Anda di halaman 1dari 8

8.

5 KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI: PERANAN


ORGANISASI
8.5.1 Pemimpin dan Kerajaan
• Pemimpin dan kerajaan perlu memainkan peranan penting
dalam proses menyubur, membentuk dan mengukuhkan
konsep masyarakat berintegrasi dikalangan rakyat.
• Mewujudkan pelbagai dasar, rancangan dan kempen ke
arah pembentukan integrasi nasional Seperti Dasar Ekonomi
Baru (DEB), Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan
Negara, Dasar Sosial Negara dan banyak lagi yang mana
kesemuanya mesti dilaksanakan dengan betul, ikhlas dan
bersungguh-sungguh jika ingin melihat pembentukan
masyarakat berintegrasi ini berjaya.
• Kerajaan perlu menyerapkan pembelajaran kontrak
sosial dalam kurikulum di semua peringkat pengajian
yang menekankan persoalan kesejarahan khususnnya
persetujuan yang telah dicapai semasa tuntutan
kemerdekaan sebagaimana semangat yang termaktub
dalam perlembagaan sekarang (Mohamad Zaini Abu
Bakar, 2005: 85).
• Kesedaran tentang aspek kesejarahan ini penting, agar
generasi muda Malaysia mengetahui apa yang sedang
dilalui oleh mereka pada hari ini adalah hasil daripada
perbincangan tokoh-tokoh terdahulu yang mewakili
suara semua golongan etnik di Malaysia dengan hasrat
yang satu iaitu untuk mewujudkan keselesaan dan
kesaksamaan secara bersama.

• Keamanan yang sedia ada ini perlu dikekalkan


dan diberi penambahbaikan dari semasa ke
semasa, agar kekurangan yang wujud dan
menjadi faktor ketidakpuasasan hati
sesetengah pihak itu dapat diatasi.
• Kerajaan juga perlu mengambil berat
mengenai kaedah penyampaian dasar-dasar
ini kepada golongan sasaran.
8.5.2 Rakyat
• masyarakat bertanggungjawab untuk memahami
identiti bangsa yang pelbagai dengan menekankan
semangat muhibbah, hormat menghormati,
bekerjasama dan bertoleransi melalui interaksi sosial
dan jalinan hubungan etnik yang berpanjangan dalam
kalangan anggota komuniti tanpa sebarang perasaan
negatif.
• Justeru, masyarakat terutamanya komuniti belianya
perlu mengambil perhatian untuk mempelajari dan
memahami identiti bangsa masyarakat yang pelbagai
dalam usaha membentuk masyarakat berintegrasi yang
lebih erat dan berkekalan (Dr. Sarjit Singh Hill, 2006).
• Seterusnya, semangat patriotisme yang tinggi perlu ada
dalam diri setiap masyarakat yang mengaku sayang dan
cintakan negara Malaysia ini terutama generasi muda
harus memupuk dan memelihara semangat perpaduan
yang telah didukung sekian lama.
• Masyarakat juga perlu memberi sokongan kepada
setiap perancangan yang dikemukakan oleh kerajaan
dalam usaha untuk membentuk masyarakat
berintegrasi di negara ini.
• Justeru program-program yang dianjurkan untuk
kebaikan rakyat seperti Rukun Tetangga (RT), Kuiz Bina
Bangsa, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur
Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik dan sebagainya
perlu diberi respon yang sewajarnya.
(a) Rukun tetangga
• Rukun Tetangga (RT) memainkan peranan penting dalam sesebuah
komuniti bukan sahaja sebagai saluran mengeratkan perpaduan di
kalangan penduduk berbilang kaum dan agama tetapi juga mampu
menjadi agen perubahan dan kemajuan masyarakat setempat.
(b) Kempen Kibar Jalur Gemilang
• Dalam konteks negara Malaysia, rakyat digalakkan supaya
mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya ketika berlangsungnya
sambutan bulan kemerdekaan sekitar bulan Ogos dan September
setiap tahun. Ini kerana dalam kedua-dua bulan ini berlakunya dua
peristiwa penting dalam sejarah pembinaan negara bangsa
Malaysia. Rakyat di negara ini menyambut 31 Ogos dan 16
September setiap tahun sebagai tarikh ulang tahun kemerdekaan
dan pembentukan negara Malaysia.

8.5.3 Media

• Menurut Mohamad Zaini Abu Bakar (2005: 84), pihak media perlu bertindak
memaparkan program yang dapat memupuk perpaduan etnik. Mereka boleh
menjadi ejen yang dapat merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Media
boleh mendedahkan kepada semua masyarakat akan kepentingan menjaga
sensitiviti setiap etnik supaya keharmonian hubungan etnik dapat dikekalkan
secara berterusan

8.6 KESIMPULAN

• Proses pemupukan perpaduan dan integrasi nasional memainkan peranan yang


amat penting dalam pembentukan sesebuah negara lebih-lebih lagi dalam sesebuah
negara yang berbilang kaum, agama, bahasa, budaya dan sebagainya seperti
Malaysia.

• Walau bagaimanapun, kejayaan dalam segala perancangan program dan aktiviti


yang dilaksanakan oleh kerajaan terletak di tangan setiap rakyatnya. Sekiranya soal
perpaduan dan integriti ini tidak diberi perhatian serius, maka hasrat murni ke arah
perpaduan mungkin terbantut.

Anda mungkin juga menyukai