Anda di halaman 1dari 2

Analisis SWOT (Ceramah dan Bengkel) Kekuatan (strength) Walaupun masa yang diberi agak singkat untuk aktiviti

ceramah dan bengkel ini, namun, banyak manfaat yang saya dan rakan-rakan dapat melalui aktiviti ini. Melalui ceramah dan bengkel ini, saya lebih jelas tentang tugas seorang guru. Sebagai bakal guru, saya perlu memahami bahawa tugas guru tidak terhad di dalam sekolah sahaja dan tidak terhad untuk mengajar sahaja. Guru merupakan ibu bapa kedua kepada murid kerana murid menghabiskan kebanyakkan masanya disekolah. Selain itu, saya juga sedar tentang betapa besarnya tanggungjawab seorang guru itu terhadap masyarakat. Gurulah yang akan membentuk generasi pada masa hadapan. Saya jga mendapat gambaran yang jelas tentang kerjaya sebagai seorang guru dimana bukan semua guru akan hidup selesa. Sebagai contoh, kehidupan seorang guru di pedalaman amatlah berbeza dengan guru yang tinggal di kawasan kampong dan bandar.

Kelemahan (weaknesses) Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dalam program ceramah dan bengkel ini. Contohnya ialah aktiviti bengkel. Aktiviti ini memerlukan kerjasama kumpulan, tetapi aktiviti ini dijalankan di dewan kuliah. Ini menyukarkan kami untuk berbincang secara berkumpulan. Disebabkan itu, hanya sesetengah guru pelatih sahaja yang melakukan aktiviti bengkel tersebut manakala kebanyakkan guru pelatih yang lain hanya bersembang sahaja. Terdapat juga masalah dari segi pengurusan masa guru pelatih itu sendiri. Hal ini kerana terdapat segelintir guru pelatih yang masuk lewat ke dewan kuliah selepas dibenarkan rehat selama 30 minit. Ini menggambarkan sikap dan keperibadian guru pelatih tersebut yang tidak mementingkan masa dan memburukkan nama guru pelatih di institut ini.

Peluang (opportunity) Walaupun aktiviti ceramah sesuai diadakan di dewan kuliah, namun, aktiviti bengkel sangatlah tidah sesuai untuk diadakan di tempat yang sama. Pihak penganjur seharusnya peka dengan situasi ini dengan mengubah tempat atau lokasi bengkel ini di tempat yang lebih sesuai ataupun tempat yang lebih lapang seperti di dewan besar. Hal ini penting agar semua guru pelatih dapat memberikan kerjasama kepada kumpulan mereka. Bagi guru pelatih yang lewat masuk ke dewan kuliah pula, perkara ini sebenarnya bergantung kepada diri masing-masing. Sebagai bakal guru, kita seharusnya sedar bahawa kita akan menjadi contoh kepada anak murid kelak. Sekiranya guru masuk lewat ke kelas, maka anak muridnya akan ikut sikap buruk guru tersebut. Oleh yang demikian, diharapkan guru-guru pelatih yang berkenaan tidak mengulangi perbuatan tersebut kecuali terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ancaman (threats) Hanya terdapat sedikit sahaja ancaman semasa menjalankan aktiviti ceramah dan bengkel ini. Semasa bengkel dijalankan, hanya sebilangan guru pelatih sahaja yang melakukan aktiviti ini. Perkara ini mungkin menimbulkan rasa iri hati dikalanagan guru pelatih kerana terdapat guru pelatih yang seronok bersembang dan terdapat guru pelatih yang melakukan tugasan bengkel tersebut pada masa yang sama.

Anda mungkin juga menyukai