Anda di halaman 1dari 20

KAQ 1053 PENJAGAAN BAYI DAN

KANAK-KANAK YANG
BERKUALITI
UNIT 5: PENJAGAAN KESIHATAN & KEBERSIHAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Pn. Intan Farahana Binti Abdul Rani

intanfarahana19
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan aspek dan amalan penjagaan kebersihan & kesihatan
bayi dan kanak-kanak
2. Menerangkan dan menunjukkan cara memandi dan menukar
lampin bayi
3. Mengenal pasti cara menggalakkan kanak-kanak mengamalkan
kebersihan diri
4. Mengenalpasti aspek kebersihan di TASKA

intanfarahana19
Kebersihan & kesihatan
Bersih;
• Bebas dari kotoran, kuman, virus, dan serangga perosak
• Berkeadaan kemas, ceria dan selesa dipandang
• Tiada bau yang kurang menyenangkan

intanfarahana19
Cara virus/ bakteria menyerang
1. Sedutan Nafas (Inhalation)
• Udara mengandungi virus dan bakteria. Apabila kanak-kanak bernafas, mereka
menyedut udara.

2. Penghadaman (Ingestion)
• Virus dan bakteria ada di dalam makanan dan minuman. Apabila kanak-kanak makan
dan minum, ia akan ditelan bersama. Cth: menjilat jari, di jari ada virus dan bakteria.

3. Luka di Kulit (Inoculation)


• Bakteria di udara/objek masuk menerusi luka di bahagian kulit.

intanfarahana19
Aspek kesihatan
• Kebersihan amat penting untuk elak penyebaran dan jankitan virus
• Apabila infeksi tersebar kepada orang lain makan ini dipanggil ‘cross-
infection’
• Menyerang kanak-kanak di dalam kumpulan besar
• Contohnya : selsema, keracunan makanan, gastroenteritis
Aspek kebersihan di TASKA
a) Amalan kebersihan pendidik/ pengasuh
b) Kebersihan bayi dan kanak-kanak (cth: diri, pakaian, peralatan
peribadi, amalan kebersihan)
c) Kebersihan TASKA
- Dalam : ruang pembelajaran, dapur, tandas, peralatan, perabot,
barang permainan, tong sampah
- Luar : longkang, persekitaran luar, peralatan permainan luar

intanfarahana19
a) Amalan kebersihan pendidik/ pengasuh
• Sentiasa memakai pakaian bersih, kemas dan sesuai dengan tugas
• Membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi dan
sebelum mengendalikan bayi/ kanak-kanak
• Kuku sentiasa pendek dan tidak memakai cincin (terutama terlibat
dengan mencuci dan membersihkan najis kanak-kanak atau
mengendalikan makanan)

intanfarahana19
b) Kebersihan bayi dan kanak-kanak
Pastikan:
• Ruang tidur dan main kanak-kanak bersih (tilam, sarung bantal, selimut
dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali)
• Peralatan permainan bayi dicuci- bayi masukkan mainan ke dalam mulut
• Bayi dimandikan 2x sehari dengan sabun dan syampu
• Pakaian bersih dan sesuai dengan keadaan cuaca serta suhu
• Pakaian sesuai mengikut aktiviti
• Mulut & gusi dibersihkan-selepas makan & minum (wpun belum ada gigi)

intanfarahana19
• Tangan bayi dibasuh setiap kali lepas makan dan minum
• Kuku bayi dipotong setiap minggu
• Selsema-guna kain untuk mengelap
• Lantai bilik air kanak-kanak dimop dan dibersihkan setiap hari
• Barangan peribadi (berus gigi, sikat, tuala) sentiasa bersih
• Tidak menyuap bayi dengan sudu dan mangkuk yang sama
• Pakaian bersih dan kotor diasingkan
• Jangan sekalikan barangan peribadi seperti sikat, tuala dan pakaian

intanfarahana19
Aktiviti kumpulan:
• Kelompok A: Sediakan peralatan untuk memandikan bayi.
-persediaan sebelum mandi
-penyediaan air mandi
-cara memandikan bayi

Kelompok B: Sediakan peralatan untuk menyalin lampin bayi.


-persediaan menukar lampin
-keperluan menukar lampin
-cara menukar lampin
intanfarahana19
Amalan kebersihan kanak-kanak
• Mencuci tangan dengan kaedah yang betul
• Kuku pendek dan bersih
• Kanak-kanak memakai selipar ke tandas
• Mencuci alat sulit setiap kali membuang air kecil atau air besar
• Mengepam tandas selepas digunakan
• Mencuci tangan selepas bermain di luar TASKA
• Berkumur/ menggosok gigi selepas makan
• Mandi 2x sehari
• Gunakan tisu/ kain ketika batuk atau bersin
intanfarahana19
c) Kebersihan TASKA
• Bangunan dan persekitaran TASKA yang bersih dan baik dapat membantu
mengekalkan kesihatan kanak-kanak pada tahap yang optimum.
• Pengabaian kebersihan di TASKA akan mendedahkan kanak-kanak kepada
pelbagai jenis penyakit.

intanfarahana19
Kemudahan dan penggunaan bahan dan alat
• Sinki yang berketinggian sesuai untuk kanak-kanak
• Sabun pencuci dan kain lap tangan disediakan
• Paip untuk mencuci kaki dan tangan selepas main di luar
• Tandas kanak-kanak
• Kemudahan menggosok gigi
• Peralatan penyediaan dan menghidang makanan yang bersih

intanfarahana19
Kebersihan dalam TASKA
ITEM MENGAPA PERLU DIBERSIHKAN KAEDAH

Permainan dan Selalu dipegang Steril bahan plastik yang mungkin


peralatan dimasukkan di dalam mulut.

Meja Kanak-kanak suka letak barang atas meja dan Kesat dengan tuala bersih setiap
masukkan ke dalam mulut kali digunakan. Gunakan cecair
pencuci.

Alas Meja Makanan disediakan di atasnya Kesat dengan tuala bersih setiap
kali digunakan. Gunakan cecair
pencuci.

intanfarahana19
ITEM MENGAPA PERLU DIBERSIHKAN KAEDAH

Tandas Tandas dan kawasan membasuh tangan adalah tempat Basuh dengan kerap guna bahan
Besen bakteria membiak sesuai. Jaga kebersihan tandas
Sinki dengan kerap.

Bakul sampah Barang seperti pampers, tisu dan makanan ada Kosongkan bakul sampah selalu.
bakteria Masukkan pampers dalam plastik
yang diikat kemas. Basuh bakul
sampah selalu.

Lantai Kanak-kanak akan letak tangan atas lantai semasa Bersih dan lap lantai selalu.
bermain. Makanan mungkin jatuh atas lantai. Gunakan bahan pencuci.
Permainan yang ada atas lantai akan dimasukkan ke
dalam mulut

intanfarahana19
Pembersihan dan pembasmian
• Pembersihan - menghapuskan kotoran yang boleh dilihat
• Pembasmian kuman - membersih dengan menggunakan bahan
pencuci atau peluntur untuk membunuh dan menyingkirkan kuman
yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar
Pembuangan sampah
• Sebaiknya gunakan bekas yang dikendalikan menggunakan pedal kaki-
buang lampin
• Dilapik dengan beg plastik untuk memudahkan pembuangan sampah
• Letakkan bekas dekat dengan kawsan menyalin lampin, sink
membasuh tangan dan ruang penyediaan makanan
• Pastikan bahawa bayi dan kanak-kanak tidak boleh mencapai bekas
yang mengandungi sampah
Rumusan
1. Amalah kebersihan bayi, kanak-kanak dan taska adalah penting bagi memastikan bayi
dan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat.
2. Persekitaran dalam dan luar TASKA perlu berada dalam keadaan bersih kerana ini
berkait rapat dengan kesihatan bayi dan kanak-kanak.
3. Kanak-kanak perlu dilatih untuk menjaga kebersihan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rujukan
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak. (PERMATA). (2013). Kurikulum
Permata Negara. Asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun
(Cetakan Ketiga). Cyberjaya, Selangor: Jabatan Perdana Menteri.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2007). Garis panduan pengendalian


kanak-kanak di TASKA dan Prasekolah.

intanfarahana19

Anda mungkin juga menyukai