Anda di halaman 1dari 36

PERKEMBANGAN DAN

PENGUASAAN BAHASA
JESMA ISMAIL
UNIT PEMULIHAN
IPG KAMPUS PERLIS
Model Bahasa

 Komponen
• Bahasa terdiri daripada beberapa komponen.
• Istilah-istilah lain yang digunakan selain komponen adalah seperti unsur,
elemen, parameter, dan ada juga yang menggunakan istilah aspek.
• Kesemua ini adalah bertujuan untuk memecahkan bahasa kepada bahagian-
bahagian untuk dijelas dan dibincang.
• Terdapat tiga komponen asas bahasa iaitu bentuk (fonologi, morfologi,
sintaksis), Kandungan (semantik) , dan penggunaan (pragmatik).
• Setiap komponen ini mempunyai sistem dan peraturan tersendiri.
Bentuk

Fonologi

Fonologi merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-


peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan.
 Apabila kita menyebut perkataan-perkataan, kita dapat membezakan bunyi di
antara perkataan tersebut dan seterusnya pula membezakan maknanya.
Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi utama adalah pada awal
perkataan-perkataan tersebut.
 Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi
perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing
mempunyai makna yang berbeza.
Morfologi

 Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem).
 Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti
dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.

Arbak ( ) menjelaskan bahawa morfem bebas (kata akar) adalah morfem yang tanpa
bantuan dari morfem lain sudah dapat berdiri sebagai perkataan.
 Manakala morfem terikat (imbuhan) pula adalah morfem yang hanya memberi erti setelah
diimbuhkan dengan morfem lain.
 Morfem terikat tidak dapat berdiri sebagai perkataan. Misalnya perkataan berlari, ber-
adalah morfem terikat dan ia memerlukan lari untuk membentuk perkataan berlari. Di sini
lari adalah morfem bebas dan ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai perkataan tanpa
bantuan morfem lain.
Sintaksis atau ayat

 Sintaksis adalah unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa.


 Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,
perkataan, dan morfem.
 Sintaksis juga merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri dengan
kesenyapan serta mengandungi fikiran yang sempurna.

 Aktiviti

Anda perlu membuat bacaan luas tentang morfologi dan ayat dari buku Tatabahasa
Dewan terbitan DBP.
Kandungan

 Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk


kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam
komunikasi.
 Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau
leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan
perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan
sebagainya.
Pragmatik (Penggunaan)

 Bahasa digunakan atas sebab-sebab yang tertentu yang khusus dan tanpa sebab-sebab ini tidak ada
makna kita berbahasa.
 Berbahasa adalah untuk mencapai matlamat komunikasi dan juga fungsi sosial. Aspek bahasa inilah
yang dikatakan sebagai pragmatik, Bates (1976) mengatakan bahawa pragmatik adalah sebagai
peraturan menggunakan bahasa dalam konteks. Manakala Prutting (1982), pula menganggap
pragmatik sebagai kecekapan sosial.

Wood (1982) menyatakan bahawa aspek pragmatik bahasa termasuklah:

i. menyampaikan mesej yang dikehendaki secara lisan dan bukan lisan dalam interaksi komunikasi
secara memilih kandungan, bentuk, dan gerak badan yang bersesuaian dengan konteks dan situasi,

ii. mengembangkan kemahiran berbahasa untuk perkembangan kemahiran


interpersonal, kreativiti, dan pembentukan tingkah laku.
Soalan/aktiviti:

 Berdasarkan pengalaman anda dengan kanak-kanak normal dan kanak-kanak


masalah pembelajaran, bincangkan masalah bahasa dan pertuturan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak Down Syndrome dan kanak-kanak autisma.
Tahap Perkembangan Bahasa

 Ada beberapa ahli bahasa yang membahagikan tahap-tahap perkembangan bahasa itu kepada
tahap pralinguistik dan tahap linguistik.
 Ada yang mengatakan bahwa tahap pralinguistik tidak dapat dikatakan bahasa permulaan
karena bunyi-bunyi seperti: tangisan, rengekan, dan lain-lain dikendalikan oleh rangsangan
(stimulus) semata. 
 Kemampuan berbahasa kanak-kanak tidaklah diperoleh secara tiba-tiba atau sekaligus,
tetapi berkembang secara bertahap. Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dapat
dibahagikan:
a. tahap pralingustik,
b. tahap satu-kata,
c. tahap dua-kata,
d. tahap banyak-kata.
1) Tahap Pralingustik (0 – 12 bulan)

 Sebelum mampu mengucapkan suatu kata, bayi mulai memperoleh bahasa ketika
berumur kurang dari satu tahun.
 Pada tahap ini, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan kanak-kanak belum bermakna.
 Bunyi-bunyi itu berupa vokal atau konsonan tertentu, tetapi tidak merujuk pada
kata atau makna tertentu.
 Untuk itulah perkembangan bahasa kanak-kanak pada masa ini disebut tahap
pralinguistik (Tarigan dkk., 1998 ).
 Pada awalnya, bayi hanya mampu mengeluarkan suara,yaitu tangisan.
 Pada umumnya orang mengatakan bahwa bila bayi yang baru lahir menangis,
menandakan bahwa bayi tersebut merasa lapar, takut, atau bosan.
 Sebenarnya kajian menunjukkan tangisan itu sudah mempunyai nilai komunikatif.
 Bayi yang berusia 4 – 7 bulan biasanya sudah mulai mengahasilkan banyak
suara baru yang menyebabkan masa ini disebut masa yang digunakan.
(Dworetzky, 1990). Suara-suara baru itu meliputi: bisikan, menggerang, dan
memekik.
 Setelah memasuki usia 7 – 12 bulan, sebagian bayi mulai mengucapkan suku
kata dan menggandakan rangkaian kata seperti “papapa” atau “mamama”.
Tahap Satu-Kata (12 – 18 bulan)
Prinsip Intervensi Bahasa

Anda mungkin juga menyukai