Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN KAEDAH BUNI UNTUK MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN

MURID
Michelle Yong Suek Jun
Pensyarah: En. Mohd Din B. Haron
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid yang lemah dalam
daya tumpuan. Kajian tindakan ini dijalankan demi meningkatkan daya tumpuan murid
prasekolah dengan menggunakan kaedah BUNI. Objektif kajian ini adalah meningkatkan daya
tumpuan murid di dalam kelas, sekaligus mengurangkan masalah tingkah laku disruptif
murid. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen.
Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak, protokol temu bual dan portfolio.
Responden kajian terdiri daripada 2 orang murid prasekolah yang menunjukkan ciri lemah
daya tumpuan. Data dianalisi dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan masa).
Dalam intervensi ini, pengkaji menggunakan alat bantu mengajar iaitu papan BUNI. Hasil
refleksi menunjukkan masalah ini berlaku disebabkan oleh kurangnya daya tumpuan kanakkanak untuk belajar dan kurang latihan konsentrasi di dalam kelas prasekolah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah BUNI boleh meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas.
Kata kunci: Kaedah, BUNI, daya tumpuan
Pengenalan
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Pada masa yang sama demi menuntut ilmu, daya penumpuan merupakan elemen yang
penting kepada kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan akademik dan juga
perkembangan sosial. Tumpuan yang singkat menyebabkan murid sukar untuk mendapat
pembelajaran secara maksimum dan objektif pengajaran tidak tercapai dengan sepenuhnya.
Oleh itu, masalah kurang tumpuan perlu diatasi supaya guru dapat mengawal masalah tingkah
laku disruptif murid di dalam kelas dengan membantu murid meningkatkan daya tumpuan.
Fokus Kajian
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan daya tumpuan murid dan
mengurangkan tingkah laku disruptif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Kajian
i)
ii)

Membantu murid meningkatkan daya tumpuan melalui Kaedah BUNI.


Membantu murid mengurangkan kekerapan tingkah laku disruptif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah BUNI.

Persoalan Kajian
i)
ii)

Adakah Kaedah BUNI dapat meningkatkan daya tumpuan murid?


Adakah Kaedah BUNI dapat mengurangkan kekerapan tingkah laku disruptif
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran?

Kepentingan kajian
Kajian ini memberi kepentingan kepada semua pihak khususnya kepada murid, guru, ibu
bapa, sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Justeru kajian ini perlu dijalankan supaya

semua pihak mendapat manfaat daripada kajian seumpama ini. Kepentingan utama ialah
meningkatkan daya tumpuan murid dan mengurangkan tingkah laku disruptif semasa sesi
pengajaran.
Tinjauan Literatur
Dalam negara
Dalam kajian Norshahidah Binti Abdul Rahim & Mangaleswaran A/L Annamalai (2013)
dalam kajiannya yang bertajuk Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya
Tumpuan Murid turut mencapai objektif iaitu meningkatkan daya tumpuan murid dari 5
minit sehingga 30 minit sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Siti Nabila Binti Azman (2012), dalam kajiannya meningkatkan daya
tumpuan murid masalah pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah terapi main telah berjaya meningkatkan daya tumpuan murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dari 5 minit ke 30 minit melalui terapi main. Ini
menunjukkan melalui rangsangan yang diberikan turut dapat meningkatkan daya tumpuan
murid.
Luar negara
Teori Kapasiti Penumpuan Kahnemans merupakan satu contoh teori penumpuan moden yang
terbaik dalam sumber utama teori penumpuan yang diutarakan oleh Kahnemans (1973).
Kahnemans menegaskan jumlah ruang untuk penumpuan boleh berubah bergantung kepada
keadaan yang berkait dengan tugasan yang menuntut penumpuan.
Dalam Model Montessori turut memberi penekanan dalam Latihan Kehidupan
Praktik (LKP). Bila kanak-kanak melibatkan diri dengan LKP, kanak-kanak akan melalui
pembentukan untuk menjadi normal. Normalization bermaksud kanak-kanak akan melalui
peringkat-peringkat konsentrasi seperti menunjukkan kebolehan untuk konsentrasi yang baik.
Dalam kajian Cherry (2005), beliau telah menjalankan kajian menggunakan aktiviti
yang berciri Latihan Kehidupan Praktik iaitu menyudu kacang dal dari bekas ke bekas yang
lain untuk mengesan daya tumpuan seseorang kanak. Kajian ini berjaya meningkatkan daya
tumpuan kanak-kanak dari segi masa melaksanakan aktiviti menyudu kacang dal dari bekas
ke bekas yang lain.
Dapatan dan Refleksi
Soalan kajian 1: Adakah Kaedah BUNI dapat meningkatkan daya tumpuan murid?
Analisis pemerhatian senarai semak daya tumpuan
Bil

Item perlakuan

1.

Memandang depan semasa


guru bercakap
Melihat alat dan bahan
yang ditunjukkan guru
Memberi respon apabila
guru bertanya
Menyiapkan tugasan waktu
yang ditetapkan
Berada di tempat sendiri
Jumlah

2.
3.
4.
5.

Responden 1
Sebelum
Selepas

Responden 2
Sebelum
Selepas
X

X
2

X
4

Jadual 1: Jadual menunjukkan hasil pemerhatian pencapaian items perlakuan daya tumpuan
Responden dapat mencapai item perlakuan daya tumpuan
X Responden tidak dapat mencapai item perlakuan daya tumpuan
Jadual 1 menunjukkan pencapaian items perlakuan daya tumpuan responden-responden
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada rakaman video. Sebelum
MASA
SESI 1
SESI 2
SESI 3
SESI 4
(MINIT) /
RESPONDEN
RESPONDEN 1
6 minit
5 minit
5 minit
3 minit
18 saat
42 saat
17 saat
47 saat
RESPONDEN 2
6 minit
5 minit
4 minit
3 minit
33 saat
22 saat
52 saat
32 saat
intervensi, jadual menunjukkan pencapaian item perlakuan daya tumpuan yang paling rendah.
Terdapat 2 daripada 5 items perlakuan dapat dicapai oleh responden 1 dan 2.
Selepas intervensi, jadual menunjukkan peningkatan daya tumpuan respondenresponden yang lebih tinggi berbanding dengan pencapaian yang sebelum intervensi.
Responden 1 telah meningkatkan daya tumpuan dengan mencapai items memberi respon
apabila guru bertanya dan menyiapkan tugasan waktu yang ditetapkan. Manakala responden 2
telah meningkatkan daya tumpuan dengan mencapai semua items termasuklah memandang
depan semasa guru bercakap dan memberi respon apabila guru bertanya serta menyiapkan
tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa kaedah BUNI dapat
meningkatkan daya tumpuan murid.
Analisis pemerhatian senarai semak pengambilan masa

Jadual 2: Jadual menunjukkan masa yang diambil semasa melakukan intervensi.


Semasa melaksanakan intervensi, pengkaji telah mencatat tempoh masa yang diambil oleh
responden untuk menyiapkan setiap sesi berdasarkan pemerhatian dari rakaman video. Ianya
tidak termasuk waktu penerangan semasa memperkenalkan kaedah BUNI kepada responden.
Berdasarkan jadual di atas, untuk sesi pertama, responden 1 dan 2 telah mengguna
masa selama 6 minit 18 saat dan 6 minit 33 saat untuk menyiapkan intervensi. Ini berpunca
dari tahap penumpuan yang ada pada responden. Semasa melaksanakan intervensi, responden
bermenung dan melamun serta bermain dengan butang. Responden juga berkhayal dan
melihat kepada papan BUNI tanpa membuat intervensi menyebabkan responden
menggunakan masa yang agak panjang untuk menyelesaikan intervensi pada sesi pertama.
Untuk sesi kedua, walaupun kedudukan bagi bekas-bekas warna kecil diubah maka
masa yang diambil oleh responden adalah 5 minit 42 saat untuk Responden 1 dan 5 minit 22
saat untuk Responden 2. Berdasarkan kepada rakaman video, responden telah menumpukan
konsentrasi yang lebih tinggi semasa melaksanakan intervensi pada sesi kedua. Ini
menyebabkan responden menggunakan masa yang lebih singkat untuk menyiapkan
intervensi.
Untuk sesi yang ketiga, responden 1 dan 2 telah menggunakan masa sebanyak 5 minit
dan 17 saat dan 4 minit dan 52 saat untuk menyelesaikan intervensi. Berdasarkan kepada

rakaman video, responden telah menumpukan konsentrasi yang tinggi semasa melaksanakn
intervensi dan menyingkatkan masa yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa kaedah BUNI
telah berjaya meningkatkan daya tumpuan responden.

Analisis temu bual berstruktur


Peningkatan daya tumpuan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta dalam
membuat lembaran kerja juga dapat dicerminkan di dalam sesi temu bual yang dilaksanakan
bersama dengan guru pembimbing. Beberapa maklum balas adalah seperti berikut:

Sebelum intervensi:
KOD

01
02

DIALOG
murid tidak menumpukan perhatian semasa saya mengajar
Mereka akan melamun dengan tengok sesuatu benda sahaja seperti jari
mereka, nampak macam tidak mendengar apa yang saya mengajar. Apabila
saya panggil nama, baru tengok saya.

Selepas intervensi:
KOD
06
08
10
11
14

DIALOG
Kaedah ini amat menyoronokkan dan dapat meningkatkan daya tumpuan
murid
Kedua-dua responden dapat menyiapkan intervensi tersebut dalam masa
yang semakin singkat.
Responden 1 dapat menjawab soalan malah murid yang lain tidak dapat
walaupun saya hanya bercakap sekali sahaja.
Responden 2 dapat menjawab dengan betul manakala murid lain masih
tidak dapat menjawab.
Selepas intervensi, saya mendapati dia dapat membuat kerja tanpa saya
memanggil nama ataupun berdiri dekat dia.

Analisis semakan dokumen

Rajah 1: aktiviti mewarna sebelum intervensi

Rajah 2: aktiviti mewarna selepas intervensi

Rajah 3 & 4: lembaran kerja menunjukkan tahap pengusaan kemahiran motor halus
Sebelum membuat tinjauan awal terhadap daya tumpuan dan tingkah laku disruptif
responden, pengkaji telah membuat analisis terhadap hasil kerja responden yang dikumpul
supaya memastikan responden telah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran Bahasa dan kemahiran motor halus demi membuktikan bahawa hasil kerja
responden yang dibuat sebelum intervensi bukan dipengaruhi oleh kemahiran seperti yang
dinyatakan tetapi disebabkan oleh daya tumpuan yang rendah. Selepas intervensi, responden
dapat menyiapkan kerja dengan kemas dan baik serta tepat masa oleh sebab peningkatan daya
tumpuan murid.
Soalan 2: Adakah Kaedah BUNI dapat mengurangkan kekerapan tingkah laku disruptif
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran?
Analisis pemerhatian

Jenis tingkah laku disruptif


Mudah terganggu

Menguap

Sukar mematuhi
arahan

Sukar menduduk
diam

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Responden 1

Responden 2

Jadual 2: Menunjukkan kekerapan tingkah laku disruptif responden sebelum dan selepas
intervensi

Berdasarkan kepada jadual di atas, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah
laku disruptif responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit
berdasarkan kepada rakaman video. Sebelum intervensi, responden 1 berada dalam keadaan
mudah terganggu lebih banyak berbanding dengan yang selepas intervensi. Untuk tingkah
laku mudah terganggu, kekerapan mengurang dari 9 kali ke 5 kali. Untuk tingkah laku
menguap, kekerapan juga dikurangkan dari 9 kali ke 6 kali dan tingkah laku sukar mematuhi
arahan juga dikurangkan dari 7 kali ke 4 kali. Kekerapan tingkah laku sukar menduduk diam
turut mengurang dari 8 kali ke 5 kali.
Manakala untuk Responden 2, kekerapan tingkah laku disruptif mudah terganggu
juga dikurangkan dari 7 kali ke 4 kali. Tingkah laku menguap, kekerapan juga dikurangkan
dari 8 kali ke 5 kali dan tingkah laku sukar mematuhi arahan juga dikurangkan dari 6 kali ke 4
kali. Kekerapan tingkah laku sukar menduduk diam turut mengurang dari 6 kali ke 4 kali.
Dengan ini turut menunjukkan bahawa Kaedah BUNI telah berjaya mengurangkan kekerapan
tingkah laku disruptif responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Analisis temu bual
Pengurangan tingkah laku disruptif responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga
dapat dicerminkan di dalam sesi temu bual yang dilaksanakan dengan guru pembimbing.
Beberapa maklum balas adalah seperti berikut:
Sebelum intervensi:
KOD
03

DIALOG
Banyak bermenung, sukar mematuhi arahan, adanya mengganggu kawan

atau bermain dengan kawan, menguap, sukat duduk diam, asyik bergerak
kaki atau goyang kaki dan mudah tertarik minat dengan gangguan luar
seperti bunyi dari dapur.
Selepas intervensi:
KOD
09
17
18

DIALOG
Kekerapan tingkah laku disruptif telah berkurang. Tidak sebanyak lagi
seperti sebelum kaedah BUNI itu.
Selepas intervensi, dia (R1) dapat menghantar dalam tempoh masa dengan
jawapan yang betul
Kadang-kala akan berkhayal juga tetapi tidak sekerap seperti sebelum
intervensi.
Kesimpulan

Rumusan Dapatan Kajian


Berdasarkan keseluruhan data yang telah dianalisis melalui tiga kaedah pengumpulan data
iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen dengan menggunakan instrumen
senarai semak, rakaman video dan portfolio responden. Pengkaji dapat membuat rumusan
ringkas bahawa berlaku peningkatan pada daya tumpuan responden semasa sesi pengajaran
dan kekurangan kekerapan tingkah laku disruptif melalui Kaedah BUNI. Selain itu, kaedah
yang dilaksanakan juga memberi impak yang positif terhadap perkembangan kognitif
responden ke tahap maksimum dalam meningkatkan daya ingatan yang merupakan elemen
yang penting dalam perkembangan secara holistik.
Cadangan penambahbaikan
Bagi melanjutkan kajian tindakan ini demi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan
kognitif ke tahap maksimum, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan oleh guru ke atas
kaedah yang dilaksanakan. Guru boleh memodifikasikan pelaksanaan Kaedah BUNI dengan
memperbanyakkan jumlah butang yang perlu dibuat penjenisan ataupun memperbanyakkan
warna semasa membuat penjenisan.
Selain itu, guru juga boleh menentukan bilangan yang diperlukan dalam setiap bekas
warna kecil supaya kanak-kanak perlu menumpukan konsentrasi yang lebih tinggi semasa
membuat penjenisan dan membilang bilangan butang dengan betul sebelum memasukkan
butang ke dalam bekas kecil. Contohnya: bekas kecil hijau perlu ada 5 biji butang warna
hijau, kanak-kanak akan membuat penjenisan sambil membilang 5 biji butang warna hijau
dan masukkan ke dalam bekas kecil.
Rujukan
Kartini Abdul Mutalib, Ph.D & Ahamad Shabudin Yahaya, Ph.D & Rosli Sahat, Ph.D &
Badrul Hisham Alang Osman, Ph.D (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk
PISMP dan DPLI. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia
Lee Chiong Wee, (2012). Pembelajaran visual dalam usaha meningkatkan tahap kefahaman
murid prasekolah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, IPG Batu Lintang.
LexiconReadingCenter (2013). What is Multisensory Teaching Techniques? Diperolehi pada
21 Julai 2015 dari http://www.lexiconreadingcenter.org/what%ADis%ADmultisensory
%ADteaching%ADtechni
Norshahidah Binti Abdul Rahim & Mangaleswaran A/L Annamalai, (2013). Teknik Cotaj
dapat membantu meningkatkan daya tumpuan murid berkeperluan khas. Tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan. Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus DatoRazali Ismail.
Rohaya Hj. Yahya (1996) Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd

Siti Nabilah binti Azman (2012). Meningkatkan daya tumpuan murid masalah pembelajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah terapi main.
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
Yahaya, Azizi and Suboh, Asmah and Zakariya, Zurihanmi and Yahaya, Fawziah (2005) Bab
10: Penumpuan. In: Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. PTS Publication, Pahang.
ISBN 9833376010
Yahaya, Azizi (2006) Penumpuan dalam pembelajaran. In: Psikologi Kognitif. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, pp. 21-40.

Anda mungkin juga menyukai