Anda di halaman 1dari 14

Ciri-ciri Orang yang Sabar

Pertama
Bersyukur dengan segala yang berlaku.
Kedua
Redha dengan ketentuan Ilahi
Ketiga
Mengucapkan Innalillah hi wain na ilaihi ro jiun apabila menerima musibah
Keempat
Yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya
Posted by sesuci sekeping hati at 8:17 AM 0 comments

Bila Tuhan Sedang Menduga


Sumber: Nuri Supian, Majalah Mingguan Wanita, Bil 1322, 20-26 Mac 2009
Menghadapi dua kehilangan orang tersayang dalam masa berturut bukan sahaja membuat hati
saya tidak bermaya, tetapi menyebabkan minda saya menerawang jauh. Saya bagaikan
terkesima. Bukan tidak redha dengan ketentuan Allah tetapi kenangan bersama orang-orang
tersayang ini membuat hati mudah tersentuh dan air mata pun mudah mengalir.Namun yang
pergi tetap pergi. Mereka tidak akan kembali menemui saya dan saudara mara yang ditinggalkan.
Kenanganlah yang menjadi pengubat rindu.
Pengalaman pahit ini biarpun sukar untuk diucapkan dengan kata-kata tetapi hati yang merana
pasti tidak dapat berbohong. Ketika saya kehilangan ayah dua tahun lalu, dunia terasa begitu
sunyi. Kegembiraan bagaikan direntap tetapi bapa saudara yang menjadi wakil ayah mampu
menceriakan semula kehidupan. Tetapi akhirnya dia juga menemui Tuhan. Saya kembali sepi.
Wajah dan tawanya terbayang di mata. Nasihatnya yang tidak pernah jemu-jemu diasak ke minda
ini masih terdengar-dengar di telinga.
Belum reda menahan pilu atas pemergiannya, ujian datang lagi. Sehari selepas kehilangan besar
itu, kami kehilangan lagi. Anak saudara yang sedang diambang remaja, beberapa bulan lagi akan
melangkah usia 21 tahun pula dipanggil Tuhan. Tangisan tidak mungkin mampu lagi
mengembalikan mereka. Mereka telah kembali ke Penciptanya.
SEBESAR MANA PUN KASIH KITA SESAMA MANUSIA, IA TIDAK AKAN MAMPU
MELAWAN KASIH TUHAN KEPADA HAMBA-NYA. DIA YANG MENDATANGKAN KITA
KE ALAM INI, DAN DIALAH YANG LEBIH BERHAK MENGAMBILNYA SEMULA
APABILA TIBA MASA YANG DITETAPKAN-NYA. DAN MASA ITU TIDAK AKAN
PERNAH TERLEWAT ATAU TERCEPAT WALAU SEMINIT PUN. TIDAK KIRA BETAPA
USIA KITA KETIKA ITU, SAMA ADA SUDAH MENJADI PELEPAH TUA ATAUPUN
MASIH BARU BERPUTIK.

Saya belajar menjadi tabah dan menerima ketentuan Allah ini. Cepat ataupun lambat, kita pun
suatu hari nanti akan ke sana jua. Sementara masih di sini marilah kita sama-sama berusaha
untuk memperbaiki diri. Memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita dan kehidupan orang
lain. Kita ambil kebaikan daripada orang Jepun yang menganggap bahawa kehidupan ini
bagaikan bunga sakura yang kehidupannya hanya seminggu. Kerana itu mereka berlumba-lumba
untuk maju dan memperbaiki diri menjadi lebih baik setiap hari. Seperti bunga sakura itu,ia
menjadikan kehidupanya yang singkat untuk mengindahkan alam ini dengan kecantikan dan
keharumannya. Kita pun harus hidup seperti itu. Hidup dengan penuh kebaikan dan kemuliaan.
Luruskan pedoman dan tetapkan iman. Tuhan kita hanya satu dan kepadanya kita akan menuju.
Posted by sesuci sekeping hati at 2:03 AM 0 comments

Doa Menohon Kesabaran Dan Himpunan Doa Harian


Doa Mengambil wuduk

Doa Penerang Hati

Doa Hilang Rasa Marah

Doa Masuk Tandas

Doa Hindar Azab Api Neraka

Doa Mohon Kesabaran

Doa Taubat

Doa Keluar Tandas

Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Terkejut

Doa Sebelum Tidur

Doa Bangun Tidur

Doa Menuntut Ilmu

Doa Para Rasul dan Mukmin

Doa Mendapat Berita Gembira

Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Masalah

Doa Menghadapi Kecelakaan

Doa Waktu Pagi dan Petang

Posted by sesuci sekeping hati at 1:06 AM 0 comments

Tips Cara Melatih kesabaran Kita Menghadapi Berbagai Situasi


Setiap orang pasti ingin memiliki kesabaran yang tinggi. Tetapi bagaimana caranya agar kita
boleh bersabar ketika sedang menunggu teman yang sudah membuat janji dengan kita tetapi
teman yang kita tunggu tidak datang-datang?
Nah, untuk menumbuhkan kesabaran yang kita miliki ada beberapa cara, antara lain :
Pertama
Berfikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita. Anggaplah itu adalah ujian bagi kita dan
semoga kita dapat melepasi ujian tersebut.

Apa yang kita fikirkan di dalam minda kita memang benar-benar mempengaruhi tindakan kita.
Apabila perkara yang difikirkan adalah baik, maka kita cenderung melakukan perkara yang baik
juga dan begitulah sebaliknya. Inilah sebabnya mengapa Allah SWT dengan murah hati
memberikan kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan.
Mengapa kita perlu menganggap sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada kita sebagai ujian?
Hal ini mudah sahaja untuk difahami. Kita lihat kehidupan kita sebagai pelajar. Setiap kali
pensyarah memaklumkan tarikh peperiksaan, semestinya kita sudah mula risau dan segera
bertungkus lumus untuk belajar. Ketika itulah kita akan sibuk mencari buku, mengambil kelas
tuisyen dan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan agar kita mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan kelak. Mana mungkin ada orang yang ingin gagal dalam
peperiksaan bukan? Begitulah juga halnya dengan kesabaran. Anggaplah ia sebagai ujian
daripada Allah dan kita akan cuba melatih diri kita supaya sifat tersebut terus subur dalam diri
kita dan InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran yang berlipat-kali ganda hikmah dari kesabaran
yang kita amalkan.
Kedua
Perbanyakkan membaca bahan bacaan. Hal ini dilakukan agar kita dapat memahami lebih
banyak tentang kekurangan yang kita miliki, sehingga kita akan semakin merasa betapa
banyaknya ilmu pengetahuan yang belum kita miliki.
Bahan bacaan, selain daripada dapat memanfaatkan masa terluang kita, ia juga dapat untuk
menambahkan pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang pelbagai ilmu pengetahuan dan
segala isu yang berlaku di sekeliling kita. Orang berilmu, apabila semakin banyak ilmu yang
dipelajari, semakin banyak pula yang dirasakan dia tidak tahu. Ini kerana mereka sedar apa jua
yang mereka ketahui hanyalah sekadar setitis dakwat jika dibandingkan dengan ilmu Allah.
Kita dapat melatih menjadi sabar dengan pembacaan kerana semakin kita suka membaca
semakin banyak yang ingin kita ketahui. Jika sebelum ini kita tidak mengetahui tentang sesuatu
perkara, tetapi kerana kesabaran kita melakukan pembacaan membolehkan kita menjadi seorang
insan yang berilmu. Kata-kata seperti ini selalu terdetik dalam fikiran saya "hmm, sebelum ni
aku tak pernah tahu pun pasal benda ni, sekarang bila dah tua macam ni barulah aku tahu. eei,
teruknya aku ni. Kena lebih rajin baca bukulah lepas ni". Ia sering menyedarkan saya tentang
betapa kerdilnya saya dibandingkan ilmu yang Allah miliki. Apabila kita sedar akan kekurangan
kita, kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan cuba memupuk diri menjadi insan yang
berakhlak mulia, seperti sabar.
Ketiga
Berkumpullah dengan orang-orang yang banyak ilmunya.
Apabila kita bersahabat dengan orang yang menjual minyak wangi, pasti kita juga akan turut
berbau harum. Begitulah juga halnya jika kita bersahabat dengan orang yang banyak ilmunya,
pasti kita juga akan menjadi berilmu. Ilmu bukan sahaja datang daripada bahan bacaan namun
ilmu juga boleh didapati daripada orang yang mengamalkannya.

Orang yang berilmu akan sentiasa tunduk pada kekuasaan Allah, sama halnya seperti kata
pepatah "Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi". Kita akan makin sedar tentang
hakikat kehidupan kita di dunia ini dan pastinya kita akan melakukan perkara yang disukai Allah.
Sesungguhnya kesabaran dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara tidak
berfaedah yang membawa kepada kemurkaan Allah.
Keempat
Berlatih memasukkan benang ke lubang jarum, dan yang dipilih adalah jarum yang ukuran
paling kecil.
Nah, ini adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tanpa perlu berbelanja besar atau
menggunakan masa yang banyak. Pergi sahaja ke mesin jahit ibu dan ambillah bekas jarum yang
digunakannya unutuk menjahit. Mengapa kita perlu mengambil jarum yang paking kecil. Ini
kerana sudah pasti jarum kecil menyukarkan kita unutk memasukkan benang ke dalamnya!
Saya sendiri apabila ada pakaian yang yang terkoyak, terpaksa mengambil masa yang lama untuk
memasukkan benang ke dalam lubang jarum biarpun jarum yang digunakan bersaiz sederhana.
Kebiasaannya cubaan pada kali pertama pasti tidak berjaya dan ini menyebabkan saya marahmarah. Ini mungkin kerana tahap kesabaran saya yang kurang.
Rasionalnya menggunakan jarum yang kecil adalah kita akan terus berusaha untuk memastikan
matlamat kita memasukkan benang ke dalam lubang jarum tercapai. Usaha kita yang berterusan
menunjukkan bahawa kita tidak berputus asa dan terus sabar menghadapi kesusahan. Apabila
kita sudah dapat mempraktiskan kaedah ini, nescaya kita dapat melatih diri untuk lebih bersabar
apabila dihadapkan dengan ujian yang jauh lebih sukar dalam dunia sebenar.

Kelima
Maafkan selalu kekurangan oarang lain yang mungkin membuat anda marah. Yakinkan diri
bahawa setiap manusia pasti memilIki kekurangan masing-masing.
Tiada insan di dunia ini yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya terletak pada Allah.
Tidak semua insan yang memiliki paras rupa yang cantik juga memiliki kecantikan sahsiah dan
begitulah juga sebaliknya. Apabila orang membuatkan kita terasa seperti ingin menghamburkan
segala kemarahan kita kepadanya, ambillah masa unutk bertenang seketika. Cuba bayangkan diri
kita di tempatnya. Apakah perasaan kita apabila dimarahai oleh orang lain? Pasti kita tidak suka
bukan? Malahan tiada siapa pun di atas dunia ini yang inginkan dirinya dimarahi
Oleh itu, terimalah bahawa segala kekurangan yang diberikan oleh Allah pasti mempunyai
hikmahnya yang tersendiri. Banyak perkara buruk yang berlaku dalam kehisupan kita sebenarnya
membawa seribu erti untuk kita terokai dan hayati.
Selamat Mencuba

Posted by sesuci sekeping hati at 12:48 AM 1 comments

Kita dan Sampah

Lumrahnya kita tidak lupa


membuang sampah dan kotoran
sisa-sisa buangan rumah
yang terkumpul semalaman
mahunya cepat-cepat diangkut pergi
menjadi marah jika tidak diangkat berhari-hari
kerana tidak mahu kucing dan anjing liar mengais
tong dan bau busuk menusuk hidung
Sebaliknya kita terlupa
membuang sampah dan kotoran
yang bergelumang di hati
yang bersarang pada diri
seperti kita tidak lupa
menyerikan rumah dengan bunga di taman
tetapi kita terlupa
unutk serikan hati
dengan taqwa dan iman
Nukilan: Ehsan Jamily, Parit Keroma, Muar
Sumber: Majalah Sinar Rohani, November-Disember 2008m, Bil 55
Posted by sesuci sekeping hati at 12:42 AM 0 comments

Sunday, September 6, 2009


Kesan Sabar dalam Kehidupan Seharian

Tanpa kita semua sedari Ogos telah melabuhkan tirainya dan kini September pula menjelang
tiba. Hari ini genaplah 16 hari umat Islam melakukan ibadah puasa. Diharapkan agar puasa kita
pada kali ini mendapat lebih rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT hendaknya.
Dalam 'post' sebelum ini saya telah membincangkan mengenai Implikasi Sabar dalam Kehidupan
Pelajar yang hanya memfokuskan kepada golongan penuntut ilmu sahaja. Pada kali ini pula saya
akan berkongsi sedikit pandangan saya tentang kesan sabar dalam kehidupan seharian manusia
secara amnya pula. Ditegaskan di sini bahawa setiap apa yang saya bincangkan adalah
pandangan dan buah fikiran saya semata-mata kecuali jika saya nyatakan sumbernya. Sebarang
kekeliruan dan permasalahan yang timbul harap dimaafi.

Sahabat sekalian,
Proses dalam kehidupan memerlukan kita berkomunikasi antara satu sama lain. Kita pasti tidak
dapat melakukan sesuati aktiviti tertentu tanpa bantuan orang lain walau sejauh mana kita cuba
untuk berdiri atas kaki sendiri. oleh itu, hubungan yang baik haruslah sentiasa dipupuk dan
disemai antara setiap manusia tanpa mengira bangsa, harta, darjat atau rupa. Setiap orang harus
dilayan selayaknya sebagai manusia kerana kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain.
Mungkin ada di antara anda yang terfikir apa yang saya cuba sampaikan. Nah, inilah yang akan
saya perjelaskan. Bagaimana sesuatu hubungan yang baik dapat disemai dan dieratkan jika tiada
sikap sabar dalam diri manusia? Bagai saya sabar berfungsi untuk mengeratkan silaturrahim
antara insan. Contohnya apabila kita berasa marah tentang sesuatu tetapi kita masih cuba
bertenang agar tiada perkara buruk berlaku. Semua orang sudah maklum bahawa marah
mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan kejadian buruk yang lain berlaku. Jika kita
mengikut perasaan marah yang meruap-ruap tersebut pastinya pelbagai kata kesat akan kita
hamburkan dan mungkin juga ada antara kita yang tercedera akibat tindakan yang diambil ketika
sedang marah. Namun, Allah telah menganugerahkan sifat sabar dalam diri setiap umat manusia
agar kita gunakan dengan sebaiknya. Selain itu, sikap toleransi juga dapat dipupuk dengan
adanya pengamalan sabar dalam kehidupan. kita ambil contoh yang paling mudah. Apabila emak
menyuruh pergi ke kedai untuk membeli sesuatu sedangkan kita masih punyai kerja atau urusan
yang harus diselesaikan. Ada di antara kita yang pasti menolak atau ada juga yang mengikut
kehendak emak tetapi sambil mengomel. Apabila keadaan ini berlaku, kita perlulah memikirkan
apa yang telah dilakukan oleh emak unutk membesarkan kita. Emak tidak mengomel apabila
berpenat lelah melahir dan menyusukan kita. Emak juga tidak mengabaikan kita apabila kita
menangis minta disuapkan nasi atai ditukarkan lampin. Jadi mengapa kita harus bising-bising
apabila disuruh emak melakukan kerja yang begitu mudah sedangkan selama kita hidup telah
banyak urusan yang emaka terpaksa tangguhkan terlebih dahulu bagi melayan keranah kita. Di
sinilah pentingnya sabar.

Selain itu, sabar juga dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Cuba
kita lihat dalam konteks ibadah. Kita diwajibkan untuk bersolat lima waktu sehari semalam.
Sesetengah orang berfikir bahawa solat amat membebankan kerana mengganggu urusan mereka
seharian. Ada juga yang bersolat mengikut kemahuan, jika pada waktu tertentu dirasakan seperti
ingin bersolat, maka dia akan bersolat. Jika tidak, terpaksalah tunggu hingga perasaan untuk
bersolat timbul kembali. Bagi saya, mereka inilah golongan yang tidak mengaplikasikan konsep
sabar dalam beribadah. Jika tidak, pasti ibadah tidak dirasakan sebagai bebanan malahan ia pasti
sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Dengan tekun dan sabar dalam beribadah, kita akan
merperbaik hubungan kita dengan Allah Taala. Bukankah orang yang tekun beribadah amat
disayangi oleh-Nya? Jika kita tidak dapat melakukan ibadah sunat sekalipun cukuplah sekadar
kita menjaga ibadah fardu. Apabila kita sudah terbiasa melakukan ibadah, pasti tiasa masalah
lagi untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. Sesungguhya Allah menyukai ibadah
yang sedikit tetapi dilakukan dengan berterusan dan untuk mememastikan agar ibadah kita
sentiasa berterusan dan diterima Allah, marilah kita sama-sama bersabar dalam beribadah.

Kesan sabar juga dapat dilihat dalam konteks mengurangkan gejala sosial. Pada zaman ini,
pelbagai isu sosial yang timbul akibat kurangnya kesedaran dalam diri manusia. Semua perkara
dilakukan sesuka hati tanpa mengira batasan yang seharusnya tidak dilepasi. Masalah dadah,

pergaulan bebas, rogol dan pencabulan seakan-akan telah menjadi suatu isu yang sudah sebati
dalam masyarakat. Mengapa Allah telah menggariskan panduan dalam kehidupan kita yang
terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Mengapa pemimpin menggubal undang-undang dalam
negara yang diketuainya? Adakah semuanya dilakukan unutk membebankan manusia? Pastinya
tidak. Peraturan dan undang-undang diadakan untuk memastikan manusia bertindak selayaknya
sebagai manusia, tambahan pula kita telah dianugerahkan dengan akal yang membolehkan kita
membezakan antara yang hak dan yang batil. Sabar dalam pergaulan contohnya, boleh difahami
sebagai menjaga batas-batas pergaulan tidak kira apa jua jantina bagi membolehkan kita dapat
mengawal nafsu. Apabila rakan-rakan melakukan perkara yang bertentangan denga norma
kehidupa, kita tidaklah cenderung untuk melakukan perkara yang sama jika sifat sabar ada dalam
diri. Fikirkan akibat yang didapati apabila ingin melakukan sesuatu perkara bukannya seperti
kata pepatah 'sudah terjatuh baru nak terngadah'.

Seterusnya, sabar dapat meningkatkan produktiviti diri. Ada orang yang apabila dilanda
,asalah mudah benar emosinya terganggu dan sekaligus menjejaskan tugasan yang dilakukan.
Segalanya dirasakan tidak kena kerana ketidakupayaan untuk tidak mencampurkan urusan
peribadi dengan tugasan yang sedang dilakukan. Ini adalh masalah bagi kebanyakan orang
kerana emosi kita sentiasa mempengaruhi tindakan kita dan akhirnya juga akan mempengaruhi
emosi orang lain. Bayangkan jika kita datang ke tempat kerja denga perasaan marah-marah, pasti
rakan sekrja tidak berani untuk bertegur sapa dengan kita. Apabila ketua menegur kesilapan kita,
kita bertambah terasa hati sedangkan semuanya berpunca daripada diri kira sendiri. Kerja-kerja
yang sepatutnya disiapkan dalam waktu yang tertentu juga tidak dapat disiapkan kerana masa
yang sepatutnya kita peruntukkan untuk melakukan tugas kita yang hakiki sebagai pekerja telah
digunakan unutk melayan emosi kita yang tidak stabil.
Pernah suatu masa ketika saya masih bersekolah, jika ada guru yang pada suatu hari masuk kelas
dengan muka yang masam mencuka dan tiba-tiba 'naik angin' dengan kesalahan pelajar yang
kecil, pasti ada suara-suara dari meja pelajar yang lain mengatakan " cikgu ni mesti bergaduh
dengan suami die ni, sebab tu la' bad mood' tak tentu pasal". Nah, saya rasa kebanyakan daripada
kita juga pernah mengalami pengalaman yang sama seperti saya bukan? Pelajar tidak boleh

disalahkan apabila meraka membuata kesimpulan yang sedemikian kerana seperti yang saya
katakan sebentar tadi emosi kita pasti akan mempengaruhi orang lain di sekeliling kita.
Sebaliknya, jika kita dapat bersabar dengan masalah yang melanda, kita pasti dapat
menggembirakan orang lain dan prestasi kerja akan meningkat. Seorang pekerja yang bagus akan
tetap melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan kerana mereka semua orang bekerja dengan
bayaran. Apakah wang yang kita terima setiap bulan terjamin kehalalannya jika kita tidak bekerja
dengan bersungguh-sungguh? Jadi di sini bolehlah saya katakan ada kebenarannya jika
kesabaran dapat meningkatkan produktiviti diri.
Sahabat sekalian, Allah Ta'ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan
bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya. (Ali Imran: 200)
Daripada ayat di atas, apa yang kita boleh saya simpulkan adalah Allah menyuruh setiap hambaNya agar bersabar dalam melakukan perkara yang baik, meningkatkan kesabaran dan sentiasa
bertaqwa kepada Allah. Dengan mengamalkan kesabaran InsyaAllah manusia akan berjaya.
Sesungguhnya, kesabaran dapat meningkatkan ketahanan emosi.

Dalam konteks menghadapi musibah atau dugaan, kesabaran amatlah penting agar kita dapat
menerima bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap apa yang Allah tetapkan
untuk kita sepanjang kehidupan ini adalah seadil-adil ketetapan. Alangkah menakjubkan perkara
atau urusan orang mukmin, Allah SWT tidak menetapkan untuknya satu ketentuan apapun
melainkan hal itu baik baginya. Ini tidak terjadi selain daripada orang mukmin. Dan bila dia
dianugerahi dengan kecukupan rezeki dan nikmat, ia bersyukur dan itu baik baginya. Dan bila ia
ditimpa kesempitan atau kesusahan ia bersabar dan itu baik baginya. Di sini, saya ingin
berkongsi kisah tentang dapatan yang saya temui ketika mencari contoh bagaimana kesabaran
dapat meningkatkan ketahanan emosi:
Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib

dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT
(mafhumnya):
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan;
"Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad,
ayat 41)
Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma
perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi,
sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.
Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam
tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s.,
gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru
dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.
Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang
pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita
kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab,
bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.
Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti
yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh
ulama muktabar secara keseluruhannya.
Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena
ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan
gangguan fizikal.
Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa
kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.
Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran
berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.
Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa
yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.
Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang
yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.
Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh
hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran
mafhumnya:
"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa

penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang
menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)
Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi
Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi
yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk
diminum dan dimandi dengannya.
Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk
menyambung semula tugas kerasulan baginda.
Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah
SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya
akibat gangguan syaitan.
Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat
Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya
(Petikan dari Harakah Bil.1338)
Sumber: http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=24

Daripada kisah Nabi Ayub ini, kita haruslah mengambil pengajarannya tentang bagaimana
kesabaran seorang Nabi berjaya memulihkan semangatnya dengan berdoa kepada Allah apabila
ditimpa musibah. Apabila ketenangan dusuburkan dalam diri, maka jika berlaku lagi perkaraperkara yang tidak diingini kita pasti boleh mengatasinya dan segalanya akan menjadi lebih

mudah. Apa yang penting, kesabaran haruslah dipupuk subur dalam diri jika kita mahu berubah
dan menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat.
Posted by sesuci sekeping hati at 3:38 AM 0 comments

Anda mungkin juga menyukai