Anda di halaman 1dari 74

PKU 3102 : PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

TOPIK 1 : KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN



1.1) ASAS KOMUNIKASI, BAHASA, DAN PERTUTURANKOMUNIKASI

Definisi komunikasi secara umum adalah suatu proses pembentukan,
penyampaian,penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri
seseorang dan atau di antaradua atau lebih dengan tujuan tertentu. Definisi tersebut
memberikan beberapa pengertian pokok iaitu komunikasi adalah suatu proses
mengenai pembentukan, penyampaian,penerimaan dan pengolahan pesan.

BAHASA
Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satukelompok manusia(antara individu dengan individu yang lain).
Sistem daripada lambang(tanda) yang berupa sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang
dipakai orang untuk meluahkanfikiran dan perasaan.

PERTUTURAN
Pertuturan merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,
pendapat,perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan
dan intonasi yangbetul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar
untuk bertutur sertapenggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
sesuai.

HUBUNGKAIT DAN PERANAN KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN
* berkomunikasi
* meluahkan perasaan
* menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya
* mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana
* mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama

Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan hakikat kemanusiaan dan dapat
memberikansumbangan ke arah kebahagiaan.

1.2) PROSES KOMUNIKASI

APA ITU KOMUNIKASI?
Proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang ke pada orang lain.
Prosesmewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan
kedua-duanyamempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Asas kepada
perhubungan interpersonal iaituperhubungan antara seseorang dengan seseorang
yang lain .

LINGUISTIK, BUKAN LINGUISTIK DAN PARA-LINGUISTIK.

a) Linguistik

Satu pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat-syarat
yangdiperlukan seperti dalam pengkajian sains yang lain. Kaedah yang digunakan
bersifat empirical berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, dan didengar, yang
mengenepikan unsur-unsur sentiment dan prasangka.Linguistik perlu mempunyai
sesuatu yang boleh dikaji.Bahan yang dikaji ialah bahasayang hidup ataupun
bahasa yang sudah mati.Sebagai suatu disiplin sains, ilmu linguistic menggunakan
istilah-istilah teknikal yang khas untuknya. Penting untuk merujuk benda -
benda,peristiwa-peristiwa, objek-objek dan lain-lain.

b) Bukan Linguistik
c) Para Linguistik

CIRI -CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

Ia berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
y Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima
y Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
y Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah
seperti perubahanyang dikehendaki oleh penghantar.


KEMAHIRAN DALAM KOMUNKASI BERKESAN

Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal at au hanya menggunakan
perasaanakan menjadi tidak berkesan. Seseorang yang berkomunikasi dengan
berkesan akan menggunakankesemua deria manusia dengan bijaksana.Sekiranya
ia tidak digunakan dengan sebaiknya, keadaan komunikasi berikut mungkin
bolehberlaku :
y menerima mesej seadanya, mendengar tetapi tidak dapatmenangkap mesej
dengan jelas
y melihat seadanya, tanpa peka kepada mesej tambahan yangdilahirkan
melalui mimik muka, pergerakan badan, tangandan sebagainya
y tidak mengambil endah dan tidak peka kepada emosi yangdilahirkan atau
emosi yang disembunyikan
y tidak cuba memahami perasaan tersebut




1.3) ELEMEN-ELEMEN PERTUTURAN

y Aspek segmental
y Aspek non-segmental

Aspek-aspek bahasa
Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu unsur
segmental dan unsur suprasegmental. Unsur segmental dapat dibahagikan
kepada segmen yang lebihkecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian
bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental

Aspek segmental

y Unsur segmental bahasa, secara kronologi nya dapat diperincikan daripada
unit yang lebihbesar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat,
klausa, frasa, kata, morfem, sukukata, fonem, dan fon.


Aspek suprasegmental.

y Unsur suprasegmentalbahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya,
yangkehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa.
Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada ( tinggi
rendahnya ujaran),durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan
perhentian (pembahagian arus ujaran).

Ciri-ciri Pertuturan yang Baik

a.Sebutan
Huruf mestilah dibunyikan dengan tepat mengikut ejaan.
Menyebut suku kata demi suku kata dengan tertib dan teratur.
b.Tekanan
Merupakan satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan
memberikantekanan pada tempat -tempat tertentu
Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk
menandakan kerasatau lembut sesuatu ucapan.
c.Intonasi
Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu
ayat itudilafazkan.
Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza
mengikutjenis ayat yang dituturkan.
d.Nada
Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataanatau suku kata itu dilafazkan.
Di dalam muzik umpamanya, terdapat lapan nada, iaitu Do, Re, Mi, Fa, So,
La, Ti, Do.
Setiap nada ini mewakili satu suku kata
e.Tatabahasa
Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang -undang
yangmenggabungkan perkataan untuk membentuk ayat -ayat.
Pertuturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.
Dalam bahasa pertuturan (lisan), murid perlu dipastikan bercakap mengikut
tatabahasa yang betul
f.Laras Bahasa
Laras bahasa bermaksud boleh menggunakan bahasa dalam berbagai -bagai
konteks,situasi dan suasana yang sesuai


TOPIK 2 : KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA

2.1) MODEL BAHASA: KOMPONEN BENTUK (form), KANDUNGAN (content),
PENGGUNAAN (use).

y Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga
membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang
memiliki erti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah
sebagai berikut:

1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke
dalam fikiran orang lain
3. satu kesatuan sistem makna
4. satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan
antara bentuk dan makna.
5. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :
Perkataan, kalimat,dan lain lain.)
6. satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyar akat linguistik.
7. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahawa
bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan[1] Ilmu
yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.

FONOLOGI

Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi -bunyi
yang berfungsidalam sesuatu bahasa.
Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat -alat sebutan seperti beikut :
y Bibir Gigi
y Gusi Lelangit kerasLelangit lembutAnak tekakLidah Rongga tekak Rongga
mulut
y Rongga hidungParu-paruPeti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan
dapat diletakkan dibeberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai
olah artikulator.
Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
1. Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,
konsonan dan diftong.
2. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam
rongga mulut.
3. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat ata u
terhimpit.
4. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
5. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.
6. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat -alat
sebutan sehingga jalanaliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara
disekat atau dihalang dan udara keluar melaluironga mulut atau rongga
hidung
7. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan
8. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi
yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.
9. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
10. Contohnya, bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan
meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

MORFOLOGI

1. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.
2. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
3. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
4. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan
yang sama.
5. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.
6. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu.
7. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh :

berpeluh = 2 morfem: ber+peluh
berkakikan = 3 morfem: ber+kaki+kan

saya = 1 morfem: saya

y Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya
wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
y Morfem bebas saya
y Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi
membentuk perkataan seperti berkakikan.
y Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi
makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi
bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri,
contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.
y Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada
morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua
perkataan bersifat bebas, yakni dapa t berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa
perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu
perkataan.
y Konsep Perkataan.
a) Kata Akar: ialah kata dasar yang terdiri daripada satu morfem bebas
iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imb uhan. Oleh itu, kata akar
dapat dianggap sebagai inti sesuatu kata. Contoh, kata akar ialah
Morfem bebas jujur pada kata kejujuran.

b) Kata Dasar :ialah kata yang menjadi dasar untuk membentuk kata.
Kata dasar ini boleh terdiri daripada akar kata, kata akar , kata terbitan,
kata majmuk, kata ganda dan frasa tertentu.

Bentuk Kata
a. Kata tunggal: ialah kata yang tidak mengalami peroses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal bolah
mengandung hanya satu suku kata atau mengandung lebih daripada satu
suku kata.

b. Kata Terbitan: Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada Proses
Pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

c. Kata majmuk: ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak
sebagai satu unit dan kebanyakannya dieja terpi sah. Contoh, gambar rajah,
kaki bangku, lemah lembut.

d. Kata Ganda: Ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.
Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian
kata dasar atau digandakan secara berima.

Proses Pembentukan Kata
proses merangkaikan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata
terbitan.
Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu imbuhan awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
a. Awalan : peN-, pe-, per-, ke-
b. Akhiran: -an
c. Apitan: PeN-an, Penge-an
d. Sisipan : -i, -kan
e. Golongan Kata

Kata dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata
tugas.

SINTAKSIS

DEFINISI SINTAKSIS
Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan atau konstruksi ayat.Ia juga ialah kajian mengenai hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam bahasa.

a. Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang -
kurangnya duaperkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia
berpotensi untuk diperluas menjadi duaperkataan atau lebih.
Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan
FS.
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa
endosentrik dan frasa eksosentrik.

b. Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang
membentuk ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
(i). Ahmad sedang.
(ii). membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur -
unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan
frasa sendi nama (FS).

SEMANTIK
1. Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yu nani
semantickos yang membawa makna penting atau bererti.
2. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu
yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.
3. Kata semantik itu kemudian disetujui oleh para ahli bahasa sebagai istilah
untuk bidang kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat
morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea,
konsep, dan perasaan.
4. Semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek -aspek seerti dan
rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa
(termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Rujukan
1. Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk.

2. Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan
fonem: / k /, / b /, / c/, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /, / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e
/, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna.

3. [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak]
kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
wanita: perempuan dewasa
cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari, bulan
rumah: binaan untuk tempat tinggal
budak: anak, kanak-kanak
bangunan: sesuatu yang didirikan seperti rumah, gedung, menara

Pragmatik

-cabang ilmu linguistik yan mengkaji hal -hal yang merangkumi struktur bahasa
sebagai alatperhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan
pembaca.

-Hashim Musa & Ong Chin Guan:

Teori berkaitan dengan interpretasi pengujaran

-George Yule:

Kajian makna, yg libatkan penyampai dan penerima (libatkan komunikasi 2 hala)


2.2) ASAS PEMEROLEHAN BAHASA

PENGENALAN
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan bahasalah yang membezakan
antara manusia dan makhluk-makhluk lain. Dengan menggunakan bahasa, manusia
dapat berhubung, melahirkanpendapat, pandangan dan perasaan.Manusia juga
menggunakan bahasa untuk menyampaikan ilmu dan mencipta keindahan melalui
kesusasteraan. Semua orang mengakui akan kepentingan bahasa dalam kehidupan
sehari-hari. Tanpa bahasa, manusia akan hidup terasing dari masyarakat dan tiada
kemajuan. Setiap manusia yang baru dilahirkan, secara semulajadinya mempunyai
beberapa alat fizikal yang sesuai untuk memperolehi bahasa. Walaupun pada
mulanya bayi dilahirkan tanpa kebolehan berbahasa tetapi pemerolehannya akan
berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat -peringkat mengikut perkembangan
otaknya. Mengikut teori biologis, sejak anak itu dilahirkan, memang sudah ada satu
kebolehan menggunakan bahasa. Menurut Chomsky (1965), kebolehan ini
dinamakan jentera pemerolehanbahasa atau Language Acquisition Device (LAD ).
Seorang kanak-kanak yang normal akanmemperolehi bahasa pertamanya antara
umur dua hingga enam tahun. Ketika itu, mereka akan mengambil perkataan -
perkataan penting, mempelajarinya dan seterusnya menggunakannya.

Namun begitu, satu perkara yang pasti ialah setiap kanak -kanak memerlukan
pendedahan terhadap bahasa.Kanak-kanak perlu mendengar cara-cara bahasa
dihasilkan dan apakah hubungan bahasa dengan objek. Tanpa pendedahan bahasa,
kanak-kanak tidak akan memperolehi sebarang bahasa dan sukar menerima bahasa
yang akan diajar. Kanak-kanak memerlukan beberapa pendedahan bahasa sama
ada melalui pertuturan, isyarat, tulisan ataupun sentuhan sebelum pembelajaran
bahasa berlaku.

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara -cara bahasa dikuasai oleh
seseorangkanak-kanak. Pemerolehan bahasa : situasi yang mana kanak-kanak
memperolehi bahasa yang digunakan oleh masyarakat persekitaran secara
menyerap, tanpa dipelajari atau dipaksa. Di dalamt opik asas pemerolehan bahasa,
kita akan melihat kepada tiga elemen yang membolehkan seseorang individu
memperoleh bahasa iaitu fisiologi, psiko-sosial dan kognitif.

FISIOLOGI

y Fisiologi merujuk kepada pengkajian mengenai sifat fizikal benda hidup, cara
organisma berinteraktif antara satu sama lain dan juga dengan alam sekitar
dengan kelebihan atau kekurangan fizikal tersebut.
y Dari segi aspek pemerolehan bahasa, keadaan fisiologi yang sempurna
adalah amat penting.
y Kanak-kanak normal yang memiliki alat artikulasi yang sempurna lebih mudah
memperolehbahasa berbanding kanak-kanak bermasalah fizikal. Contoh
masalah fizikal: Pekak, bisu, sumbing,
y Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal masih boleh memperoleh
bahasa sekiranyamenjalani latihan (bahasa isyar at).
y Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah kes yang melibatkan
kecacatan fizikal danmenyebabkan individu itu tidak dapat memperolehi
bahasa. Contohnya, kes congenital rubella yang melibatkan kanak-
kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak. Mereka tidak boleh
mendengar percakapan orang lain. Walaupun kanak -kanak ini dapat
menggunakant angannya seperti kanak-kanak yang boleh melihat, mereka
masih tidak dapat belajar bahasaisyarat. Oleh itu, kanak -kanak ini tidak boleh
bercakap atau memahami bahasa.

PSIKO-SOSIAL
Merujuk kepada hubungan sosial seseorang dengan individu-individu di persekitaran.Kanak-
kanak memerlukan pendedahan terhadap bahasa.Kanak -kanak perlu mendengar
cara-cara bahasa dihasilkan dan apakah hubungan bahasa dengan objek. Tanpa
pendedahan bahasa, kanak-kanaktidak akan memperolehi sebarang bahasa dan
sukar menerima bahasa yang akan diajar.

KAJIAN KES 1 : VICTOR

Seorang budak yang ditemui di dalam hutan.Umur ketika ditemui dianggarkan 11
atau 12 tahun tetapi bilakah dia dibuang di dalam hutan tidak dapat
dipastikan.Tidak pernah mendengar bahasa manusiaselama 11 atau 12 tahun.Dia
telah dimasukkan ke Institut Orang-orang Pekak dan Bisu di Paris dan diajar
berbahasa oleh Sicard dengan menggunakan kaedah pengajaran orang -orang
pekak tetapi gagal. Mengapa Victor tidak belajar lebih daripada yang telah
dipelajarinya walaupun telah diajar oleh seorang yang pakar dalam teknik mengajar
bahasa? Antara faktornya ialah Victor tidak pernah didedahkan pada bahasa
manusia kemungkinan sejak ia dilahirkan sehinggalah dia ditemui. Pendedahan
terhadap bahasa merupakan satu faktor yang paling penting dalam mengajar kanak-
kanak berbahasa


KAJIAN KES 2 : HELEN

Seorang budak perempuan yang pekak dan buta. Helen dilahirkan normal, tetapi dia
telah diserang oleh penyakit yang teruk sehingga menyebabkan dia pekak dan buta
ketika berusia 1 tahun 7 bulan.Setelah umur Helen 7 tahun, Ibu bapa Helen telah
mengupah Anne Sullivan Macy untuk mengajar Helen ber cakap. Walau
bagaimanapun, Helen telah pun mendapat melalui peringkat awal pemerolehan
bahasa sebelum ditimpa nasib malang. Ini kerana, Helen mendengar bahasa dan
mendapat belaian ibunya.Usaha untuk membuatkan Helen bercakap berjaya.
Ini kerana dia telah terdedah kepada bahasa sebelum ditimpa malang. Selain itu,
umur Helen ketika didedahkan semula kepada bahasa adalah 7 tahun. Berbeza
dengan Victor yang tidak terdedah kepada bahasa selama11 atau 12 tahun.





KOGNITIF
Kognitif merupakan elemen pemerolehan bahasa yang melibatkan proses mental.
Mengikut teori biologis, sejak seorang individu itu dilahirkan, memang sudah ada
satu Kebolehan menggunakan bahasa.Chomsky (1965); kebolehan ini dinamakan
alat pemerolehan bahasa atau LanguageAcquisition Device (LAD).Kebolehan ini
membolehkan mereka memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah dan
cepat. Proses ini sangat aktif berlaku sebelum kanak -kanak berumur 12
tahun(Kreshan & Terrell,1983). Menurut Noam Chomsky, setiap individu telah
diprogramkan secara genetic untuk menguasai bahasa. Kanak-kanak dilahirkan
dengan LAD iaitu mekanisma bahasa yang membolehkan mereka mengesan
penggunaan bahasa yang digunakan di persekitaran. LAD juga dikaitkan dengan
nature di mana alat ini merupakan suatu yang semula jadi.LAD dikat akan dimiliki
kanak-kanak dan alat inilah yang menjadikan kanak -kanak dapat memperoleh
bahasa daripada ibu bapa dengan mudah.Dengan LAD maka berlakulah
berkembangan bahasa kanak-kanak sepertimenangis, cooing, babbling.

Kanak-kanak Terencat Akal- Bagi kanak-kanak terencat akal, mereka juga
mempunyai kebolehan untuk memperoleh bahasa. Kanak-kanak terencat akal pada
tahap sederhana boleh berkomunikasi dengan baik walaupun agak lambat
berbanding kanak-kanak normal.Namun, kanak-kanak terencat akal pada tahap
yang teruk memerlukan latihan khas untuk mempelajari bahasa. Seorang kanak-
kanak yang normal akan memperolehi bahasa pertamanya antara umur dua
hinggaenam tahun. Ketika itu, mereka akan mengambil perkataan-perkataan
penting, mempelajarinya danseterusnya menggunakannya. Mangantar Simanjuntak
( 1979 ), ahli-ahli psikologi bersependapat,kanak-kanak akan mengalami kesukaran
menguasai bahasa sesudah ia meningkat umur 13 tahun.


KAJIAN KES 3 : GENIE

Genie telah dibesarkan dalam pengasingan.Dia telah dikurung oleh ayahnya di
dalam sebuah bilik kecil sejak dia berumur lebih kurang 1 tahun 8 bulan.Tidak pernah
mendengar bahasa manusiaselama 12 tahun sehinggalah dia berjaya dilarikan oleh
ibunya.Tidak mendapat pendedahan bahasadalam masa yang terlalu lama
menyebabkan Genie tidak mampu menguasai bahasa dengansempurna walaupun
telah diajar. Umur Genie ketika mula diajar bahasa telahpun menjangkau lebih13
tahun di mana ia telah melangkaui peringkat pemerolehan bahasa. Pada peringk at
ini,kanak-kanak akan mengalami kesukaran menguasai bahasa walaupun diajar.
Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran
tetapi dengan cara memperolehi dan ini berlaku secara tidak formal.

KESIMPULAN
Elemen-elemen yang penting dalam pemerolehan bahasa adalah sifat fizikal yang
lengkap, psiko-sosial dan tahap kognitif yang baik. Ini kerana, kesemua elemen
tersebut saling melengkapi untuk membolehkan kanak-kanak memperolehi bahasa
dengan baik secara semula jadi dan boleh menggunakan ba hasa dalam kehidupan
seharian.


2.3) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA

FAKTOR KOGNITIF
Menekankan tentang peranan permodelan.

Contoh :
y Kanak-kanak meniru percakapan maklumbalas dan gaya bahasa orang
dewasa.
y Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa
apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain.
y Mereka seterusnya akan meniru dan mengulanginya apabila diteguhkan


FAKTOR PERSEKITARAN
Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat keatas kemahiran
berbahasa.Sokongan serta pengaruh ibu bapa dan guru penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak.Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara
ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibubapa mempengaruhi
perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut kajian Betty Hart dan Todd Risly
(santrock,2007) mendapati ibu bapa dari golongan profesional menyediakan
persekitaran untuk perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding golongan
bukan profesional. Golongan bukan profesional kurang bercakap dan kura ng
menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak -anak. Dalam kajian
lain mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu yang banyak berkomunikasi
dengan mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata dari
kanak-kanakyang mempunyai ibu pendiam. Kajian terhadap PRA-sekolah di
Amerika (1998-99) mendapati ibu bapa yang membaca kepada anak-anak mereka
tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak -anak ini mempunyai
kemahiran berbahasa yang lebih baik berbanding dengan ibubapa yang
kurangbebuat demikian.

FAKTOR GENETIK
Naom Chomsky (1997) menegaskan individu telah diprogramkan secara genetik
untuk menguasai bahasa.Beliau menyatakan kanak-kanak melahirkan dengan LAD
(Language Acquisition Device)-mekanisme penguasaan penguasaan bahasa yang
membolehkan mereka mengesanpenggunaan bahasa yang digunakan
dipersekitaran. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk
mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Menurut kajian,
kecederaan pada kawasan broca dan kawasan wernicke (kedua-duanya terletak di
hemisfera otak) boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam
berbahasa.


TOPIK 3 : TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
3.1) TEORI BEHAVIOURIS
y Ahli-ahli psikologi seperti, Hull, dan Skiner Pavlov, Thordike berpendapat
bahawa pembelajaran sebagai satu proses yang mekanis bagi membentuk
satu kebiasaan.
y Teori ini menekankan bahawa bahasa diperolehi melalui pengalaman.
y Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu
rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan
diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Gerak balas diikuti oleh peneguhan yang
positif juga akan diulangi. Greak balas yang sering diulangi akan menjadi
kebiasaan
Elemen-elemen penting dalam Teori Behaviouris
1. Pengaruh Persekitaran (ransangan)
Ahli-ahli behavioris menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam
pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam
bentuk-bentuk bahasa dan bukan bahasa. Cth: seorang kanak-kanak bertutur
kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun kanak -kanak itu sendiri perlu
bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya.

2. Peneguhan (gerak balas)
Dalam proses pemerolehan bahasa, ibu bapa dan penjaga kanak -kanak
menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul.
Cth: memberikan senyuman, kata pujian, menganggukkan kepala dll.

3. Pengulangan
Proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa.
Perkataan ataupun bentuk-bentuk bahasa yang sering diul ang akan cepat dipelajari
oleh kanak-kanak


Kelebihan dan Kekurangan Teori Behaviouris
Kelebihan
y Menurut John Broades Watson, Ia percaya bahwa dengan memberikan
keadaan tertentu dalam proses pendidikan, maka akan dapat membuat
seorang anak mempunyai sifat-sifat tertentu.
y Maka, seseorang itu mampu membentuk manusia yang berkelakuan positif
sertame ninggalkan perkara yang negatif berdasarkan keadaan tertentu yang
telah dipelajarinya.
Kekurangan
y Kajian ahli-ahli psikologi yang mengkaji Teori Behaviouris hanya ditumpukan
kepada lakuan binatang dan kesimpulan daripada kajian tersebut diterima
untuk lakuan manusia memperoleh bahasa.
y Generalisasi : Rangsangan yg sama hasilkan tindak balas yg sama. Cth: Ali
risau setiap kali diadakan ujian kimia. Ia juga risa u dengan ujian biologi
kerana dua matapelajaran tersebut ada kaitan dgn yg lain. Oleh itu kerisauan
kimia telah digeneralisasikan dgn biologi.
y Diskriminasi ; Tindakan individu terhadap suatu rangsangan tertentu shj. Cth
Jika Ali ambil ujian Sejarah ia tak risau nak ambil ujian Bahasa Inggeris
kerana ia tiada kaitan dengan yg lain.
y Penghapusan :sesuatu gerak balas pelaziman tidak disertai dengan ransangan.
cth: pada kebiasaannya, selepas bunyi loceng (gerak balas) anjing akan
diberikan daging (ransangan), n amun penghapusan berlaku apabila anjing
tidak diberikan daging selepas bunyi loceng.
Teori Behaviouris tidak dapat menghuraikan proses perolehan aspek bahasa yang
kompleks.

Implikasi dalam bahasa
Memudahkan dan mempercepatkan proses pemorelahan bahasa bagi
golongan kanak-kanak.
Memberikan motivasi dan galakan kepada kanak-kanak untuk mempelajari
bahasa melalui proses peneguhan yang disertakan ganjaran.
Memudahkan para guru merancang aktiviti yang dapat mengukuhkan
penguasaan bahasa murid berdasarkan Teo ri Behaviouris
Kesimpulan
Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan
antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).
Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran.
Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif juga akan
lebih sering diulangi.
Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.

3.2) TEORI PSIKO-LINGUISTIK
Definisi Psikolinguistik
Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan
neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan
memahami bahasa.Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula -
mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh
kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi.
Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori
maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adadnya beberapa
subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan
neurologi otak semakin digunakan,
dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya.

Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan
ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbend aharaan kata dan
struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman
pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.Psikolinguisti perkembangan mengkaji
keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui
kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya
pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam
penyelidikannya terhadap perkembangan kanak -kanak).

Bidang kajian

Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagai -
bagai bidang, seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik.Adanya banyak
subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen -komponen
bahasa manusia.

Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan.Dalam
bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak
memproses dan memahami bunyi-bunyi itu.

Morfologi ialah kajian struktur -struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-
perkataan yang berkait ( seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan
berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan
digabungkan untuk membentuk ayat.
Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat.Jika
sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan
maksud ayat-ayat yang sebenar.
Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna.
Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang
terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik
daripada pola-pola dalam teks tercetak.

Teori-teori
Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba
menjelaskan, antara lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi -bunyi (atau isyarat -
isyarat) bahasa, dan bagaimana kita menggunakan sintaksis - iaitu, bagaimana kita
dapat menyusun perkataan-perkataan untuk menghasilkan dan memahami urutan-
urutan kata yang kita panggil "ayat".Yang pertama antara perkara -perkara ini -
mengaitkan bunyi dengan maksud - tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan
dan secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia
mempunyai sekurang-kurangnya sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi
haiwan). Sebaliknya,sintaksis adalah penuh dengan perbalahan, dan merupakan
tumpuan perbincangan yang berikut.

Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat
mencipta ayat-ayatsintaksis:
y Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat
dengan berlalunya masa, dan faktor -faktor sosial yang menggalakan
perkembangan bahasa pertuturan;
y Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk
memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat".

Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk memperoleh
sintaksis adalah"terbina" di dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh,
ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-
makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial. (Rekursi, umpamanya,
termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-
bahagian ayat yang awal - "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan
pokok yang saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan untuk
menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud tanpa konsep semula jadi yang
mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan tatabahasa yang
menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu, kanak-kanak yang
membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk
memeriksa dengan teliti antara tatabahasa -tatabahasa manusia yang mungkin, dan
secara logic memilih bahasa ( -bahasa) yang dituturkan di dalam komuniti
penuturnya. Sintaksis ini, menurut sudut pandangan kedua, adalah yang
mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentuk -
bentuk komunikasi haiwan yang paling canggih.Pandangan pertama adalah amat
popular sehingga kira-kira tahun 1960, dan diwakili oleh teori -teori mentalisme Jean
Piaget dan penyokong empirisisme, Rudolf Carnap.Aliran fikiran psikologi yang
dikenali sebagai faham ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan (1957) oleh
B.F. Skinner) mengemukakan pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah
tingkah laku yang dibentuk oleh gerak belas terlazim.Sudut pandangan kedua - iaitu
"yang semula jadi" - boleh dikatakan secara adil sebagai bermula dengan ulasan
Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku Skinner pada tahun 1959 di dalam
halaman-halaman jurnal Bahasa [1]. Ulasan itu memulakan apa yang telah
diistilahkan sebagai "revolusi kognitif" dalam bidang psikologi.

Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak -gerak balas
terhadap Chomsky.Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan
manusia untukmenggunakan sintaksis adalah berbeza secara kualitatif daripada
sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang
menggalakkan (terlalu tidak mungkin), atau (l ebih mungkin) oleh penyesuaian
kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan -tujuan yang lain. Dengan
kata yang lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok;
ungkapan-ungkapan linguistik yang lebih baik mungkin menghasilkan kepa duan,
kerjasama, dan potensi untukhidup, TETAPI sintaksis tepat hanya dapat
berkembang daripada sintaksis asas - atau tiada sintaksis - yang tidak mempunyai
sebarang nilai hidup dan oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu,
seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin
berguna untuk sintaksis. Dalam istilah biologi evolusi moden, kemahiran -kemahiran
ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis (sila lihat "Eksaptasis").
Apakah kemahiran-kemahiran ini yang sebenarnya merupakan tumpuan
penyelidikan terkini, atau sekurang-kurangnya, tekaan.Pandangan penentang masih
menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada
perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi manusia
selamaberpuluh-puluh ribu tahun.Dari sudut pandangan ini, sintaksis dalam bahasa
beransur-ansur meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup.
Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain,ialah artifak kebudayaan. Pandangan ini
mencabar pandangan "semula jadi" kerana kebenarannya tidak dapat dibuktikan
secara saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta bahawa sesuatu
struktur sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana -mana bahasa di
dunia adalah suatu pencerapan yang memang menarik, tetapi ia bukannya bukti
tentang kekangan genetikterhadap bentuk -bentuk yang mungkin, ataupun bukti
bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari.

TEORI BELAJAR BEHAVIORISME

Teori belajar Behavorisme ialah suatu (perubahan perilaku yang dapat
diamati, diukur dan di nilai secara konkrit.Perubahan terjadi melalui rangsangan
(stimulans) yang menimbulkan hubungan perilaku tindak balas (respon) juga dikenali
sebagai teori pelaziman instrumental.
Menurut B.F.Skinner ,perilaku dikawal melalui proses pelaziman operan. Di
mana seorang dapat mengawal tingkah laku organisma melalui pemberian
peneguhan yang bijaksana dalam sesuatu lingkungan.

Eksperimen: tikus & biji makanan.
Dalam sebuah kotak yang dinamakan kotak Skinner, ada tempat
makanan yang diperbuat daripada tin. Di luar kotak itu, ada satu alat untuk
menjatuhkan biji -biji makanan ke dalam tin itu.
Kedengaran bunyi ping yang nyaring setiap kali biji makanan dijatuhkan ke dalam
tin itu. Hal ini bermakna, adanya makanan dalam tin itu.
Seekor tikus dimasukkan ke dalam tin itu dan di beri makanan
dengan menjatuhkan biji-biji makanan ke dalam tin. Biji-biji makanan akan jatuh
ke dalam tin jika bebatang besi yg disisipkan ke dalam kotak itu dipijak oleh
tikus. Pada masa tikus itu lapar, ia secara tidak sengaja memijak batang besi
itu, maka biji makanan pun jatuh ke dalam tin.Setelah beberapa kali, tikus
itu mempelajari bahawa apabila dia menekan batang besi, maka makanan akan
jatuh ke dalam tin.
Perilaku yang dilazimkan ( perilaku tikus ) yang bersifat operon atau instrumental
dalam hal perilaku ini menyebabkan munculnya biji makanan.
Tingkah laku yang operon ini mempunyai pengaruh terhadap lingkungan
dan lingkungan ini memberikan hadiah sebagai pengukuhan, iaitu biji makanan.
Hadiah yang menjadi pengukuh inilah yang menyebabkan tikus itu
cenderung untuk menekan batang besi tersebut.
Skinner ambil keputusan bahawa pengukuhan akan selalu
menambah kemungkinan berulangnya sesuatu perilaku.
Skinner berpandangan bahawa proses
pelaziman instrumental kurang dikawal atau kurang ditentukan oleh faktor-faktor
luaran.
Di samping itu, ganjaran-ganjaran yang diberikan tidak
semestinya berbentuk benda fizikal,tetapi boleh juga merupakan sesuatu yang
berbentuk kepuasan secara emosi atau perasaan.
Dalam proses pembelajaran yang berasaskan pelaziman
instrumental, para pelajar diberikebebasan yang tertentu.
Para pelajar yang menentukan bentuk gerak balas yang harus mereka berikan
berasaskan rangsangan yang di berikan oleh guru.
Jelasnya, pelaziman instrumental telah melonggarkan kawalan dengan mengambil
kira daya kreativiti yang ada dalam diri para pelajar.
Kelebihan Teori:
sangat sesuai untuk perolehan kemampuan yang memerlukan praktikal dan pembia
san yang mengandung unsur-unsur seperti : Kecepatan, spontaneous, kelenturan,
reflek, daya tahan dan sebagainya, contohnya:percakapan bahasa asing, mengetik,
menari, menggunakan komputer, berenang, bersukan.
Teori ini juga sesuai diterapkan untuk melatih kanak-kanak yang suka
akan ganjaran apabila memberi respons yang betul.
y Penerapan teori behaviorisme yang salah dalam suatu situasi pembelajaran
juga mengakibatkan terjadinya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi
pelajar iaitu guru sebagai pusat utama, komunikasi satu hala berlaku (Murid
dipandang pasif ), guru melatih dan menentukan apa yang harus dipelajari
murid. Murid hanya mendengarkan dengan tertib penjelasan guru dan
menghafalkan apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang
efektif.

TEORI BELAJAR HUMANISTIK
Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan
manusia.proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya
dan dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun
ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini
berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari
sudut pandang pengamatnya.Tujuan utama para pendidik adalah membantu si
siswa untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu masing -masing individu untuk
mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam
mewujudkan potensi -potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik
melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, ialah:
Proses pemerolehan informasi baru,
Personalia informasi ini pada individu.

Tokoh penting dalam teori belajar humanistik secara teoritik antara lain adalah:
Arthur W. Combs, Abraham Maslow dan Carl Rogers.

Arthur Combs (1912-1999) Bersama dengan Donald Snygg (1904 -1967) mereka
mencurahkan banyak perhatian pada dunia pendidikan.Meaning (makna atau arti)
adalah konsep dasar yang sering digunakan.Belajar terjadi bila mempunyai er ti bagi
individu. Guru tidak bisa memaksakan materi yang tidak disukai atau tidak relevan
dengan kehidupan mereka. Anak tidak bisa matematik atau sejarah bukan karena
bodoh tetapi kerena mereka enggan dan terpaksa dan merasa sebenarnya tidak ada
alasan penting mereka harus mempelajarinya. Perilaku buruk itu sebenarnya tak lain
hanyalah dati ketidakmampuan seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak
akan memberikan kepuasan baginya.
Untuk itu guru harus memahami perlaku siswa dengan mencoba memahami
dunia persepsi siswa tersebut sehingga apabila ingin merubah perilakunya, guru
harus berusaha merubah keyakinan atau pandangan siswa yang ada. Perilaku
internal membezakan seseorang dari yang lain. Combs berpendapat bahawa
banyak guru membuat kesalahan dengan berasumsi bahawa siswa hendak
belajar apabila materi pelajarannya disusun dan disajikan sebagaimana
mestinya.Padahal erti tidaklah menyatu pada materi pelajaran itu.Sehingga yang
penting ialah bagaimana membawa si siswa untuk memperoleh erti bagi peribadinya
dari materi pelajaran tersebut dan menghubungkannya dengan kehidupannya.

Combs memberikan lukisan persepsi diri dan dunia seseorang seperti dua
lingkaran (besar dan kecil) yang bertitik pusat pada satu.Lingkaran kecil (1) adalah
gambaran dari persepsi diri dan lingkungan besar (2) adalah persepsi dunia.Makin
jauh peristiwa-peristiwa itu dari persepsi diri makin berkurang pengaruhnya terhadap
perilakunya.Jadi, hal-hal yang mempunyai sedikit hubungan dengan diri, makin
mudah hal itu terlupakan.

Maslow
Teori Maslow didasarkan pada asumsi bahwa di dalam diri individu ada dua hal :
suatu usaha yang positif untuk berkembang
kekuatan untuk melawan atau menolak perkembangan itu.

Maslow mengemukakan bahawa individu berperilaku dalam upaya untuk memenuhi
keperluan yang bersifat hirarki.

Pada diri masing-masing orang mempunyai berbagai perasaan takut seperti rasa
takut untuk berusaha atau berkembang, takut untuk mengambil kesempatan, takut
membahayakan apa yang sudah ia miliki dan sebagainya, tetapi di sisi lain
seseorang juga memiliki dorongan untuk lebih maju ke arah keperluan, keunikan diri,
ke arah berfungsinya semua kemampuan, ke arah kepercayaan diri menghadapi
dunia luar dan pada saat itu juga ia dapat menerima diri sendiri (self).

Maslow membagi keperluan-keperluan (needs) manusia menjadi tujuh hirarki.
Bila seseorang telah dapat memenuhi keperluan pertama, seperti keperluan
fisiologis, barulah ia dapat menginginkan keperluan yang terletak di atasnya, ialah
keperluan mendapatkan rakyat aman dan seterusnya. Hierarki keperluan manusia
menurut Maslow ini mempunyai implikasi yang penting yang harus diperhatikan oleh
guru pada waktu ia mengajar anak-anak. Ia mengatakan bahawa perhatian dan
motivasi belajar ini mungkin berkembang kalau keperluan dasar si siswa belum
terpenuhi.

Carl Rogers
Carl Rogers lahir 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago, sebagai anak
keempat dari enam bersaudara. Semula Rogers menekuni bidang agama tetapi
akhirnya pindah ke bidang psikologi. Ia mempelajari psikologi klinis di Universitas
Columbia dan mendapat gelar Ph.D pada tahun 1931, sebelumnya ia telah merintis
kerja klinis di Rochester Society untuk mencegah kekerasan pada anak.

Gelar profesor diterima di Ohio State tahun 1960. Tahun 1942, ia menulis
buku pertamanya, Counseling and Psychotherapy dan secara bertahap
mengembangkan konsep Client-CenterdTherapy.

Rogers membezakan dua jenis belajar, iaitu:

Kognitif (kebermaknaan)
experiential (pengalaman atau signifikasi)
Guru menghubungan pengetahuan akademik ke dalam pengetahuan terpakai
seperti mempelajari mesin dengan tujuan untuk memperbaiki kenderaan.
Experiential Learning menunjuk pada pemenuhan keperluan dan keinginan siswa.
Kualiti belajar experiential learning merangkumi : keterlibatan siswa secara personal,
berinisiatif, evaluasi oleh siswa sendiri, dan adanya efek yang membekas pada siswa.

Menurut Rogers yang terpenting dalam proses pembelajaran adalah pentingnya
guru memperhatikan prinsip pendidikan dan pembelajaran, iaitu:
Menjadi manusia bererti memiliki kekuatan yang wajar untuk belajar.Siswa tidak
harus belajar tentang hal-hal yang tidak ada ertinya.
Siswa akan mempelajari hal-hal yang bermakna bagi dirinya. Pengorganisasian
bahan pelajaran bererti mengorganisasikan bahan dan idea baru sebagai bahagian
yang bermakna bagi siswa Pengorganisasian bahan pengajaran bererti
mengorganisasikan bahan dan idea baru sebagai bahagian yang bermakna bagi
siswa.

Belajar yang bermakna dalam masyarakat modern bererti belajar tentang proses.
Dari bukunya Freedom To Learn, ia menunjukkan sejumlah prinsip-prinsip dasar
humanistik yang penting diantaranya ialah :
1. Menjadi manusia bererti memiliki kekuatan yang wajar untuk belajar. Siswa
tidak harus belajar tentang hal-hal yang tidak ada ertinya.
2. Siswa akan mempelajari hal-hal yang bermakna bagi dirinya.
Pengorganisasian bahan pelajaran bererti mengorganisasikan bahan dan
idea baru sebagai bahagian yang bermakna bagi siswa
3. Pengorganisasian bahan pengajaran bererti mengorganisasikan bahan
dan idea baru sebagai bahagian yang bermakna bagi siswa.
4. Belajar yang bermakna dalam masyarakat modern bererti belajar
tentang proses.

Implikasi Teori Belajar Humanistik
a. Guru Sebagai Fasilitator
Psikologi humanistik memberi perhatian atas guru sebagai fasilitator yang
berikut ini adalah berbagai cara untuk memberi kemudahan belajar dan
berbagai kualiti fasilitator. Ini merupakan ikhtisar yang sangat singkat
dari beberapa guidenes (petunjuk):

1. Fasilitator sebaiknya memberi perhatian kepada penciptaan suasana awal,
situasi kelompok, atau pengalaman kelas
2. Fasilitator membantu untuk memperoleh dan memperjelas tujuan-tujuan
perorangan di dalam kelas dan juga tujuan -tujuan kelompok yang bersifat
umum.
3. Dia mempercayai adanya keinginan dari masing-masing siswa untuk
melaksanakan tujuan-tujuan yang bermakna bagi dirinya, sebagai kekuatan
pendorong, yang tersembunyi di dalam belajar yang bermakna tadi.
4. Dia mencuba mengatur dan menyediakan sumber-sumber untuk belajar
yang paling luas dan mudah dimanfaatkan para siswa untuk membantu
mencapai tujuan mereka.
5. Dia menempatkan dirinya sendiri sebagai suatu sumber yang fleksibel
untuk dapat dimanfaatkan oleh kelompok.
6. Di dalam menganggap ungkapan-ungkapan di dalam kelompok kelas, dan
menerima baik isi yang bersifat intelektual dan sikap -sikap perasaan dan
mencuba untuk menanggapi dengan cara yang sesuai, baik bagi individual
ataupun bagi kelompok
7. Bilamana cuaca penerima kelas telah mantap, fasilitator beransur-
ansur dapat berperanan sebagai seorang siswa yang turut melibatkan diri,
seorang anggota kelompok, dan turut menyatakan pandangannya sebagai
seorang individu, seperti siswa yang lain.
8. Dia mengambil inisiatif untuk ikut serta dalam kelompok, perasaannya dan
juga fikirannya dengan tidak menuntut dan juga tidak memaksakan, tetapi
sebagai suatu andil secara pribadi yang boleh saja digunakan atau ditolak
oleh siswa
9. Dia harus tetap waspada terhadap ungkapan-ungkapan yang menandakan
adanya perasaanyang dalam dan kuat selama belajar
10. Di dalam berperanan sebagai seorang fasilitator, pimpinan harus
mencuba untuk mengenali dan menerima keterbatasan-keterbatasannya
sendiri.

3.3) TEORI SEMANTIK-KOGNITIDAN TEORI PRAGMATIK-INTERAKSIONALIST

Pengenalan

Semantik adalah satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Kognitif
pula merupakan satu proses mentalis yang melibatkan pemikiran manusia. Jadi
ini bermakna, maksud bagi semantik kognitif ialah apa yang mereka lihat mereka
hanya berfikir dan takfsir hanya di dalaman sahaja.

Elemen-elemen Penting
Memahami makna perkataan
Kanak-kanak akan memahami makna mengikut kategori, kuantiti dan masa.
Mereka juga akan memahami makna perkataan yang mengandungi pelbagai
makna.
Menggunakan perkataan yang berhubung seperti antonim, sinonim dan lain -
lain.
Menggunakan sesuatu konsep yang abstrak (peribahasa).

Perbendaharaan Kata
Memahami perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif.
Peningkatan usia - mempelajari perkataan baru secara tidak formal.

Variasi bahasa
Penggunaan bahasa yang berstruktur. Contohnya, kata kerja dan kata nama.
Konsep perkataan yang diperolehi daripada deria -deria. Contohnya dari segi
penglihatan seperti atas-bawah dan kotor - bersih.

Kelebihan Teori
BBM (Bahan Bantu Mengajar) membantu pelajar memahami sesuatu makna.
Pelajar boleh menyesuaikan sesuatu perkataan mengikut konteks ayat yang
betul.
Berkonsepkan demokrasi:
Belajar berkumpulan
Belajar secara berinteraksi dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja.
Belajar bersendirian.

Kekurangan Teori
Kanak-kanak tidak mudah memahami sesuatu makna tanpa Bahan Bantu
Mengajar.
Kanak-kanak sukar memahami perkataan yang menggunakan perkataan
berhubung seperti antonim, sinonim serta penggunaan sesuatu konsep yang
abstrak seperti peribahasa.
Masalah kekurangan perbendaharaan kata menyebabkan pelajar bermasalah
untuk mempelajari perkataan baru.
Pelajar tidak berupaya mengeluarkan pendapat dan hanya memahami
sesuatu.

Teori Pragmatik-Interaksionalist
Pengenalan

Manakala bagi Pragmarik-Interaksiolist pula, maksud Pragmatik ialah mengkaji
hubungan diantara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh
seseorang .Maksud Interaksionalist pula ialah merupakan suatu interaksi bahasa
yang melibatkan penerimaan dan penyampaian makna yang tediri daripada struktur
bahasa. Oleh itu Pragmatik-Interaksionalist ialah apa yang mereka lihat mereka
hanya berfikir dan takfsir hanya di dalaman dan kemudian mereka meluahkan
dengan perbuatan ataupun perkataan.

Elemen Penting

Pengurusan Tajuk
Boleh untuk memperkatakan tentang sesuatu tajuk. (perbualan)
Mengupas sesuatu tajuk dari segi intelektual dan pengetahuan.

Penggunaan Bahasa secara Umum
Aplikasi daripada persekitaran pengajaran ke situasi lain.
Contohnya: menguasai kemahiran berkomunikasi. (Berupaya memindahkan
situasi yang dipelajari kepada situasi yang lain yang lebih umum)

Pemahaman
Memproses maklumat:
Menganalisa apa yang disampaikan secara lisan. Contohnya: memahami
arahan dan memberi tindak balas.

Kemahiran Linguistik
Keselarasan bahasa bersesuaian dengan keupayaan kognitif.
Semakin teruk kognitif mereka, semakin teruk keupayaan mereka untuk
menguasai bahasa. Contohnya dari segi bentuk pasif dan perbandingan.

Kelebihan Teori
Murid-murid akan menyuarakan apa yang mereka fahami.
Mereka berupaya memindahkan situasi yang dipelajari kepada situasi yang
lain.
Meningkatkan kebolehan berkomunikasi.
Kekurangan Teori
Kanak-kanak memerlukan masa yang lama untuk menganalisa apa yang
disampaikan secara lisan.
Harus memahami sesuatu makna dahulu sebelum mengaplikasikannya
kepada situasi sebenar.

Implikasi Dalam Intervensi Bahasa
Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan
Dapat membantu perkembangan bahasa dan perbendaharaan bahasa.
Dapat menarik minat murid-murid untuk belajar menggunakan konteks ayat
yang betul

TOPIK 4 : BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

4.1) CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi beberapa aspek seperti kognitif,
psikomotor,bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi . Kesemua perkara
ini perlu diperhatikanagar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan
sebenar tentang kekuatan dankelemahan seseorang Pengetahuan tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak adalahmerupakan suatu perkara yang amat
penting untuk didalami. Ini adalah kerana penelitian keatas ciri -ciri perkembangan
tersebut akan membawa kepada pembentukan kanak-kanak yangsempurna
disamping pemerhatian dapat dibuat sejajar dengan tahap perkembangan yangagar
permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang si stematik, spesifik
dan efektif.

4.2) MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH

I. MASALAH BAHASA :

y Van Riper (1976);menjelaskan bahasa ialah penyimpangan drp
pendengaran,pertuturan bahasa normal yg menganggu komunikasi dan
menyebabkan persepsi negatif terhadap individu yg mengalaminya dan
individu tsbt menjadi malu dan berasa rendah diri.
y Peringkat Perkembangan Kemahiran Bahasa.
A. Peringkat Bahasa Dalaman
B. Peringkat Penerimaan Auditori (mendengar)
C. Peringkat Perlahiran Auditori (bertutur)
D. Peringkat Penerimaan visual (membaca)
E. Peringkat Pelahiran Visual (menulis)
y Apakah yang dialami oleh kanak-kanak masalah bahasa ?
a) Tidak dapat lalui peringkat perkembangan bahasa dengan baik
b) Tumpuan penulisan hanya 3 peringkat sahaja (a, b, dan c)
c) Sukar kuasai peringkat perkembangan lebih tinggi


A. Masalah Bahasa Dalaman

Bahasa dalaman

o Tahap pertama dalam proses pembentukan bahasa
o Keupayaan menyerap pengalaman tanpa kata berlaku
o Gangguan pada peringkat ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
mengasimilasikan pengalamannya.
o Contoh : tidak dapat kaitkan bunyi kucing dengan kucing / tidak dapat
susun benda mengikut keluarganya.
B. Masalah Bahasa Penerimaan Auditori
o Masalah memahami lambang bahasa pertuturan dikenali receptive
aphasis
o Punca masalah :masalah diskriminasi pendengaran / lemah daya
ingatan / sukar mengaitkan makna perkataan.
o Kesan :sukar utk mengikut arahan @ bertindak balas, memahami
perkataan, membentuk konsep memahami jenaka @ gestures &
sukar ikuti pelajaran lisan
C. Masalah Bahasa Pelahiran Auditori
o Proses menghasilkan pertuturan (menyebut) @ expressive aphasia,
dysnomia @anomia : kesukaran mengingat /menyebut perkataan atau
objek
o Apraxia : kesukaran menghasilkan bunyi perkataan sebab gangguan
saraf dan alat artikulasi.
o Martin & Miller (1996) : individu yang mengalami masalah ini tidak
dapat menggunakan perkataan di dalam pertuturan , menyebut
perkataan serta menyusun perkataan untuk membentuk ayat.

II. MASALAH PERTUTURAN
y Sukar menyebut / mengeluarkan perkataan menyebabkan mendiamkan diri /
tidak mahu bertindak balas menjawab soalan (mencari maklumat,
penerangan, arahan
y Cara komunikasi MM menjadi berkesan dengan belajar untuk menambah &
mempelbagai cara / teknik bertutur seiring dengan peningkatan umur.
y MM Bm pertuturan sensitif terhadap masalah pertuturan bila komunikasi
dengan orang lain.
y Masalah pengunaan bacaan bibir untuk memahami perkataan
o Sukar dibezakan bunyi yang hampir sama
o Bunyi vocal/ konsonan sukar dibezakan
o Tahap penguasaan bahasa & pengetahuan tentang konteks bahasa
tentukan kefahaman bacaan bibir
o Penerimaan input audiotari & visual menyebabkan masalah kesukaran
memahami dan mempelajari pertuturan.
o Contoh: MM Bm pendengaran
o Masalah tidak dapat guna intonasi dan ritma
o Nada terlalu tinggi/ tidak sesuai dengan konteks ayat
o Tidak dapat bezakan cirri-ciri prosodi
o Contoh: KK Autisme

4.3) IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA

I. PENILAIAN
o Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan
mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan
otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan
lemas (asphyxiated), pendarahan dalam otak, penyakit meningitis,
sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Mereka juga perlu
menyelidik sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai adik-beradik
lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan factor
baka.
o Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan
makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah
laku kanka-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih hiperaktif, lebih
luas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak
lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil
dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki
kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu
bahan yang dimakan.
o Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal, keadaan-keadaan seperti
kurang daya penglihatan atau pendengaran, kekok tangan masalah
sawan, gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia
tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau
kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang
jelas, ujian yang terperinci perlu dijalankan. Penilaian psycho -
educational penting untuk mengetahui sesuatu penyakit, doctor akan
menjalankan ujian-ujian yang sewajarnya.
o Kini, bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci ke
atas kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi
mengenal pasti unsur-unsur disfungsi perkembangan (elements of
disfunctions) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk
mengenal pasti cirri-ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada
seseorang kanak-kanak itu. Maklumat-maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan
strategi-strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas
kanak-kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza
antara seorang kanak-kanak dengan yang lain.
o Kanak-kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin
boleh dibantu dengan ubat -ubat stimulant tertentu dan kaedah
pengubahsuaian tingkah laku. Murid-murid yang lemah daya ingatan
digalakkan menggariskan perkara-perkara utama key points dalam
sesuatu perenggan dan membacanya berulang-ulang kali supaya
mudah diingat.


II. STRATEGI
o Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan
institusi-institusi yang menawarkan program-program pengayaan.
o Institusi-institusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum
yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti
harian kanak-kanak tersebut.
Pengusaha-pengusaha tadika memberikan program pengayaan kepada anak-anak
murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang
dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan
sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

TOPIK 5 : BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

5.1) CIRI-CIRI KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

Definisi Kognitif, Afektif dan Psikomotor

Kognitif = melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid.
Afektif = melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid.
Psikomotor = melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal atau
otot.

Definisi Kerencatan Akal

DEFINISI &FAKTOR PENYEBAB

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang
mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam
pembelajaran. Mereka yang kerencatan akalyang teruk (severe mental retardation)
tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri . Manakalamereka yang tidak begitu
teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup sepertimenjaga diri.
Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan
danpendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan
akal.30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh
keabnormalan genetik sepertisindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30%
disebabkan oleh meningitis dan masalahperinatal manakala 15% tidak ada sebab -
sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ(intelligence quotient)
kurang daripada 50.

KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

Ciri - ciri kanak-kanak terencat akal
-Aspek Kognitif
-Aspek Afektif
-Aspek Psikomotor

Aspek kognitif
y Kurang daya Tumpuan
y Pengamatan dan pemahaman yang lambat
y Kurang Kawalan Emosi
y Pentafsiran persekitaran yang lambat
y Pertuturan yang kurang efektif

Aspek Afektif
y Tidak Mampu menjaga Diri
y Kawalan emosi yang tidak efektif
y Kurang bersosial
y Kebergantungan

Aspek Psikomotor
y Pergerakan yang lembab
y Hiperaktif
y Pergerakan terbatas
y Statik
y Kawalan Otot yang tidak sempurna

5.2) MASALAH BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

PENGENALAN
y Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak
yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang
kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan
sosial.
y Kanak-kanak terencat akal memerlukan masa yang lama untuk mempelajari
sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal (Deller, R.
1990).
y Mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang
rendah dan kurang ataupun ataupun tiada keupayaan dalam menguruskan
aktiviti seharian.
y Ciri-ciri kanak-kanak terencat akal ialah :
i. Proses kognitif terhad dan menjejaskan pencapaian
dalam bidang akademik
ii. Perolehan dan penggunaan bahasa kurang tepat daripada segi
struktur dan kandungan
iii. Keupayaan fizikal dan motor yang agak terhad
iv. Ciri peribadi dan sosial yang mana kurang daya tumpuan
dan menimbulkan masalahtingkah laku


Bentuk Bahasa

y Bentuk bahasa ialah bahagian bahasa yang dapat dikesan oleh pancaindera
melalui pendengaranatau pembacaan. Antara aspek yang dapat dilihat dalam
bentuk bahasa ialah
sistem f onologi,morfologi, sintaksis.

y Bentuk bahasa juga dapat diperhatikan melalui susunan ayat,intonasi, nada
dan sebutan.Bentuk bahasa kanak-kanak terencat akal :
- tidak tepat
- kurang sempurna

Kandungan Bahasa

Kandungan bahasa (sistem semantik) kanak-kanak terencat akal:
- kosa kata yang kurang
- kualiti bahasa adalah rendah

Penggunaan Bahasa

Penggunaan bahasa (pragmatik) kanak-kanak terencat akal adalah tidak tepat , tidak
lengkap atautidak sempurna:
- situasi / keadaan
- masa
- Tujuan

KESIMPULAN

Dari segi bentuk, kandungan dan penggunaan, bahasa kanak -kanak terrencat akal
adalah tidak sebaik kanak-kanak normal.

5.3) IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA

Apabila dikenal pasti seseorang kanak-kanak itu menghadapi kerencatan mental, dia
harusdidedahkan kepada suatu program intervensi awal yang teratur.

Lazimnya, program-program intervensi ini menumpukan kepada penguasaan
bahasa,peningkatan kemahiran kognitif dan sosial serta mengajar kanak-kanak itu
menjaga dirisendiri.

Latihan senaman ditekankan untuk memperkuatkan otot dan kelincahan pergerakan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa rangsan gan yang diberikan pada awal
perkembangan mempertingkatkan peluang kanak-kanak ini realisasi sepenuh
potensinya.

Seperti kanak-kanak normal, kebolehan intelek kanak-kanak ini berbeza. Tahap
kecekapan mental kanak-kanak khasnya kanak-kanak sindrom Down boleh berbeza
di antara ringan hingga teruk ; tetapi majority berfungsi pada tahap ringan
hingga sederhana.

Oleh kerana perbezaan individu ini adalah sukar untuk meramal pencapaian masa
depankanak-kanak ini.

Pengajaran yang dicadangkan harus mengambil ki ra perbezaan intelek yang wujud
dikalangan kanak-kanak ini.

Adalah dicadangkan untuk bermula dengan pendedahan kepada konsep -konsep
konkrit, iaitukonsep-konsep yang boleh dilihat dan disentuh.

Sesuatu perkara yang diajar hendaklah dibahagikan kepada tu gas-tugas kecil
sertapemberian peneguhan yang kerap dan serta merta apabila sesuatu tugas telah
tercapai atautidak tercapai.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR KERENCATAN MENTAL

Setelah memastikan apa yang hendak diajar, tugas setersa ialah untuk
menentukanbagaimana mengajar pelajar kerencatan mental.

Analisis Aplikasi Tingkah Laku (Appliied Behavior Analysis) dicadangkan dan
berdasarkanpendekatan ini pelbagai strategi pengajaran telah diperkenalkan.
Prinsip-prinsip asaspendekatan ini ialah seperti berikut:

1. Analisis Tugas

Sesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan dengan terperinci dan
dibahagikankepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian bahagian-bahagian kecil
tersebutdisusun mengikut urutan yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi
setiapbahagian, tempoh masa untuk menguasainya dinyatakan.

2. Penilaian

Untuk memastikan sama ada bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya
tidakdilakukan, kesilapan pelajar tidak dapat dikesan.

3. Gerak Balas Aktif

Tentukan pelajar terlibat aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat.

4. Maklum Balas

Pelajar memerlukan maklum balas serta-merta tentang usaha mereka. Maklum
balasmerupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah laku
yangbetul. Bagi jawapan yang sal ah, pelajar diberi galakan dan peluang
untukmembetulkannya. Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif dan
kerap.

5. Pemindahan Pembelajaran

Berlaku apabila sesuatu kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan
dalamsituasi berlainan. Sal ah satu cara pemindahan ini berlaku adalah memberi
peluangpelajar mengamal sesuatu kemahiran dalam situasi berlainan. Contohnya,
bawa ke padang.




KEBERKESANAN KOMUNIKASI

Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanak -
kanak itudirujuk kepada pakar untuk disaring, dilakukan diagnosis ke atasnya dan
diberi tindakan.Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan
lain seperti terencat akalataupun autism

Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan da n bahasa. Pertuturan
ialah kemampuan mengeluarkan bunyi -bunyi yang difahami seperti perkataan dan
ayat. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan
menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan
ataupun pergerakan yang mewakiliperkataan. Masalah komunikasi mungkin timbul
daripada masalah pertuturan, masalahbahasa ataupun kedua -duanya sekali.

TOPIK 6 : BAHASA KANAK-KANAK AUTISME

6.1) CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

Pengertian Autisme
y Autisme berasal dari kata Yunani autos yang bererti sel (diri ). Kata ini
digunakan dalambidang psikiatri untuk menunjukkan gejala menarik diri (Wing
1974).
y Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan Autisme sebagai
ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain .
y Cohen dan Bolton (1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang
mempengaruhi anakmembuat mereka tidak dapat membentuk hubungan
sosial atau mengembangkan komunikasisecara normal.

Apa itu autisma?

y Autistik atau autisma merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku
terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi.
y Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku.
y Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah
laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan
pekara diluar jangkaan kita.
y Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku
mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut
akan memegang sesuatu permainandan menguis permainan tersebut
sehingga hancur atau rosak.

Simptom-simptom
y Tidak suka bersosial.
y Pendengaran tidak normal.
y Mengelak daripada bertentang mata.
y Gangguan pertuturan.
y Corak kelakuan yang berulang.
y Tidak mengendahkan rasa sakit.

Faktor-faktor penyebab autisme
a). Genetik
y Menurut Proquest, (2004) faktor genetik sebagai penyebab utama dari
gangguan autisme.Namun identitas dan jumlah gen yang tidak stabil dapat
menganggu perkembangan otak yangakhirnya menghasilkan gangguan
autisme. Dalam satu keluarga, jika anak pertamamengalami autisme maka
kemungkinan anak kedua juga mengalami autisme sekitar 10-20 %.
b). Kelainan Otak

y Walaupun gangguan autisme belum ditemukan secara pasti, namun setelah
pemeriksaanterhadap otak kanak-kanak autisme menunjukkan adanya
perbezaan bentuk, struktur, danfungsi otak pada anak autisme.

c). Persekitaran

y Selama proses kehamilan dan kelahiran bayi, faktor persekitaran seperti
jangkitan virus danterkena bahan kimia dapat menjadi penyebab gangguan
autisme pada bayi. Pendarahanyang terjadi antara usia kehamilan empat
sampai lapan bulan juga dapat menyebabkan bayiterlahir autisme
(Bettelheim, 1963).

d). Ubat-ubatan

y Menurut Autism-Society (2004) Autisme cenderung terjadi pada individu
disebabkanpengambilan ubat oleh ibu semsa hamil seperti Fragile -X
Syndrome, Tuberus Sclerosis,Congenital Rubella Syndrome, dan
Phenylketonuria.

Peringkat autisme

a). Autisme ringan

y Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata
walaupun tidakberlangsung lama. Anak autisme ini dapat memberikan sedikit
respon ketika dipanggilnamanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan
dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipun
terjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yangdilakukan, seperti
memukulkan kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik
dan sebagainya, masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.




b). Autisme sedang

y Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata, namun
ia tidakmemberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau
hiperaktif, menyakiti dirisendir i, acuh, dan gangguan motorik yang stereotipik
cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisa dikendalikan.

c). Autisme berat

y Pada tahap ini, anak autisme menunjukkan tindakan -tindakan yang sangat
tidak terkendali.Biasanya anak autisme memukul -mukulkan kepalanya ke
tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa henti. Ketika orang
tua berusaha mencegah, namun anak tidakmemberikan respon dan tetap
melakukannya, bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya, anak
autisme tetap memukul -mukulkan kepalanya. Ia baru berhenti setelah
merasakelelahan kemudian langsung tertidur.

Apakah yang boleh dilakukan?

y Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya
semasa anak masihkecil lagi.
y Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah
yang mempunyaisuasana yang terapeutik disyorkan. Terapi kelakuan dan
terapi pelukan (ibu bapa digalakkanmemeluk anak selama yang boleh untuk
mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi)didapati sangat menggalakkan.
Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikanoleh pakar
dalam bidang tersebut.

6.2) MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME

Individu Autisma mungkin mengalami masalah untuk memproses setiap percakapan
yangdidengarnya. Oleh itu anda perlu bertutur dengan perlahan dan jelas bagi
membolehkan merekamendapatkan kebanyakkan klu verbal anda. Pastikan kanak -
kanak itu melihat muka anda bagimemudahkan mereka mempelajari mimik muka.
Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggaanda pasti mereka memahaminya.
Contohnya jangan menggunakan "Aidil pergi duduk." Sebaiknyaanda menggunakan
perkataan "Aidil duduk atas kerusi".

Kebanyakkan kanak - kanak Autisme juga tidak memahami perkataan kiasan,
sindiran atauperibahasa. Sebaliknya mereka memahami makna yang terdapat
dalam satu satu ujaran percakapansahaja (terlalu lurus/konkrit). Sebagai contoh,
sekiranya anda mengajar konsep warna denganmenunjukkan warna2 pen berbeza,
jangan mengatakan "Ini biru" malah lebih baik menggunakan "Inipen biru". Elakkan
juga daripada menanyakan soalan semasa ingin memberikan arahan. Seperti
"Ok,kita boleh mula sekarang?" Ini menyebabkan arahan yang ingin disampaikan
boleh menjadi satupertanyaan dan kanak - kanak boleh mengatakan "Tidak". Dalam
konteks ini, pertuturan ini adalahditerima dan menyeba bkan aktiviti tersebut terpaksa
diberhentikan.


6.3) IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA

1. KAEDAH PENILAIAN BAHASA

a. Peranan ahli patologis pertuturan / bahasa
y Mengenalpasti pengidap alami kecelaruan bahasa
y Mendapat dan mendalami maklumat tentang kemahiran bahasa
y Menilai tingkah-laku bahasa / komunikasi pengidap
y Membuat keputusan tentang keperluan intervensi
y Menjalankan program intervensi


b. Sifat Bahasa
y Kompleks atau sukar untuk difahami.
y Banyak perkataan yang diulang-ulang.
y Penggunaan bahasa tidak memiliki kreativiti dan daya cipta.
y Susah untuk mengulang semula perkataan yang disebut
y Pengidap Autisme sangat susah untuk memahami sesuatu yang
bersifat abstrak.

2.STRATEGI INTERVENSI

a. Terapi
Kajian membuktikan bermain dapat merangsang minda dan kebolehan
berfikir kanak-kanak. Manfaat bermain ini dirasai semua orang, termasuk
kanak-kanak yang tidakboleh bercakap dan melihat. Bahkan, kesannya turut
dirasai orang dewasa. Secaraumumnya terapi bermain boleh:

y Membolehkan kanak-kanak mengawal emosi dan kehidupan.
y Kanak-kanak yang pandai bermain juga sebenarnya ada daya kognitif
(kebolehanberfikir) yang baik.
y Bermain dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berkawan, berinteraksi
dansaling mendapat serta memberi sokongan sesama mereka.
y Membantu kanak-kanak mengadaptasi dengan persekitaran baru dengan
cepat.
y Memberi kanak-kanak kepuasan dan keyakinan diri apabila misi bermain
dapatdilaksanakan dengan baik.

b. Pendekatan Interaktif
Antara cara-cara menggalakkan komunikasi awal kanak- kanak.
y Elakkan mengajuk cakap seperti keanak-anakkan
y Gunakan gaya yang sesuai ekspresi muka
y Menerima usaha kanak-kanak yang ingin berkomunikasi
y Cuba mentafsir maksud komunikasi anak dan cuba galakkan anak terus
berusahauntuk berkomunikasi.
y Sentiasa menceritakan apa yang berlaku dan menamakan benda-benda.
y Gunakan ayat yang ringkas, pendek dan jelas.
y Gunakan peluang seharian untuk berkomunikasi.
y Dengar permintaan anak dengan bersungguh -sungguh.
y Baca buku kepada anak setiap hari.

3.KEBERKESANAN KOMUNIKASI
y Sukar untuk berkomuniksi.
y Jarang menggunakan bahasa.
y Tidak suka bergaul dan suka bersendiri.
y Perkembangan bahasanya adalah lambat.
y Sukar untuk menggunakan bahasa
y Mengadakan pelbagai aktiviti kepada pelbagai yang dapat menarik
budakautisme supaya dia dapat bergaul dan dapat berbahasa dengan kawan-
kawanyang lain.
y Apabila berkata-kata dengan mereka, haruslah menggunakan bahasa
yangjelas.
y Gunakan Alat Bantu Menjagar untuk mengajar mereka.
y Gunakan permainan bahasa supaya mereka lebih minat berbahasa

TOPIK 7 : BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH SENSORI

7.1) CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALH PENDENGARAN DAN BERMASALAH
PENGLIHATAN

APA ITU KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN?

Merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah berkenaan dengan alat -alat
artikulasi berkenaan jarak penglihatan yang disebabkan oleh :
1- Baka
2- Persekitaran

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN BEKEPERLUAN KHAS DARI SEGI KOGNITIF
1- Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna
2- Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas (
kecuali melalui pengalaman)
3- Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu seperti
segitiga)

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN BEKERPELUAN KHAS DARI SEGI
PSIKOMOTOR

kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka amat kurang.Daya untuk
membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Mereka amat memerlukan bimbingan
orang dewasa.Cth : menyentuh sesuatu.


MASALAH PENDENGARAN

STRUKTUR TELINGA


JENIS MASALAH PENDENGARAN
y Masalah Pendengaran Konduktif.
y Masalah Pendengaran Sensorineural.
y Masalah Pendengaran Campuran.

MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF
y Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga
luar dan telinga tengah.
y Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengarankonduktif ialah
ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atautiadacuping telinga (mikrotia / anotia),
sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitankuman pada salur telinga atau telinga tengah dan
gegendang telinga bocor/pecah

MASALAH PENDENGARAN SENSORI NUERAL
y Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah ataujangkitan pada
telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada.
y Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatanfizikal) tetapi
hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secaramenyeluruh.
y Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yangboleh dirawat
secara pengambilan ubat atau pembedahan.

MASALAH PENDENGARAN CAMPURAN
y Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-duamasalah
pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dansensorineural hadir
bersama.
y Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural jugamempunyai
mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalahpendengaran campuran.
y Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telingadalam disebut
sebagai masalah pendengaran campuran.

TANDA-TANDA
y Meminta percakapan diulang berkali -kali
y Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
y Tidak memahami arahan yang diberikanatau silap memahami arahan.
y Sukar memahami perbualan di tempat bising
y Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang
didengari
y Sukar memahami perbualan telefon
y Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
y Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
y Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
y Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher
y Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
y Pengambilan ubat ottoksik
y Menghidap penyakit sistematik (kencing manis, buah pinggang dll)

PETANDA MURID
y Tidak bertindak balas terhadap bunyi
y Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
y Tidak memahami/ silap memahami arahan
y Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ mengelamun
y Kelihatan nakal, tidak mempedulikan oran g lain/ sangat pasif, menyendiri
y Lebih banyak emnunggu dan melihat apa yang dialkukan oleh orang lain dahulu sebelum
melakukan tugas
y Akan melihat bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
y Lewat bertutur
y Lebih banyak menunjuk dengan jari daripada bercakap
y Menonjolkan sikap yang ganjill ketika berinteraksi dengan rakan-rakan
y Telinga sering berair atau bernanah

KESAN-KESAN
y Perkembangan bahasa
y Pertuturan
y Komunikasi

7.2) MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
DANBERMASALAH PENGLIHATAN

MASALAH PENDENGARAN
DEFINISI Bm PENDENGARAN
y MM bm pdgr terima maklumat melalui deria penglihatan.
y Sukar belajar bahasa (lambat dlm perkembangan bahasa) / Sukar menerima
ilmu akibat mlahpenguasaan bahasa
y Tdk terima maklumat secara verbal
y Ilmu disampai dlm bahasa lisan & tulisan
y 30 40 dB (dicibels) tahap tdk serius 80 90 dB kepekakan teruk.
y Pendengaran separuh / tdk dpt bertindak balas terhadap bunyi.
y Bermasalah utk belajar & sebut huruf / perkataan.
y Masalah komunikasi
y Tertekan apabila berkomunikasi
y Guna bahasa isyarat / membaca gerak bibir (lipreading)
y Sebab : keracunan semasa ibu mengandung / jangkitan pra lahir / penyakit
selepas lahir /menigitis / demam panas / beguk / difteria / rubela / campak /
influenza.
y Meadow - Orlans (1984); konginatal ialah masalah berkaitan dgn kesihatan
semasa proseskelahiran. Masalah ini dpt dikenalpasti sebelum, semasa
&selepas beberapa tahun kelahiran.Mlah ini disbb ketidakstabilan
genetik,persekitaran ketika dlm rahim dan beberapa faktor ygtdk diketahui.

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN
3 jenis kehilangan pdgr iaitu :

1. KEHILANGAN PDGR SENSORI NEURAL
y kerosakan saraf yg berkekalan & tdk boleh dipulihkan
y Tahap kehilangan pdgr yg melebihi 60 dB

2. KEHILANGAN PDGR KONDUKTI
y kerosakan bhg tengah telinga
y Sesetengah bunyi dpt dibezakan ttp pd kebiasanya tdk dpt dibezakan
y Dpt dengar dan bezakan bunyi vokal
y Tdk dpt bezakan bunyi konsonan jk disebut tidak jelas
y Tahap kehilangan pdgr yg melebihi 60 dB

3. KEHILANGAN PDGR CAMPURAN
y Gabungan kehilangan pdgr konduktif & sensori neural
y Tahap kehilangan pdgr diantara kehilangan konduktif & sensori neural.

MENGENALPASTI & PENTAKSIRAN

1. TUGAS TUGAS AUDIOLOGIS
y 2 pakar terlibat : audiologis (diagnos) & otplogis (rawatan)
y Audiologis & otplogist memberi khidmat runding cara mengenai konservasi
pendengaran kpdsyarikat & ind.

A. Audiologis

y Beri perkhidmatan saringan kpd bayi / kk
y Mengdiagnosis mlah pendengaran kk / dewasa
y Menilai, memilih & mendispensi ABPdgr
y Beri khidmat nasihat ttg pemakaian dan penjagaan ABPdgr

B. Otologis

y Beri khidmat nasihat dlmpemilihan sistem amplitikasi bd utk mm bm pdgr (alat
pendengaran peribadi & sisten FM)
y Kerjasama dgn pekar lain pilih calon utk implan koklea / pemetaan koklea
y Beri latihan audiotori


2. UJIAN CRIBOGRAM

y Tujuan Ujian :membuat saringan
y Di hospital utk uji kehilangan pdgr bayi baru lahir / dlm rawatan rapi
y Tdk beri ukuran yg tepat
y Praktikal utk bayi berumur beberapa minggu
y Safari Beri (2004); ujian ini hanya memberi gambaran kasar kehilangan pdgr

3. UJIAN OBSERVATION AUDIOMETRY BEHAVIORAL (BOA)

y Pemerhatian tindak balas bayi pd bunyi yg dided ahkan
y Safari Beri (2004); jk bayi tdk bertindakbalas terhadap bunyi yg diberikan
maka bayi tersebut boleh dikategorikan sbg kanak -kanak bermasalah pdgrn

4. UJIAN PURE -TONE AUDIOMETRY

y Ujian bunyi tulen ke atas kk berumurlebih 30 bulan
y Guna rangsangan bunyi yg tulen dgn menggunakan alat audiometer
y Kanak-kanak terima bunyi melalui earphone @ ujian tulang telinga
(airconduction / bone conduction)
y Hasil ujian di rekod dlm audiogram / ujian dijalankan kedap bunyi (acoustic
room)
y Cara Ujian :

o Dijlnkan dlm 2 bilik berasingan.
o Audiologis dlm bilik mempunyai alat audiometric
o Pesakit :dlm bilik evaluation room
o Alat digunakan :earpone @ melalui tulang telinga (bone conduction
vibrator).

5 . UJIAN SPEECH AUDIOMETRY

y Meadow-Orlans (1984); ujian speech audiometry pula a.lah sejenis ujian
mengenaikepentingan terhadap bahan -bahan @ alat pertuturan & pentingnya
memperoleh @memahami pertuturan yg dituturkan
y Sbg alat fundamental utk tafsir kehilangan pdgr
y Boleh diguna utk dignostik kebolehan bertutur melalui siste m audiotari
y Speech Audiometry : guna pertuturan dimana satu set bunyi yg kompleks &
pertuturan caraberkomunikasi membolehkan kita meluahkan perasaan dgn
suara.
y Pertuturan :
o Paduan bunyi dgn perkataan
o Mencantumkan perkataan kpd unit & dlm btk bunyi yg mempu nyai
makna.
y Btk ujian : mengenalpasti perkataan (word recognition testing)
y Tujuan ujian :
o Mengukur sejauhmana jelasnya bunyi perkataan yg dituturkan oleh
penyampai dptdifahami oleh penerima.
o B.mana penerima dpt terima maksud komunikasi yg tepat spt disampai
olehpenyampai.
o Jk penerima tdk btbalas terhadap bunyi maka penerima dianggap
sbgkk bm pdgr.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

3. TERUK

(71 90 dB)

y Bunyi yg kuat sj dpt didengar pd jarak 0 0.5m
y Dpt dengar bunyi vocal ttp tdk dptbezakan bunyi konsonan.
y Alami masalah pertuturan



4. SANGAT TERUK

(90 Db ke atas)

y Sukar dengar walaupun bunyi yg kuat pd jarak yg dekat.
y Dpt dengar bunyi / pertuturan dgn gunakan ABPdgr.
y Alami masalah pertuturan

KESAN KEHILANGAN PENDENGARAN

y MM bm pdgr sukar dlm pertuturan, bahasa & komunikasi lisan
y Hallahan & Kaufman (1991); kk bm pdgr kurang @ tdk diberi peluang utk
bertutur danberkomunikasi dgn ind normal. Faktor ini mbbkan proses pkbgan
bahasa, pencapaian akademik & psikososial mereka terjejas.

1. PENGUASAAN BAHASA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

y Bahasa : kaedah komunikasi formal, terdiri drp lambang/simbol mewakili idea.
y Pertuturan : mempengaruhi penggunaan simbol tertentu
y Komunikasi berkesan : tdk semestinya guna bahasa ttp tanpa bahasa banyak
perkara tdk dptdipenuhi
y American Speech Language Hearing Association (1993); mlah komunikasi
a.lah kekurangankebolehan menerima, menyata, memperoses & memahami
konsep @ verbal, nonverbal &sistem lambang grafik.
y 2 masalah komunikasi : masalah pertuturan & masalah bahasa
y Kecacatan pdgr mbbkan kecacatan komunikasi
y KK pekak, tuli & bisu -deria pdgr tdk terima sitmulus - tdk mampu terima
sebarang bunyi - tdk dpt tiru bunyi yg dilambangkan dlm komunikasi


KOMPONEN BAHASA
y 5 komponen bahasa : fonologi, morfologi, sintaksis, semantik & pragmatik
y Kmunikasi berkesan KK perlu kuasai kesemuanya
y Jacobson & Halle (1956); Jk kk tdk dpt kuasai salah satu antara lima
komponen ini,kemungkinan mereka akan mengalami mlah komunikasi & akan
mendtgkan pelbagai mlahkpd mereka kelak.

1. FONOLOGI
y Bunyi bahasa yg membezakan erti / maksud perkataan
y Set pertuturan @ bunyi sesuatu bahasa mempengaruhi fonologi
y Dikenali jg sbg aspek segmental
y Eg : MM tdk dpt bezakan bunyi padu, dgn dadu
y Jacobson & Halle (1956); MM tdk dpt diskriminasikan bunyi bila huruf /p/
diganti dgn /d/ makapelajar itu tdk dpt menyebut perkataan itu dgn jelas @
tepat.
y MM menghadapi masalah :
o menyebut perkataan dgn jelas / tepat dlm pertuturan @ bacaan
o menjawab soalan lisan
o Newcomer & Barenbaum (2003); kk cacat pdgr tdk dpt membunyikan
perkataan dgnjelas & tepat krn mereka tdk dpt mendengar dgn baik.
Kemungkinan mereka akanmembunyikan perkataan yg berlainan drp
apa yg guru mereka sebut.

2. MORFOLOGI
y Lahey (1988); morfologi a.lah pertuturan ilmu bahasa yg mengkaji struktur,
btk & pengolongankata. Morfem pula adalah unit kecil dlm bahasa yg
berfungsi tatabahasa &dpt bezakanmakna.
y Eg :
o sukan , makanan & lihat -perkataan berbtk bebas.
o bersukan, makanan & melihat - perkataan terikat
y Jk dilihat dlm kategori pengolongan kata, pelajar akan mempelajari ttg kata
ganti nama (saya,di sana & sesiapa), kata ganti khas (Abdul Halim, sang
Buaya & UKM) dan kata nama am(bunga, bukit, kakak)
y MM menghadapi mlah :
o Tdk dpt guna imbuhan dgn betul
o Penggunaan huruf besar / kecil dipangkal perkataan
y Lahey (1988); kk tdk dpt menulis ayat dgn betul di mana mesej tdk dpt
disampaikan dgn tepatakibatnya mereka memperolehi markah yg rendah dlm
peperiksaan seterusnya pencapaianakademik mereka turut terjejas.
y Malah dlm BI
o tdk dpt guna past tense @ present tense dgn tepat
o menambah s
o tukar singular kpd plural
o Pkbgan sosial mm terbatas.

3. SINTAKSIS
o Bloom & Lahey (1978); sintaksis a.lah susunan p-perkataan dlm ayat.
o Noam Chomsky (1957); sintaksis ada dua matlamat iaitu pembentukan
tatabahasa &memperkembangkan rangka kerja bg menentukan
bahasa yg biasa di dlm situasi tertentu &b.mana ia boleh digunakan.
o Eg : kesalahan sintaksis (susunan & maksud yg berebza)
Saya menonton televisyen malam tadi
Televisyen menonton saya malam tadi
o Eg : susunan ayat berbeza ttp maksud yg sama
Halim bermain layang -layang
Layang - layang dimain oleh Halim

o Owen (1991); kesan drp kesalahan kk melakukan kesilapan dlm
susunan p-perkataan di dlmayat ini boleh mbbkan kk menghadapi
kesukaran utk menyusun perkataan dgn baik ketikamembina ayat.
o MM hadapi mlah :Sukar menjawab soalan kefahaman & membuat
karangan / Memahamiarahan, kandungan teks bacaan, menulis
jawapan pd kertas exam & jawapan tdk menjawabsoalan

4. SEMANTIK
o Bloom & Lahey (1978); semantik a.lah satu penjelasan makna @
makna bahasa utkpenyampaian & mempunyai perkaitan akal &
psikologi antara pengguna bahasa & pendengar
o 3 cara penjelasan makna :
Dgn mengecam sifat makna
Kandungan ayat dlm menerangkan sesuatu peristiwa
Dgn cara mentafsir makna perkataan

o Bloom & Lahey (1978); semantik mempunyai kaitan dgn perhubungan
bunyi. Setiap bunyi adamakna tersendiri &ia mengkaji hakikat makna
itu sendiri. Sesuatu bahasa mudah difahamiperlu mempunyai dua bhg
iaitu ujaran (sistem bunyi) & isi (makna drp ujaran). Konsep @makna
sesuatu tafsiran bahasa lebih mudah dif ahami sekiranya pendengar
dpt menyelami @memahami perasaan penutur .

o MM hadapi mlah :
Sukar memahami maksud petikan, perenggan, perkataan dlm
pengajaran
Mamahami simpulan bahasa @ bahasa kiasan
Hilang minat @ tumpuan pd pelajaran sbb mereka tdk dpt
memahami makna &konsep penyampaian maklumat bahasa.
Objektif pengajaran sukar dicapai 5

5. PRAGMATIK
y Owens (1991); pragmantik a.lah penggunaan sintaksis, morfologi,
fonologi & semantikpd masa yg sama keperluan komunikasi timbul.
y Wood (1982); terdpt dua aspek dlm pragmantik iaitu penyampaian
mesej & pkbganbahasa dlm bidang arahan dan t.laku

y Elemen mempengaruhi pragmantik :
Kelancaran, efektif bahasa, penggunaan tatabahasa, menunggu giliran
utkberbincang dgn lakukan penambahan.

y M.Farrel (2000:139); dlm komponen bahasa pragmantik a.lah berkaitan
dgn mengetahui ttgapa yg hendak diperkatakan, bila ia patut
diperkatakan dan b.mana ia diperkatakan

y MM menghadapi mlah :
Menggunakan bahasa dlm konteks hubungan sosial
Eg : dlm perbincangan mm tdk menunjukkan minat terhadap apa yg
dinyatakan olehrakan mbbkan perbualan tdk bersesuaian dan tdk
menarik.

y Kesan mlah kpd MM / Guru :
Tdk dpt mengajukan soalan kpd guru jk tdk faham sesuatu
Tdk dpt ambil bhg dlm pbc.
Suka menyendiri
Guru sukar selami perasaan mereka sbb tdk luahkannya
Kurang maju dlm pelajaran

7.3) IMPLIKASI DALAM INTERVENSI BAHASA
MASALAH PENGLIHATAN

i. PENILAIAN

Perkembangan PersepsiPerkembangan persepsi merupakan suatu proses
mengumpul dan mengintergrasikan asas-asas pengalaman sensori secara
berperingkat. Menurut teori Gibson, gabungan pengalamanperseptual yang
lebih mantap melalui latihan-latihan yang spesifik dan berterusan
akanmenghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan matang. Pengalaman
menginterpretasikansesuatu maklumat akan mempengaruhi pencapaia n
seseorang kanak-kanak bukan sahajadari aspek persepsi tetapi juga kognitif
(Kail, 2001).

Sebagai contoh ialah konsep warna yang amat sukar diterangkan kepada
kanak-kanak cacatpenglihatan (Moore, 1997). Menurut Nielsen (1991) bagi
kanak-kanak buta, konsep ruangboleh dikatakan sifar kerana hanya dengan
berbekalkan pengalaman dan latihan sahajamereka akan dapat memahami
konsep ruang ini.

Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak -kanak
cacat penglihatanyang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang,
diantaranya ialah meta analysis dimanakanak -kanak buta dan rabun
diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana merekamengamati ruang di
dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak -kanakbuta
amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada.
Merekamemerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru
(Linn & Petersen,1985).

ii. STRATEGI

Keupayaan persepsi adalah berkaitan dengan penggunaan deria. Oleh yang
demikian adalahtepat jika dikatakan bahawa penggunaan deria bagi kanak-
kanak cacat penglihatan perludimaksimumkan untuk mendapatkan tahap
perseptual yang terbaik (Kain, 2004). Kanak-kanak yang mengalami kebutaan
memerlukan pelbagai pendedahan dan latihanintensif. Diantaranya ialah
peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikanpendedahan
tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik -beradik. Tindakan
iniakan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi.
Menurut Vaughnet al. (2003) kesan psikologi yang baik kepada bayi yang
berisiko tinggi seperti bayi buta akandibawa hingga mereka mampu
memahami persekitarannya

Jika diperhatikan kepada gaya dan perlakuan seseorang kanak -kanak cacat
penglihatan,mereka sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi ta kut.
Perasaan takut ini akan lebihmenonjol pada keadaan atau situasi yang baru
dilaluinya. Mereka akan sukar untukmelakukan pergerakan jika tiada
pemandu celik disampingnya. Ini adalah disebabkan merekatidak menguasai
konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi
danmobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih
kanak-kanakmengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti
dinding agar mereka mengetahuikedudukan mereka adalah berhampiran
dengan sesuatu objek.

Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi
kekeliruan.Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak
seperti apakah yang dikatakandengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak -
kanak ini perlu diberikan pengalaman untukmembuat ukuran sendiri
menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak.

Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat
menyokong sesuatukeadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan
dengan membuat persamaan dengankehidupan harian. Sebagai contoh, adik
memakai seluar saiz S, abang memakai seluar saiz Xdan ayah memakai
seluar saiz XL. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanakcacat
penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz.
Kepelbagaianmaterial yang digunakan akan dapat memantapkan lagi
pemahaman tentang sesuatu saiz

iii. KEBERKESANAN

Murid perlu diberi peluang merasai sendiri sesuatu situasi agar kefahaman
yang ada dapatdiperkukuhkan. Seterusnya memantapkan lagi pemahaman
perseptual mereka. Hanya latihanyang berulang kali dapat membantu kanak -
kanak cacat penglihatan ini memahami sesuatukonsep itu selain
bersandarkan kepada umur mereka.


MASALAH PENDENGARAN

I.PENILAIAN

Umum beranggapan seseorang yang cacat pendengaran atau pekak akan
turut kehilangankeupayaan untuk bercakap apalagi menguasai kemahiran
menulis. Malah sangkaansedemikian jugalah diyakini oleh penulis semenjak
dahulu lagi terhadap mereka yangdikategorikan sebagai orang kurang upaya
(OKU) atau insan istimewa ini.

Namun satu tugasan berkaitan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia
(PKPM) baru-baruini menyedarkan bukan sahaja penulis malah para hadirin
pada majlis itu bahawa insanistimewa ini juga berupaya untuk bercakap,
membaca, menulis dan mengira

lI. STRATEGI

Terdapat 4 bahasa komunikasi untuk orang pekak yang boleh digunapakai
dan yangmanakah satu yang boleh kita iiktirafkan sebagai Bahasa Komunikasi
untuk mereka.

1. Kod Tangan Bahasa Melayu ( Kom.Seluroh Kod Tangan Bahasa Melayu) KTBM
2. Bahasa Isyarat Malaysia - BIM
3. Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia - PKBM
4. Penulisan Bahasa Malaysia - PBM

berpandukan kepada ukuran ketidakupayaan pendengaran sepertimana di
bawah,berpendapat bahawa intervensi awalan untuk anak -anak pekak
mempelajari serta menguasaibahasa komunikasi hendaklah berpandukan
kepada tahap pendengaran masing-masing dantiada paksaan untuk mereka
untuk memilih bahasa yang akan digunakan. Semua jenisbahasa komunikasi
yang tersebut di atas adalah terbaik dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk
memilihnya.

1 .minimum (mild) - ( 20 - 30db
2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db )
3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db)
4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )

III. KEBERKESANAN

KTBM ditekankan oleh Jabatan Pendidikan Khas agar Orang Pekak
Malaysiamenggunakan KTBM untuk menguasai Bahasa Melayu. Bukan
sahaja KTBM tidakmemberi kesan yang baik tetapi juga merosakkan
pemahaman Orang Pekak Malaysiadalam tatabahasa Bahasa Melayu. Ini
kerana KTBM dan lisan memberi kesan tidak sama.Bagi penggunaan KTBM,
Orang Pekak Malaysia sukar melihat maksud dan gambaransehingga tidak
menarik lagi kerana KTBM digunakan tanpa bahasa badan dan
mimik.Manakala lisan itu memberi kesan yang pelbagai kepada Orang
Pendengaran keranalisan menggunakan latar suara yang berlainan dapat
memberi gambaran dan maksudkepada Orang Pendengaran.

Cara Orang Pekak membaca Bahasa Melayu secara tulisan tidak sama
dengan caramembaca BIM secara visual. Oleh sedemikianlah, mana-mana
bahasa isyarat tidakmenjamin kejayaan menguasai Bahasa Melayu. Bagi
pelajaran Bahasa Melayu, BIMbertindak sebagai satu komunikasi untuk
memudahkan pengajaran dan meningkatkanintelektual. Tetapi, apabila Orang
Pekak berkomunikasi di luar pelajaran Bahasa Melayu,BIM bertindak sebagai
bahasa ibunda bagi Orang Pekak Malaysia.

TOPIK 8: CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI DAN TI NGKAH
LAKU

Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku akanmengganggu proses
pembelajarannya. Impaknya ialah mereka akan mundur didalam pelajaran.

Tingkah laku bolehlah didefinisikan sebagai apa yang dilakukan ataudiperkatakan oleh seseorang
individu. Selain itu, tingkah laku juga merupakansemua tindakan manusia yangg boleh diperhati,
diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atausepara sedar. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan
sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atausepara
sedar.

Manakala, masalah emosi pula bermaksud masalah yang berkaitandengan perasaan atau jiwa
seperti sedih, marah, dan lain -lain. Setelah meneliti definisi bagi tingkah laku dan masalah emosi,
berikutmerupakan ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku. Ciri bagi kanak-kanak
bermasalah emosi dan tingkah laku ini dapat dilihat melalui tiga aspekiaitu aspek psikomotor,
kognitif, dan afektif.

1. Aspek Psikomotor

Aspek pertama ialah aspek psikomotor. Ciri bagi kanak-kanak bermasalahemosi dan tingkah laku
bagi aspek ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui 3 jenismasalah tingkah laku bagi kanak-kanak
yang disenaraikan dalam masalah psikologi iaitu:-

1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder )
2. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar)
3. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku)

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak -kanak yang mempunyaitingkah- laku yang
terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).Kebiasaannya, kanak-kanak yang
mempunyai masalah hiperaktif ini mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau mempunyai
tumpuan yang singkat.

Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding
kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu aktif sehinggakan
mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak kanak yang lain.

Maka, ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah mereka kerap
menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Mereka juga selalu
meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. Selain itu, mereka juga selalu berlari ke
sana ke mari atausuka memanjat.

Seterusnya, ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah merekakerap bercakap dan
sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olahdigerakkan oleh motor. Selain itu, mereka
juga menghadapi masalah dalamtumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata (eye contact ) yang
lemah. Misalnya,mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa, guru dan rakan sebaya
apabila meminta sesuatu.

Manakala, kanak-kanak yang menghadapi masalahOppositional Defiant Disorder
(ODD)Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturandan tidak
mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.Kanak -kanak yang
berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan defisit dalam tingkahlaku sosial. Secara umumnya mereka
menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:-

y Sikap menentang secara terbuka atau berselindung

y Keingkaran

y Agresif secara lisan atau fizikal

y Suka berkelahi

y Pendendam

y Suka merosak harta benda,vandalism

y Berbohong dan Mencuri

y Mudah panas baran

y Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif.


2. Aspek Kognitif

Aspek yang kedua ialah dari aspek kognitif. Ciri kanak-kanak bermasalah emosidan tingkah
laku dari aspek kognitif dapat dilihat melalui kanak -kanak dengan ADHD. Mengikut Marilyn Friend
(2005), terdapat empat ciri yang menunjukkankanak-kanak itu bermasalah emosi dan tingkah laku
dari aspek kognitif iaitu ingatan kerja, pertuturan arah kendiri, kawalan emosi dan motivasi, dan
membentuk semula.

Ciri pertama ialah ingatan kerja. Bagi ciri ini, kanak-kanak boleh mengingait tugasan dan beberapa
banyak masa yang mereka ada untuk menyiapkan tugasan.Namun begitu, mereka ini tidak dapat
mengingati arahan daripada guru.

Ciri kedua bagi kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku dariaspek kognitif ialah
pertuturan arah kendiri. Pertuturan arah kendiri ini digunakanoleh pelajar untuk membuat refleksi
tetntang perkembangan tugasan,menyelesaikan masalah, dan mengikut arahan. Namaun begitu,
mereka ini lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Ciri ketiga pula ialah kawalan emosi dan motivasi. Kanak-kanak inisebenarnya mempunyai
keupayaan untuk mengasingkan kekecewaan dan masalahemosi bagi menyiapkan tugasan.
Namun begitu, terdapat segelintir daripada kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat mengatasi
masalah emosi dan tugasan lalu keluar dari kelas.
Ciri yang terakhir ialah membentuk semula. Aktiviti mental yang melibatkan keupayaan perkara
yang diperhatikan dan menyatukan bahagian -bahagian untukmelaksanakan tindakan baru.
Contohnya ialah mereka ini bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.

Seterusnya , ciri kognitif bagi kanak-kanak autisme pula ialah mempunyai tumpuan
yang singkat atau terhad, namun begitu mereka boleh menumpukan perhatian terhadap
sesuatu perkara yang mereka minati atau sukai. Kanak-kanak autisme juga berkeupayaan
menerima input daripada deria tetapi mereka tidakberupaya memilih maklumat yang penting.
Maka, maklumat awal yang mereka adaakan dikekalkan dalam bentuk yang asal.

Di samping itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-
perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat
kepentingan yangada.Mengikut sumber yang lain pula, kanak-kanak yang bermasalah emosi dan
tingkah laku kebiasaannya akan menunjukkan ciri seperti terdapat kelewatan dalam perkembangan
kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangannya di
sekolah. Contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang
pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.

3. Aspek Afektif

Terdapat beberapa ciri yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak yang bermasalah emosi dan
tingkah laku melalui tingkah laku mereka dari aspek yang ketiga iaitu aspek afektif.

Terlebih dahulu, marilah kita lihat apakah yangdimaksudkan dengan afektif. Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Baru, afektif didefinisikan sebagai keadaan yang berkaitan dengan perasaan dan
emosi. Berdasarkan istilah yang dikemukan dapatlah kita membezakan kanak-kanaknormal
dengan kanak-kanak yang bermasalah emosi serta tingkah laku melalui reaksi dan perlakuan yang
ditonjolkan oleh mereka seperti menunjukkan rasa malu yang melampau apabila berhadapan
dengan orang lain di sekitar mereka terutamanya apabila dikelilingioleh orang-orang yang tidak
dikenali. Jika keadaan ini berlaku, mereka lebih suka menyendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa
menghiraukan orang di sekitar mereka.

Di samping itu juga, mereka mempunyai nilai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan diri
mereka sendiri serta berasa rendah diri untuk melakukan sesuatu. Oleh sebab itu, mereka takut
untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang yakin pada kebolehan yang ada pada mereka
lantas lebih suka mendiamkan diri dan hanya akan memberi perhatian terhadap sesuatu yang
menarik perhatian mereka. Mereka juga sering mempamerkan emosi yang negatif seperti moody
dan juga tertekan.

Ciri-ciri yang ditunjukkan olehmereka ini sudah tentunya akan membawa kesan yang lain iaitu
mewujudkan kesukaran untuk berinteraksi dengan guru guru didalam kelas serta rakan-rakan
kerana pasif di kala menjalani aktiviti berpasangan atau berkumpulan. Sebenarnya, emosi mereka
lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan juga layanan yang diterima oleh orang sekeliling
mereka terutamanya daripada orang terdekat mereka seperti ibubapa mereka.






Masalah Bahasa

Bentuk bahasa

Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut yang
terdiri daripada bentuk bahasa iaitu merangkumi system fonologi, morfologi, dan sintaksis, yang
kedua pula ialah kandungan bahasa iaitu sistem semantik, dan yang ketiga ialah atau fungsi
bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik). Kalau dilihat dari segi bentuk bahasa, kanak-kanak
yang bermasalah emosidan tingkah laku meghadapi masalah dalam fonologi, morfologi , dan
sintaksis.
Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi.
Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang
abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak
sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada penggantian, pengguguran pengubahan, dan
penambahan. Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan
dengan bunyi yang lain, misalnya malan u ntuk makanwabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering
berlaku kepada kanak -kanak yang masihbelum matang.
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran ataumenghilangkan sesuatu bunyi konsonan.
Pengguguran boleh berlaku di permulaan,tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk
hidung, besa untuk besar,dan lain-lain.
Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.
Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggerismisalnya perkataan sip disebut shlip.
Sekiranya untuk perkataan susah,konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau
keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah .
Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut
bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.
Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan danpembentukan
perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Kecelaruan yang melibatkan morfologi
termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan
tenses yang salah (bahasa Inggeris).
Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-
perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi
kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
Kandungan bahasa
Masalah bahasa kanak-kanak dari segi kandungan bahasa dapat dilihat melalui aspek semantik.
Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan
makna perkataan dan ayat. Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan
perbendaharaan kata yang lemah,menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan
tidak berupaya memahami makna perkataan.

Kanak-kanak yang bermasalah bahasa dari segi semantik ini mengalami kesukaran untuk
memahami makna sesuatu perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa. Selain itu,
mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan
perkataan yang berhubung seperti antonim, sinonim, serta penggunaan sesuatu konsep yang
abstrak seperti peribahasa.

Seterusnya, kanak-kanak bermasalah bahasa juga mengalami masalah kekurangan
perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Peningkatan usia kanak-kanak akan
menyebabkan masalah ini bertambah serius. Impaknya, mereka gagal mempelajari perkataan
baru secara tidak formal. Di samping itu, kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku ini juga
mengalami masalah kurangnya variasa bahasa disebabkan oleh penggunaan bahasa yang
berstruktur dan berbentuk streotaip.

Hal ini berlaku kerana mereka terlalu bergantung kepada konteks dan penggunaan perkataan yang
telah diketahui sahaja menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang
digunakan di dalam buku teks atau buku ilmiah.

Penggunaan bahasa
Seterusnya, kita lihat dari segi penggunaan bahasa atau dalam bidang linguistik dikenali
sebagai pragmatik dalam kalangan kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku.
Penggunaan bahasa adalah cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan
kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.
Selain itu juga, pragmatik boleh juga didefinisikan sebagai penggunaan bahasa untuk meluahkan
niat seseorang dan menjalankan perkara-perkara di dunia. Oleh hal yang demikian, pragmatik
merupakan satu kajian berkenaan jalinan peraturan yang bertindak sebagai penentu penggunaan
bahasa demi proses interaksi sosial dalam masyarakat.
Jika dilihat dari aspek ini, kanak-kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku akan
menghadapi kesukakaran dalam mengaplikasikan bahasa dalam kehidupan mereka. Hal ini bererti
proses komunikasi mereka akan terganggu kerana ketidakupayaan meluahkan apa yang
terpendam dalam diri mereka akibat kesukaran dalam menggunakan bahasa sebagai penghubung
kepada proses komunikasi. Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
dalam memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang
berbeza.
Selain itu juga, kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam mengaplikasikan apa yang
dipelajari daripada persekitaran pengajaran ke situasi lain. Mereka juga mengambil masa yang
agak lama untuk menganalisa sesuatu maklumat yang disampaikan kepada mereka secara lisan
berbanding kanak-kanak yang normal. Oleh hal yang demikian, antara intervensi yang boleh
dijalankan adalah melalui penilaian dan pelaksanaan khusus. Penekanan kepada aspek tingkah
laku ,psikolinguitik dan interaksi sosial adalah perlu apabila melaksanakan pemulihan bertujuan
menggalakkan interaksi dan komunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang tepat dan betul.
KAEDAH PENILAI AN BAHASA, TEKNI K I NTERVENSI YANG SPESIFI K,
DAN KEBERKESANAN KOMUNI KASI KANAK- KANAK
BERMASALAHEMOSI DAN TI NGKAH LAKU

Setelah ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspekpsikomotor, kognitif, dan
afektif dikenal pasti, dan masalah bahasa kanak kanak tersebut dari segi bentuk bahasa,
kandungan bahasa, dan penggunaan bahasa diterangkan, maka berikut adalah huraian mengenai
kaedah penilaian bahasa,teknik intervensi yang spesifik dan keberkesanan komunikasi kanak-
kanak bermasalah emosi dan tingkah laku.

1. Kaedah Penilaian Bahasa

Tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung, secara sedar
atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-
nilai tertentu. Manakala,menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl
Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Sebaliknya, menurut Al-Ghazali pula dari
perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkahlaku
normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.
Oleh itu, masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana
ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini
seterusnya akan menjejaskan prestasi pembelajaran. Masalah tingkah aku dalam kalangan murid-
murid ialah merujuk kepada sebarangtingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang
menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku normal dan tidak
normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi.
Terdapat 3 jenis masalah tingkah laku yang disenaraikan masalah psikologi iaitu kanak-kanak
hiperaktif (ADHD), kecelaruan menentang dan beringkar (Oppositional Defiant Disorder) dan yang
ketiga ialah kecelaruan tingkahlaku (Conduct disorder).
Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyaitingkah- laku yang
terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive). Kebiasaanya kanak-kanak mempunyai
masalah hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Tiga
hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Masalah ini agak ketara dalam
kalangan kanak-kanak lelaki. Mereka selalunya terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang
sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak lain. Turutan Sejarah atau Peristiwa Tahun PeristiwaPada
awal kurun ke-20, Kanak-kanak ini dikenali sebagai hyperkinetic dan dikatakan mengalami
kecacatan otak yang minima. Pada tahun 1980 Diagnostic and StatisticalManual of Mental Disorder
III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan
istilah Attention Deficit Disorders (ADD).Wujud kecelaruan sama ada istilah ini termasuk bersama-
sama hiperaktiviti .Beberapa tahun kemudian Istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua
dua jenis kategori tersebut dan dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD). Antara ciri-ciri kanak-kanak ini dari aspek psikomotor ialah, mereka kerap
menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Selain itu juga, mereka
sering meninggalkan tempat duduk ketika berada di dalam kelas. Dimana, mereka selalu berlari ke
sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa mereka kelihatan kekok untuk
bergal dengan rakan-rakan yang lain. Malahan, Kanak-kanak yang mengalami ADHD banyak
bercakap dan juga sentiasa bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh
motorSelain itu, mereka sukar dalam memberikan tumpuan iaitu mempunyai tumpuanmata (eye
contact) yang lemah. Sebagai contohnya, mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa,guru
dan rakan sebaya apabila meminta sesuatu.
Manakala, kanak-kanak yang menghadapi masalahOppositional DefiantDisorder (ODD)iaitu
Kecelaruan menentang dan beringkar selalunyaberlaku dalam kanak-kanak sebelum umur 6 tahun.
Tingkahlaku menentang dan melawan orang dewasa (pihak yang berkuasa).Misalnya, ibu bapa
dan guru. Mereka ini kerap beringkar, bersikap negatif dan bermusuhan.
Masalaah ini merupakan perkembangan urutan kepada masalah Conduct Disorder atau
kecelaruan tingkahlaku. Conduct Disorder atau kecelaruan tingkah laku dikenal pasti melalui tingkah
laku agresif dan anti sosial dan biasanya sebelum umur 9 tahun di kalangan kanak -kanak.
Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturan dan tidak
mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.Kanak-kanak
yang berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan deficit dalam tingkahlaku sosial.
Secara umumnya, mereka menunjukkan ciri-ciri seperti suka berkelahi dengan orang lain serta suka
merosakkan harta benda atau juga disebut sebagai vandalism. Semantelahan, kanak-kanak yang
tergolong dalam kelompok ini juga suka berbohong dan mencuri. Jika dinasihati mereka lebih
cenderung untuk bertindak secar agresif sama ada secara lisan ataupun fizikal. Pengujian,
pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam aspek bahasa. Misalnya,
sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian,mereka mungkin mengatakan mereka
mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa
mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.
Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam menafsir hasil
pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid,objektif pelajaran,
kaedah mengajar dan kurikulum. Secara ringkasnya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan olehguru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah penilaian bahasa ini boleh dibahagikan kepada tigakategori
iaitu, penilaian kemahiran lisan, penilaian kemahiran membaca dan yang akhir sekali penilaian
kemahiran menulis.
Penilaian kemahiran lisan adalah penilaian yang dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi
antara pelajar dengan pendidik,pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan
pembelajaran.Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dalam penilaian lisan ialah kefahaman konsep,
pengetauan fakta, kecekapan mendengar dan penggunaan bahasa yang tepat. Seterusnya,
penilaian bahasa pula melibatkan penggunaan bahasa yang tepat, kelancaran berbahasa yang
baik, penggunaan intonasi yang betul dan sebutan yang tepat.
Akhir sekali ialah penilaian kemahiran menulis. Kemahiran akan dinilai melalui karangan , laporan
projek , kerja kursus , folio, latihan dan ujianbertulis, huraian atau tafsiran data, jadual, graf atau carta.
Antara kemahiran yang diukur ialah adalah seperti kemahiran menulis, cara menyusun idea dan
peguasaan perbendaharaan kata.Sebenarnya, terdapat enam kaedah penilaian bahasa yang
dapat dibuat ke atas kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku iaitu penilaian melalui
portfolio,penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui kontrak pembelajaran, penilaianmelalui
soal jawab, penilaian melalui projek dan terakhir sekali ialah penilaian melalui kertas kerja.
Penilaian melalui portfolio adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan
bukti pencapaian kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku.dalam satu jangka masa yang
dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio yang boleh dibina seperti portfolio kerja
harian, portfolio hasil terbaik dan portfolio dokumen. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam portfolio
adalah seperti berbentuk dokuentasi dan berstruktur yang memerlukan perancangan,
pelaksanaandan penilaian. Di samping itu, antara kegunaan portfolio bagi menilai kanak-kanak
bermasalah emosi dan tingkah laku bagi membolehkan guru -guru menggunakan bukti portfolio
bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikutj angka waktu yang
diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan
pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Cara ini boleh dilaksanakan secara
senarai semak, rekod anekdot,rekod profil. Kualiti pemerhatian pula haruslah terdiri daripada guru
mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan
persekitaran di samping mempunyai sifat Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang
diambil dalam sesuatu situasi. Manakala, jenis-jenis pemerhatian pula terdiri daripada pemerhatian
terhadap sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa
yang dilihat sahaja.
Terdapat beberapa strategi dalam pelaksanaan penilaian pemerhatian iaitu dilakukan secara
berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau yang telah dirancang. Kemudian,
tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan
implikasinya ke atas pelajar. Seterusnya, dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para
pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana
pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri,
bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini
ialah penggunaan kontrak pembelajaran Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian
Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan
pelajarnya (secaraindividu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar mengenalpasti
dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
Selain daripada tujuan tersebut, kaedah menerusi kontrak pembelajaran ini juga diambil untuk
mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya. Kontrak pembelajaran dibuat
dalam pelbagai bentuk mengikut keperlua n tugasan dan pihakyang terlibat. Kontrak boleh dibuat
secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara
tidak formal,tetapi terancang dan jelas. Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya
berpusatkan pelajar,sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran
yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak
yang terlibat.

2. Teknik Intervensi Yang Spesifik

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi
membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka. Begitu juga halnya dengan kanak-kanak yang bermasalah
emosi dan tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang telah dikenal pasti menghadapi masalah bahasa
hendaklah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu
memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak ini dikenali sebagai
intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi
memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang
mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah
seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak -kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yangdiajar. Contoh: membantu ayah di
kebun.


ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut
peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep
baru

Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak -kanak masalah
pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka.Satu cara mudah
merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang
mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v.Terangkan apa yang orang lain lakukan

Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta merekamenceritakan perkara yang
dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-
kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak -kanak dapat meniru
kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanismisalnya boleh dajar dengan cara guru
menunjukkan cara bacaan yang betul ataumenayangkan rakaman pembaca berita TV membaca
berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti
harian pelajar juga boleh digunakan sebagaibahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah
pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. Seterusnya, setiap kanak-kanak perlu diberi
intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal ini
memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku
seperti memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan
intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan.Selain itu, dalam sesetengah
kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif.
Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan
untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan
berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di
antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat alat latihan komunikasi yang dicipta
khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya.

Manakala bagi kanak-kanak autistik, rawatan perubatan perlu digunakan untuk merawat masalah
kurang tumpuan dan hiperaktif. Malahan, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga
dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik. Di
samping itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan
persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibubapa, guru, atau ahli terapi
menggunakan dorongan semula jadi ka nak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang
lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai.
Selain itu, intervensi juga dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di
restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa
dengan betul. Manakala, perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak kanak autistik
untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan
dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk
bagi memenuhi keperluan individu kanak -kanak autistic termasuklah pendidikan terancang. Di
Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama diantara agensi seperti
perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu
bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan
terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar
kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan
dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah
laku.
Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah
terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini,
kemahiran urus diri dan pengurusan tingkahlaku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata
pelajaran bahasa Melayu,Agama dan Moral, dan Matematik.
Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku
akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Selain intervensi
awal, teknik intervensi tingkah laku juga dapat diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah
emosi dan tingkah laku ini. Dalam teknik ini,kanak-kanak akan diberi ganjaran dan pengukuhan
bagi setiap tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan.
Selain itu, mereka harus diberikan strategi pencegahan iaitu menghentikan tingkahlaku yang tidak
sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan. Di samping itu, mereka juga boleh diberikan
token ekonomi, iaitu memberi ganjaran dalam bentuk token ( sticker, syiling plastik) yang
mempunyai nilaiekonomi, iaitu boleh ditukar dengan barang yang disukai. Seterusnya ialah teknik
intervensi pengajaran. Bagi teknik ini, arahan yang diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah
emosi dan tingkah laku ini mestilah jelas, ringkas, dan lengkap supaya mereka dapat melakukan
arahan tersebut.
Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut. Seterusnya ,guru mestilah
memecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian-bahagianyang lebih kecil. Selain itu, guru
juga mestilah banyak menggunakan tindak balas aktif sepanjang pengajaran. Seterusnya,
guru juga haruslah memperbanyakkanpenggunaan kaedah pelbagai sensori dalam pembelajaran.
Akhir sekali, gurumestilah libatkan murid dalam aktiviit pembelajaran.
3. Keberkesanan Komunikasi Kanak-kanak Bermasalah emosi dan
TingkahLaku

Sesuatu komunikasi itu dikatakan berkesan apabila merangkumi beberapa ciri komunikasi yang
berkesan. Salah satu aspk yang penting ialah kejelasan. Aspek ini sangat penting bagi
membolehkan sesuatu proses komunikasi itu diterima dengan baik antara pengantar dan penerima.
Ini bermakna maklumat yang dihantar jelasdan difahami oleh penerima dalam proses
komunikasi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi membolehkan komuikasi
berkesan itu diwujudkan. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ialah guru sentiasa memikirkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan
maklumat yang ingin ditransformasikan dapat dihantar denganberkesan kepada murid-murid. Ini
kerana alat bantu mengajar dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu yang
ingindisampaikan oleh guru. Selain itu juga, kaedah perbincangan secara berkumpulan turut
membantu pemahaman murid-murid di dalam kelas. Dala sesi perbincangan yang berlaku, mereka
dapat bertukar-tukar pendapat dan panangan tentang topic yang dipelajari.

TOPIK 9 : PENTAKSIRAN DAN PENINGKATAN TAHAP PENCAPAIAN BAHASA

9.1) PENTAKSIRAN BAHASA

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses di mana seseorang itu mengumpul bukti,
membuat inferens, membuat kesimpulan, dan bertindak berdasarkan kesimpulan
yang dibuat. (penilaian).Pentaksiran itu adalah konstruktif apabila fokus diberi
kepada proses pemerolehan bahasa dikalangan pelajar di mana penaksiran itu
sendiri menjadi salah satu pemangkin ke arahpemerolehan bahasa.Pentaksiran itu
adalah konstruktif apabila ianya mampu menilai dan menghargai apa yang pelajar
sudah boleh buat dan pada masa yang sama, membantu mereka mengenali
bahagian pelajaran yang masih perlu di beri perhatian.

Matlamat

y Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran.

y Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

y Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran

y Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Prinsip Pentaksiran Konstruktif

Pentaksiran konstruktif dibina atas lima prinsip utama:
1. Pentaksiran hendaklah mampu membuat perwakilan kepada matlamat
arahan (instructionalgoals) dan nilai arahan (instructional values).
2. Pentaksiran hendaklah menjadi satu wahana perkongsian atau pertukaran
maklumat di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar
dan seumpamanya.
3. Pentaksiran hendaklah mampu melahirkan ekspresi atau luahan yang
optimum tentang pembelajaran pel ajar yang sudah dialami oleh pelajar.
(refleksi)
4. Pentaksiran hendaklah mempunyai nilai arahan.
5. Pentaksiran hendaklah mampu memberi firasat atau ramalan (anticipation)
tentang tindakan yang wajar diambil perhatian terhadap keberkesanan
pembelajaran pelajar dan pengajaran pendidik. (inferens)

Kaedah Pentaksiran

Terdapat pelbagai 2 kaedah pentaksiran yang boleh digunakan. Di
antaranya adalah PenilaianMelalui Pemerhatian dan Penilaian Melalui Interviu

(a) Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan
apa yang pelajar tahu serta bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan
atau operasi dalam masa sebenar. Ianyamerupakan satu alat pentaksiran
yang sesuai untuk mentaksir aspek psikomotor pelajar. Tujuan utamanya
adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti
pencapaian pelajar,termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan
tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Maklumat ini
boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur
pengajarannya.

Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini,
berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan:


1. Fahami asas kepada pemerhatian
- menyedari keadaan sekeliling
- membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
- membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
- frasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang
maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan
- membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran
yang ingin diperhatikan
- membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
- membuat pelan sampel
-menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu
tingkahlaku,tindakan, dan kemahiran itu timbul
-melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod
bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur pemerhatian ini
boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal.

4.Buat ringkasan atau rumusan
kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan bergunasebagai satu "feedback"
kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalammenganalisa
dan pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;
- tahap efisien pembelajaran mereka
- mereka boleh membantu rakan mereka belajar
- mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

Penilaian Melalui Interviu

y Interviu adalah satu proses interaksi di antara penemuramah, iaitu pendidik
dengan seorangatau lebih orang yang ditemuramah (pelajar) di mana soalan
dan jawapan diolah dalam bentuk verbal. Ianya merupakan satu sumber
yang kaya dengan maklumat tentang pemikiran, pemahaman, dan perasaan
pelajar terhadap bahasa. Penilaian sebegini lazimnya melibatkan satu set
soalan yang disusun dalam turutan yang paling sesuai bagi menjana
pemerolehan maklumat tersebut.
y Prosedur interviu melibatkan pendidik bersemuka dengan pelajar semasa
pelajar menyelesaikan masalah. Pelajar tersebut dibiarkan bekerja dengan
sendiri untuk mencapai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pada
masa yang sama, pendidik hendaklah mengetahui apa yang dilakukan,
mengapa dilakukan, bagaimana melakukan, bila melakukan, dan soalan -
soalan jurnalis yang lain.

9.2) PEMILIHAN SASARAN INTERVENS

9.3) STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN BAHASA

PENDEKATAN STRUKTURAL

y Pendekatan struktural :
- Salah satu pendekatan dalam pembelajaran bahasa.
- Ada pendapat yang menganggap pedekatan ini berkait rapat dengan
bahasa yang merangkumi sekumpulan kaedah.
y Atas dasar anggapan tersebut, timbul pemikiran bahawa pembelajaran
bahasa harusmengutamakan penguasaan kaedah-kaedah bahasa
atau tatabahasa.
y Dalam hal ini pengetahuan tentang pola-pola ayat,pola kata, dan suku kata
menjadi sanga terpenting.
y Dengan pendekatan struktural murid -murid akan sentiasa berhati -hati atau
teliti dalammenyusun ayat, kerana mereka telah memahami kaedah-kaedah
tersebut apabila gurumenggunakan pendekatan ini.

PENDEKATAN NATURALISTIK

y Satu pendekatan bukan formal
y Pendekatan bahasa yang bersifat semula jadi , seperti:
- Tidak memerlukan bantuan guru.
- Pembelajaran berlangsung di dalam lingkungan kehidupan
bermasyarakat.
y Bahasa pertuturan harian yang digunakan oleh kebanyakan penduduk dalam
suatu komuniti bahasa.
y Dengan Pendekatan Naturalistik:
- Dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meminta atau menyatakan
keinginan.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik Latih Tubi
- Teknik Permainan Bahasa
- Teknik Soal Jawab
- Teknik Bercerita
- Teknik Kuiz

DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar -pelajarnya.

TUJUAN TEKNIK
- Menarik minat murid
- Mengekalkan perhatian
- Membangkitkan rasa ingin tahu

TEKNIK LATIH-TUBI
y Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
y Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
y Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan,ayat -ayat atau mengingat fakta-fakta penting
y Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
y Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu:

a) Sebutan (accent)
menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
b) Tatabahasa (grammar)
penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada
semua aspek.
c) Perbendaharaan kata (vocabulary)
meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut
konteksnya dalam situasi tertentu.
d) Kefasihan (fluency)
menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.
e) Kefahaman (comprehension)
latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA
y Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
y Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihanintensif, pembelajaran bermakna dan sebagai
alat diagnostik.
y Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
y Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistempendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju inidiinterapetasikan melalui o bjektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :
- merangsang interaksi verbal pelajar
- menambah kefasihan dan keyakinan
- menyediakan konteks pembelajaran
- bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
- bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuh an dan pengayaan

TEKNIK SOAL JAWAB
- Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan.
- Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
- Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan -soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya.
- Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.
- Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
y Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
y Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik
dan kritis.
y Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang
diajar.

TEKNIK BERCERITA
- Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapanberbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
- Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
- Perkembangan cerita hendaklah di beri perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncakdan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak lakudan kawalan mata.
- Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
- Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita

y Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid -murid.
Kemudian,sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
y Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
y Hafazkan frasa atau ayat -ayat penting.
y Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid -murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
y Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
y Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
y Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK KUIZ
- Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran
British (B.B.C).
- Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran BahasaInggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di
sekolah-sekolah Melayu.
- Tujuannya ialah :
y Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman
pelajar mengenai topik-topik tertentu.
y Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
y Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalansecara teka-teki.
y Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
y Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari
segi bentuk, makna danpenggunaan bahasa yang tepat.

PENYEDIAAN DAN PENYUSUNAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BAHASA
- Persekitaran kelas mestilah dalam keadaan yang selesa - murid lebih selesa
untuk meneruskan pembelajaran mereka semasa di kelas.
- Guru perlu menyediakan bahan untuk mengajar ABM
- Menyediakan bahan ataupun sumber pengajaran yang berlainan - tidak
hanya tertakluk kepada satu sumber sahaja seperti buku teks.
- Menyusun kelas supaya murid dapat meningkatkan bahasa mereka -
menampal huruf -huruf di kelas dan sebagainya. Penyediaan dan penyusunan
persekitaran pembelajaran dapat :
y Menggalakkan pembelajaran
y Menguruskan ruang dan persekitaran
y Mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat
y Komunikasi sebagai alat pengajaran yang penting
y Menguruskan konflik dan masalah disiplin dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
y Segala objektif dalam pengajaran dapat di capai

Anda mungkin juga menyukai