula
Penjagaan Diri Anak Perempuan.

Mempunyai seramai 18 ribu followers di


Facebook. Setakat ini, sebanyak 10 artikel
beliau di Facebook mendapat perkongsian
semula dalam majalah digital Mingguan
Wanita.

Cinta Dalam Ujian 48


Tanda-Tanda Kita
Orang Bertuah

Kata orang, tuah manusia itu misteri. Tiada siapa


yang tahu.

Walaupun tiada siapa yang tahu, tetap ada


beza bagi orang yang sedar mereka itu bertuah.
Tindakan mereka banyak berubah, begitu juga gaya
fikirnya.

Ada 7 tanda-tanda seseorang itu bertuah.


Point di bawah saya belajar daripada perkongsian
Prof Muhaya dan Pak Nasrullah.

Mari kita lihat satu persatu.

Cinta Dalam Ujian 49


1) Kita ini bertuah jika sedar hidup bukan lagi
tentang saya. Hidup ini tentang KITA. Kalau orang
lain bahagia, saya akan bahagia.
Kalau saya bahagia, orang lain pun akan bahagia.

2) Kita bertuah selepas sedar Allah itu sebaik baik


perancang. Kita pun memilih untuk bersangka baik.
Kita tawakkal dulu, kemudian baru usaha dan doa.

3) Kita bertuah jika perkataan harian sudah berubah


daripada ‘Apa yang saya DAPAT hari ini?', kepada
‘Apa yang saya boleh BERI hari ini?'.

4) Kita bertuah jika banyak sedar diri daripada


sedar orang. Disebabkan tidak mudah mengubah 7
billion manusia yang lain, akhirnya kita terbiasa
dengan ucapan ‘Anda yang betul, saya yang
salah.'

Cinta Dalam Ujian 50


5) Kita bertuah jika percaya wang itu hanyalah alat,
bukan tujuan. Akhirnya kita tenang. Dunia hanya di
tangan, bukan lagi di hati.

6) Kita bertuah jika mula hidup cara sederhana. Kita


lebih menikmati dinginnya air sungai berbanding
tingginya ombak pantai.

7) Kita bertuah jika memiliki gelaran muslimah. Dari


situ kita sedar, dalam 3 bilion wanita dunia, rupaya
kita terpilih untuk berada dalam islam.

Teringat pesanan daripada guru tersayang, bonda


Prof Muhaya, tiga perkara yang menentukan siapa
kita 5 tahun akan datang adalah:

✅Apa bacaan kita


✅Siapa guru kita
✅Siapa kawan kita.

Daripada ketiga tiga inilah, akan datang kesedaran,


benarkah kita ini insan yang bertuah, ataupun
sebaliknya.

Cinta Dalam Ujian 51


Orang perempuan ini hebat.
Mereka umpama serbuk teh yang berada
di dalam bungkusan.

Tidak pernah terserlah kekuatan sebenar.


Sehinggalah ada air panas yang merubah
warnanya dalam rendaman.

Kuasa hero dalam diri wanita sangat besar


sebenarnya. Ada akal dan Rahim,
ada bijaksana dan kasih sayang.

Kecantikan sebenar wanita terletak pada


nilai solehah. Kerana dalam itu ada
penyejuk mata, ada penawar hati, dan
juga penajam fikiran.
- Saidatul Husna

Cinta Dalam Ujian 52


Wanita Dan Pengurusan Emosi

Sebenarnya tekanan itu biasa, sebab kita ini manusia


biasa.

Yang luarbiasa adalah apabila kita sedar,


selain daripada tekanan ini, Allah anugerahkan kasih
sayang lain, yang lebih banyak kepada kita.

Cuba kenangkan semula.

Kita mungkin tinggikan suara hanya sekali,


namun berbalas suara rendah dan perlahan
sebanyak 30 kali.

Kita merajuk dengan suami hanya sekali dua,


berbalas taat sepenuhnya hampir sepanjang hari.

Kita menangis hanya sekali dua, berbalas


senyuman ikhlas hampir sepanjang hari.

Cinta Dalam Ujian 53


Itulah perjuangan sebenarnya. Kita berusaha
sehabis daya, mengekalkan kasih sayang dalam
diri.

Mengikut kajian, wanita dibekalkan dengan


hormon bahagia yang tinggi di dalam badan
mereka.

Contohnya sewaktu melahirkan anak, ada


hormon yang dinamakan sebagai oksitosin, yang
akan dilepaskan dengan begitu banyak semasa
proses bersalin dan sewaktu menyusukan anak.
Oksitosin ini adalah hormon gembira, yang wanita
perlukan untuk menenangkan diri.

Selain oksitosin, hormon gembira yang lain


adalah dopamin dan serotonin, juga merupakan
bekalan hormon pengasih untuk wanita.

Istimewanya wanita ini, kita banyak hormon


penenang, cuma diuji dengan kecelaruan emosi
sahaja.

Sebab itu kita perlukan zikir, sebagai cara untuk


menyeimbangkan keadaan jiwa dan emosi.

Cinta Dalam Ujian 54


Pada zaman dahulu, semasa pemikiran
sufisme menjadi fenomena, terdapat seorang wali
Allah yang sangat terkenal di kota Basrah, namanya
Rabiatul Adawiyah.

Kealiman Rabiah melangkaui ulamak-ulamak


lelaki pada zaman itu. Kisahnya tersebar ke seluruh
negara.

Rabiah berjaya mengubah konsep ibadah,


daripada takut dan berharap pada Allah, kepada
cinta dan keasyikan kepada Allah.

Disebabkan cinta yang mendalam kepada Allah,


akhirnya Rabiah kekal memilih untuk tidak beribadah
kerana takut, tetapi beribadah kerana cinta dan
keikhlasan sahaja.

Dari situ terbukti, wanita sememangnya


cenderung untuk memilih kasih sayang sebagai jalan
utama kehidupan.

Ini antara contoh tokoh yang baik yang


membuktikan, kita sebenarnya sarat dengan cinta.
Kita mulia dan sederhana. Kita sukakan kelembutan,
tidak suka kekerasan.

Cinta Dalam Ujian 55


Jangan bersedih sangat jika diuji rasa serba
salah. Terpukul anak, tertinggi suara, termasam
muka, ter-itu ter-ini. Itu biasa.

Yang luarbiasa ialah bila kita belajar cara


atasinya dengan ilmu agama, kewanitaan,
psikologi dan parenting.

InshaAllah perlahan-lahan, kita berubah ke


arah yang lebih baik. Ke arah mendahulukan kasih
sayang berbanding emosi yang sia-sia.

Jom sebarkan kasih sayang tanpa syarat.


InshaAllah itu sahaja kebahagiaan untuk jiwa kita
sentiasa tenang di dunia dan di akhirat.

Cinta Dalam Ujian 56


Ibu-ibu Tenang

Terbaca status seorang ibu petang tadi.

“Dua hari ini, boleh dengar suara jiran terutamanya mak-mak.


Pagi-pagi masih lembut. Tengah hari sudah ada garang. Bila
dah petang makin berubah. Jadi suara singa, harimau dan
naga.”

Hehe. Senyum sorang-sorang.

Betul lah tu. Sifat wanita ini mudah penat,


sebab itu mereka cepat stress dan mudah tinggikan
suara.

Wanita adalah penentu cuaca rumahtangga,


kalau emosi mereka baik, satu keluarga akan baik.
Kalau emosi mereka kelam kabut, satu keluarga
haru biru.

Cuma begitulah, memang kita mudah penat.


Dalam keadaan dunia sedang tenat, semua tak boleh
keluar rumah pula, fizikal kita terperangkap.

Cinta Dalam Ujian 57


Bila berlaku begini, kita tak mahu jiwa pun
terperangkap sama. Jiwa kita masih bebas
menikmati keindahan hidup sebenarnya. Kita ada
suasana dalaman yang perlu dijaga.

Ada beberapa TIPS KAWALAN EMOSI untuk


bantu wanita terutamanya ibu ibu. Boleh cuba cara
ini untuk kekalkan positiviti dalaman ya.

Mulakan waktu pagi dengan mendengar kata kata


yang baik untuk diri. Dalam Bahasa Inggeris, ia
dipanggil sebagai words of affirmations.

Contoh kata-kata affirmation ini seperti :

i am a good wife, i am kind, i


am solehah, i am joy, i am
smart, i am helpful, i am
beautiful, i solat on time, i
am happy, i am an excellent
mother!

Cinta Dalam Ujian 58


Kata-kata ini boleh dibaca atau dipasang
dalam bentuk audio juga.

Kajian membuktikan positive self talk seperti


affirmation ini mampu merangsang minda separa
sedar kita, seterusnya membantu emosi kita
berada dalam keadaan baik sepanjang hari.

Kata-kata positif di atas selendang ini adalah idea inspirasi daripada Prof Muhaya
dan anak beliau, Dr Atiyah. Pesan bonda, kata kata positif sangat penting untuk
membentuk jati diri yang baik. Boleh ikuti kedua dua tokoh inspirasi ini di instagram
@profmuhayaofficial dan @dratiyah.

Cinta Dalam Ujian 59


Selain daripada affirmation, saya ada satu analogi
untuk membantu ibu ibu lebih tenang.

Kita semua biasa guna google map, atau waze


kan. Semasa dalam perjalanan, jika laluan kita
terpesong, kita akan tekan satu butang yang bertulis
recentre. Fungsinya supaya kita berada pada fokus
yang betul.

Begitu juga kehidupan kita. Sewaktu tertekan,


kita perlu dapatkan sesuatu untuk berada dalam
mode 'recentre' ini.

Maksudnya bila kita penat, caranya bukan


dengan marah anak. Bukan pukul anak. Bukan
tinggikan suara pada suami. Bukan juga bermasam
muka pada mak ayah.

Caranya ialah tekan butang recentre ini untuk


dapatkan balik tenaga yang hilang.

Sebagai orang islam, butang recentre


kita ialah kembali kepada Allah. Duduk
sekejap, rehat, zikir dan istighfar.

Cinta Dalam Ujian 60


InshaAllah dengan zikir dan istighfar, cepat kita
dapat mode ketenangan itu sebab hanya dengan
mengingati Allah, jiwa akan tenang.

Bantu keluarga kita gembira dengan ketenangan


kita. Jaga lingkungan kecil kita.

Mulakan dengan kata positif pada diri.


Berdoa agar kita semua bebas dari Covid-19.
Dalam masa yang sama, sentiasa tekan butang
recentre, agar selalu dalam keadaan ingat Allah
disamping usaha dan tawakkal kita.

Insha-Allah dengan dua cara ini, penat macam


manapun, kita akan lebih rileks, tenang dan bahagia.

ini butang
recentre

Cinta Dalam Ujian 61


Wanita hebat belajar
dari mata hati.
Mereka berhenti
menafsir dari mata
fizikal. Sebab itu
mereka cepat belajar.
Mereka nampak
setiap hikmah itu,
sangat bermanfaat
dalam kehidupan.

Jom stay at home with love.


Learn something from trials.
We are all awesome,
we love to spread love and
happiness.

Cinta Dalam Ujian 62


7 Perkara Wanita Belajar
Daripada Covid-19

1 Kita mula menerima yang hidup ini sederhana. Kita sedar


sekuat mana pun usaha kita, kita akan kembali pada perkara asas,
iaitu keluarga.

2 Kita berhenti menyalahkan dunia luaran. Kita fokus pada


dunia dalaman, kembali kepada keluarga dan menyayangi mereka.

3 Kita sedar kita tidak mampu ubah dunia. Akhirnya kita pilih
untuk ubah diri, kawal emosi sendiri.

4 Kita berhenti mengangkat pangkat.


tetap kembali menjadi seorang isteri dan ibu.
Baik atau tidak, kita

5 Kita percaya hidup wanita itu sederhana. Cukup dengan


senyuman, satu keluarga boleh bahagia.

6 Kita belajar bahawa, sekecil-kecil perkara boleh membunuh


dunia. Kita pun mencari perkara kecil yang membunuh keluarga kita.
Bukan pembunuhan fizikal, tetapi pembunuhan jiwa mereka.

7 Kita mula menghargai organ rahim, yang bermaksud kasih


sayang. Kita pun sedar, biar dalam wabak, atau keadaan huru-hara,
asalkan kita tenang, kita akan menang.

Cinta Dalam Ujian 63


Cinta Dalam Ujian 64
DR AMALINA NUDIN

Bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan.


Penulis kepada 9 buah buku sejak bergiat
aktif dalam penulisan buku 4 tahun lepas,
ketika zaman masih belajar dalam bidang
Perubatan.

Suka mengajar, maka dihasilkan pula


Amalina’s Notes yang menjadi bahan bacaan
bantuan kepada doktor-doktor pelatih di
Malaysia.

Sangat suka menulis dan berkongsi


inspirasi di Facebook! Diikuti oleh 13 ribu
followers!

Cinta Dalam Ujian 65


7 Perkara Yang Saya Belajar
Melalui Covid-19

1. Allah Maha Kuasa


Daripada tiada langsung virus ini, tiba-tiba pula ia
muncul. Aneh tapi benar. Pelik tapi real. Begitu juga
manusia sebenarnya. Pernah setiap orang dari kita
ini, tak pernah wujud pun, kemudian Allah buat jadi
ada. Betul kan?

Hanya dengan Allah kata,


‘Kun (Jadi!)’ maka jadilah!

Allah Maha Berkuasa! Manusia tiada kuasa.


Yakinlah! Kita yang ramai-ramai hidup ni, boleh je
sekelip mata Allah mentiadakan. Yakin! Percaya!

Virus pun begitu juga. Allah boleh je nak


hapuskan sedetik cuma. Alam ini, Dia yang jaga. Doa
adalah senjata utama kita.

Cinta Dalam Ujian 66


2. Duit Bukanlah Benda Paling Penting
Melalui peristiwa sekarang, baru kita tahu yang
rezeki paling penting dan nikmat utama Allah pernah
bagi adalah nikmat sihat. Bukan duit. Bukan kaya.
Bukan material. Sihat itu sangat nikmat rupanya.

Ada duit, tapi kita sakit... rasanya penting dan


utamakah duit kita ketika itu? Kita akan teringat dan
sayangkan duit ke ketika itu? Masa tu, kita sanggup
tiada duit, asal dapat sihat.

Kita akan teringat akan nikmat sihat yang


selalu kita pandang enteng. Bestnya tidak demam.
Nikmatnya tidak batuk.

Semua antara kita sekarang pun sedang


mengejar status sihat. Tak berebut nak kaya, tak
berebut pangkat!

Cinta Dalam Ujian 67


3. Kena Paksa Duduk Rumah
Allah sedang ‘memaksa’ untuk kita duduk rumah.
Menyantuni ahli keluarga. Berjumpa mata. Bercakap
dan bercerita.

Sebagaimana Ashabul Kahfi Allah jaga untuk


berada di dalam gua, Allah sedang suruh kita duduk
di rumah.

Biasanya kita tiada idea nak berbual dengan


keluarga.

Tiba-tiba di musim ini. Sebut je pasal makhluk


halus bernama “C”, laju dan penuh je idea nak
bercakap. Kan? Jadi semangat! Penuh idea nak
borak!

Cinta Dalam Ujian 68


4. Ujian Waktu Lapang
Jika kena kuarantin, Allah sedang memberi ujian.
Apa yang kamu buat disaat Allah hadiahkan 14 hari
untuk berehat.

“Marathon movie dan youtube kah. Yang baik


atau sebaliknya kah?”
“Baca buku?”
“Menulis buku?”
“Dengar ceramah baik kah?”
“Menulis dan sebar-sebarkan tulisan kebaikan
atau sebaliknya?”

Senang je nak jadikan motivasi untuk kita jadi lebih


baik di musim ini, fikir je “Kalau aku mati esok,
apa yang aku share dan tulis ni, boleh jadi
saham pahala ke?”

Cinta Dalam Ujian 69


“Ke ia jadi debit dosa?”. Kita akan fikir seribu kali
sebelum sebarkan ilmu tak pasti. Takut ter-viral berita
palsu. Takut sangat!!!

‘Kalau aku mati esok ni, matilah aku, penuh dosa


orang sebarkan berita ini. Aku dah la pahala tak
banyak mana. Nanti pahala aku jadi negatif pula’

Kita nak, apabila kita mati, dosa kita mati. Pahala


kita terus hidup.

“Lebih baik tak sebarkan benda betul, dari


tersalah sebarkan benda tak betul”. Pegang
prinsip ini untuk kurangkan potensi dosa dari
membiak.

Cinta Dalam Ujian 70


5. Ingat Mati
Kita lihat orang tu meninggal.
Orang ini meninggal.
Di Itali dah berapa yang meninggal.
Ia boleh menjadi muhasabah untuk kita ingat mati.

Kita bukan takut mati. Kita takut


amalan kita tak cukup banyak untuk
bekalan selepas mati. So, menjadi motivasi
untuk lebih banyak berbuat kebaikan. InshaAllah.

Cinta Dalam Ujian 71


6. Semua Jadi Tak Cakap Buruk Pasal Orang
Semua di antara kita jadi takut nak mengumpat.
Takut nak mengata. Sebab tak nak tambah dosa.

Semua orang jadi mudah nak dengar mengaji.


Semua jadi senang nak dengar zikir. Semua hati jadi
lembut, dengar ceramah yang viral, hati mudah
terima kerana kurang dah berbuat dosa. Harapnya!

Alhamdulillah. Jadikan ini sebagai tabiat untuk


kita teruskan lembutkan hati, dan suka dengar
ceramah-ceramah kebaikan! Semoga istiqamah
sampai bila-bila.

Cinta Dalam Ujian 72


7. Jadi Kreatif
Sebab kita takut umur tak panjang mana, jadi lebih
kreatif nak memberi manfaat. Rasa nak buat ini, nak
buat itu. Rasa nak bagi percuma ini, percuma itu.

Nak share tulisan ini, share tulisan benda tu.

Andai Allah takdirkan ajal kita di


usia muda, kita tak ralat mana.

Kerana ada bekal yang kita tinggalkan, untuk


dibawa saham pahala ke alam sana. Inshaa-Allah.
Sentiasa rasa nak berlumba kearah kebaikan.

Cinta Dalam Ujian 73


5 Tips Tenang Dalam Covid-19
Cara Prof Muhaya dan Pak Nasrullah

Kita nak bertenang dalam isu ni bukanlah untuk kita


mudah keluar rumah dan berkeliaran sesuka hati.
Bukanlah untuk ajar dan ajak kita semua jadi
ignorant.

Saya menulis ini untuk kita kekalkan hati yang tenang


supaya rezeki kesihatan senang nak hinggap dan
membasahi kita.

Saya cuba tulis apa yang saya belajar melalui Prof


Muhaya dan guru terbarunya Pak Nasrullah dalam
menjaga ketenangan hati dalam setiap apa yang
berlaku. Prof Muhaya dan Pak Nasrullah merupakan
dua orang guru saya secara tidak langsung.

Kita nak :
Cakna but tenang.
Berjaga-jaga tapi masih tenang.
Mencari hikmah dalam musibah.

Cinta Dalam Ujian 74


1. Gembira | Bahagia | Tenang
Jom berkenalan dengan konsep ini.

Gembira adalah melalui material.


Dapat duit kita gembira. Dapat orang belanja kita
gembira. Kena ada ‘alat’, baru kita gembira dan
happy.

Bahagia itu dengan manusia.


Bahagia dapat sama-sama dengan keluarga, dapat
berjumpa rakan rapat. Itu bahagia.

Yang paling best sekali adalah TENANG.


Perasaan tenang ni, tiada makhluk di atas muka bumi
ni boleh bagi, kecuali Allah. Tenang adalah antara
kita dan Allah. Bukan sebab harta benda. Bukan
sebab manusia. Kalau dapat perasaan tenang ni,
gembira dan bahagia senang je jadi milik kita.
Kita, dan Pencipta kita.
So, nampak dah kan definisi tenang yang saya nak
tunjukkan di sini?

Cinta Dalam Ujian 75


2. Macam Mana Cara Nak Tenang?
Dua tiga hari ini, sentiasa Prof Muhaya sebutkan satu
kisah yang diceritakan oleh Saidina Ali R.A.

Apa benda yang paling kuat atas muka bumi


ini?

BESI. Dia kata dialah paling kuat. Kukuh. Sakit


kalau kena pukul dengan besi ni.

Tapi, kalau besi diletakkan dalam api panas?


Cair juga besi yang kononnya kuat.

API pula kata dialah paling kuat.

Kemudian kita letakkan air di atas api.


Api pun kemudian padam.

Oh, AIR pun bangga. Dia kata dialah paling


kuat sekali.

Cinta Dalam Ujian 76


Kemudian air diserap oleh awan, membuatkan
AWAN pun rasa, “Akulah paling kuat!”

Eh!!
Tiba-tiba awan pun ditolak oleh angin.

ANGIN pula rasa dialah paling hebat.


Bangga!

Sampai tempat berbukit dan gunung ganang,


angin pun tak boleh lepas, tak dapat tembusi bukit.

BUKIT pula rasa dialah benda paling kuat.

Kemudian Allah jadikan manusia, untuk


berjaya menoreh bukit tersebut... Manusia buat
istana, buat bangunan.

MANUSIA rasa dialah makhluk Allah paling


cemerlang luar biasa hebat.

Cinta Dalam Ujian 77


Tapi kemudian Allah buat satu lagi makhluk,
namanya tidur.

Melalui tidur, manusia jadi lemah.

TIDUR dan mengantuk berjaya atasi


kekuatan manusia.

Tapi ada lagi perkara lebih kuat dari tidur


rupanya, iaitu RISAU. Andai ada risau, ada yang
tak dapat tidur.

Cuba teka, apa yang boleh mengalahkann


risau a.k.a. panik a.k.a. takut?

Cuba teka?

Zikrullah.
Ya. Ingat Allah. Ingat Allah.
Dan zikrullah paling penting adalah
SOLAT 5 WAKTU.

Ada satu ayat Quran yang mafhumnya:

Cinta Dalam Ujian 78


“Ingatlah. Hanya dengan mengingati
Allah, hati menjadi tenteram.”
Ar-Ra’d: 28

Maka, dah dapat kan jawapanya?


Luar biasa hebat kan kisah ni?
Sangat menarik analogi ini.

Sangat tepat untuk kita faham makna tenang


dan bagaimana ingin tenang dalam cinta Allah.

Tapi bagaimana nak tenang dalam isu Covid-19?

Ingat Allah banyak-banyak.


Ingat, Allah yang ciptakan kita, Allahlah yang
boleh menghidupkan dan mematikan kita.
Ingat, Allah tak akan bebani seseorang
melainkan apa yang dia mampu.
Ingat, jika Allah dah tulis ajal seseorang tu
pada masa sekian, tiada makhluk lain boleh
cepatkan atau lambatkan sesaat.

Cinta Dalam Ujian 79


Ingat, orang yang meninggal itu bukanlah
meninggal. Dia pulang ke Rahmatullah. Pulang
kepada Rahmat Allah. Mungkin dia dah rindu nak
jumpa Allah? Mungkin lama dah dia doa untuk mati?

Prof Muhaya juga ada ajar, kalau kita nak


tenang, kita hendaklah beri ketenangan pada orang.

Tulislah baik-baik dan viralkan yang baik-baik.


Jangan viralkan benda yang menakutkan,
membuatkan orang resah gelisah. Anxiety semakin
teruk. Depression semakin teruk.

Nak berkongsi boleh. Gunakan ayat yang


lebih berhati-hati dalam menjaga emosi orang yang
membaca.

Setiap kali orang jadi gelisah dengan baca


tulisan sebaran kita, Allah akan kembalikan gelisah
itu semula pada kita dan keluarga kita.

Think. Before you share.

Cinta Dalam Ujian 80


What you give, you will get it back, more.

Kalau saya, saya memilih untuk sebarkan


ketenangan, nanti Allah kembali beri pada saya.

Kronologi kisah tadi:

Besi Api  Air  Awan 


Angin  Bukit  Manusia 
Tidur  Risau  Zikrullah

Cinta Dalam Ujian 81


3. Selain ingat Allah, ada lagi cara untuk
tenang? Apa yang Pak Nasrullah ajar?
Pak Nasrullah adalah penceramah yang baru saya
kenali beberapa bulan lepas melalui Prof Muhaya.

Penceritaan yang dia sampaikan melalui ilmu


Magnet Rezeki sangatlah masuk dan sama dengan
apa yang Prof Muhaya ajar dalam Reset Minda.
Complement each other. Pak Nas banyak selitkan ilmu
dari Al Quran dalam kelasnya.

Pak Nas ajarkan saya teknik menjemput dan


menarik rezeki, bukan sekadar mencari rezeki.

Dan ajaibnya, rezeki akan datang secara


magik kepada kita melalui hati yang tenang.

Rezeki tak semestinya sales laku keras, duit


datang bertimbun, dapat kereta Audi sebiji. Tak
semestinya.

Rezeki dalam bentuk imuniti kuat, kita jadi


sihat, fikiran jadi positif, umur jadi berkat, itu adalah
rezeki.

So, macam mana nak tarik rezeki?

Cinta Dalam Ujian 82


Teknik 1:
Buang Perisai Dosa

Rezeki adalah seperti air hujan yang mencurah-curah.


Ia akan terkena kepada semua orang, kecuali orang
yang memakai perisai (payung). Orang yang pakai
payung, akan terkena tempias rezeki sahaja.

Perisai = Dosa

Perisai terbesar manusia adalah EGO.

Kita sentiasa rasa kita hebat, kita sorang yang


betul. Pandangan kita je yang nak selalu
dimenangkan. Orang lain semua salah, aku sorang je
betul. Ego!
Cinta Dalam Ujian 83
Begitulah kita, kan?

Sebab tu hujan rezeki susah nak


membasahi dan membanjiri kita. Cebisan
rezeki je yang selalu kita dapat.

Jadi, buang segala perisai dalam


diri kita!

Cinta Dalam Ujian 84


Teknik 2:
Bina Taman Dalam Hati

Kita asyik sangat kejar rezeki. Mencari rezeki.


Mencari cara sihat. Kejar dan kejar je sentiasa. Apa
kata kita jemput rezeki?

Contohnya kita asyik kejar rama-rama.


Analogi rama-rama ini umpama rezeki. Setiap
hari kita kumpul rama-rama, masuk dalam satu
balang. Agak-agak, tenang tak hidup?

Tak!

“Takutnya kalau rama-rama ini orang curi”


“Kena hati-hati nak ambil rama-rama ni, nanti
mereka terbang semua. Susah kot aku cari.”

Hidup dalam keadaan takut sentiasa.

Apa kata kita buat cara kedua?

Cinta Dalam Ujian 85


Bina taman.
Bina cantik-cantik. Dengan sendiri, ia bakal
menjemput rama-rama untuk datang bermain-main di
taman kita.

Tak perlu risau dah! Secara ajaib, taman kita


dah penuh dengan rama-rama.

Taman itu simbolik kepada apa?


Taman = Hati yang tenang

Jaga hati untuk sentiasa tenang. Ia boleh jadi


taman untuk kita tarik rezeki datang secara mudah.
Rezeki sihat, duit, bahagia akan datang kerana kita
dah ada Taman Hati Yang Tenang.

Cinta Dalam Ujian 86


4. Apa Yang Kita Fikir Jadi Doa.
Pak Nas selalu ajar tentang Law Of Projection (LOP)

Apa yang kita fikir dalam minda akan menjadi doa.


Apabila dah jadi doa, Allah pasti akan makbulkan.

Kita fikir baik, Allah makbulkan. Kita fikir pelik-pelik


dan merisaukan, Allah juga akan makbulkan.

Sebab Allah akan sentiasa makbulkan doa kita.


Cepat atau lambat. Pasti.

Cinta Dalam Ujian 87


5. Pak Nasrullah ajar juga disiplin kata
Jangan sebut dan fikir negatif.

Jangan sebut, “Aku tak nak terkena Covid-19.”


Tapi sebutlah, “Aku nak sihat. Kuat immune system.”

Jangan kata “Aku sedang sakit,” tapi katalah


“Aku belum sihat.”

Jangan kata, “Takutnya situasi sekarang.” Tapi


katalah “Aku belum tenang dengan keadaan
sekarang.”

Ada satu ayat Quran, Az Zariyat : 23

“Maka demi Tuhan langit dan bumi,


sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi
seperti apa yang KAMU UCAPKAN.”

Siapa amalkan dan faham betul-betul ilmu Pak


Nas ni, akan rasa tenang yang teramat. Sangat!

Cinta Dalam Ujian 88


Prof Muhaya ajar THE POWER of FOCUS

Jangan fokus sangat berapa orang mati.


Fokus dan bersyukur berapa ramai orang
yang masih sihat.

Fokus tentang apa yang kita nak, bukannya


asyik sebut dan fikirkan apa yang kita tak nak.

Banyakkan syukur apa yang kita ada. Mafhum


Al Quran,

“Apabila kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat...”


(Ibrahim: 7)

Saya amalkan apa yang mereka berdua ajar


sebulan dua ni, luar biasa dahsyat keajaiban yang
berlaku dalam hidup saya.

Sebab tu sangatlah nak ajak korang turut


sama menjadi tenang lagi membuatkan orang
tenang. Magnet rezeki melimpah ruah. Insha-Allah
penyakit susah nak menjengah.

Cinta Dalam Ujian 89


Prof Muhaya juga ada ajar,

Orang yang suka memberi, tahap imuniti akan


meningkat. Minda jadi lebih positif. Dan insha-Allah
badan jadi kuat untuk lawan penyakit!

Jaga minda adalah salah satu ikhtiar untuk


kita lawan penyakit, selain dari ikhtiar pencegahan.

Share ilmu ini untuk kita jadi orang tenang lagi


menenangkan orang. Jom sebarkan virus ketenangan,
biarkan terjangkit.

Sebarkan ebook ini juga boleh?

Cinta Dalam Ujian 90


This Is My Mind Movie

Pada suatu hari. Tidak lama lagi.

Saya buka mata di suatu pagi yang hening.


Saya baca doa bangun tidur. Saya solat Subuh.
Saya baca surah Al-Waqiah dengan niat menjadi
pembuka rezeki. Saya zikir mana yang patut.

Cinta Dalam Ujian 91


Kemudian saya log in Facebook.
Saya tekan logo apps yang berwarna biru itu.

Saya scroll newsfeed saya yang penuh dengan tulisan


rakan Facebook.

Semua orang sedang tulis benda-benda


membahagiakan. Saya pun terasa aneh.

“Kenapa semua tulis mereka happy ni? Anything that I


didn’t know yet?”

Saya buka siaran Radio dan TV.

Saya bergegas buka, lama dah saya tak tengok TV.


Hari ini saya mesti tengok!

Cinta Dalam Ujian 92


PM mengumumkan Malaysia dan dunia bebas isu
Covid-19. Semua sudah sihat. Tiada lagi kes. Tiada
lagi isu.

Semua orang suka memberi.


Semua jadi suka sangat bersedekah sejak isu ini.
Imuniti jadi tinggi sangat.
Semua jadi mudah sihat.

Hormon serotonin iaitu hormon gembira terembes


dalam otak dengan banyak asbab suka memberi
pertolongan, suka memberi sedekah. Sistem antibodi
badan jadi super kuat. Semua orang jadi sihat.

Semua orang dah bertaubat.


Semua takut sakit, jadi semua orang berlumba-
lumba jadi manusia paling baik.
Semua jadi penggemar istighfar.

Superb!!!

Cinta Dalam Ujian 93


Cinta Dalam Ujian 94
Kemudian saya keluar dari rumah, kelihatan
semua orang boleh membeli-belah dengan tenang.

Ekonomi mencanak naik.


Di pasar ada ramai orang.
Semua orang jadi bahagia.

Semua panjatkan syukur pada Allah.


Semua berlumba-lumba nak prepare menjemput
Ramadan. Beli barangan yang sihat dan menyihatkan
keluarga.

Semua saling berpelukan dan bersalam kerana rindu.


Lama tak jumpa.

Getaran hati rindu pada sahabat, pada jiran, pada


guru dan kenalan terlerai dengan pelukan penuh
kasih sayang.

Semua barang jualan laku keras.


Ekonomi naik mendadak.
Harga minyak, saham, barang jadi stabil.

Cinta Dalam Ujian 95


Semua orang dapat bekerja seperti biasa, dengan
lebih bersyukur dan bahagia. Semua orang pergi
kerja untuk “memuliakan dan membahagiakan
orang lain”, tak fikir pasal diri sendiri dah.

Semua jadi manusia baik dan pentaubat.


Jadi semua jadi baik, tidak mengumpat, tidak
mengeluh, tidak mengata, tidak mengkritik negatif.

Semua orang menghargai nikmatnya hidup dan sihat.


Mereka terjatuh #CintaDalamCovid19.

Cinta Dalam Ujian 96


Semua manusia jadi baik.
Semua manusia bertambah keimanan. Masjid penuh!
Semua manusia jaga akal dan kesihatan. Semua jadi
suka jaga kebersihan dan amalkan proper hand
hygiene.

Saling senyum sesama sendiri.


Semua ada duit banyak, ramai-ramai daftar pergi
umrah tanda syukur kepada Allah. Keliling kaabah,
full dengan cepat.

Semua orang sayang manusia dari negara lain tanpa


syarat, unconditional love. Dahsyat dan luar biasa
hebat!

Jom visualize!
Jom buat mind movie!

Cinta Dalam Ujian 97


Cinta Dalam Ujian 98
This is Law of Projection
Apa-apa yang kita fikir adalah slideshow, ia akan ter-project
melalui projector ke layar putih, sebiji apa yang ada dalam
slideshow laptop.

Apa yang kita fikir adalah doa.


Dan apabila dah jadi doa, pasti Allah akan makbulkan.

Allah akan makbulkan semua doa kita.


Sama ada cepat atau lambat je.

Kalau fikir buruk pun ia jadi doa. Kita takut Allah makbulkan
juga fikiran buruk kita.

Jom fikir baik, jadi doa baik, makbul pun semua yang baik-
baik. Malaysia dan dunia sihat sangat. Sistem antibodi jadi
kuat. Bebas dari segala yang tidak sihat.

“We FOCUS on what we want rather than what we don’t want.”

Cinta Dalam Ujian 99


Cinta Dalam Ujian 100
BONUS

TULISAN
EKSKLUSIF
OLEH BONDA
PROF MUHAYA

Cinta Dalam Ujian 101


Meter Jiwa

Saya ingin memperkenalkan kepada seluruh


Malaysia tentang satu konsep yang diasaskan oleh
Pak Nasrullah, seorang penceramah dan Founder
Magnet Rezeki yang berasal dari Indonesia.

Sangat menarik konsep meter jiwa yang


diperkenalkan oleh beliau.

Biasanya kita asyik melihat kepada meter


kereta, meter kelajuan dan meter minyak. Namun,
siapakah orang yang paling bertuah?

Cinta Dalam Ujian 102


Mereka yang paling cemerlang adalah
mereka yang sentiasa sedar akan keadaan hati dan
meter aras dalam jiwanya.

Apakah konsep meter jiwa yang Pak Nasrullah


ajarkan?

Kita boleh bahagikan meter jiwa kepada dua


bahagian iaitu kanan dan kiri.

Kanan = Positif
Kiri = Negatif

Kenali diri dengan


cara belajar
mengenali
Hati.

Cinta Dalam Ujian 103


Meter Jiwa (Kredit: Magnet Rezeki)

NEGATIF POSITIF
-1 Bangga Diri +1 Eksplorasi Diri
-2 Kemarahan +2 Hidup Bermasyarakat
-3 Ikut Nafsu +3 Kekuatan Dari Dalam
-4 Rasa Takut +4 Penguasaan Diri
-5 Keresahan +5 Menghasilkan Sesuatu
-6 Putus Asa (Kreatif)
-7 Rasa Bersalah + 6 Ikhlas Membantu
-8 Hilang Akal (Sayang Tanpa Syarat)
+ 7 Zuhud
+ 8 Pencerahan
(Englightenment)

Cinta Dalam Ujian 104


Jika meter kita dalam keadaan banyak yang positif,
jika bertemu dengan orang yang sedikit negatif, kita
masih boleh mengekalkan kepositifan dalam diri.

Cuba bayangkan jika kita adalah seorang


yang mempunyai meter jiwa yang sangat negatif?

Jika mempunyai anak dan ahli keluarga yang


ada meter jiwa negatif, bagaimana agaknya meter
jiwa secara total dalam keluarga tersebut?

Sudah tentu bertambah dan bertambah


negatif lah kan? Kemudian keluarga akan jadi
tertekan, marah-marah dan sentiasa bergaduh.

Maka, apa kita perlu buat untuk sentiasa


mendapatkan meter jiwa yang positif, kalau boleh
sentiasa mengekalkan posisi meter jiwa yang plus 6
dan keatas sentiasa?

Jom lihat huraian dibawah.

Jika ingin sentiasa hati dalam keadaan plus 6,


kita hendaklah buang segala sifat negatif yang ada,
serta sentiasa membaiki diri untuk kekalkan keadaan
plus plus sentiasa:

Cinta Dalam Ujian 105


Cinta Dalam Ujian 106
5 Kaedah
Mengenal Sayang
Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa
seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa
dalaman mereka.

Contohnya bila dalam rumahtangga, si isteri


beritahu,

“Saya sayang awak,”


“Awak kacak.”
“Awak hebat!”

Kemudian suami pula buat tak endah, atau


buat tidak layan. Mesti si isteri hairan kan, kecewa
pun ya.

Cinta Dalam Ujian 107


Kalau suami pula tengah semangat tolong isteri buat
kerja rumah, kemudian isteri masih bermasam muka,
rasa seperti ada yang tidak cukup. Ada sesuatu yang
tidak kena, kurang lengkap.

Apa sebenarnya maksud semua ini ?

Mungkin itu petanda kita belum kuasai


sepenuhnya bahasa kasih sayang sesama kita.

Cinta Dalam Ujian 108


Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang
menentukan bahasa kasih sayang masing masing.

Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang.

Ada 5 semuanya iaitu …

Cinta Dalam Ujian 109


Bahasa 1
Word of affirmation (Pujian)

Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak


bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih
sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu
ucapan baik.

Cinta Dalam Ujian 110


Bahasa 1
Receiving gift (Hadiah)

Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah


walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira
walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis
receiving gift iaitu suka menerima hadiah.

Cinta Dalam Ujian 111


Bahasa 3
Quality time (Masa Berkualiti)

Wah yang ni best!

Jika kita tidak ambil kisah dengan pujian,


tidak ambil kisah dengan hadiah, mungkin kita
sukakan waktu lapang atau masa berkualiti dengan
orang yang kita sayang.

Ciri-ciri orang begini, mereka sangat


pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat
yang selesa membantu orang quality time
menghargai setiap momen bersama orang
tersayang.

Cinta Dalam Ujian 112


Bahasa 4
Act of service (Bantuan)

Perasan tak sesetengah orang tidak terkesan dengan


kata-kata manis, sentuhan, hadiah dan masa
berkualiti. Namun sangat hargai sesiapa yang
membantunya buat kerja.

Contohnyamencuci pinggan,
menyapu lantai, membuang sampah
dan sebagainya.

Bila bersama dengan pasangan begini, kita


tak perlu fikir banyak dan pening kepala memikirkan
cara membuat dirinya bahagia.

Cukup fokuskan pada bantuan dan ringan-


ringankan tulang bersamanya. Itu yang dia perlukan
daripada kita sebenarnya!

Cinta Dalam Ujian 113


Bahasa 5
Physical touch (Sentuhan)

Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik.


Dalam ilmu psikologi, kita ada 3 jenis elemen, iaitu
visual, auditori dan kinestatik. Orang kinestatik
sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan
sensitif pada sentuhan.

Kadang-kadang, warga emas contohnya emak


kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan
sentuhan kasih sayang.
.

Cinta Dalam Ujian 114


5 Ciri Manusia
Kuat Jati Diri
Mengikut apa yang disebutkan oleh Mencius, setiap
orang daripada kita memang ada ciri manusia kuat
jati diri. Namun ia perlu dilatih supaya menjadi
sebati dalam diri.

1. Hidup Dengan Cinta

Setiap daripada kita, memang ada sifat cinta


dalam diri. Ia fitrah. Sejak kita lahir, kita
dah ada fitrah mempunyai sifat kasih
sayang tanpa syarat. Walau ibu marah,
masih nak pergi dekat ibu. Masih boleh bermain-
main dengan si ibu. Cinta. Setiap bayi pasti ada
cinta. Ia semula jadi.

Cinta Dalam Ujian 115


“Namun, biasanya melalui didikan
dan persekitaran kita dibesarkan yang
menjadikan cinta itu mulai
menghilang.”

Maka, kita hendaklah mencari semula rasa sayang


dan cinta itu. Jika kita ada rasa sayang dan cinta ini,
semua orang yang kita jumpa, kita akan melihat
dengan penuh kasih sayang. Sayang tanpa syarat.
Hidup akan sangat bahagia.

Cinta Dalam Ujian 116


2. Sifat Benar dan Jujur

Seorang yang ada jati diri yang kukuh, biasanya


merupakan seorang yang jujur. Apabila diberi
amanah, dia akan jaga seeloknya.

“Dia tidak suka menipu, dan


sangat tidak suka kalau ada orang
menipu.”

Dia tak suka hidup yang tidak harmoni.


Dia sangat tenang dalam kejujuran.

Cinta Dalam Ujian 117


3. Menjaga Kesopanan

Seorang yang berjaya dan luar biasa kebiasanya


mempunyai satu karekter yang sama. Yang disukai
semua orang iaitu seorang yang sopan dan lemah
lembut.

Kalau dia bercakap, akan ada orang


yang suka dengar. Dia sangat polite. Dia sangat
humble. Rendah hati, bukan rendah diri.

Lembut bukan
tanda lemah,
tapi tanda
seseorang itu
penuh berhemah.
Cinta Dalam Ujian 118
4. Bijaksana

Bijak disini bukanlah dari segi akademik semata.


Kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing.

Seorang manusia sejati, dia mengenali


kelebihan dan kekuatan dalam diri.

Dia asah kebijaksanaan itu, dan sangat suka


belajar untuk menjadi lebih bijak. Dia suka menjadi
ilmu. Belajar. Belajar. Belajar, dia sangat tamak akan
ilmu.

Cinta Dalam Ujian 119


5. Ingin Dipercayai Dan Mempercayai

Semua orang, ada satu sifat dalam diri. Ya, setiap


dari kita akan gembira kalau ada orang
mempercayai kita.

Trust.

Itu sesuatu yang sangat mahal. Apabila dia


dipercayai, dia yakin akan sentiasa ditemukan
dengan orang-orang yang dipercayai.

Kerana apa yang kita pernah beri,


kita yang akan dapat semula semua itu.

Cinta Dalam Ujian 120


ADA > BERI > DAPAT

Ada kasih sayang, boleh beri kasih sayang.


Akan dapat semula kasih sayang itu.

Adakah kita semua ada 5 ciri-ciri orang


kuat jati diri ini?

Jika tiada, bolehlah kita sama-sama cari dan


gali kembali, supaya kita berjaya menjadi manusia
yang sejati, yang ada kekuatan dalaman diri yang
tersendiri.

Dan yang paling menarik, kesemua ini ada


pada Rasulullah SAW.

Bijak. Amanah. Penyayang. Sopan.

Baginda adalah contoh idola manusia paling


sempurna. Sollu Ala Nabiy!

Cinta Dalam Ujian 121


5 Ciri Manusia
Kuat Jati Diri

1. Hidup dengan cinta


2. Sifat benar dan jujur
3. Menjaga kesopanan
4. Bijaksana
5. Ingin dipercayai dan
mempercayai

Cinta Dalam Ujian 122


5 Sifat Manusia
Yang Sentiasa Upgrade Diri

Jika bab sebelum ini adalah ciri dan karekter yang


mesti ada dalam seorang manusia untuk menjadi
lebih kuat jati diri dan sejati, 5 sifat ini pula kita
mestilah usahakan untuk menjadi seorang yang lebih
baik setiap hari.

Cinta Dalam Ujian 123


1. Bergantung Hanya Pada Allah

Peganglah tali (agama) Allah, kita akan kuat. Jangan


bersandar pada manusia, harta dan luaran semata-
mata. Semua itu adalah makhluk yang tidak kekal.
Hanya Allah yang abadi.

Cinta Dalam Ujian 124


2. Berakhlak Baik

Setiap hari, cuba tentukan untuk berakhlak baik.


Apa maksud akhlak baik itu?

Reaksi spontan tanpa dibuat-buat. Jika kita


baik, pada waktu paling tertekan pun kita masih
akan kekalkan akhlak baik. Paling penting, jika
tiada penghargaan atau pujian pun,
kita masih berbuat baik.

Cinta Dalam Ujian 125


3. Menyucikan Hati

Sentiasa latih dalam diri untuk sentiasa ‘basuh’


kotoran hati. Lazimi solat taubat. Sentiasa
beristighfar. Kerap baca Sayyidul Istighfar.
Memaafkan orang lain. Sentiasa rasa diri bersalah,
dan meminta maaf. Jadikan mensucikan hati sebagai
rutin.

Cinta Dalam Ujian 126


4. Sangat Bersyukur

Jangan fokus apa yang tidak menarik yang berlaku


pada setiap hari, cuba melihat kebaikan dan nikmat
yang Allah beri. Syukur walau untuk sekecil perkara.

“Gunakan nikmat yang Allah beri


untuk lagi meningkatkan ketaatan
pada Dia.”

Cinta Dalam Ujian 127


5. Sabar

Sentiasa latih diri untuk mendapat tahap kesabaran


yang tinggi. Orang yang sabar sentiasa akan
diberkati. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Apa-
apa yang Allah beri, terima dengan sabar.

“Ujian virus yang Allah beri, sabar dan


hadapi dengan penuh keimanan.”

Sebagaimana kita beriman dengan virus


yang kita tak nampak, lebih-lebih lagi kita kena
takut dan beriman pada Allah memohon
perlindungan dari terjebak dengan satu virus yang
menakutkan.

Cinta Dalam Ujian 128


Kopi memang pahit.
Tapi bukankah ia bantu menyegarkan mata untuk
kita lebih cerah melihat dunia?

# H A N ICinta
S ADalam
H Ujian
INSPIRE 129
5 Ciri Manusia
Kuat Jati Diri

1. Bergantung hanya
pada Allah
2. Berakhlak baik
3. Menyucikan hati
4. Sangat bersyukur
5. Sabar

6. 2. Berakhlak Baik

Cinta Dalam Ujian 130


“Jika pemimpin kita suruh untuk kita berada di
rumah, supaya tidak dikenakan undang-undang, kita
boleh patuh.

Bagaimana pula dengan


apa yang Rasulullah suruh?

Dia menjadi pemimpin kita, untuk kita ikut supaya


tak terjerumus ke dalam Neraka Allah.”

Cinta Dalam Ujian 131


Jadilah seperti burung. Ia hidup
tidak risau tentang rezeki kerana
yakin Allah sebaik-baik Pemberi.

Cinta Dalam Ujian 132


Nota Penutup

Tolong sampaikan dan kongsikan koleksi cinta


ini kepada semua kenalan kita ya.

Sebaiknya baca kisah Cinta Dalam Ujian ini


bersama pasangan, ibu bapa dan anak kita supaya
ilmu di dalam ebook Cinta Dalam Ujian ini dapat
diamalkan oleh semua ahli keluarga kita dengan
sepenuhnya.

Ini shawl eksklusif Prof Muhaya Circle.


Setiap kali memakai shawl ini, lahir aura positif luar biasa buat kami.
Cinta Dalam Ujian 133
Jom Follow kami bertiga!

Dr Nur Hanisah
FB: Nur Hanisah
IG: @dr.nur.hanisah
Telegram: https://t.me/DrNurHanisah

Dr Saidatul Husna
FB: Saidatul Husna
IG: @drsaidatulhusna
Telegram: https://t.me/DrSaiMunger

Dr Amalina Nudin
FB: Amalina Nudin
IG: @amalinanudin
Telegram: https://t.me/Amalina_Nudin

Cinta Dalam Ujian 134

Anda mungkin juga menyukai