Anda di halaman 1dari 10

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan


pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang
berkaitan dengannya.

Kemudahan
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun
yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa
ibu bapa mereka di tempat kerja.

Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-
kanak dibawah usia 4 tahun.

Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan
dan keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi
kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak
melebihi RM2,000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis
Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi
mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.

Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa
apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-
kanak untuk tujuan menjamin bahawa:

kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah
memuaskan;

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan
sempurna;

alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa
bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak
yang diasuh dalamnya.


Kemudahan fizikal dalam bangunan prasekolah serta ciri keselamatan yang perlu ada



KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH
Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan
diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan
kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari
segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara
yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid
memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar
mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan.
Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran
murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i) Selesa
a) Keluasan yang bersesuaian
b) Pengudaraan yang baik
c) Pencahayaan yang baik

ii) Mudah alih
a) Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
b) Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran
dan pembelajaran.
iii) Pelbagai guna
a) Rung dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

iv) Selamat
a) Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.
b) Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.
c) Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.
d) Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
e) Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v) Ceria
a) Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel
dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.
b) Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi) Bermakna
a) Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran.
b) Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian.
Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan fizikal
dan mental kanak-kanak.
Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah. Ruang
ini merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan ruang bilik
air.
a) Ruang dalam Kelas

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan
memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan
kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial
dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur
dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan murid
menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka. Walhal
pula, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti bimbingannya
terhadap murid yang bermasalah selain memudahkannya untuk membuat
penilaian terhadap perkembangan murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan
kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis
ruang dalam kelas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat
pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan
Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan
serta Pusat Kerohanian dan Moral; Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat
rujukan Guru.

b) Ruang Luar Kelas

Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main pasir
dan ruang berkebun.

i) Ruang Pondok

Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti
sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama
sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat
mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman,
klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang
pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan. Tambahan
pula, kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan
bakat serta minat murid-murid terhadap sesuatu bidang kerjaya sama ada guru
mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk melakonkan pelbagai watak
dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa di rumah
dan juga di persekitaran mereka.
Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set alat
permainan main peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan
peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat permainan
berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli,
batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak langsung
mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak agar
menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.


ii) Tempat Main Air dan Main Pasir

Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid
melalui karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti mengamalkan sikap
bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-masing.
Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan terhadap
persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja objek yang
dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga mampu menanam
sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan diri
terutama semasa mereka bermain dengan pasir. Selain itu, ruangan
ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid dalam menimba
dan memperoleh pengalaman melalui penerokaan yang dilakukan. Antara alatan
bagi ruangan ini adalah kotak air dan pasir penutup, alat permainan pasir dan
pasir, pasir yang bersih dan pili air di Kotak Main Air.

iii) Ruang Berkebun

Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk
merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini
juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat melihat
perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka bersama-
sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran yang berlaku
ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini seperti
sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah
kepelbagaian jenis pokok herba dan poko renek, tanaman berbatas dan kolam
untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.


iv) Alat Permainan Luar

Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan
kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan
juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan setiap
jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam
permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan imbangan, rangka
panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

c) Ruang Dapur

Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang
makan.
i) Ruang Penyediaan Makanan
Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan
aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi
bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan minuman. Tambahan
pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan kepada murid untuk
mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya mengikut tahap keselamatan
masing-masing setelah digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam
ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, set peralatan
memasak, peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain pengelap, bahan
pencuci atau pembasmi kuman dan alat pemadam api.


ii) Ruang Makan
Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan ditempat
yang disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing
mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan minuman. Murid-murid
juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas ruang makan
selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja
beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan
seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

d) Ruang Bilik Air

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan
kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa
dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air secara
berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan
mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun, berus, mop,
pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.

PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
a) Ruang Pembelajaran dan Kebersihan

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah
memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk melihat
pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu diletakkan atau
disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan
sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang
digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah
dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid. Selain
itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan televisyen
dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas
hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman
permainan.

Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu
juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Keadaan
peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada ditempat yang
selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan kecemasan atau
kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di tempat
yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah
membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid.
Keadaan perabot dan peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk
digunakan.

b) Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis
peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas selesai
menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam kedudukan
yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti cerek dan kuali.
Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa ditutup dan
diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya
seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan daripada kanak-
kanak. Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam keadaan baik dan
ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan ditempat yang
tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik dan
selamat.


Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah
berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya.
Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru
prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan
makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini
hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga
dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun
rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu,
keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat
yang betul.

c) Ruang Bilik Air

Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya
hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan
pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan mangkuk
tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih. Begitu juga
dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan
seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.

d) Ruang Luar Kelas

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan
benda yang tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam keadaan
selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi ruang kaki
lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak kasut atau
tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga
dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang
tersebut hendaklah berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan
meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya mengelakkan kecederaan
kanak-kanak berlaku.

e) Cadangan perkhidmatan prasekolah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan
keperluan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai