Anda di halaman 1dari 24

PUSAT

FREE PENJAGAAN
YANG BERKUALITI
PPT TEMPLATES
INSERT THE TITLE
OF YOUR PRESENTATION HERE

 Menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri pusat


penjagaan yang berkualiti untuk kanak-kanak

ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts


Konsep Premis

Bangunan secara keseluruhannya hendaklah mengikut


konsep mesra kanak-kanak
(child-friendly) bersesuaian dengan fungsi utamanya
sebagai pusat asuhan dan didikan awal
untuk kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 4
tahun.
Ciri-ciri Premis
 Memenuhi keperluan saiz fizikal kanak-kanak bawah 4 tahun.
 Memenuhi keperluan dan selaras dengan aktiviti dan teknik pembelajaran
Kurikulum Kebangsaan
 Berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan menyokong perkembangan
pembelajaran kanak-kanak.
 Mempunyai ciri-ciri mesra kanak-kanak.
 Seboleh mungkin memilih bahan yang dibuat dari bahan tempatan untuk
menimbulkan rasa hormat kepada alam semula jadi.
KEPERLUAN KANAK-
KANAK
Aspek Fizikal TASKA
Aspek fizikal melibatkan ruang dalam dan luar TASKA seperti alatan, susun atur
bilik, ruang-ruang pembelajaran, taman permainan dan kemudahan fizikal yang
lain.
memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak, ceria.
memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
dan Jabatan Bomba.
Ruang persekitaran fizikal di TASKA terdiri daripada ruang aktiviti, ruang-ruang
pembelajaran kendiri, bilik-bilik yang dikhususkan untuk kanak-kanak mengikut
peringkat umur, ruang pelbagai guna dan ruang –ruang lain.
Aspek Sosial TASKA
TASKA perlu mengambil kira beberapa aspek interaksi sosial yang penting bagi
memastikan kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran mereka
secara berkesan dan menyeluruh.

Persekitaran interaksi sosial TASKA yang diwujudkan dengan prinsip amalan


bersesuaian perkembangan (ABP) kanak-kanak di mana susun atur, peralatan,
hiasan, alat perabot dan semua kemudahan pembelajaran mengambil kira tahap
perkembangan kanak-kanak, minat, budaya, latar belakang dan perbezaan individu.

Aspek psikologi juga diberi perhatian dengan mengambil kira supaya kanak-kanak
berasa selamat berada di TASKA dan berasa seronok serta teruja melakukan aktiviti
yang pelbagai.
Persekitaran Pembelajaran Menggalakkan Interaksi
Sosial
 Penglibatan pendidik sebagai fasilitator untuk membantu kanak-kanak memahami
aktiviti yang dijalankan.
 Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan merangsang perkembangan minda kanak-
kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu.
 Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain secara bebas secara kreatif untuk
merangsang minat untuk meneroka dan mencari maklumat.
 Aktiviti secara berkumpulan digalakkan supaya kanak-kanak dapat bergaul dengan
rakan sebaya.
SUDUT MAIN PERANAN
Kemudahan Peralatan
Bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, penyediaan kemudahan dan
peralatan pembelajaran yang sesuai memainkan peranan penting.

Peralatan pembelajaran mestilah diselaraskan fungsinya dengan keperluan aktiviti


pembelajaran yang dirangkumi dalam kurikulum agar dapat merangsang
perkembangan menyeluruh kanak-kanak dan selaras dengan aktiviti dan teknik
pembelajaran berdasarkan kepada 6 bidang pembelajaran PERMATA.
Perancangan dan Penjadualan
 Perancangan tahunan disediakan bagi memudahkan pendidik merancang
aktiviti dan program yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun mengikut tema
ataupun peristiwa semasa yang berlaku pada tahun tersebut.
 Semua pihak-pihak yang terlibat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan
semua urusan semasa aktiviti/program dijalankan.
Format Perancangan Tahunan

Rancangan Tahunan bagi tahun:


TASKA:
Bulan Tema/Projek Rancangan Aktiviti Kaedah Persediaan
Perlaksanaan Keperluan/Bahan
Januari
Februari
Mac
April
……dan seterusnya
Format Perancangan Bulanan
Rancangan Bulanan bagi bulan:
Tema/Projek:
Minggu Sub Tema/ Fasa Hasil Pembelajaran Aktiviti Bahan
Projek
1

4
Jadual Harian
 Jadual aktiviti Harian di TASKA disediakan bertujuan untuk memudahkan
pendidik dan ibu bapa mengetahui dan memahami proses pembelajaran
kanak-kanak.
 Komponen dalam jadual harian:
 Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak.
 Peruntukan masa aktiviti.
 Urutan aktiviti.
 Keperluan asas kanak-kanak
 Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti,
tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak
Ciri-ciri bilik mengikut peringkat umur

Bilik bayi Kanak-kanak 1 -3 tahun Kanak-kanak 3 -4 tahun


Bilik khas untuk kanak-kanak Bilik untuk kanak-kanak 1 -3 Ruang yang cukup untuk
berumur 1 hingga 12 bulan. tahun perlu mempunyai ruang bergerak, bermain dan
Bilik ini perlu mempunyai bergerak dan bermain yang melaksanakan aktiviti pada
ruang untuk kanak-kanak selesa untuk mereka peringkat umur mereka.
belajar bergerak dan
merangkak.
Ruang Aktiviti dan Pembelajaran
Ruang-ruang pembelajaran di TASKA merupakan sebahagian daripada ruang aktiviti,
berada dalam bilik-bilik yang dikhususkan mengikut tahap umur kanak-kanak. Ruang-
ruang pembelajaran merangkumi keenam-enam bidang perkembangan kanak-kanak yang
disebutkan dalam kurikulum ini. Ruang-ruang ini terdiri daripada ruang dalam dan luar:

Dalam Luar
1. Ruang manipulatif 1. Taman permainan
2. Ruang bacaan 2. Ruang main air
3. Ruang main peranan 3. Ruang Main Pasir
4. Ruang seni dan kreativiti 4. Persekitaran untuk kanak-kanak
5. Ruang teknologi meneroka
5. Ruang untuk aktiviti menanam
tumbuh-tumbuhan
SUDUT MEMBACA
SUDUT MAIN PERANAN
SUDUT PERSEMBAHAN PENTAS (STAGE
PLAY)
SUDUT MUZIK
SUDUT MATEMATIK DAN SAINS
(EKSPERIMEN/STEM)
SUDUT SENI DAN KRAF
SUDUT PERMAINAN AIR DAN PASIR
Faktor Ciri-ciri Keselamatan
 Bangunan yang digunakan untuk sesebuah TASKA perlulah mendapat kelulusan
daripada semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran sesebuah TASKA
(JKM, PBT, Bomba, Jabatan Kesihatan, Jabatan Tanah dan Survei* Sarawak
sahaja).
 Kebenaran yang diperolehi dari semua agensi ini juga akan menentukan
keluasan sesebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan berada di
TASKA.
 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak (TASKA di rumah)
 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak (TASKA Institusi, Tepat kerja,
Komuniti)
 Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak
hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang bersesuaian dan
selamat untuk digunakan.
Kesimpulan
 Secara keseluruhannya, premis TASKA perlu mewujudkan keyakinan dalam diri
kanak-kanak dan keluarga mereka bahawa kanak-kanak tersebut akan selamat
dan gembira secara fizikal dan psikologikal semasa di TASKA. Dengan adanya
rasa selamat dan dilindungi, kanak-kanak akan lebih bebas meneroka,
berkeyakinan, berani mencuba dan menikmati pelbagai pengalaman kehidupan
yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga harus berpeluang menikmati
pembelajaran dan pengalaman dalam ruang yang selesa untuk pergerakan dan
penerokaan mereka

Anda mungkin juga menyukai