Anda di halaman 1dari 15

CADANGAN PELAN KAWASAN PRASEKOLAH

PK4

PK5

PK6

PK6

PK5

PK3
PK5

PK6
PK5

PK3

PK3

PK6
PK6

PK4

PK4
PK3

PK4

PK4

PK6

PK4

PK6

PK4

PK6

PK5

PK4

PK6

PK4

PK3
PK4
PK3

PK3

PK5

PK4

PK6

PK4

PK5
PK3

PK5

PK3

PK5
PK5

PK6

PK3
PK6
PK5

PK6

PK5

PK5

PK6

PK4
PK5

PENUNJUK (PK)
PINTU(PK 37)
KELAS AR-

KELAS AR-RAUDHAH (PK38)


RAYYAN(PK39)

TANDAS L (PK40)

TANDAS P (PK41)
DAPUR (PK43)

TANDAS GURU(42)

BILIK STOR 1 DAN 2 (PK44)

TINGKAP DAPUR

(PK45)
RUANG MAKAN (PK46)

PINTU DAPUR (PK47)

POKOK(PK48)

SINKI MEMBASUH TANGAN 1 DAN 2(PK49)


BILIK MESYUARAT / GERAKAN (PK50)
KAWASAN RATA BERPAGAR ( GELANGGANG BOWLING / BADMINTON)
(PK51)
TAMAN PERMAINAN(PK52)

PADANG BERUMPUT

(PK53)
SUDUT PASIR DAN AIR (PK54)
PONDOK (PK56)

PAIP AIR (55)

TAMAN REKREASI DAN TAMAN HERBA

(PK57)
TEMPAT BERWUDUK (PK58

LONGKANG BERTUTUP

(PK59)

BILIK IBADAT (PK60)


SAMPAH (PK62)

AIR TERJUN (PK63)


DATARAN

PEMADAM API (PK61)

MINI ZOO (PK64)

TONG

PAGAR (PK65)

P
K
4

CADANGAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH


PRASEKOLAH
PK35

PK
3

PK2

PK33

PK31
PK5

PK6

PK7

PK34

PIN
TU
2

PINTU KE DAPUR
PK
32
PK16 (5 ORG)

PK
27

P
K
3
6

PK3
0

PK17
ORG)

P
K
1

PK24

(5
PK18 (5 ORG)

PK2
9
PK10

PK13
PK19
ORG)
PK12

(5

PK20

PK21
(5 ORG)

PK8

PK22

PK2

P
K
PK26 2
6

PK11

PK28
PK1
PK36

PK2
3

PK14

PK1
5
PINTU
1

PK1
PK36

PK9

P
K
1

PENUNJUK (PK)
PINTU
PK1-TINGKAP
PK2-RAK FAIL HASIL KERJA DAN MAKLUMAT MURID
PK3-RAK BUKU RUJUKAN GURU DAN PUSAT SUMBER GURU
PK4-PAPAN PUTIH
PK5-MEJA GURU
PK6-KARPET ( i.AKT. BERCERITA ii.CIRCLE TIME iii.AKTIVITI NYANYIAN
iv.BERLAKON)
PK7-SUDUT ICT (RAK TV, VCD,RADIO, MEJA KOMPUTER)
PK8-TUNJANG BAHASA DAN KOMUNIKASI DAN RAK BBM
PK9-RAK BACAAN (BUKU CERITA BM DAN BI)
PK10-TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI DAN RAK BBM
PK11-TUNJANG KEMANUSIAAN DAN RAK BBM
PK12-TUNJANG KETRAMPILAN DIRI DAN RAK BBM
PK13-TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI DAN RAK BBM
PK14-TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA DAN RAK BBM
PK15-SUDUT 1 MALAYSIA
PK16, PK17, PK18,PK19,PK20,PK21,PK22-MEJA AKTIVITI MURID
PK23-HASIL KERJA MURID DIPAMERKAN
PK24- PENTAS MENUNJUKAN BAKAT
PK25-RAK BERODA (PUSAT MANIPULATIF)

PENUNJUK (PK)
PK26-RAK MENYIMPAN ALAT (PUSAT MANIPULATIF)
PK27-RAK BAHAN SAINS DAN MATEMATIK
PK28-TONG SAMPAH
PK29-ALAT TULIS MURID
PK30-BUKU AKTIVITI MURID
PK31-BAHAN BANTUAN MENGAJAR
PK32-CARTA-CARTA
PK33-RUANG REHAT
PK34-PETI KECEMASAN
PK35-DAPUR DAN RUANG MAKAN
PK36-RUANG LUAR BILIK DARJAH

CATATAN: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


KELUASAN RUANG PRASEKOLAH PERLU DIPERLUASKAN MENGIKUT
KESESUAIAN
SETIAP TUNJANG HARUS MEMPUNYAI RAK BBM
MASING-MASING

CIRI CIRI PRASARANA LUAR KELAS PRASEKOLAH


Guru yang bertanggungjawab perlulah membuat persediaan yang baik sebelum
menubuhkan sesebuah kelas Prasekolah. Perkara pertama yang perlu dititikberatkan
ialah menyediakan pelan lantai yang bersesuaian dan mempunyai ciri cirri prasarana
luar kelas yang lengkap dan baik. Dalam menyediakan pelan lantai dan prasarana luar
kelas ini guru haruslah mengutamakan beberapa faktor iaitu dari segi keselamatan,
kesihatan dan keceriaan sekolah. Selain itu, keluasan kawasan, peralatan yang selamat
dan sesuai perlu juga diambl kira dalam penyediaan prasarana luar kelas. Semua
aspek ini dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan kemudahan guru dan murid
Prasekolah. Ciri cirri prasarana luar kelas adalah seperti berikut :PINTU PAGAR
Pintu pagar merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah Prasekolah.
Pintu pagar mestilah dibina daripada bahan yang berkualiti dan tahan lasak. Faktor
keselamatan semasa membina pagar hendaklah mengutamakan aspek keselamatan
murid Prasekolah. Contohnya penggunaan pagar yang mempunyai bucu yang tajam
adalah tidak sesuai dan merbahaya bagi murid Prasekolah. Pintu pagar juga harus
dicat dengan warna yang terang dan menarik supaya menarik minat murid untuk ke
sekolah.
POKOK
Pokok di tanam di kawasan luar kelas di tepi pagar supaya kawasan Prasekolah
menjadi cantik dan ceria. Ia juga dapat memberikan udara yang segar dan nyaman
kepada guru dan murid Prasekolah. Pokok yang di tanam hendaklah selamat dan tidak
mendatangkan bahaya kepada murid Prasekolah.
KAWASAN RATA BERPAGAR ( GELANGGANG BOWLING/BADMINTON)
Kawasan ini adalah untuk permainan seperti bowling,badminton, sukaneka dan
lain lain aktiviti yang sesuai. Ia juga adalah kawasan yang berpagar supaya selamat
untuk murid Prasekolah bermain. Kawasan ini adalah kawasan yang mempunyai lantai

berkarpet untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada murid Prasekolah semasa


melakukan aktiviti.
TAMAN PERMAINAN
Taman permainan hendaklah dilengkapi dengan jongkang jongkit, buaian,
papan gelungsur, besi gayut dan terowong. Penggunaan lantai getah di kawasan taman
permainan adalah penting untuk keselamatan murid dan dapat mengelakkan
kecederaan kepada murid semasa bermain. Alat permainan perlulah diselenggara
selalu seperti mengecat semula alatan yang berkarat. Penggunaan cat yang tahan lama
juga adalah penting. Taman permainan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
motor kasar murid, mendisiplinkan diri murid dan prihatin terhadap aspek keselamatan.
PADANG BERUMPUT
Padang berumput ini adalah sesuai untuk aktiviti berkhemah, permainan bola
sepak, bola jaring dan permainan lain yang bersesuaian. Rumput yang ditanam di
padang ini mestilah selamat dan dalam keadaan baik sentiasa. Rumput hendaklah
sentiasa di mesin agar murid Prasekolah bermain dengan selesa dan selamat. Padang
ini memudahkan murid Prasekolah melakukan aktiviti permainan.
SUDUT PASIR DAN AIR
Sudut ini menempatkan alatan mainan untuk aktiviti air dan pasir seperti
penyodok pasir, baldi kecil, dan lain lain alatan yang berkaitan. Alatan untuk aktiviti air
dan pasir mestilah selamat dan tidak tajam. Sudut air mestilah sesuai dengan murid
Prasekolah dan tidak berbucu. Tempat main air mestilah cetek untuk mengelakkan
murid Prasekolah daripada lemas di dalam air. Seelok eloknya tempat air dan pasir di
tutup bagi mengelakkan haiwan atau benda lain masuk ke dalam tempat main air dan
pasir. Selain itu, air dan pasir metilah diganti sentiasa untuk mengelakkan sebarang
jangkitan penyakit atau masalah lain. Di sudut ini mestilah terdapat set untuk permainan
air dan pasir. Ia dibina bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus,
menerapakan nilai murni, peka kepada persekitaran, prihatin kepada aspek

keselamatan dan kesihatan dan dapat member peluang dan pengalaman kepada murid
untuk meneroka dengan lebih luas.
PONDOK
Pondok disediakan bagi murid Prasekolah merehatkan diri setelah penat
melakukan sebarang aktiviti. Pondok yang disediakan mestilah mengutamakan cirri
keselamatan seperti diperbuat daripada kayu yang selamat, tidak berbucu dan kasar.
Pondok mestilah tidak terlalu tinggi dan mestilah sesuai dengan tahap umur murid
Prasekolah. Ia juga bertujuan untuk menjalankan aktiviti sendiri, berinteraksi dan
berkomunikasi, mengalami suasana seperti rumah kediaman, mengembangkan bakat
serta minat dan melakonkan cerita berkaitan dengan rumah. Di dalam pondok ini
terdapat alatan seperti set permainan memasak dan alatan permainan tradisional
seperti congkak, guli dan batu seremban.
TAMAN REKREASI DAN TAMAN HERBA
Taman herba disediakan bagi membantu murid Prasekolah belajar tentang nama
nama herba dan murid Prasekolah dapat berekreasi di taman ini. Murid dapat
menghirup udara yang segar disamping dapat belajar tentang pokok pokok yang di
tanam di taman ini. Taman ini seelok eloknya di letakkan pagar. Ini adalah untuk
keselamatan murid Prasekolah.Taman ini juga sesuai untuk aktiviti pembelajaran bagi
Tunjang Sains dan Teknologi seperti menyemai biji benih, menanam pokok herba dan
sayuran, buah buahan dan bunga bungaan. Taman ini bertujuan untuk menerapkan
nilai mencintai alam sekitar kepada murid, memelihara alam sekitar, mendapat
pengalaman secara langsung dan dapat meneroka alam semulajadi seperti flora dan
fauna.
LONGKANG BERTUTUP
Longkang bertutup terdapat di kawasan luar pagar Prasekolah. Longkah ini perlu
ditutup kerana untuk mengelakkan murid Prasekolah bermain atau jatuh ke dalam
longkah ini. Apabila ia ditutup keselamatan murid Prasekolah dapat dijaga dengan baik.
Dengan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan sebarang kecederaan kepada

murid Prasekolah apabila berada di kawasan longkang tersebut. Penutup longkang


mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak.
TEMPAT BERWUDUK DAN SURAU
Tempat berwuduk dan surau disediakan untuk memudahan aktiviti pembelajaran
bagi Tunjang Kerohanian Dan Moral. Aktiviti Pendidikan Islam seperti ibadah solat, cara
mengambil wuduk dan semua aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam samada teori dan amali dapat di jalankan di sini. Ia
penting disediakan untuk murid Prasekolah untuk member pendedahan awal kepada
mereka. Tempat berwuduk dan surau adalah bertujuan untuk menerapkan kepentingan
solat dan asas cara bersolat, berwuduk dan lain lain. Ia juga untuk pembinaan nilai
murni dan murid dapat menyedari adanya Tuhan sebagai Pencipta alam. Ruang ini diisi
dengan peralatan lengkap untuk bersolat seperti sejadah, kain sembahyang, songkok
dan lain lain. Tempat wuduk mestilah selamat dan sesuai dengan tahap umur murid
Prasekolah.

TONG SAMPAH
Tong sampah besar penting disediakan di luar kelas. Ini adalah untuk
memudahkan kerja kerja pembersihan dan pembuangan sampah. Kebersihan adalah
aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan adanya tong sampah ini ia dapat
memudahkan tukang kebun untuk membuang sampah. Tong sampah ini mestilah
bertutup dan diletakkan plastik hitam di dalamnya. Ini adalah untuk mengelakkan
daripada masalah sampah tercicir keluar dan bau busuk sampah tersebut.
AIR TERJUN
Sudut ini menempatkan air terjun buatan sendiri oleh guru atau waris murid
Prasekolah. Sudut ini dilengkapi dengan batu batu, tumbuh tumbuhan menghijau
dan pasu pasu hiasan. Sudut ini mestilah dipagarkan. Ini kerana untuk mengelakkan
daripada murid Prasekolah bermain di dalam kawasan air terjun tersebut. Sudut ini
mestilah dicuci dan dipantau selalu supaya tidak tercemar.

MINI ZOO
Mini Zoo ini menempatkan sangkar burung, akuarium kura kura dan sangkar
arnab. Haiwan yang ditempat disini tidak perlu banyak hanya Seekor atau dua ekor
sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran murid Prasekolah. Jika terdapat banyak
haiwan diletakkan ia akan menyebabkan kawasan ini tercemar dengan bau najis
haiwan tersebut. Haiwan ini perlu di jaga dan dicuci najisnya selalu bagi mengelakkan
ia berbau dan murid kurang selesa untuk belajar. Ia juga harus dipagar bagi
mengelakkan murid masuk dan bermain di kawasan tersebut.
PAGAR
Pagar di sekeliling kawasan Prasekolah haruslah dipasang. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada murid Prasekolah keluar. Ia juga untuk mengelakkan daripada
orang yang tidak dikenali masuk dan juga haiwan seperti lembu masuk ke dalam
kawasan Prasekolah. Pagar Prasekolah perlulah dibuat daripada rangkaian besi
berwarna yang selamat dan tahan lama. Ia juga mestilah tidak mudah dirosakkan.
DATARAN PRASEKOLAH
Dataran ini sesuai untuk melakukan aktiviti luar kelas seperti perkhemahan
Prasekolah. Aktiviti ini dapat melatih murid Prasekolah berdikari dan berani disamping
mendapat pengalaman baru. Kawasan ini juga sesuai di letakkan dengan karpet getah
atau rumput yang ditanam. Ia adalah untuk memudahkan aktiviti tersebut dijalankan
dan untuk menjaga keselamatan murid Prasekolah daripada jatuh dan tercedera.
Dataran ini juga diletakkan tiang bendera untuk murid menjalankan aktiviti perhimpunan
pagi. Tiang bendera mestilah kukuh dan selamat digunakan.
PONDOK PENGAWAL
Pondok pengawal disediakan untuk memudahkan pengawal menjaga murid
Prasekolah datang dan pulang dari sekolah. Dengan adanya pondok pengawal,
pengawal keselamatan dapat menjaga kawasan sekolah dan murid dengan selamat.
Pengawal keselamatan juga dapat mengawal orang luar yang keluar masuk ke
kawasan Prasekolah dengan selamat. Pondok pengawal adalah penting di wujudkan di

kawasan Prasekolah. Pondok ini mestilah di buat daripada bahan yang selamat dan
tahan lama. Ia juga mesti mempunyai pintu untu ditutup.
WAKAF MENUNGGU
Wakaf menunggu juga penting di wujudkan di kawasan Prasekolah. Ini adalah
untuk memudahkan para waris menunggu anak anak mereka pulang dari sekolah
tanpa mengambilnya di depan pintu kelas. Ini akan mengelakkan daripada berlakunya
sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Wakaf menunggu juga mestilah
diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan selamat. Ini akan mengurangkan
masalah kesesakan untuk mengambil anak anak mereka semasa pulang.
PONDOK TELEFON
Di kawasan Prasekolah juga perlu disediakan dengan kemudahan awam seperti
pondok telefon. Dengan ini secara tidak lansung murid Prasekolah dapat belajar
tentang kemudahan awam dan dapat menggunakkannya jika berlaku sebarang
kecemasan. Pondok telefon mestilah diletakan di tempat yang sesuai seperti
berdekatan dengan pintu pagar dalam kawasan sekolah.
TANDAS MURID DAN GURU
Tandas murid dan guru ditempat di luar kelas di bahagian tepi kelas Prasekolah.
Tandas murid perempuan, lelaki dan guru diletakkan berasingan supaya murid dapat
mengenali tandas yang sesuai dan betul bagi jantina mereka serta guru. Ia adalah
untuk membolehkan murid menguruskan diri dengan betul dan mengamalkan amalan
kesihatan yang baik. Peralatan yang terdapat dalam tandas ialah seperti sinki, cermin,
baldi, sabun dan lain lain. Tandas murid mestilah dibina bersesuaian dengan tahap
umur mereka bagi mengelakkan berlakunya pelbagai masalah yang tidak dingini
berlaku. Tujuan ia di bina di kawasan luar kelas adalah untuk mengelakkan daripada
masalah bau najis yang kurang menyenangkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

BILIK MESYUARAT/BILIK GERAKAN


Bilik mesyuarat atau bilik gerakan ini dibina di luar kelas supaya memudahkan
guru untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa melibatkan kelas Prasekolah. Bilik ini
digunakan untuk mesyuarat Prasekolah, penyimpanan fail fail Prasekolah dan bilik
serbaguna. Bilik ini dilengkapi dengan meja dan kerusi, informasi informasi terkini, fail
fail, boring boring berkaitan dengan Prasekolah dan lain lain bahan yang
berkaitan.

REFLEKSI ( CIK PUTEH BINTI AWANG )

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya
dapat dalam menyiapkan tugasan ini.
Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui tentang cara menyediakan pelan
lantai luar dan dalam Prasekolah, mengetahui tentang sistem pengurusan fail dan dapat
mengetahui tentang perancangan dan pelaksanaan tugasan dalam aspek keceriaan
dan keselamatan di Prasekolah. Pelan lantai di Prasekolah yang memaparkan
kedudukan pusat pusat pembelajarannya yang jelas dapat mempengaruhi
pembelajaran murid Prasekolah di dalam kelas. Manakala prasarana luar kelas yang
lengkap juga sangat penting untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pembelajaran
mereka. Tanpa pelan lantai dan prasarana kelas Prasekolah yang lengkap di sesebuah
Prasekolah, tidak mungkin organisasi Prasekolah tersebut akan dapat dilaksanakan
dengan lancer dan baik. Di samping merancang pelan lantai dan prasarana luar kelas
yang lengkap, guru juga haruslah memastikan sistem pengurusan fail dapat diuruskan
dengan sistematik dan berfungsi sentiasa. Fail juga harus dikemaskini setiap masa.
Selain itu, guru juga perlu mengambil kira tentang aspek keceriaan dan keselamatan di
Prasekolah. Dengan adanya semua perkara tersebut di sesebuah Prasekolah maka
akan wujudlah Prasekolah yang berprestasi tinggi.
Kebaikan yang saya dapati dalam menghasilkan tugasan ini ialah saya dapat
mengetahui tentang kedudukan pusat pusat pembelajaran secara sistematik dan
dapat meransang pembelajaran murid di dalam kelas. Dengan ini saya dapat
menjadikannya sebagai contoh untuk diaplikasikan di dalam kelas saya sendiri. Saya
juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang isi isi yang perlu diletakkan di
dalam setiap fail yang perlu dipaparkan di sesebuah Prasekolah. Selain itu, saya juga
dapat mempelajari cara cara menyusun fail mengikut susunannya dengan betul dan
dapat mengetahui tentang aspek yang perlu di ambil kira dalam penubuhan sesebuah
Prasekolah iaitu aspek keceriaan dan keselamatan. Kedua dua aspek ini penting
kerana tanpa keceriaan ia mungkin tidak dinamakan sebagai pusat Prasekolah dan
tanpa memikirkan keselamatan mungkin ibu bapa tidak akan menghantar anak mereka

ke Prasekolah kita. Keselamatan amatlah penting dititikberatkan di pusat Prasekolah


kerana kanak kanak masih kecil dan tidak mengetahui apa apa perkara lagi.
Kebaikan lain dalam menyiapkan tugasan ini ialah dapat bekerjasama dengan ahli
kumpulan dalam melaksanakan tugasan dan dapat bertukar pendapat dengan ahli
kumpulan. Dengan ini isi dalam tugasan ini dapat dikembangkan dengan lebih banyak
lagi.
Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan yang saya dapati dalam
melaksanakan tugasan ini. Antaranya ialah mempunyai kekangan masa untuk berjumpa
dan berbincang dengan ahli kumpulan. Ini kerana ahli kumpulan saya masing- masing
tinggaldi kawasan yang berjauhanan antara satu sama lain. Selain itu, saya dan ahli
kumpulan juga kurang berkemahiran dalam menghasilkan pelan lantai yang lengkap.
Saya perlu menggunakan khidmat nasihat daripada guru yang lebih berkemahiran
dalam melakarkan pelan Prasekolah. Perkhidmatan internet yang lemah adalah salah
satu faktor kelemahan saya dalam menyiapkan tugasan. Ini kerana saya perlu
membuat rujukan dan mencari banyak maklumat daripada internet. Saya terpaksa
keluar mencari maklumat di Cyber Cafe di luar.
Penambahbaikkan dalam pelaksanaan tugasan kami ini ialah mempunyai bahan
rujukan seperti buku khas untuk pembelajaran pengurusan Prasekolah. Dengan ini
kami dapat membuat rujukan dengan betul dan tepat, di samping dapat digunakan
untuk menghadapi peperiksaan kami. Selain itu, kami juga dapat diberi pelepasan
untuk melawat Prasekolah yang cemerlang dan dapat melihat sendiri maklumat
maklumat yang penting sebelum melaksanakan tugasan ini. Dengan cara ini, ia akan
memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan dengan lancar, di samping
menambahkan ilmu pengetahuan lagi. Aktiviti amali menyediakan pelan Prasekolah,
prasarana luar kelas dan mengurus sistem fail juga dapat diaplikasikan oleh setiap
kumpulan di dalam kelas tutorial juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
dapat bertukar pendapat antara satu sama lain.
Akhir sekali saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya juga rasa berpuas hati dengan usaha saya dan rakan dalam
menyiapkan tugasan ini walaupung menghadapi pelbagai masalah. Terima kasih

diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menjayaka tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah yang mengajar kami iaitu Pn.
Sharifah Izhar Binti Syed Ahmad yang banyak membantu dalam melaksanakan tugasan
ini.

Anda mungkin juga menyukai