Anda di halaman 1dari 15

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

1.0 PENGENALAN

Tiap-tiap tamadun utama dunia meninggalkan cebisan-cebisan sumbangan ke atas tamadun-tamadun


lain yang sezaman dengannya. Apabila sumbangan sesuatu tamadun utama itu berjaya melepasi
sempadan zamannya, serta dapat pula diterima sebagai sumbangan yang bersifat sejagat oleh tamadun-
tamadun lain, maka apresiasi terhadap sumbangan tersebut menjadi lebih ironis dan bermakna. Istilah
tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa arab. Dalam
teori antara bahasa, penggunaan istilah “tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena
peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu
yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak
yang lain. Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang berakar umbi
daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan tamadun melahirkan
beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna
dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang
diperkenalkan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan pencapain manusia.

2.0 PRINSIP-PRINSIP DAN KONSEP ASAS TAMADUN

Antara prinsip-prinsip asas kelahiran tamadun manusia ialah sosioekonomi iaitu kehidupan manusia
yang menetap seperti yang disentuh di dalam bahagian etimologi tamadun iaitu yang merujuk kepada
pengertian hadarah menjadi prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan
seharian yang lebih sistematik. Seterusnya ialah interaksi antara manusia dan alam iaitu interaksi
seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman
kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Sebelum terciptanya tamadun,
terdapat elemen-elemen asas pembentukan tamadun. Antara elemen asas pembentukan sesebuah
tamadun ialah penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang srategik, hayat
penghidupan yang stabil dan panjang, wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur serta sisitematik, terdapatnya satu bahasa atau
beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi,
perakaman, penyampaian, dan pewaris khazanah ilmunya, terdapatnya undang-undang yang teratur
dan beribawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya dan akhir sekali
ialah lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan juga meningkatnya
penciptaan sains dan teknologi.

3.0 CIRI-CIRI TAMADUN

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun
dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep
pedagangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang
utama, iaitu tamadun meterialistik, tamadun intelektual, tamadun mistik dan tamadun berasaskan
wahyu. Namun dalam perkembangan sesebuah, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh
diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu pencapaiannya fizikal boleh dilihat dari segi penubuhan
sesebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungannya beberapa pusat perbandaran
yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. Seterusnya ialah pencapaian intelektual
boleh dilihat dari segi penemuan fikiran yang baharu ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran
kembali fikiran lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi. Darcy roberio
telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam proses perkembangan. Antaranya
ialah berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam bidang pertanian.
Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhusussan kerja berasaskan kelompok kemahiran.
Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakansistem pengairan untuk pertanian,
penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta wujud sistem tulisan, angka dan kalendar. Penggunaan
sistem pengairan secara meluas. Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu,
perkembangan perkapalan perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan
perdagangan. Revolusi penternakan, revolusi perdagangan, revolusi teknologi dan revolusi
perindustrian. Edward L. Farmers dalam bukunya Comparative History of Civillization in Asia
memberikan tujuh ciri utama tamadun, iaitu pertempatan kekal, revolusi pertanian, stratifikasi sosial,
kewujudan agama, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, urbanisasi, sistem tulisan.

4.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

4.1 Pengenalan

Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok,
masyarakat dan negara.
Interaksi boleh berlaku kerana tujuan tertentu dan secara tidak langsung sama ada di peringkat
perkongsian nilai, idea, institusi dan insan. Terdapat empat jenis interaksi iaitu interaksi fizikal, interaksi
teologi atau agama, interaksi sains dan teknologi dan akhir sekali ialah interaksi budaya. Interaksi fizikal
ialah interaksi yang berlaku sepanjang sejarah manusia. Contohnya masyarakat di India Barat yang
terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina dan Eropah, pelbagai bangsa yang hidup dalam tamadun
Mohenjodaro dan Harappa dan juga kedatangan orang Arab sebagai penyebar Islam ke Alam Melayu.

Interkasi teologi atau agama merupakan satu sistem yang tertutup. Contonya Sejak znm Heian, agama
Shinto di Jepun telah berinteraksi dan menerima unsur ajaran daripada agama Buddha. Ia merupakan
sistem kepercayaan yang melengkapi. Unsur kesejajaran Hinduisme dan Buddhisme menunjukkan
terdapat konsep moksha, karma dan lain-lain pada kedua-dua ajaran ini. Interaksi sains dan teknologi
merupakan kemajuan yang dicapai semasa zaman itu. Contonya empat ciptaan agung Cina tersebar ke
seluruh dunia (teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan & kompas). Teknologi membuat
kertas daripada Cina ke dunia Arab kemudian ke Eropah dan hubungan Jepun dengan Barat. Jepun
mempelajari perkembangan sains dan teknologi moden Eropah dan Amerika Syarikat.

Interaksi budaya ialah interaksi yang terdapat pada keseluruhan tamadun meliputi aspek kehidupan
seperti makanan, pakaian, seni bina, seni ukir, muzik dan lain-lain. Contohnya proses akulturasi
(pembudayaan) orang Cina dengan masyarakat tempatan dari aspek kebendaan seperti makanan,
pakaian, tingkah laku. Faktor-faktor yang membawa kepada interaksi antara tamadun ialah faktor
geografi, perdagangan, kepimpinan, agama dan budaya, dan akhir sekali ialah pengalaman sejarah.
Faktor geografi menerangkan Kedudukan strategik / laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ia
dipengaruhi oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme & Hinduisme.

Pengaruh agama Islam dalam kebudayaan atau cara hidup masyarakat Melayu. Daya kreativiti manusia
menyatakan kreativiti manusia dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Pengalaman manusia berinteraksi
dengan alam mengajarnya menjadi kreatif. Prinsip seterusnya ialah persaingan manusia iaitu kehendak
manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup adalah
antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia yang tidak terbatas itu. Selain itu peminjaman
kepakaran menyatakan oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri, maka manusia sentiasa
memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan kadangkala berbentuk peminjaman
kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh sesuatu kumpulan masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan
masyarakat yang lain. Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri
daripada 6 ciri asas iaitu mempunyai kehidupan dibandar, mempunyai pemerintahan dan kerajaan,
mempunyai bahasa dan tulisan, mempunyai sistem perundangan, mempunyai agama dan sistem
kepercayaan dan mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang
tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima
pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini
berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini
melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang
tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana
wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan
tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya
percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai
aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirya
boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi
antara tamadun memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif.

4.2 Contoh-contoh interaksi antara tamadun

Interaksi Tamadun China dan India

Interkasi antara Tamadun China dan India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M. Hubungan ini telah
dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik merekodkan. Hasil yang didapati daripada interaksi antara
kedua tamadun pada ketika itu kurang jelas. Penyebaran agama Buddha ke China pada masa
pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dan China.
Ajaran Buddha sendiri adalah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke dalam
masyarakat China. Oleh kerana Budhisme muncul dalam kerangkan budaya masyarakat India,oleh itu
telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India seperti
kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.
Pada permulaannya agak sukar bagi agama Buddha untuk diterima oleh masyarakat China. Ini adalah
kerana ajarannya yang tidak sesuai dengan institusi keluarga, politik, etika serta moral orang-orang
China yang telahpun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutamanya falsafah
Konfucianisme. Secara bernasur-ansur agama Buddha mengalami proses penyesuaian dengan tradisi
budaya China namun demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Walaupun agama
Buddha masuk ke China semasa zaman Han tetapi proses perkembangannya terlalu lambat dan hanya
dianuti oleh beberapa orang kerabat diraja. Ia tidak mendapat sambutan yang meluas di kalangan
rakyat.

Penterjmahan kitab-kitab ajaran Buddha telah dilakukan dan selepas lebih 700 tahun usaha
penterjemahan dilakukan, ajaran-ajaran Buddha telah dibukakan dalam kitab Tripitaka yang meliputi
kitab Mahayana dan Hinayana. Kerja-kerja penterjemahan ini telah dilakukan oleh lebih kurang 200
orang penterjemahan. Antara tokoh yang terkenal ialah Sami Fa Hsien dari Dinasti Chin Timur dan Hsuan
Tsang dari dinasti Tang. Fa Hsien telah menghabiskan masa selama 15 tahun menggembara ke India
melalui Asia Tengah iaitu dari tahun 399 masihi hingga 414 Masihi. Sementara Hsuan Tsang telah
melakukan perjalanan ke India antara tahun 629-45 Masihi. Beliau telah menjadi sahabat kepada Raja
Hursdha. Selain daripada karya-karya dari India yang diterjemahkan, terdapat juga karya-karya
mengenai agama Buddha yang dihasilkan oleh orang-orang China. Buku-buku yang ditulis oleg Fa Hsien
dan sami-sami China yang lain tentanhg pengembara-pengembara mereka ke India menjadi sumber
penting untuk mengkaji interaksi antara Tamadun India dan China.

Selain daripada agama Buddha, hasil interaksi antara Tamadun India dan China turut menyebabkan
beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian india
telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang,
teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India diperkembangkan di Tamdun China. Kesan posotif
kepada India pula didapati di mana beberapa ciptaan sains dan teknologi orang China telah berkembang
di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan,
penggunaan kompas dan lain-lain. Interaksi antara tamadun turut berlaku melalui usaha-usaha
penterjemahan. Semasa pemerintahan Dinasti Sui sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India bernama
Gautama telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab
memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 Masihi. Jawatan tersebut
terus dipegang oleh keturunan beliau selama empat generasi.

Kesusasteraan turut terhasil daripada interaksi antara Tamadun India dan China. Kitab ajaran agama
Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-
kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah dipengaruhi penulisan sastera China. Di
samping itu kesusasteraan turut menyumbangkan beberapa perbendaharaan kata sanskrit dan pali ke
dalam bahasa China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India,
perkembangan ini amat penting semasa zaman Dinasti Sui. Perhubungan antara India dan China terus
berlansung walaupun selepas kemerosotan agama Buddha di India ke 10 masihi. Perkembangan
seterusnya lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Interaksi Antara Tamadun Islam dan China


Hubungan orang-orang Arab dengan negeri China telah berlaku sejak abad ke 3 masihi apabila
dilaporkan bahawa telah ada utusan Parsi yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang
Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke negeri China iaitu melalui jalan sutera iaitu jalan darat
yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga ke Benua Kecil India,
Kepulauan Melayu hingga ke canton di tenggara China. Menurut catatan-catatan China, mengatakan
behawa kapal-kapal China telahpun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada abad
ke-5 Masihi. Menjelang abad ke-7 Masihi, ramai orang-orang Arab yang membuat petempatan di
daerah-daerah di tenggara China seperti Kwang Cho, Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8
Masihi melalui jalan darat dan laut. Pedagang-pedagang Arabdan Parsi telah mendirikan masjid di
Guangzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembangkan Islam di China berlaku pada abad ke-8
tetapi ia hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian iaitu dengan usaha beberapa orang tokoh
muslim tempatan China seperti Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin. Tokoh-tokoh ini turut
mempengaruhi hasil tulisan mereka dalam bidang Islam. Tradisi Konfusianisme yang diwarisi oleh tokoh-
tokoh tersebut turut mempengaruhi tulisan mereka. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China
muslim bertajuk Zhengjiou Zengquan yang diterbitkan pada tahun 1642. penulis China ini banyak
menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran konfusiunisme bagi memperkenalkan Islam
kepada masyarakat China melalui tulisannya.

Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China ini telah memberi faedah kepada kedua-dua tamadun.
Tamadun Arab-Islam di Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas, teknologi percetakan dan
pembuatan kertas serta pembuatan alat letupan. Melalaui Tamadun Arab-Islam, pengetahuan ini
kemudiannya disebarkan dalam Tamadun Eropah. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan
pembuatan tembikar. Sementara tamadun China pula mendapat ilmu pengetahuan baru seperti
pengetahuan tentang perubatan, astonomi, farmasi dan beberapa pengaruh Tamadun Islamdi China
ialah semasa zaman Dinasti Tang.

Dari segi senibina interaksi tamadun Islam-Tamadun China telah menyumbangkan kepada pembinaan
beribu-ribu masjid dewan membaca al-quran. Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk
Arab dan juga China. Masjid berseni bina Arab kebnyakannya terdapat di Xinjiang sementara reka
bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil istana China.

Interaksi Antara Tamadun India dengan Tamadun Asia Tenggara.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi.
Hubungan ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Interaksi antara Tamadun India dengan
Asia Tenggara telah meninggalkan beberapa kesan penting dalam budaya dan tamadun masyarakat Asia
Tenggara.

Dari sudut teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha
kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam
kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain.
Mazhab agama Hindu yang utama ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanism. Agama Hindu
turut mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep ’Devaraja’. Konsep ini
meletakkna kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep inilah yang menjadi asas kepada
konsep daulat dalam tradisi Melayu. Konsep ’devaraja’ ini berkembang dalam masyarakat Khmer
terutamanya semasa zaman kerajaan Angkor. Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga telah
menyebabkan pengaruh agama Buddha masuk ke Asia Tenggara. Dua mazhab agama Buddha yang
berkembang di Asia Tenggara ialah Mahayana dan Hinayana.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara turut memberi kesan kepada aspek lain yang
penting. Aspek sosial, contohnya kita dapati golongan Brahmin telah memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Golongan Brahmin adalah golongan pemimpin agama yang menguasai bidang pendidikan.
Dalam kerajaan Angkor, golongan Brahmin memainkan penting dalam perkembangan pendidikan. Di
samping itu interaksi ini juga menyebabkan tulisan-tulisan tempatan. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa
penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabrata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran
awal di Asia tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini kemudiannya telah
dilakukan selepas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan Tamadun Islam. Ini kerana kitab-
kitanb ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi iatu tulisan yang
datang dari Tamadun Islam.istialh-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata
masyarakat Asia Tenggara.

Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga membawa banyak pengaruh dari segi kesenian
terutamanya alat muzik dari segi seni tarian. Dalam aspek seni bina kita dapati unsur-unsur seni bina
India telah bercampur dengan unsur-unsur seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang
unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

Dari segi sosial, sistem kasta India kuarng mendapat sambutan di Asia Tenggara. Sistem ini hanya
dipraktikkan dalam masyarakat Khmer semasa pemerintahan kerajaan Angkor di Myanmar dan kerajaan
Majapahit di Pulau Jawa. Aspek-aspek lain yang kelihatan ialah pengaruh makanan seperti roti canai,
kari, dan sebagainya. Hubungan antara masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara yang berlaku
secara aman menyebabkan wujudnya perkahwinan campur, contohnya barahmin-brahmin India dengan
puteri-puteri Angkor serta perkahwinan campur yang berlaku dengan meluas semasa Zaman Kesultanan
Melaka. Di samping itu Tamadun India turut dipengaruhi sistem undang-undang di Asia Tenggara
contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang digunakan dalam undang-undang Melaka dan
perundangan majapahit.

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun India

Hubungan antara orang-orang Arab telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’ di Arab Selatan.
Hubungan awal tersebut adalah hubungan perdagangan. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh
pedagang-pedagang Islam termasuklah kain, pedang dan yang paling utama ialah hasil rempah. Pada
abad ke-5 Masihi telah terdapat pertempatan orang-orang Arab do persisir pantai India. Agama Islam
telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun demikian kedudukannya masih lagi lemah.
Penyebaran oengaruh Islam dan India melalui pelbagai cara. Perdagangan merupakan cara yang paling
awal dan aman. Di samping itu, pengaruh Islamjuga tersebar ke India melalui perperanga. Tentera Islam
telah sampai ke kawasan pantai Sind di India sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattb.

Angkatan islam telah berusaha menawan Thana pada tahun 636-37 Masihi tetapi gagal. Semasa
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera Islam telah menyerang Sind iaitu pada
tahun 644 Masihi melalui jalan darat. Pemimpin tentera Islam ialah Abdullah bin Amir. Dalam serangan
tersebut Sistan dan Makran telah berjaya ditawan. Serangan ke atas Sind dilakukan semulapada tahun
659 Masihi di bawah pimpinan al-Haris tetapi peperangan tersebut dihentikan apabila beliau meninggal
dunia di medan perang pada tahun 622 Masihi. Walaupun usaha-usaha penaklukan India dihentikan
tetapi orang-orang Arab yang menetap di Multan kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan
Islam. Penaklukan Islam ke atas India kemudiannya telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah
keturunan Turki dan Parsi-Islam.

Interaksi antara Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa pemerintahan kerajaan Moghul
terutamanya semasa pemerintahan Akbar tidak membezakan antara orang-orang Islam dengan bukan
Islam. Beliau mengambil penasihat daripada kalangan orang-orang Islam dan Hindu. Beliau merupakan
pemerintah India yang pertama cuba mengharmonikan hubungan antara pengganut-pengganut Islam
dan bukan Islam terutamnya Hindu. Bagi mencapai tujuannya beliau telah menggalakkanperkahwinan
campur antara orang-orang Islam dengan Hindu. Beliau sendiri mengahwini seorang puteri Hindu dan
beliau juga telah meminang puteri-puteri Hindu untuk dikahwinkan dengan putera-puteranya. Dalam
usaha mewujudkan keharmonian antara rakyat yang berbilang kaum dan agama, Akhbar telah
menggalakkan program-program perdebatan agama di istananya. Beliau adalah seorang pengganut
Islam yang fleksibel dan pandangan agamanya banyak dipengaruhi oleh penasihatnya iaitu baginda
melihat setiap agama mempunyai kebaikan tersendiri. Beliau telah mempelajari agama-agama lain
seperi Hindu, Buddha dan Kristian. Kitab-kitab veda. Mahabrata, Ramayana telah diterjemahkan ke
dalam bahasa parsi atas araha beliau.

Dalam hubungan antara dua tamadun ini membawa kepada perkembangan kesusasteraan. Hasil-hasil
kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa kerajaan Delhi, hasil-hasil
tulisan India terutamnya yang berkaitan dengan agama Hindu telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Parsi. Dua orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam aktiviti tersebut ialahZain-ul-
’Abidin dari Kashmir dan Husain Shah dari Bengal. Cebdiakawan Islam turut mempelajari mengenai yoga
dan Vedanta serta ilmu-ilmu perubatan dan astrologi India. Sementara ahli-ahli astronomi India telah
meminjam terma-terma astronomi, pengiraan latitud dan longitud bumi, pengiraan kalendar, bidang
horoskop yang dikenali sabagai tajik dan dalam bidang perubatan. Semasa pemerintahan kesultanan
Delhi bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Arab dabn Turki. Ia
menjadi satu lambang penting interaksi antara Tamadun islam dengan India.

Kehidupan harmoni diwujudkan hasil daripada interaksi antara orang-orang Islam dengan India dapat
dilihat dalam aspek pentadbiran. Semasa kesultanan Delhi, kita dapati ramai pegawai-pegawai kerajaan
dilantik daripada penganut-penganut agama Hindu, contohnya medini Rai yang dilantik menjadi
pegawai tinggi di Malwa, sementara bebarapa tokoh lain seperti purandar, Rup dan Sanatan. Telah
dilantik ke pelbagai jawatan di Bengal. Begitu juga kerajaan-kerajaan Hindu telah melantik orang-orang
Islam menjadi pegawai-peagawai mereka. Pengasas agama Sikh turut dikaitkan dengan proses interaksi
antara Tamadun Islam dan India. Malah agama ini dikatakan hasil daripada percanggahan beberapa
ajaran Islam dengan ajaran Hindu. Guru Nanak adalah pengasas ajaran ini. Mantera adalah kata-kata
suci ajaran ini telah dicipta oleh beliau bersama-sama seorang pengikutnya yang beragama Islam.
Kerangka ajaran Sikh sebenarnya adalah mengikut agama Hindu tetapi terdapat beberapa ajarannya
yang dikatakan mempunyai persamaan dengan ajaran Islam.

5.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

5.1 Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah
Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang
digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-
penganut agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan
agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam
yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah
kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam
pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah
memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu
juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu
Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua
tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat
kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu
dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut
diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali
dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah
berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China
ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui
hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses
interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan
peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang
menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul
beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang
terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-
cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan
tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-
konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat
dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada
masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan
daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping
itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk
masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara.
Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun
demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu
dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini
telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh
pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita
ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun
Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang paling menonjol ialah
tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di
Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan
Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan
positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan
seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak
melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa.
Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di
samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada
masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik,
contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar (
Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun
China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China
telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting
ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto.
Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah
didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di
samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun.
Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana.
Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan
dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut
meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh,
seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut
diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi
keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah
memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi
Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi
Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5.2 Kesan negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif.
Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya, hubungan
antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada
hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-
ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan
agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam
dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah
bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang
Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut
dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Di India juga, hubungan antara
penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang.

Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh
raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut
agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya
raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah
raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan
pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan
upacara sati dan lain-lain lagi. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita
dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat
China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-
sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan
agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya
pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan
perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam
Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-
orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China
telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang
dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-
tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan
ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876
Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan
lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan
daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke
Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk
tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada
pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada
pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan
pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas
hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa
pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781
Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), KebangkitanYussof Syamsuddin (1828-31M),
pemberontakanYunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan
Sinkiang (1864-77 Masihi).

Antara faktor-faktor perkembangan pembinaan dan kemerosotan tamadun manusia ialah pegangan
kepada agama, semangat kerjasama yang tinggi dan rasa kekitaan, keselesaan hidup dan kemewahan,
kepimpinan dan politik, ekonomi dan hijrah. Interaksi antara tamadun bersifat terbuka. Sifat ini perlu
bagi memastikan tamadun itu tidak akan bergerak secara bersendirian tetapi mempunyai maklumat dan
idea daripada tamadun lain bagi membolehkan idea itu digarap bagi kepentingan tamadunnya dan
dalam masa yang sama dapat dipersembahkan kepada tamadun lain. Faktor ini juga merupakan
prasyarat kepada tersebarnya tamadun pada peringkat pertama. Prinsip ini juga penting bagi
menjauhkan sesuatu tamadun itu daripada kejutan ketika mendapati pada masa yang sama tamadun
lain lebih menonjol daripadanya. Interaksi antara tamadun mengutamakan kepentingan sejagat dan
selaras dengan sifat semulajadi manusia. Kesajagatan atau universaliti adalah ciri yang tidak kurang
pentingnya dalam proses interaksi antara tamadun. Sebagai contoh, perkembangan pesat tamadun
Yunani dalam bidang falsafah dan keilmuan bertaut dengan tamadun Islam dan melebarkan
perbincangan yang bersandarkan falsafah pemikiran. Keinginan manusia yang universal untuk hidup
dalam suasana penuh aman dan harmoni, menyebabkan secara tidak langsung lahir lain tamadun yang
mendukung cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk tampil memberi bantuan dan sokongan kepada
sesama mereka. Antara faktor-faktor interaksi antara kaum ialah kempimpinan iaitu contoh kepimpinan
yang tersohor sepanjang zaman ialah kepimpinan nabi Muhammad SAW ke atas umat Islam seluruh
dunia. Seterusnya ialah keagamaan iaitu menyumbang kepasa berlakunya interaksi antara tamadun.
Faktor lain ialah ilmu iaitu proses ini memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan suatu
tamadun. Faktor seterusnya ialah perdagangan iaitu antara faktor terawal yang mendorong berlakunya
interaksi antara tamadun.

7.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

7.1 Pengenalan
Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting iaitu tamadun spritual dan tamadun material. Tamadun-
tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual mahupun
material. Persamaan dan perbezaan antara ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek
teologi, etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Etika terbahagi
kepada beberapa perkara penting iaitu alam sekitar, keluarga, komuniti, kerajaan, kegiatan ekonomi,
pendidikan dan kesihatan.

7.2 Teologi

Di antara tamadun-tamadun besar terdapat persamaan dan perbezaan dalam bidang teologi.
Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme.
Konsep monoteisne terdapat dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme adalah berbeza
dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat
wahyu dari Allah s.w.t. sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak sukar kabur dan agama in tidak
mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi
dijelaskan dalam al-Quran dan pengganut-pengganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahl-al-
kitab. Teologi ialah aspek tamadun spritual yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah
ajaran moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan
sebaliknya membicangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk
melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri atau nirvana. Oleh kerana Buddhisme
terbentuk dalam kerangka sosio budaya masyarakat India maka tidak dapat dinafikan terdapat beberapa
konsep Buddhisme yang dapat dicari persamaanya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

7.3 Etika

Pendidikan

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam setiap tamadun. Pendidikan bertujuan untuk
pembentukan peribadi seseorang individu. Berasaskan matlamat ini menjadikan tugas mengembangkan
ilmu pengetahuan adalah satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran ini menjadikan dimensi inner
being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduismedan agama-agama lain.
Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang individu sebelum dia dapat
menguasai persekitaran luarannya. Apa yang membezakan antara agama-agama dan tamadun tersebut
ialah cara bagaimana transformasi itu dilakukan dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan. Dalam
tamadun Islam, konsep tauhid memainkan peranan pentingdalam transformasi manusia. Sebaliknya
dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran hindu, transformasi sifat dapat dicapai memalui
proses mencari diri sendiri.

Ekonomi

Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlansung dalam konteks ’moral semesta’. Oleh itu
muncul konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salah satu
daripada ajaran jalan lapan lapis. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram
mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud
kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep ’wang’, laba, ganjaran,
pasaran dan sebagainya sangta dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Penipuan, riba,
rasuah dan bentuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah dalam islam. Sementara Tamadun China
yang kuat dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang
kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan untung yang merupakan elemen-
elemen yang buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Seperti mana ajaran islam unsur-unsur rasuah, riba
dan penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian. Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terikat
dengan konsep halal dan haram...

Komuniti

Komuniti atau masyarakat merupakan unit yang penting dalam hidup setiap tamadun. Identiti individu
mempunyai kaitan yang rapat dengan komunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan
sebilangan besar pengkajinya berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada
komunitinya. Atau dalam lain perkataan identiti seseorang individu ialah cerminan komuniti yang
diwakilinya. Identiti ini dapat dilihat dari pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan
semesta, sikap, perilakuserta lain-lain. Komuniti adalah satu lagi bentuk sistem sokongan yang penting
bagi seseorang individu. Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadangkala
material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara identiti individu dengan identiti
komunitinya.

Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai-nilai moral yang
juga bersumberkan agama dan adat resam. Ikatan individu-individu dalam sesebuah komuniti
ditentukan oleh pelbagai bentuk ikatan. Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam
Tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan
tetapi juga hubungan sesama agamadan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang
islam dengan jiran yang bukan islam. Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w. menggariskan dengan jelas hak dan tanggungajawab seseorang individu Islam terhadap
jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran-jiran tersebut. Bagi mengekalkan persaudaraan
dan perpaduan di dalam komuniti, Islam memberi perhatian kepada perasaan kasih sayang dan sikap
tolak ansur. Semua individu dalam komuniti mesti menunaikan tanggungjawab mereka dengan
sempurna untuk menjaga komuniti tersebut daripada kerosakan. Pembentukan komuniti yang kukuh ini
penting dalam pembentukan sebuah negara atau kerajaan yang kuat.

7.4 Politik dan Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan peranan
dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja
merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dan hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma-
terma lain yang digunakan untuk kedudukan tersebut, antaranya ialah Khalifah, sultan, maharaja, ratu,
dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prisip
asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Dalam Tamadun China, pemikiran falsafah-falsafah
yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi tokoh-tokoh memberi penekanan
kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seorang raja atau pemerintah. Begitu juga dengan Tamadun India,
Kautilaya membincangkan aspek-aspek kepimpinan.

Dalam Tamadun awal masyarakat Melayu, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diebri oleh raja
kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Kosep kesetiaan yang kuat dalam Tamadun Melayu
sehingga melahirkan kata-kata seperti takkan Melayu menderhaka. Penderhakaan merupakan jenayah
yang paling berat hukumannya dalam budaya Melayu. Sorang penderhaka akan menerima hukuman
bunuh.

Dalam Tamadun China, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduan mengenai hubungan antara
pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mastilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini
bermakna, seseorang raja perlulah mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung
kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang raja memerintah
sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidak menganjurkan rakyat menentang raja
yang tidak mempunyai moral yang baik oleh Tien melalui pelbagai bala bencana seperti banjir,
peperangan dan sebagainya.

7.5 Institusi

Agama merupakan unsur yang penting dalam tamadun. Setiap agama mempunyai institusinya yang
tersendiri, contohnya masjid dalam agama Islam, gereja dalam agama Kristian, kuil bagi agama Hindu
dan Buddha. Institusi ini memainkan peranan penitng dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi ini
memainkan peranan penting dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi-institusi mempunyai peranan
tersebut berperanan sebagai tempat ibadah dan upacara-upacara keagamaan tertentu. Di samping
peranan tersebut institusi-institusi ini juga mempunyai fungis-fungsi sosial, ekonomi dan sosial. Masjid
merupakan tempat perhimpunan penting bagi umat Islam. Dalam Tamadun Islam, aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dilakukan di masjid. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat
pentadbiran Islam semasa zaman pemerintah Islam di Madinah. Baginda juga menjadikan masjid
sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mana baginda sendiri telah menjadikan masjid sebagai tempat
mengajar, apabila rumahnya sudah tidak dapat memuatkan jemaah-jemaah yang belajar dengan
baginda.

Begitu juga dengan peranan gereja dalam Tamadun Barat. Gereja bukan hanya menjadi tempat ibadat
tetapi juga merupakan pusat kegiatan sosial masyarakat setempat. Di samping itu gereja juga
memainkan peranan pentingdalam perkembangan ilmu pengetahuan di Barat. Paderi-paderi adalah
golongan cendiakawan yang menjadi guru mengajar kanak-kanak setempat. Perkembangan inilah yang
kemudiannya melahirkan sekolah-sekolah missionary yang mana sekolah-sekolah dalam bentuk yang
formal tetapi dibina serta dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan agama Kristian. Kuil dalam agama Hindu
dan Buddha juga memainkan peranan yang sama. Pada peringkat awal perkembangan kedua-dua agama
ini, kuil bukan hanya merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat pendidikan bagi mengajar
ilmu-ilmu keagamaan. Bagi agama hindu, golongan Brahmin iaitu sami-sami Hindu adalah golongan
terpelajar. Sumber-sumber ajaran agama Hindu dalam ktab-kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang
ditulis dalam bahasa Sanskrit hanya boleh difahami oleh golongan tersebut. Oleh itu, golongan Brahmin
memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan. Hal yang sama berlaku kepada kuil-kuil
Buddh, sami-sami Buddha yang fasih berbahasa Pali dan Sanskrit adalah sumber untuk masyarakat
untuk memahami ajaran-ajaran Buddha.

RUMUSAN

Dalam perbincangan ini perkara mengenai tamadun sukar ditakriskan dengan satu makna yang tepat. Ini
kerana kebnyakan sarjana membuat tafsiran mereka sendiri mengikut apa yang ada pada sesebuah
tamadun itu. Tamadun Barat ditafsirkan dengan mempunyai penekanan soal material. Manakala
Tamadun Islam lebih menekankan soal etika dan moral dalam pembinaan sesebuah tamadun.
Sementara itu, pembinaan Tamadun Mesir, Mesopotamia, India dan China juga tidak boleh lari dari soal
penumpuan material dan etika. Sementara itu sarjana-sarjana tertentu mempunyai pandangan berbeza
mengenai tamadun. Namun demikian yang pasti tamadun dikaitkan mengenai soal pencapaian yang
tinggi dan ketinggian hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk soal etika.

Pencapaian dan ketinggian hidup ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
perbandaran. Sifat-sifat sesebuah bandar teratur merupakan ciri penting dalam tamadun. Di sini juga
merupakan pusat bagi aktiviti tamadun sama ada pemerintahan, ekonomi, kesenian, agama, budaya dan
ketenteraan. Oleh itu bandar boleh dijadikan modul untuk melihat tamadun itu. Disebabkan pentingnya
bandar ini maka perkataan tamadun mahupun civilization bertitik tolak dari perkataan bandar iaitu
madinah dan civitas. Sesebuah tamadu klasik, ia pernah menempuh tiga tahap utama iaitu tahap
kelahiran, pembangunan dan kemerosotan. Kelahiran sesebuah tamadun biasanya dikaitkan dengan
adanya sumber-sumber material yang membantu perkembangannya. Sungai merupakan sumber
penting dalam membina dan melahir sesebuah tamadun. Namun demikian tidak semua dibina oleh
unsur material. Tamadun Islam misalnya bermula dari wahyu. Daripada dua punca yang melahir
tamadun itu, maka muncul tamadun dan ia mula diransangkan dengan kepesatan kehidupan manusia
yang akhirnya membawa kepada zaman perkembangan atau sesetengah tamadun meletaknya sebagai
era keemasan. Dari era ini munculnya ketidakcekapan pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu unsur-
unsur lain seperti bencana alam dan serangan musuh membantu kepada kejatuhan sesebuah tamadun
itu.

Anda mungkin juga menyukai