Anda di halaman 1dari 7

Pelan lantai kelas prasekolah yang ideal

Pelan lantai yang bersesuaian dengan konteks prasekolah selamat merupakan


salah satu tanggungjawab yang paling penting yang perlu dibuat oleh seorang guru
prasekolah sebelum penubuhan sesebuah prasekolah. Pelan lantai merupakan asas
dalam menubuhkan kelas prasekolah dan dengan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran mudah dilaksanakan oleh guru prasekolah.

Beberapa factor perlu diambil berat dan diambil kira oleh guru prasekolah
contohnya keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan di dalam kelas, kesesuaian
peralatan, jumlah dan saiz perabit dan jumlah murid prasekolah. Oleh sebab jumlah
murid telah ditentukan bahawa jumlah murid tidak akan melebihi daripada 25 orang
dalam setiap prasekolah, jadi, guru prasekolah perlu merancangkan atau menyediakan
satu pelan lantai yang boleh memasukkan semua murid.

Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa


bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang
pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan
dan stor. Pelan lantai luar prasekolah juga perlu ditunjukkan bagi reka letak alatan
permainan untuk taman permainan kanak-kanak.

Sebagai seorang guru prasekolah, kreativiti adalah amat penting dalam


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, termasuklah dalam penyediaan
pelan lantai untuk menghasilkan suatu keadaan yang ceria dan meriah. selain daripada
itu, komponen-komponen pembelajaran seperti pusat komunikasi, pusat manipulatif,
pusat drama, pusat tekonologi dan sebagainya turut
Papan putih Pentas drama
SUDUT 1
MALAYSIA
Pusat drama atau
Meja RUANG
main masak-masak
Rak

PERBUALAN PAGI

Rak
TUNJANG
Rak alatan muzik
kebudayaan

KEMANUSIAAN TUNJANG SAINS

komputer
DAN TEKNOLOGI

Rak almari
TUNJANG
KEROHANIAN

Buku cerita
Rak almari menyimpan kad-kad huruf jawi
TUNJANG
KOMUNIKASI

Buku cerita
Rak simpam barang

TUNJANG
bersolek
Meja

KETERAMPILAN Rak menyimpan permainan bahasa

permainan
Alatan
BILIK REHAT TUNJANG FIZIKAL
(MOTOR HALUS /
Pusat seni dan kraf

MOTOR KASAR)

STOR
Akuarium Rak almari (motor halus)

Rak almari

TANDAS

Rak almari Peti sejuk


RUANG KOSONG

TAMAN PERMAINAN LUAR

Rak kasut

Te
mp TAMAN
at
wu MAIN PASIR
du
k
mu
KEBUN DAN
rid-
mu
TANAMAN
rid TAMAN
BUNGA MAIN AIR
Justifikasi

Persekitaran prasekolah yang selesa, menarik dan kemas dapat membantu


merangsang proses pengajaran dan pembelejaran kanak-kanak. Ruang persekitaran
prasekolah dibahagikan kepada dua iaitu ruang dalam bangunan dan luar bangunan.
Ruang dalam bangunan meliputi ruang bilik darjah dan ruang dapur.

Oleh sebab ruang dapur merupakan satu tempat yang amat bahaya kepada
murid-murid, jadi ruang dapur harus menjauhkan daripada sudut-sudut pembelajaran.
Alat-alat yang bahaya seperti pisau, gunting dan sebagainya perlulah disimpankan
dalam rak yang disediakan. Pinggan dan cawan yang digunakan oleh murid-murid
perlulah dibuat daripada bahan plastik demi mengurangkan risiko kepecahan pinggan
dan cawan yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan murid-murid.

Selain itu, alat pemadam api turut disediakan di dalam ruang dapur untuk
memadamkan api pada masa yang pertama jikalau berlakunya kebakaran. Paip gas
untuk memasak juga perlu disemak setiap bulan sekali untuk memastikan tidak ada
lubang yang mungkin akan menyebabkan keletupan di paip gas.

Bahan-bahan yang mudah untuk meletup seperti minyak, telah disimpan di


dalam stor. Alat pembersih seperti penyapu dan penyemop juga disimpan di dalam bilik
stor dan alat-alat ini digunakan untuk memastikan lantai kawasan prasekolah sentiasa
alam keadaan yang bersih dan tidak licin. Bagi kanak-kanak, lantai yang licin
merupakan antara satu penyebab yang menyebabkan mereka jatuh dan cedera.

Tandas dibina di luar prasekolah supaya air di tandas tidak akan membasahkan
kawasan bilik darjah. Lantai di dalam lantai adalah bersih dan kering dan guru
hendaklah memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Sekiranya
mendapati kerosakan, perlu memaklumkan kepada pihak berkenaan dengan segera.
Selipar atau alas kaki turut disediakan untuk murid-murid semasa pergi ke tandas
supaya tidak jatuh ketika di tandas.

Terdapat dua pintu pada kawasan prasekolah, kedua-dua pintu sentiasa dibuka
tetapi murid-murid hanya digalakkan untuk menggunakan pintu besar untuk keluar
sahaja. Manakala pintu kedua merupakan pintu kecemasan. Sekiranya berlaku
kecemasan seperti kebakaran, kanak-kanak diminta untuk kelaur daripada pintu yang
kedua dan mengikut laluan kecemasan yang disediakan. Pintu utama turut dipasangkan
jeriji agar kanak-kanak tidak keluar sewenang-wenangnya.

Latihan kebakaran perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun supaya


kanak-kanak mengetahui cara-cara untuk menyelamatkan diri sendiri. Guru prasekolah
turut perlu mengetahui laluan kecemasan dan membawa murid-murid ke tempat yang
selamat sekiranya berlaku kecemasan. Laluan keluar dari semua bilik perlu bebas
daripada sebarang halangan. Peti kecemasan juga disediakan untuk merawat
kecederaan yang terdapat pada kanak-kanak. Peti kecemasan akan diperiksa setiap
enam bulan sekali supaya memastikan bahan-bahan yang terdapat masih dalam
keadaan yang baik.

Tambahan pula, senarai nama kanak-kanak yang lengkap dengan nombor


telefon ibu bapa, jiran ataupun doctor perlu disediakan dan ditampalkan pada dinding
berhampiran setiap pintu keluar. Begitu juga dengan nombor panggilan kecemasan
seperti hospital, bomba, polis dan lain-lain. Ini adalah untuk memastikan keselamatan
kanak-kanak dijamin sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pastikan dawai-dawai
barangan elektrik yang panjang terutamanya yang terdapat di pusat sains dan
teknologi. Sentiasa diikat dan digulung serta disimpan dengan baik supaya tidak
membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Saiz dan ketinggian perabot-perabot yang terdapat di dalam kawasan prasekolah


perlulah mengikut ketinggian kanak-kanak serta tidak ada sudut-sudut tajam yang
merbahaya. Rak-rak yang disediakan untuk menyimpan alatan atau bahan-bahan pusat
perlulah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat oleh kanak-kanak.

Semua bahan permainan yang terdapat di dalam ruang bilik pembelajaran


adalah dibuat daripada plastik supaya mengurangkan risiko kecederaan berlaku di
kanak-kanak. Bahan-bahan plastik tidak mudah dipecahkan serta tidak tajam seperti
bahan kaca. Semua bahan disimpan di dalam rak yang disediakan mengikut pusat-
pusat yang ditentukan.
Contohnya, bahan-bahan yang terdapat di tunjang fizikal, bahan permainan
untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dibuat daripada
bahan plastik serta ikut saiz yang sesuai kepada tahap umur kanak-kanak. Jika saiz
terlalu kecil, kanak-kanak mungking akan menelankan atau memasukkan ke dalam
lubang hidung atau telinga. Pergerakan ini adalah amat bahaya dan mungkin akan
membahayakan nyawa kanak-kanak.

Di samping itu, alat yang digunakan oleh kanak-kanak demi menguasai


kemahiran tertentu seperti gunting juga dibuat dengan hujung gunting adalah dalam
bentuk bulat supaya tidak mencederakan kanak-kanak. Alat permainan juga tidak
terlalu berat atau besar kepada kanak-kanak kerana ini mungkin akan memebahayakan
keselamatan kanak-kanak. Contohnya, jika sesuatu alat permainan yang berat dan
jatuh daripada rak almari, mungkin alat tersebut akan terkena kaki kanak-kanak
ataupun terhentam kepala kanak-kanak.

Semasa bermain dengan alat permainan, terutamanya semasa dalam pusat


sains dan teknologi, kebanyakan alat permainan merupakan alat mainan elektrik. Jadi,
guru perlu memastikan alat-alat tersebut dipasang dengan baik dan sempurna.
Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik dan membaca panduan
mengguna dan terangkan kepada kanak-kanak.

Selain daripada ruang kawasan dalam prasekolah, keselamatan kanak-kanak


juga perlu dijaga semasa di luar kawasan prasekolah. Pagar prasekolah sentiasa dalam
keadaan yang tutup supaya mengelakkan daripada kemasukan orang luar. Kawasan
prasekolah dikelilingi dengan pagar demi menjaga keselamatan kanak-kanak dengan
tidak membiarkan orang luar masuk ke dalam kawasan prasekolah dengan mudah.

Ruang kosong yang terdapat untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti luar


dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak ada bahan buangan
yang bahaya seperti batu tajam, kaca, paku dan lain-lain. Alatan permainan luar mesti
dalam keadaan yang baik dan tidak berkarat. Sekiranya terdapat alatan yang buruk,
mesti memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk membaiki. Tempat duduk buaian
tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan yang ringan.
Dalam taman main air, terdapat alat permainan air seperti spn, cawan penyukat,
baldi dan penyiram pokok. Kesemua alat ini hendaklah dalam keadaan yang baik
supaya tidak membahayakan kanak-kanak semasa menggunakan. Pastikan taman
main air sentiasa bersih dan kosong jika tidak diguna.

Dalam kebun dan tanaman bunga, kasut disediakan kepada kanak-kanak untuk
dipakai supaya tidak terpijak pada bahan-bahan yang tajam seperti paku, batu dan lain-
lain. Segala alat yang digunakan dalam kebun seperti penyodok, cangkul dan
sebagainya dibuat mengikut kesesuaian kanak-kanak demi menjamin keselamatan
kanak-kanak. Longkang yang terdapat di tepi kawasan prasekolah ditutup dengan jeriji
supaya tidak jatuh ke dalam longkang.

Anda mungkin juga menyukai