Anda di halaman 1dari 11

PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PERMASALAHAN

KESIHATAN KANAK-KANAK

ABSTRAK
Kemajuan teknologi terkini telah memberi kesan positif dan negatif ke atas perkembangan sosial
dan permasalahan kesihatan kanak-kanak. Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kesan
penggunaan peranti teknologi ke atas kanak-kanak dan memberi ulasan berkenaan kaedah untuk
mengurangkan ketagihan kanak-kanak terhadap peranti teknologi. Selain menganalisa peranan
ibu bapa sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak memahami bahaya penggunaan
peranti teknologi terhadap kesihatan serta beberapa isu berkaitan, penulisan ini juga
menyediakan maklumat yang boleh dijadikan garis panduan oleh semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan dan penggunaan peranti teknologi
terkini.
PENGENALAN
Dewasa ini, perkembangan teknologi informasi dan komunikasi sangat pantas tersebar di seluruh
pelosok dunia. Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang menggunakan teknologi dalam
kehidupan seharian telah menjadikan teknologi sebagai suatu keperluan dan bukan lagi
kehendak. Penggunaan teknologi bukan sekadar untuk golongan yang sedang belajar atau sudah
bekerja, malah menjadi fenomena biasa kepada semua golongan masyarakat. Penggunaan peranti
teknologi seperti komputer, komputer riba, permainan video, televisyen, gajet-gajet seperti
telefon tangan pintar seperti Blackberry, IPhone, tablets seperti IPad, Playbook dan Samsung
Galaxy Tab telah menjadi kegilaan masyarakat. Selain itu, penggunaan internet dan laman web
jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube, blog dan lain-lain lagi telah
mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh dunia. Penggunaan
teknologi ini sememangnya memberi pengaruh yang sangat besar terhadap kanak-kanak. Seiring
dengan perkembangan teknologi komunikasi, penggunaaan telefon pintar dan komputer riba
untuk melayari internet merupakan sesuatu kemestian. Penyebaran teknologi internet ini, tidak
mengenal jarak, waktu, dan usia. Oleh kerana itu, bukan hanya orang dewasa sahaja yang boleh
menggunakan internet tapi kanak-kanak juga mampu secara langsung menggunakannya. Jelas
bahawa, internet memberikan suatu pemikiran yang kontradiktif, kerana di satu sudut internet
memberikan impak positif namun di sudut lain impak negatifnya juga tidak dapat dihindari.
Seharusnya, ibu bapa memberikan pengawasan yang rapi ke atas anak-anak semasa
menggunakan peranti teknologi ini supaya anak-anak dapat diarahkan ke sudut yang lebih
positif, dan dapat terhindar dari pengaruh negatif.

2
Jadual 1 di bawah menunjukkan senarai peranti teknologi utama yang digunakan secara meluas
di seluruh dunia:
Jadual 1: Definisi dan Aplikasi Peranti Teknologi
Peranti Teknologi
Definisi dan Aplikasi
Televisyen
Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang
digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada
monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi.
"Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen, rancangan
televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari
gabungan perkataan tele (, "jauh") dari bahasa Greek dan visio
("penglihatan") dari bahasa Latin.
Telefon Pintar
Telepon pintar(Smartphone)adalah telepon bimbit yang memiliki
sistemoperasi untuk masyarakat luas, di mana pengguna dengan bebas
menambahkan aplikasi, menambah fungsi-fungsi atau mengubah sesuai
keinginan pengguna. Dengan kata lain, telepon
pintar merupakan komputer mini yang
mempunyai kapasiti sebuah telepon
Komputer
Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan
kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan
dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan
melalui printer dll(output)
Permainan Video
Permainan video merupakan permainan elektronik yang melibatkan tindak
balas dengan antara muka pengguna (user interface) untuk menghasilkan
maklum balas visual di sebuah peranti video. Perkataan video dalam
permainan video secara tradisinya menggambarkan sesebuah peranti
paparan bitmap atau raster, tetapi berikutan istilah "permainan video" atau
"video game" menjadi semakin terkenal, ia juga boleh digambarkan
dengan apa-apa jenis peranti paparan yang lain. Sistem elektronik yang
digunakan untuk memainkan permainan video dikenali sebagai platform;
contohnya ialah PC dan konsol permainan video. Platform ini
merangkaikan dari sebesar-besar komputer mainframe hingga sekecil-
kecil peranti mudah alih.
Internet
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia
itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada
rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian
komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang
merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan
protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP.
Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.
Gajet
Gajet adalah sebuah objek atau alat elektronik kecil yang memiliki fungsi
khusus. Gajet berbeza dengan teknologi lain kerana ada unsur kebaruan.
Dari hari ke hari gajet selalu muncul dengan teknologi terkini yang
3
membuatkan gaya hidup manusia menjadi lebih mudah dan praktis.
Contoh gajet ialah telefon bimbit, telefon pintar (ipad, iphone, iPods,
tablets).
Media Sosial
Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian
dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai,
berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum
dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk
media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh
dunia.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Ibu bapa pada masa kini gemar menyerahkan urusan menjaga anak kecil mereka kepada
televisyen atau tablet. Peranti ini juga mampu memberi sentuhan magis untuk memujuk anak-
anak yang meragam untuk duduk diam dan tidak menggangu urusan ibu bapa sama ada di rumah
atau di luar rumah. Ada di kalangan ibu bapa yang berasa bangga sekiranya anak mampu untuk
membuat carian di internet atau youtube tanpa pantauan mereka.
Kajian oleh Al Mazmi et al. (2013) bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisa impak
positif dan negatif penggunaan peranti teknologi oleh kanak-kanak di negara Emirate Arab
Bersatu (UEA). Borang soal selidik telah diedarkan kepada 100 responden dalam kalangan ibu
bapa. Hasil daripada analisa mendapati, peranti teknologi seperti televisyen, telefon bimbit,
tablet, permainan video dan komputer memberi faedah kepada kanak-kanak masa kini tetapi
pada masa yang sama boleh memberi impak negatif sekiranya tidak digunakan secara betul atau
tanpa pengetahuan dan pemahaman terhadap risiko yang terlibat.
Terdapat banyak kajian telah dijalankan bagi melihat pengaruh televisyen terhadap kesihatan
kanak-kanak. Downey et al. (2001) menjelaskan dalam kajiannya bahawa menonton tv boleh
membantutkan perkembangan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Kajiannya melaporkan
beberapa risiko yang disebabkan perkara ini termasuk menggalakkan unsur pasif, penguasaan
bahasa yang lemah, hiperaktif, masalah tidur dan daya tumpuan. Thompson dan Christakis
(2005) melaporkan hubungan antara penggunaan media berkaitan teknologi dan kegemukan
dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai tambahan, sikap gemar menonton tv untuk tempoh yang
lama juga menjadi penyebab utama masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana
kurangnya aktiviti fizikal dan seterusnya melambatkan proses metabolism tubuh untuk
pembakaran kalori (Naeyc.org, 2012). Manakala dari sudut sosial, wujud kandungan aplikasi,
iklan dan maklumat dalam teknologi yang tidak sesuai kerana adanya adegan yang melampau
dan lucah sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan perlakuan kanak-kanak.
Kajian oleh Keating (2011) merumuskan media elektronik telah mengurangkan peluang kanak-
kanak untuk terlibat dengan permainan tradisional dan interaksi sosial dengan rakan lain. Kanak-
kanak didapati banyak meluangkan masa menonton televisyen dan bermain permainan
komputer. Hasil kajian juga menekankan kebimbangan para pendidik dan penyelidik berkaitan
media elektronik ini berikutan kewujudan bukti kepupusan aktiviti permainan tradisional yang
4
sebenarnya memberi banyak faedah kepada kanak-kanak dari segi kognitif, emosi, sosial, moral
dan fizikal.
PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI DARI SUDUT POSITIF
Penggunaan teknologi terkini memungkinkan kanak-kanak mengambil dan mengolah ilmu
pengetahuan ataupun informasi dari laman yang dikunjunginya tanpa adanya batasan jarak dan
waktu. Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013) menyenaraikan beberapa faedah hasil penggunaan
peranti teknologi iaitu:
(i) Peralatan baru dan medium efektif untuk pendidikan.
(ii) Proses pembelajaran boleh ditingkatkan kerana peranti ini memberi peluang untuk
pembelajaran kendiri.
(iii) Menyediakan asas yang kukuh untuk perancangan dan membuat peningkatan yang
memberangsangkan.
(iv) Permainan video membantu dalam membentuk semangat berpasukan dan koloborasi
sikap setiap individu.
(v) Meningkatkan kemahiran inovasi dan pemikiran kritis di kalangan kanak-kanak yang
membolehkan mereka menjadi lebih bijak.
PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI DARI SUDUT NEGATIF
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013) merumuskan
beberapa kesan negatif penggunaan peranti pintar.
(i) Boleh mengehadkan pergerakan dan aktiviti luaran yang menyebabkan masalah
kegemukan dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
(ii) Berlaku pembaziran dari segi masa.
(iii) Menyebabkan gangguan tidur dan masalah tidak cukup tidur.
(iv) Menggalakkan kepuasan sendiri yang menyebabkan ketagihan.
(v) Menyebabkan tabiat kekurangan nutrisi.
(vi) Penguasaan bahasa yang lemah dan kekurangan kemahiran sosial termasuk
ketidakmampuan memahami bahasa tubuh.
(vii) Menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan.
Sebagai tambahan, Konsultan Paedetrik dan Neonatologist, Dr. Mohammad Iqbal Mohammad
Sarwar menjelaskan dalam Utusan (2014) bahawa penggunaan gajet seperti telefon pintar,
komputer dan sebagainya mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif
kepada kanak-kanak sekiranya digunakan tanpa pemantauan daripada ibu bapa. Menurut beliau,
kanak-kanak yang bermain dengan aplikasi seperti permainan video dan sebagainya, lebih dari
dua jam akan menjejaskan penglihatan mata sekaligus boleh menyebabkan mata mereka menjadi
5
kabur dan rabun. Selain itu, bagi kanak-kanak yang menggunakan peranti ini dalam keadaan
postur berbaring atau duduk terlalu lama akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang. Ini
akan meningkatkan risiko bongkok pada usia yang muda. Bagi kanak-kanak yang berusia 5
tahun ke atas, tumpuan dalam pelajaran boleh turut terjejas sekiranya mereka terlalu obsess
dengan permainan dan aplikasi dalam peranti pintar. Dari sudut pergaulan dan komunikasi pula,
kanak-kanak akan menjadi lebih pendiam, kurang sabar dan kemahiran komunikasi yang lemah,
selain penguasaan bahasa yang tidak berkembang.
Sementara itu, Lindsay Marzoli dalam Kosmo (Nov, 2013) menyatakan penggunaan skrin
sesentuh secara berlebihan boleh mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk
jangka masa panjang. Ini kerana, semasa menggunakan skrin sesentuh, kanak-kanak tidak
membina otot yang diperlukan untuk menulis yang menyebabkan otot tangan menjadi lemah.
Dalam pada itu, Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Doran
pula menjelaskan, penggunaan komputer tablet tanpa had secara berlebihan boleh memberi kesan
kepada pembangunan modal insane kanak-kanak. Kajian terhadap kesan buruk peranti teknologi
ini terus mendapat perhatian pakar-pakar seluruh dunia. Penyelidik dari Lembaga Kesihatan
Universiti Morgannwg, Abertawe Bro memberitahu, generasi muda berhadapan masalah
kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila menggunakan komputer,
permainan video dan telefon pintar. Hasil daripada kajian, hampir tiga perempat kanak-kanak
sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami
masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu. Pakar
Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr.Mohammad Nawar
Ariffin menyatakan dari segi teori, masih terlalu awal untuk membuktikan kesan buruk skrin
sesentuh kepada kanak. Beliau berpendapat "Perlu diingat, zaman sudah berubah dan mereka
bukannya tidak melakukan aktiviti lain yang boleh merangsang pergerakan tangan mereka."
Selain dari kesan buruk dari sudut perkembangan fizikal, penggunaan berlebihan peranti
teknologi seperti ipad juga boleh menyebabkan permasalahan dari sudut emosi kanak-kanak.
Pakar psikiatri Dr. Richard Graham berkata terdapat kes kanak-kanak perempuan berumur empat
tahun di London terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri berikutan ketagihan bermain iPad.
Kanak-kanak tersebut menunjukkan sikap ganas dan mengamuk apabila gajet diambil
daripadanya. Pakar kaunselor kanak-kanak, Puteri Azlian Megat Ramli berpendapat kanak-kanak
juga berhadapan masalah daya tumpu yang rendah dan impak yang lebih besar boleh berlaku
sekiranya mereka bertindak agresif yang mengakibatkan kecederaan. Menurut beliau, oleh
kerana usia kanak-kanak yang belum matang, mereka tidak mampu membuat penilaian dan tidak
dapat membezakan realiti yang menyebabkan mereka meniru aksi yang dipaparkan dalam
permainan video atau di kaca tv. Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Anak-anak Malaysia
(Pama) Mohd. Fairuz Mohamed Isa, menjelaskan kanak-kanak juga berkeinginan menjadi
popular, berhibur dan berseronok dengan rakan sebaya dan penggunaan gajet akan memudahkan
untuk memenuhi keinginan mereka (Kosmo, May 2013).
KAEDAH MEMBENDUNG PERMASALAHAN
6
Peranan semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mengawasi penggunaan peranti teknologi oleh
kanak-kanak amatlah wajar. Keterlibatan ibu bapa dalam hal ini merupakan faktor penting bagi
perkembangan anak-anak. Dengan adanya pengawasan dari ibu bapa, anak-anak dapat dibimbing
ke arah yang lebih positif. Jadual 2 di bawah menyenaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh
pihak-pihak tertentu iaitu ibu bapa, pendidik dan pakar pediatrik dalam usaha untuk
membendung gejala buruk yang mungkin timbul hasil daripada penggunaan peranti teknologi.
Jadual 2: Peranan Pihak Terbabit Membendung Kesan Buruk Penggunaan Peranti
Teknologi
Pihak Berperanan
Penting
Cadangan
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu mengenakan had umur sehingga usia 3 tahun serta
mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada
terdedah kepada skrin monitor.
Tv, komputer dan peranti skrin yang lain tidak boleh diletakkan di
dalam bilik tidur anak-anak. Peralatan ini hendaklah diletakkan di
ruangan umum supaya pemantauan dapat dilakukan secara terus.
Ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal anak-anak pada setiap
masa supaya mereka dapat mengurangkan masa bermain peranti
teknologi.
Golongan ibu perlu dijelaskan mengenai bahaya peranti teknologi
kepada bayi dan ini boleh dilakukan dengan memasukkan risalah ke
dalam pek kelahiran.
Ibu bapa perlu diberi kaunseling, selain itu pusat penjagaan kanak-
kanak juga memainkan peranan penting dalam hal ini yang boleh
memberikan kesedaran terhadap bukti perubatan berkenaan
kemudaratan daripada penggunaan teknologi.
Ibu bapa perlu menjelaskan mengenai keganasan yang digambarkan di
tv dan memberitahu anak-anak bahawa perkara tersebut adalah tidak
benar selain melarang mereka dari terus menontonnya.
Ibu dan bapa perlu bekerjasama pada setiap masa. Mereka hendaklah
mengamalkan dan mengenakan set peraturan untuk dituruti oleh anak-
anak supaya dapat mengurangkan tekanan daripada rakan sebaya.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka untuk bermain di luar dan
membawa mereka melakukan aktiviti riadah dan sukan.
Ibu bapa yang menghadapi kesukaran serius untuk menetapkan
limitasi kepada anak-anak dan juga menghadapi masalah tingkah laku
perlu mendapatkan nasihat pakar.
Ibu bapa perlu memantau rancangan yang ditonton oleh anak-anak di
tv serta perkara yang mereka lakukan dengan peranti masing-masing.
Ibu bapa juga digalakkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak
semasa mereka menggunakan sebarang jenis peranti teknologi ini.
Ibu bapa hendaklah mempelajari dan menambah pengetahuan
berkenaan aplikasi terkini setiap peranti yang dibeli. Contohnya,
6
Peranan semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mengawasi penggunaan peranti teknologi oleh
kanak-kanak amatlah wajar. Keterlibatan ibu bapa dalam hal ini merupakan faktor penting bagi
perkembangan anak-anak. Dengan adanya pengawasan dari ibu bapa, anak-anak dapat dibimbing
ke arah yang lebih positif. Jadual 2 di bawah menyenaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh
pihak-pihak tertentu iaitu ibu bapa, pendidik dan pakar pediatrik dalam usaha untuk
membendung gejala buruk yang mungkin timbul hasil daripada penggunaan peranti teknologi.
Jadual 2: Peranan Pihak Terbabit Membendung Kesan Buruk Penggunaan Peranti
Teknologi
Pihak Berperanan
Penting
Cadangan
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu mengenakan had umur sehingga usia 3 tahun serta
mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada
terdedah kepada skrin monitor.
Tv, komputer dan peranti skrin yang lain tidak boleh diletakkan di
dalam bilik tidur anak-anak. Peralatan ini hendaklah diletakkan di
ruangan umum supaya pemantauan dapat dilakukan secara terus.
Ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal anak-anak pada setiap
masa supaya mereka dapat mengurangkan masa bermain peranti
teknologi.
Golongan ibu perlu dijelaskan mengenai bahaya peranti teknologi
kepada bayi dan ini boleh dilakukan dengan memasukkan risalah ke
dalam pek kelahiran.
Ibu bapa perlu diberi kaunseling, selain itu pusat penjagaan kanak-
kanak juga memainkan peranan penting dalam hal ini yang boleh
memberikan kesedaran terhadap bukti perubatan berkenaan
kemudaratan daripada penggunaan teknologi.
Ibu bapa perlu menjelaskan mengenai keganasan yang digambarkan di
tv dan memberitahu anak-anak bahawa perkara tersebut adalah tidak
benar selain melarang mereka dari terus menontonnya.
Ibu dan bapa perlu bekerjasama pada setiap masa. Mereka hendaklah
mengamalkan dan mengenakan set peraturan untuk dituruti oleh anak-
anak supaya dapat mengurangkan tekanan daripada rakan sebaya.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka untuk bermain di luar dan
membawa mereka melakukan aktiviti riadah dan sukan.
Ibu bapa yang menghadapi kesukaran serius untuk menetapkan
limitasi kepada anak-anak dan juga menghadapi masalah tingkah laku
perlu mendapatkan nasihat pakar.
Ibu bapa perlu memantau rancangan yang ditonton oleh anak-anak di
tv serta perkara yang mereka lakukan dengan peranti masing-masing.
Ibu bapa juga digalakkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak
semasa mereka menggunakan sebarang jenis peranti teknologi ini.
Ibu bapa hendaklah mempelajari dan menambah pengetahuan
berkenaan aplikasi terkini setiap peranti yang dibeli. Contohnya,
7
memasang perisian parental control pada komputer untuk
mengehadkan laman sesawang tertentu yang tidak sesuai untuk anak-
anak.
Pendidik
Guru perlu berkomunikasi dengan pelajar di sekolah tentang bahaya
penggunaan peranti teknologi.
Pendidik atau guru hendaklah memilih, mengguna, mengintegrasi dan
menilai perkakasan media semasa proses pembelajaran dan perhatian
khusus patut diberikan kepada kesesuaian serta kualiti kandungan yang
digunakan.
Pendidik juga perlu memberi penekanan dengan menunjukkan kepada
ibu bapa dan anak-anak akan kepentingan media interaktif, yang
mampu menjadi peralatan yang berkuasa sekiranya digunakan secara
betul dan hendaklah menonjolkan sudut positif sesuatu teknologi.
Pendidik harus melarang penggunaan pasif tv, video, dvd dan lain-lain
teknologi tidak interaktif semasa program pembelajaran awal kanak-
kanak.
Pendidik juga perlu mempamerkan ciri kepimpinan untuk menjamin
pengalaman akses teknologi dan media interaktif yang saksama kepada
kanak-kanak, ibu bapa dan keluarga.
Pakar Pediatrik
Pakar pediatrik hendaklah menasihatkan ibu bapa untuk berinteraksi
dengan anak-anak tentang penggunaan internet dan bahaya laman
sosial.
Pakar pediatrik juga perlu menasihatkan ibu bapa supaya
membiasakan diri dan meningkatkan kemahiran berkaitan teknologi
baru supaya dapat seiring dengan anak-anak untuk menjelaskan kesan
negatif peranti teknologi.
Sumber: Adaptasi dari Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013)
Dari sudut antarabangsa, organisasi seperti Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
telah membangunkan garis panduan yang lebih specifik kepada beberapa pihak bagi memastikan
kanak-kanak dilindungi semasa melayari internet dan media sosial. Berikut adalah beberapa
perkara yang boleh dijadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat (ITU, 2009).
A) Garis Panduan untuk Ibu Bapa, Penjaga dan Pendidik.
Isu
Garis Panduan Utama
1. Keselamatan dan
Perlindungan
Komputer Peribadi
- Letakkan komputer di ruang umum.
- Memasang perisian firewall dan antivirus.
2. Peraturan
- Menetapkan peraturan penggunaan internet dan peranti peribadi
dan memberi perhatian kepada isu seperti privasi, kesesuaian
umur, buli dan bahaya orang yang tidak dikenali.
3. Pendidikan daripada
- Ketiga-tiga pihak ini hendaklah membiasakan diri dengan laman
8
Ibu bapa, penjaga
dan pendidik.
sesawang yang dilayari oleh anak-anak dan memahami
bagaimana mereka menghabiskan masa di atas talian.
- Pihak ini juga perlu melihat bagaimana anak-anak menggunakan
peranti peribadi seperti telefon bimbit, permainan video, pemain
MP3, PDA dll.
4. Pendidikan Kanak-
Kanak
- Didik anak-anak tentang risiko berkaitan dengan perkongsian
maklumat peribadi, membuat perjumpaan dengan individu yang
dikenali di media sosial, meletakkan gambar, menggunakan
webcam dan lain-lain.
5. Komunikasi
- Berkomunikasilah dengan anak-anak tentang pengalaman mereka
melayari internet.
B) Garis Panduan untuk Industri.
Isu
Garis Panduan Utama
1. Industri Teknologi
Informasi dan
Komunikasi secara
keseluruhan
- Membangunkan standard dan cadangan untuk melindungi kanak-
kanak di atas talian. Matlamat tertumpu kepada perkongsian
pendekatan yang boleh di promosikan untuk kesemua industri.
- Menilai apakah pilihan dan kemungkinan yang wujud sebagai
langkah melindungi kanak-kanak. Perhatian khusus diberikan untuk
meningkatkan kemampuan yang akan memudahkan pengesanan
ancaman.
- Mewujudkan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta/industri
untuk berkonsi maklumat dan membina kemampuan tertentu yang
bermatlamat untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan potensi
penggunaan ICT oleh kanak-kanak.
2. Penyiar
- Membangunkan peraturan umum dan garis panduan. Matlamat
adalah untuk membangunkan pendekatan yang lebih lebar bagi
melindungi kanak-kanak di atas talian.
- Membangunkan projek pan-industri untuk menghasilkan lebih
banyak prosedur bagi mendapatkan perhatian dari ibu bapa dengan
menilai sensitiviti usia.
3. Pengeluar
Perkhidmatan
Internet
- Objektif strategik kepada industri internet untuk keselamatan
internet kanak-kanak bagi mengurangkan kebolehcapaian dan
mengehadkan capaian terhadap laman web yang berbahaya atau
tidak mematuhi undang-undang.
- Perkhidmatan laman web, bahasa dan terminologi hendaklah boleh
dicapai, jelas dan relevan untuk semua pengguna termasuk kanak-
kanak, golongan muda, ibu bapa dan penjaga, terutamanya
berkaitan syarat dan terma, polisi privasi, maklumat keselamatan
dan mekanisme laporan.
- Pembekal perkhidmatan perlu menyediakan tempat dan prosedur
bagi menguruskan aduan. Contohnya, aduan berkaitan gangguan
dan kandungan tidak bersesuaian. Selain itu, pembekal perlu
menyediakan mekanisme seperti pautan untuk melaporkan
9
penyalahgunaan gambar atau profil yang bersambung secara terus
dengan pihak berkuasa.
- Pembekal perkhidmatan juga perlu secara berterusan menilai
keberkesanan sesuatu teknologi yang mengenalpasti dan
mengesahkan usia pengguna.
4. Pengendali mudah
alih
- Sekiranya menyediakan kandungan dan servis yang tidak sesuai
untuk semua pengguna, pengendali hendaklah memastikan
kandungan diluluskan oleh pihak berkuasa dan konsisten dengan
standard media yang setara.
- Menyediakan peralatan yang membolehkan kandungan yang
dicapai dapat dikawal oleh pengguna atau ibu bapa/penjaga.
- Membantu ibu bapa dalam memahami kesemua aspek kandungan
servis mudah alih yang mungkin digunakan oleh kanak-kanak
supaya ibu bapa dapat memberi panduan sekiranya ada kandungan
yang tidak sesuai.
- Gunakan syarat dan terma untuk menegaskan posisi syarikat
sekiranya wujud penyalahgunaan perkhidmatan atau menyimpan
kandungan untuk perkara seperti penderaan seksual ke atas kanak-
kanak. Selain membantu pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya
berlaku kes-kes sedemikian.
C) Garis Panduan untuk Pembuat Dasar
Isu
Garis Panduan Utama
1. Rangkakerja
Undang-Undang
- Mengkaji rangka undang-undang sedia ada untuk menentukan
kuasa undang-undang yang perlu bagi membolehkan
penguatkuasaan dan agensi berkaitan bagi melindungi individu
bawah umur 18 tahun.
2. Sumber
Penguatkuasaan
Undang-Undang dan
Mekanisme Laporan
- Memastikan setiap mekanisme dibangunkan dan dipromosi secara
meluas untuk menyediakan kefahaman bagi melaporkan
kandungan menyalahi undang-undang yang dijumpai di internet.
3. Fokus Nasional
- Menarik kerjasama semua pihak berkaitan keselamatan kanak-
kanak di atas talian seperti:
Agensi kerajaan
Penguatkuasa undang-undang
Organisasi perkhidmatan social
Pengeluar perkhidmatan internet dan pengeluar perkhidmatan
elektronik
Pengeluar telefon rangkaian mudah alih
Syarikat teknologi tinggi yang berkaitan
Kesatuan guru
Kesatuan ibu bapa
Kanak-kanak dan belia
Organisasi bukan kerajaan
10
Komuniti akademik dan kajian
Pemilik kafe internet dan penyedia tempat awam yang lain
seperti perpustakaan dan pusat permainan atas talian.
4. Sumber Pendidikan
dan Kesedaran
- Memberi perhatian kepada pengetahuan dan pengalaman
stakeholder serta membina mesej keselamatan internet dan bahan-
bahan yang menggambarkan norma budaya dan undang-undang
serta memastikan perkara ini disebar secara berkesanan kepada
semua audien.
- Menimbangkan peranan peralatan teknikal seperti program
penapisan dan perisian keselamatan kanak-kanak yang
memainkan peranan untuk membantu dan membekalkan inisiatif
pendidikan dan kesedaran.
- Menggalakkan pengguna mengambil tanggungjawab ke atas
komputer masing-masing dengan sentiasa mengemaskini sistem
operasi dan memasang aplikasi firewall dan antivirus.
KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan, kemajuan teknologi dan komunikasi sememangnya membawa kebaikan
kepada kehidupan kita. Kewujudan teknologi di hujung jari ini sedikit sebanyak telah membantu
dalam kehidupan terutamanya dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat. Namun,
penggunaan teknologi ini sekiranya diabai dan disalahgunakan boleh memberikan kesan yang
negatif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak. Apa ertinya teknologi maklumat yang
canggih sekiranya kanak-kanak pewaris masa hadapan menjadi mundur ke belakang dan tidak
dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan yang cemerlang dan terbilang.
RUJUKAN
Al Mazmi, M., Aslam, H. & Rajan, A.V. (2013). The influence of technology on childrens
health. International Conference on Technology and Business Management, March 18-20,
1226-1235.
Downey, S., Hayes, N., & ONeill, B. (2001). Play and technology for children aged 4-12.
Dublin Institute of Technology. Retrieved from
http://www.dcya.gov.ie/documents/research/Play_and_Technology.pdf
International Telecommuniation Union (ITU). (2009). Guidelines on Child Online Protection.
Boleh didapati di http://www.itu.int/osg/csd/cybersecurity/gca/cop/.
Keating, S. (2011). A study on the impact of electronic media, particularly television and
computer consoles, upon traditional childhood play and certain aspects of psychosocial
development amongst children. International Journal for Cross-Disciplinary Subjects in
Education (IJCDSE), 2(1), 294-303.
Kosmo (May, 2013). Kanak-kanak Ganas Ketagih iPad. Boleh didapati di
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Renca
na_Utama&pg=ru_01.htm
Kosmo (Nov, 2013). Bahaya Skrin Sesentuh. Boleh didapati di
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Renca
na_Utama&pg=ru_02.htm
Naeyc.org (JANUARY 2012). Technology and interactive media as tools in early childhood
programs serving children from birth through age 8. National Association for the Education
of Young Children. Retrieved from
http://www.naeyc.org/files/naeyc/file/positions/PS_technology_WEB2.pdf
PAMA (Mac, 2013). Anak Kemaruk Televisyen dan Gajet. Boleh didapati di
http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/anak-kemaruk-televisyen-gajet-1.141722
Thompson, D. A., & Christakis, D. A. (2005). The association between television viewing
and
irregular sleep schedules among children less than 3 years of age. Pediatrics, Retrieved from
http://pediatrics.aappublications.org/content/116/4/851.abstract
Utusan (2014). Gajet Ibarat Pengasuh Kedua. Boleh didapati di
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140102/ke_01/Gajet-ibarat-pengasuh-kedua

PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIAL DAN


PERMASALAHAN KESIHATAN KANAK-KANAK (PDF Download Available). Available
from:
https://www.researchgate.net/publication/306256070_PENGARUH_PERANTI_TEKNOLO
GI_KEPADA_PERKEMBANGAN_SOSIAL_DAN_PERMASALAHAN_KESIHATAN_K
ANAK-KANAK [accessed Dec 10 2017].

PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PERMASALAHAN


KESIHATAN KANAK-KANAK (PDF Download Available). Available from:
https://www.researchgate.net/publication/306256070_PENGARUH_PERANTI_TEKNOLOGI_KEPADA
_PERKEMBANGAN_SOSIAL_DAN_PERMASALAHAN_KESIHATAN_KANAK-KANAK [accessed Dec 10
2017].

Anda mungkin juga menyukai