Anda di halaman 1dari 3

Isu Prasarana dan

Peralatan

Dua jenis halangan kepada MBK:

Prasarana (halangan persekitaran fizikal)

Peralatan (kekurangan peralatan untuk PdP)


Halangan Prasarana
 Walaupun terdapat peruntukan undang-undang untuk memberikan perhatian kepada keperluan OKU, undang-
undang aksesibiliti ini sebenarnya hanya menentukan kebolehancapaian kepada keperluan minimum untuk
memastikan bahawa persekitaran tidak mendiskriminasikan hak individu OKU.

 Hakikatnya banyak kemudahan fizikal yang disediakan untuk OKU tidak mencapai standard dan kualiti yang
ditetapkan.

 Misalnya, susur landai yang dibina terlalu curam, pintu tandas yang dipasang buka ke dalam dan sebagainya.

 Sekolah juga didapati tidak mempertimbangkan keadaan prasarana sedia ada sebelum memulakan PPI.

 Aksesibiliti MBK kepada persekitaran fizikal sangat penting supaya halangan dari segi pergerakan, ruang dan
masa dapat dikurangkan.

 Keadaan ini penting kerana apabila akses kepada persekitaran fizikal menjadi terhad maka konsep inklusif
tidak berlaku kerana kualiti pembelajaran MBK terbatas.
Halangan Peralatan
Peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran khususnya peralatan teknologi
bantuan sangat diperlukan untuk menyokong pihak sekolah mengadakan
pendidikan inklusif.

Penggunaan teknologi bantuan dalam pendidikan khas di Malaysia masih kurang


pada hari ini.

Peralatan ini agak mahal dan kebanyakan perisian yang diperlukan adalah
dalam bahasa asing.

Kekangan ini telah mengehadkan penggunaan teknologi bantuan untuk


membantu pembelajaran MBK di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai