Anda di halaman 1dari 19

SEMESTER 2 SESI 2016/2017

KRP6014 : KAEDAH BACAAN DAN PENULISAN SEKOLAH


RENDAH

TAJUK:
A. MASALAH MEMBACA (GAGAP, PELAT
DAN AUTISM)

KUMPULAN

A (M162)

KUMPULAN NO. ID NO. TELEFON


1. SYARANI BINTI MD SARIFF M20162002132 0135306679
2. SITI AMINAH BINTI OMAR M20162002128 0164175164
3. HASHIDA BINTI SAKISAN M20162002087 0132739914
4. AINA FATINI

NAMA PENSYARAH : DR RAMLAH BINTI JANTAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1
PENDAHULUAN

GAGAP

PELAT

AUTISME

TEORI KOGNITIF PIAGET

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN

2
Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama manusia. Manusia perlu berkomunikasi
kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain
dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu
hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun
mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan
dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di
sekolah.
Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya
menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik
mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik
mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca
murid.

Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa
hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk
berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan
perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya
dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai
simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan
untuk pertukaran idea.

(KIRK 1972)

Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan
baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan
bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai
mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.

(KIRK DAN GALENGER, 1979)

Dalam tugasan ini, kami membincangkan MASALAH MEMBACA GAGAP, PELAT DAN
AUTISME SERTA TEORI JEAN PIAGET.

GAGAP

3
1.0 DEFINISI GAGAP

PELAT
2.0 PENGERTIAN PELAT
4
Menurut kamus dewan edisi ke-4), PELAT bermaksud Tidak dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan betul; telor , ataupun Cara menuturkan sesuatu perkataan di daerah-
daerah tertentu.
Dari segi bahasa, masalah PELAT bermaksud
Kesalahan sebutan yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan
masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi).
Kanak-kanak sepatutnya mahir menyebut bunyi tertentu apabila mencecah umur yang
tertentu.

Bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal
tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul.
Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil
menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'.
Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M
seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar
daripada mulut bayi.
Saintis Social dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM
Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang
dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap
kanak-kanak. Menurutnya, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan
perkataan `papa' untuk memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi'
jugamudah disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih
mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.
Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau bonda, walid (bapa), si
anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan kerana si bayi akan menuturkan apa
yang mampu dikeluarkannya dulu.
"Pada 1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan
kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-kanak itu tidak
dapat bertutur dengan baik apabila besar.
"Sebenarnya, ada dua pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika
hendak mengajuk atau bermanja dengan anak itu.
"Kanak-kanak boleh faham percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap
pelat ketika berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab

5
nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya.
Punca kanak-kanak lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender
antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi, menyebabkan
dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai kemahiran
fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.
"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan bercakap pelat
dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu kerana rasa dipermainkan. lni
menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau berbual. Jika hendak mengusik tidak
mengapa, tetapi jangan diamalkan," katanya.
Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bunyi yang
betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul.
"Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima.
Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu bercakap
dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan bagi merujuk masalah
itu," katanya.
Anak murid saya ada yang pelat sehingga berumur 5 tahun. Kanak-kanak pelat adalah sejak
awal umur mereka dan bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka
bermula dari rumah iaitu sebelum melangkah ke sekolah. Ada dikalangan kanak-kanak yang
dikurniakan lidah yang pendek. Namun tidak dinafikan ada dikalangan ibubapa yang sering
menukar bunyi sesuatu sebutan bahasa seolah-olah mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri.
Kanak-kanak hanya menerima sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah
kerana mereka sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima
sesuatu yang diajar itu.
Perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'.. contohnya susu
ditukarkan menjadi syusyu.., sibuk ditukarkan menjadi syibuk..., sayang ditukarkan menjadi
cayang...
Sekiranya perkataan tidak diperbetulkan ianya akan kekal digunakan hingga kanak-kanak
dewasa. Kanak-kanak yang pelat akan menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan
untuk bergaul apabila berada di sekolah. Selain itu, bahasa dan pertuturan kanak-kanak juga
sukar difahami oleh orang lain.
Masalah pelat kanak-kanak boleh terjadi atas beberapa sebab:
1) masalah pendengaran.
2) masalah lidah terlekat (tongue tie).

6
3) masalah lewat perkembangan bahasa.
4) masalah sumbing (cleft lip palate)
5) sindrome tertentu yang berkaitan dengan kelainan saiz lidah dan rahang.
6) masalah tumpuan.

Komunikasi bermula sejak lahir. Berikut adalah perkembangan komunikasi mengikut


peringkat umur.

TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK PELAT

7
1. Menggunakan gabungan banyak otot untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu
meniru bunyi yang dihasilkan. Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah
yang tepat. Meniru mimik wajah lebih mudah.

2. Bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft) supaya lebih mudah kanak-kanak
menangkap bunyi yang hendak ditiru.

3. Mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan dengan satu suku
kata. Jika 'k' yang sukar disebut, latih sebut 'ku' dahulu. Sudah dapat, ikuti dengan
'kuku'. Menumpukan satu konsonan pada satu-satu masa

4. Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-ulang.


Jangan memaksa atau beri tekanan pada kanak-kanak kerana apabila terlalu lama ia
akan membuat kanak-kanak tersebut jemu.

5. Memberi upah atau dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup
sekadar pujian, tepuk tangan atau dakapan kepada murid tersebut.

6. Memberikan cermin muka kepada kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan
cermin. Ini dapat mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga
baik. Dia dapat mengenalpasti otot-otot yang perlu digunakan ketika bercakap.

8
AUTISME

3.0 PENGERTIAN AUTISME

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang


mengakibatkanmasalah dalam komunikasi dan kemahiran social, sama ada perkembangan
bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah
mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami
persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh

9
dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda
kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal
tidak disedari.

Misalnya masalah autism yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga 3 tahun.
Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan
menyebabkan anak terus terperangkapndalam dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan
apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah
berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal tahap sederhana dan
tahap serius.

3.1 SIMPTOM-SIMPTOM AUTISME

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti
kanak-kanak normal yang lain. Hal ini menyukarkan masalah ini dikenal pasti kecuali ibu
bapa peka sengan simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada
pengidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara symptom-
simptom Autisme ialah :
1. Tidak menunjukkan eye contact
2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti
menghantukkan kepala ke dinding.
4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain
malah selesa bermain sendiri.
5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan
badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi
atau pergerakan.
7. Mereka juga sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan
tertentu sahaja.
8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak
18 bulan ke atas, mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

10
3.3 TINDAKAN IBU BAPA JIKA MENGESAN ANAK MENGHIDAP AUTISME

Sebagai ibu bapa, sekiranya mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik
dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-
wenangnya menyatakan anak anda Autisme.Kita seharusnya jangan mudah melabelkan anak
mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik.
Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar
pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walaupun usia
menjangkau 3 tahun.

Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran akan
merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatrik untuk membuat ujian dan
pemantauan sama ada anak benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan
yang sewajarnya.

3.4 CARA MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK AUTISME

Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal
ini perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak Autisme perlu dilakukansecara berterusan dan
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau seperti
tidak merasa kewujudan orang-orang di sekeliling. Kita seharusnya jangan merenung atau
menyentuh anak autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.

Bagi mengasuh dan membimbing kanak-kanak ini, kebanyakan mereka menggunakan bahan
maujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah
menterjemahkan bahan tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberikan kemahiran sosial kepada
anak-anak seperti teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya. Gejala Autisme boleh
diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap
dan suasana yang tenang. Anak-anak Autisme juga perlu diberikan peluang untuk merasa apa
jua yang ada di persekitaran mereka.

Gangguan tingkah laku yang dikenal pasti tiada penawar ini akan berkekalan sehingga
mereka meningkat usia. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat
diperlukan. Anak-anak Autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah

11
langkah yang bijak sebagai persediaan mereka, kerana anak adalah anugerah yang tidak
ternilai.

Ibu bapa seharusnya mendaftarkan anak-anak mereka ini ke sekolah khas bagi membantu
mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang
tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.

4.1 PENGENALAN TEORI KOGNITIF

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut Prof. Madya Dr
Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang berjudul Panduan Kognitif Kanak-
kanak Prasekolah, kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan
kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hal ini
bermaksud, ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikiran atau membina
pengetahuan kanak-kanak.

Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan
kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia
berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat
perkembangan kepada yang seterusnya. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan
perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran,
penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat. Kita juga boleh mengukur
perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan serta kebolehan mereka untuk
menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang
tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah
memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak kanak berfikir dan
bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran

12
kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada
satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang
lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekali gus melatih kita dalam memainkan peranan
dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.

4.1 JEAN PIAGET

4.1.1 Latar belakang Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal
dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang
terkenal. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi setelah tamat pengajiannya, lebih
berminat kepada psikologi. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang
anaknya, beliau mengaplikasi prinsip dan kaedah biologi dalam mengkaji perkembangan
manusia. Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada pandangan
Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku
apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala
dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia
(Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang
ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet

13
untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau
lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka
memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran
berkembang di kalangan kanak-kanak.

4.1.2 Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang


sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk
kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini
berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan lebih
lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.

Jadual : Konsep-konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget

Konsep Takrif
Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.
Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada.
Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.
Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam
keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

14
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti
sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang
bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang
diperolehi semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.

Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap
susu dan mengenggam dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan
dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat
membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana
terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap. Namun, terdapat enam sub tahap pada peringkat
ini dengan melihat kebolehan berdasarkan umur bayi.

Dari lahir hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya mampu
melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran,
penyusunan, gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan,
pergerakan mata dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya
sebagai gerakan pantulan sahaja.

Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan Prasekolah,
asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat
baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan
(fitting) maklumatbarukedalamstruktursediaada. Contohnya, seorangkanak-kanak yang
barupertama kali melihatsebijiepal. Olehitu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan
skema memegang (skema yang sediaada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak
tersebu takan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebijiepal. A similasi
berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar
apabila ditiupkan angina kedalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara
kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan
skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang
ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka

15
maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian diri
berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu kemahiran tertentu. Hal ini
berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan


proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia
berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka
maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang
baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang


bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-
peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-
peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangkan yang berikutnya.

4..1.3 Tahap-Tahap Perkembangan Mental

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada
empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :

1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )

2) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )

3) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )

4) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )

16
Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun.
Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja menyebabkan ia hanya
menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun begitu fungsi derianya
berkembang dengan cepat dan dengan itu ia dengan cepat menjadi pemerhati alam
sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh gerakbalas. Pada peringkat ini, kanak-kanak
belum menguasai lambang bahasa untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya. Kanak-
kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa
umurnya kira-kira 10 bulan seseorang kanak-kanak itu mula mengetahui yang benda-benda
itu mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari penglihatannya. Sebagai contohnya, apabila
Rani melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia
tahu ibunya akan pulang semula.

Selain itu, bayi mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk
skema tingkah laku yang membolehkan mereka bertindak dan mengetahui
persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam
sekeliling melalui pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika
benda itu boleh dikesan oleh salah satu pacaindera. Contohnya, bayi belajar dengan
mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan mengigitnya.

Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun,
kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep.
Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui
bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Seterusnya,
mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2001), tahap
ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-
kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya
melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat
yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu
bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai
melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih
berat, lebih tinggi dan sebagainya.

17
Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak.
Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun, pada tahap
ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya
konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga
prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi ('compensation) dan prinsip keterbalikan.

Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang
ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya
berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai compensation, menunjukkan bahawa
mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek
yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses
yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun hingga 15
tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuklah
pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup membuat
hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa yang
mungkin berlaku. Oleh sebab pemikiran operasi formal sanggup membuat penaakulan
terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran
dan pemikiran saintifik. Mereka berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis strategi
untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga
graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan
yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar,
membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

4.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa


perkembangan kognitif mereka adalah mengikut beberapa peringakt iaitu sensorimotor,
peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit, diikuti peringkat operasi formal. Ilmu dan
kemahiran adalah dibina berdasarkan usaha individu itu sendiri.

Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya dapat memilih dan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar sendiri.
Antara bahan bantu yang disediakan adalah kad perkataan, carta, cakera padat, dan
sebagainya. Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan

18
dan tahap keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan
maujud yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid.

19

Anda mungkin juga menyukai