Anda di halaman 1dari 3

1.

1 takrif pengurusan acara

Pengenalan tentang protokol dan aspek pengurusan majlis mengikut protokol yang betul adalah
salah satu ilmu dan kemahiran yang boleh dipelajari dan harus dimiliki oleh pengurus dan pentadbir
sesebuah organisasi.Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang
tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan
perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah
keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.

Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep
pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu pengurus , organisasi dan tatacara atau garis
panduan pengurusan.

Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang
seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’
dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.

Secara umumnya pengurusan acara boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan
proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai
garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan
kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa
Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa
Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia
seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan’.

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni untuk
mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan
boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada
tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun
tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang,
mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.

1.2 Kepentingan pengurusan acara

Pengurusan acara memainkan peranan yang amat penting k

1.3 Kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikkan majlis persaraan IPKRM

Pada tanggal 3 mac 2018, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan seorang pensyarah yang
akan menamatkan perkidmatannya. Majlis itu telah diraikan dengan begitu meriah sekali. Terdapat
beberapa kekuatan yang menjadikan majlis ini disambut dengan meriah.

Antaranya ialah pengacara majlis. Pengacara majlis ialah seorang individu yang mengendalikan
perjalanan acara dalam sesebuah majlis. Kejayaan sesebuah majlis bukan hanya ditangan ahli-ahli
jawatankuasa(AJK) malah tertakluk pada juruacara majlis. Pengacara majlis berperanan untuk
memudahkan kelangsungan majlis mengikut atur cara yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Juruacara bagi program ini ialah Tharshini dari unit bahasa melayu (sem 5) dan Fauzan bin Mokthar
dari unit pendidikan kesihatan dan jasmani (sem 7). juruacara haru mempunyai ciri-ciri yang diterapkan
di petaminda dibawah.

Seperti yang dimaklumkan kedua-dua juruacara yang mengendalikan program tersebut


mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan tidak kekok semasa berucap. Contohnya, semasa
berucap mikrofon yang digunakan tidak berfungsi tetapi mereka tidak bergelabah. Malah, mereka
meneruskan majlisnya tanpa mikrofon. Ini menunjukkan kebolehan dan kepekaan mereka menjadi
seorang juruacara majlis.

Selain itu, majlis dijayakan dengan kerjasama antara ahli jawatankuasa dengan jpp. Kerjasama
yang ada pada mereka merupakan salah satu kekuatan yang boleh diambil sebagai panduan bagi
menjalankan program-program yang akan datang. Sebelum majlis ini disambut secara rasmi, mereka
telah mengadakan raptai sebanyak empat kali. Tanpa raptai dan persediaan awal tidak mungkin majlis
ini dapat diraikan. Mereka juga telah berkolaborasi dengan pensyarah yang mahir dalam pengendalian
sesebuah majlis, iaitu, Dato alias. Beliau juga tanpa susah hati telah membantu mereka dan mengajar
serba sedikit tentang protokol sesebuah majlis. Tambahan pula, atur cara yang disediakan oleh ajk
majlis persaraan ini adalah mengikut protokol majlis. Ucapan-ucapan adalah teratur.

Selain itu, kekuatan majlis ini ialah perhiasan tempat. Majlis tidaklah sempurna tanpa perhiasan
walaupun ianya bukan setanding dengan perhiasan kahwinan. Walaupun majlis ini disambut dalam
masa yang terdekat ajk majlis ini mengiaskan dewan dengan begitu cantik dengan mengunakkan
bahan-bahan kitar semula. Bantuan Dato alias juga amat dihargakan kerana beliau sudi memberi
beberapa barangnya untuk menghias dewan.

Namun tipulah jika sesuatu program yang dijalankan tiada cacat celanya. Oleh itu, majlis
persaraan yang diraikan ini mempunyai kelemahan yang tertentu yang boelh diperbaiki pada masa
yang akan datang. Antaranya ialah, majlis tidak dijalankan pada masa yang ditetapkan dalam aturcara.
Seperti yang dimaklumkan masa itu ialah emas. Masa yang telah dilalu tidak dapat dikembalikan.
Majlis ini tidak dapat dimulakan pada masa yang ditetapkan kerana guru-guru pelatih belum hadir pada
masa itu. Oleh kerana ini, vvip, vip dan pensyarah-pensyarah yang lain terpaksa menunggu di luar
balai kerapatan.

Selain itu, kelemahan yang lain yang dapat dilihat dalam majlis ini ialah masalah sosial dalam
kalangan guru pelatih itu sendiri. Sepanjang program ini, kita dapat lihat kebanyakkan guru pelatih
menggunakan telefon bimbit. Hanya segelintir guru pelatih yang memberi kehormatan semasa majlis
berjalan. Tambahan pula, kebanyakkan guru pelatih di lihat kedua-duaan dengan pasangan masing-
masing. Fenomena ini agak tidak bersesuai dengan majlis ini. Jadi, masalah ini harus diambil tindakan
oleh pengelola.

Secara keseluruhan, perbincangan, perjumpaan yang kerap dan kerjasama antara ahli-ahli
jawatankuasa amat penting bagi menjayakan majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai