Anda di halaman 1dari 5

Kekuatan

Antara kekuatan dalam larian kampus IPG Kampus Pulau Pinang ialah penggunaan
kon sebagai tunjuk checkpoint sepanjang pelarian. Hal ini dapat memberi tunjuk yang jelas
kepada para peserta untuk mengetahui bahawa tempat tersebut merupakan tempat untuk
mengambil tali getah. Selain itu, penggunaan whatsapp antara ajk aktiviti adalah efektif.

Dalam kumpulan whatsapp ahli jawatankuasa informasi terkini tentang maklumat peserta
telah dikemaskini dari semasa ke semasa. Hal ini telah membantu para ahli jawatankuasa
menjalankan tugasan mereka dengan lebih cekap. Hal ini disebabkan kami dapat mengetahui
lokasi peserta-peserta dan dapat mengetahui masa untuk mengemaskan barangan di tempat
tugasan mereka.

Selain itu, setiap stesen checkpoint akan mempunyai lebih daripada seorang ahli
jawatankuasa. Hal ini dapat mempercepatkan proses pembahagian tali getah kepada para
peserta.

Kelemahan

Antara kelemahan dalam larian kampus ini ialah penggunaan tali getah yang terlalu
kecil. Tali getah yang disediakan adalah nipis dan terlalu kecil. Hal ini telah menyebabkan
pembahagian tali getah kepada para peserta terganggu. Apabila peserta berlari, mereka tidak
dapat melihat tali getah dengan jelas. Dengan itu, terdapat sesetengah peserta akan
menjatuhkan tali getah tersebut semasa pembahagian tali getah dijalankan.

Bukan itu sahaja, tali getah tersebut juga mempunyai ketegangan yang rendah.
Terdapat sesetengah tali getah telah putus semasa diberikan kepada para peserta.

Selain itu, terdapat juga kekurangan komunikasi antara ahli jawatankuasa dengan
peserta. Hal ini disebabkan terdapat sesetangah peserta tidak mengetahui perlu mengambil
tali getah di setiap checkpoint. Dengan itu, mereka tidak behenti untuk mengambil tali getah
walaupun telah dipanggil oleh ahli jawatankuasa.

Peluang

Melalui program larian kampus ini, kami mempunyai peluang untuk mengelolakan
sesuatu program. Kami dapat mengetahui proses dan cara yang perlu dilakukan untuk
menganjurkan aktiviti larian. Pengetahuan ini dapat membantu kita semasa kita bekerja
sebagai seorang guru di sekolah. Hal ini disebabkan setiap sekolah juga mempunyai larian
merentas desa. Jika seseorang guru tidak dapat mengelolakan aktiviti merentas desa dengan
baik maka kelancaran aktiviti tersebut akan terganggu.
Selain itu, program larian kampus ini juga memberi peluang kepada kami untuk saling
bekerjasama sesama lain. Hal ini disebabkan sesuatu aktiviti tidak dapat dijalankan jika hanya
mempunyai seorang sahaja. Ia memerlukan ahli yang banyak untuk saling memberi komitmen
supaya dapat menjayakan aktiviti ini.

Di samping itu, program larian kampus ini juga memberikan peluang kepada kami
untuk bergaul dengan kaum lain. Hal ini disebabkan kampus ini mempunyai berbilang kaum
dan kadangkala kami tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan sesetengah pelajar
guru. Melalui program ini, kami mempunyai peluang untuk lebih bersosial dan berkomunikasi
dengan kaum yang berbeza. Secara tidak langsung, kemahiran penuturan dalam Bahasa
Melayu juga akan dipertingkatkan.

Ancaman

Ancaman sepanjang larian kampus ini ialah keselamatan peserta. Oleh sebab larian
ini adalah berada di jalan kenderaan. Dengan itu, terdapat sesetengah kenderaan masih lalu-
lalang semasa para peserta sedang berlari. Terutamanya di tempat tugasan saya ialah kolej
kediaman pensyarah. Terdapat benyak kenderaan parker di kawasan tersebut dan ia mungkin
akan mengamcam keselamatan para peserta. Selain itu, keluar masuk kenderaan penghuni
di sana juga membawa ancaman keselamatan kepada para peserta. Mereka mungkin akan
terlanggar peserta yang sedang berlari.

Selain itu, cuaca pada hari itu adalah sangat panas. Cuaca tersebut tidak sesuai untuk
mengadakan aktiviti luar. Hal ini disebabkan mungkin ada peserta akan pengsan atau jatuh
sakit disebabkan oleh kepanasan cuaca. Cuaca yang panas akan menyebabkan para peserta
lebih letih disebabkan banyak air yang dikeluarkan dari badan.

Penilaian kendiri

Melalui program ini saya mendapati bahawa saya mempunyai kemahiran


berkomunikasi semasa bekerjasama dengan ahli jawatankuasa yang lain. Semasa
berkomunikasi, saya menggunakan Bahasa Malaysia supaya semua kaum boleh memahami
apa-apa yang saya cakap. Dengan itu, hal ini dapat memartabatkan Bahasa Melayu saya.

Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran berpasukan semasa menjalankan tugasan saya.
Saya dapat menjalankan tugasan saya bersama ajk lain yang mempunyai tugasan sama di
checkpoint tersebut. Saya telah megamalkan tugasan saya secara bertanggungjawab
bersama ahli kumpulan saya.
Melalui program ini, saya mendapati bahawa saya juga belajar mempunyai pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Saya mula belajar untuk mendapatkan
kemahiran ini dengan menulis refleksi jawatan saya. Semasa saya mengetahui kelemahan-
kelemahan yang ada pada program ini. Saya juga mula berfikir cadangan yang boleh
dilakukan untuk menambahbaik program ini.

Sebagai kesimpulan, program ini adalah bermanfaat kepada semua warga IPGKPP
kerana ia bukan sahaja dapat menggalakan warga IPGKPP untuk mengamalkan gaya hidup
sihat dan juga dapat membantu warga pelajar
Lampiran

Peserta-peserta larian kampus

Antara barangan diperlukan semasa menjalankan tugasan ialah tali getah dan kon.
Pembahagian tali getah kepada peserta larian kampus

Anda mungkin juga menyukai