Anda di halaman 1dari 24

Sosiodrama

Yang disediakan oleh : Knee Shin Ni Michelle Yong Tan Shi Ting

DEFINISI
Sosiodrama dilakukan secara spontan dengan mencipta tema dan senario yang biasa mereka lihat atau alami. Mereka sebagai pengarah melakon mengikut dunia mereka sendiri (menggunakan kayu sebagai senapang @ kotak besar sebagai kereta dengan menggunakan mulut untuk mengeluarkan bunyi kereta). Mereka meniru gaya atau perlakuan orang dewasa.

DEFINISI
Satu aktiviti yang menarik berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial, seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu. Murid-murid diajar berfikir cara-cara menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional.

KEPENTINGAN
Dapat menggunakan semua deria untuk menjalankan aktiviti sosiodrama. Dapat meningkatkan penggunaan bahasa serta meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan. Dapat meningkatkan proses komunikasi.

CONTOH
Mereka akan mendengar perbualan, melihat perlakuan dan sebagainya. Melalui perbualan atau lakonan yang dilakukan kanak-kanak dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata. Melalui interaksi dengan rakan-rakan yang lain.

Dapat meningkatkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah.


Dapat menambahkan kebolehan diri dan menghiburkan diri. Meningkatkan kemahiran fizikal serta mengembangkan perasaan dan emosi sendiri. Lebih berminat untuk belajar.

Melalui lakonan situasi yang dialami dapat merangsang kreativiti kanak-kanak.


Dengan mempunyai emosi yang gembira serta pelbagai jenis emosi. Berasa seronok dan mendapat kepuasan kendiri apabila melakukan aktiviti yang melibatkan perasaan. Terdapat unsur-unsur yang boleh disepadukan di dalam drama.

Permainan Sosial
Permainan sosial- Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan orang lain yang ada dalam persekitarannya. Main sosial berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak sesuai dengan peranannya sebagai persediaan kanak-kanak mencapai kematangan bermasyarakat dan menghadapi alam dewasa.

Mildred Parten (1932) telah mengemukakan 6 peringkat permainan sosial iaitu:

Unoccupied (Unoccupied Behavior)

Main

Onlooker (Onlooker Play)

Main

Main Solitary (Solitary Play)

Cooperative (Cooperative Play)

Main

Associative (Asociative Play)

Main

Main Parallel (Parallel Play)

Main Unoccupied Kanak-kanak tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun, tetapi hanya berada dalam kawasan permainan. Main Onlooker Kanak-kanak memerhati rakan-rakannya bermain. Berminat dengan permainan orang lain. Main Solitary Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan atau keadaan sekeliling.

Main Parallel Kanak-kanak bermain sendirian, menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang. Kongsi alat, main sendiri-sendiri. Main Associative Kanak-kanak bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan. Main Cooperative Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Bermain Sosial Dramatik

Bermain sosio dramatik banyak diminati oleh para peneliti. Simlansky (1971), dalam brewer (1992), mengamati bahawa bermain sosio dramatik memiliki beberapa element: 1.Bermain dengan melakukan imitasi. Anak bermain dengan melakukan peranan orang di sekitarnya, dengan menirukan tingkah laku dan pembicaraaannya. 2. Bermain pura-pura seperti suatu objek. Anak melakukan gerakan dan menirukan suara yang sesuai dengan objeknya, misalnya anak pura-pura menjadi kereta sambil lari dan menirukan suara kereta.

3. Interaksi. Sekurang-kurangnya dua orang dalam satu situasi. 4. Komunikasi verbal. Pada setiap situasi ada interaksi verbal antara anak yang bermain.

Permainan sosio dramatik ini juga dikatakan sebagai permainan dramatik. Permainan sosio dramatik adalah sejenis drama yang dicipta. Ia juga dikenali sebagai role playing. Permainan ini menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai lakonan yang saling berhubung kait dengan kehidupan keluarga, masyarakat dan kebudayaan mereka sendiri serta kebudayaan warisan.

Bermain sosio dramatik sangat penting dalam mengembangkan kreativiti, pertumbuhan intelektual, dan keterampilan sosial. Permainan sosio dramatik ini biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat permainan sosio dramatik biasanya dilengkapkan dengan prop atau persekitaran yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu pekerjaan yang menjadi minat kanak-kanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu dikemaskinikan sesuai dengan minat kanak-kanak.

Mainan sosiodramatik keseluruhannya terbahagi kepada dua jenis iaitu sosiodramatik dan fantasi.

Permainan sosio dramatik


Merujuk kepada permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya. Memberi peluang kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak. Melibatkan peristiwa semasa yang benar dan realistik. Tiada skrip diberikan.

Main fansasi
Lebih merujuk kepada ceritacerita dongeng dan cerita-cerita kepahlawanan. Melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi.

Dalam mainan sosiodramatik , kanak-kanak berpeluang untuk menonjolkan diri mereka, menerima pelbagai watak atau peranan dan berinteraksi dengan rakan. Golongan profesional boleh belajar tentang kanakkanak dengan menyaksikan dan mendengar kanak-kanak memberitahu sesuatu pada anak patungnya semasa dia memberi makan awak makanlah semua ni kerana hanya ini saja yang ada di rumah kita. Selepas menyiasat, golongan profesional boleh membantu keluarga tersebut melalui jabatan kebajikan masyarakat supaya membekalkan mereka dengan makanan dan pertolongan.

Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran berunding atau berbincang apabila mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, peranan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Peranan permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalah untuk memberi mereka: -Menganalisa sesuatu situasi.

-Memilih alternatif dalam menyelesaiakn sesuatu masalah. -Menghadapi situasi-situasi tertentu. -Memahami tentang orang lain. -Melahirkan emosi. -Kemahiran berinteraksi dan mencipta.

Cara melaksanakan permainan sosio dramatik


Mengemukakan sesuatu masalah. Melakonkan masalah. Membincangkan hasil aktiviti drama.

Perancangan Dan Pelaksanaan Aktiviti Berdasarkan Tunjang Fizikal Dan Estetika : Kreativiti
Mengambil bahagian dalam drama dan gerakan kreatif

Peranan guru
Proses dan bahan

Mengambil bahagian Dalam Drama dan Gerakan Kreatif


Sesetengah kanak-kanak tidak mempunyai persediaan untuk memasuki situasi bermain dramatik. Ada pula yang bersikap malu dan tidak mempunyai keyakinan diri. Guru haruslah membimbing mereka dan mengambil bahagian dalam drama atau memimpin gerakan kreatif dahulu. Akan tetapi, guru tidak boleh memonopoli drama tersebut. Memberi peluang kepada semua kanak-kanak melibatkan diri dalam drama.

Sebagai pembimbing (memastikan dari segi kualiti dan kuantitinya drama yang dipersembahkan).

Sebagai pemerhati dan pemudahcara.

Peranan guru dalam Sosiodrama


Bahan yang mencukupi disediakan untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Memberi peluang untuk kanak-kanak untuk memilih tema dan peranan mereka sendiri.
Bertindak sebagai penyelia dan penilai serta merancang dan mengurus bagi aktiviti sosiodrama. Menyediakan ruang, masa dan juga pentas (kalau boleh) untuk berlakon.

Proses dan Bahan


a) Bahan/peralatan/pakaian Bahan yang digunakan mesti selamat dan sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Memilih bahan yang menarik, tahan lama dan boleh diguna semula. Pelbagaikan peralatan selalu mengikut tema. Pakaian yang mudah dipakai, tahan lama, boleh dibasuh dan menarik.

b) Amalan yang bersesuaian di kelas. Memberi ruang dan masa yang secukupnya kepada kanak-kanak untuk membuat persediaan. Menggalak kanak-kanak melibatkan diri dalam drama. Membantu kanak-kanak berinteraksi dengan kanakkanak lain dalam bermain sosiodrama. Menyediakan satu kotak untuk kanak-kanak menyimpan peralatan supaya tidak berselerak.

Anda mungkin juga menyukai