Anda di halaman 1dari 4

BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MANDIKAN BAYI IALAH:

1.1 Pelapik untuk permukaan keras, seperti selimut atau tuala.


1.2 Semangkuk air panas dan tidak panas.
1.3 Kain lap
1.4 Sabun bayi yang lembut
1.5 Lampin bersih
1.6 Tuala bayi
1.7 Sediakan lampin pakai buang dan pakaian bayi supaya lebih mudah dan
tidak tercari-cari.

RUANG MANDI YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK.

1.8 Di setiap TASKA memerlukan 1 tandas dan 1 bilik air untuk kemudahan
mandi kepada kanak-kanak.
1.9 Tandas di TASKA ini adalah TASKA jenis rendah. Kebersihan tandas dan
bilik air juga perlu bersih dan tidak kotor.
1.10 Tandas juga tidak sesuai dengan kanak-kanak untuk menguruskan diri
mereka sendiri.

PROSES MEMANDIKAN KANAK-KANAK.


Sebelum mandi
1.10.1 Sediakan peralatan mandian dan sepasang persalinan yang bersih.
1.10.2 Pastikan tempat mandi kanak-kanak bersih dan selamat dengan
mengambil kira faktor-faktor berikut :
i. Lantai rata
ii. Lantai tidak licin (tiada kesan sabun atau lumut akibat air yang
bertakung)
iii. Tiada alatan atau bahan lain di atas lantai yang boleh
menyebabkan kanak-kanak terpijak seperti sabun, bekas
sabun, berus atau penutup botol yang bersepah.
iv. Tiada air yang ditakung di dalam baldi atau besen.

1
v. Tiada bangku kecil yang membolehkan kanak-kanak
memanjat.
vi. Bahan pencuci atau peluntur tidak boleh dicapai oleh kanak-
kanak.
1.10.3 Periksa kesihatan kanak-kanak dan berkomunikasi secara positif
dengan kanak-kanak.
1.10.4 Tanggalkan pakaian kanak-kanak dan balutkan dengan tuala.
1.10.5 Bawa kanak-kanak ke tempat mandian.
1.10.6 Memberus gigi
Langkah-langkah:
1. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara
menggerakkan berus ke hadapan dan ke belakang.
2. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan
luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi
hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang
bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.
3. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi
belakang.
4. Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan
hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.
5. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah snda dengan cara
memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga
berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.

1.11 Semasa mandi


1.11.1 Mandikan kanak-kanak
i. Basahkan bahagian kaki terlebih dahulu, diikuti pinggang,
badan dan kepala.
ii. Setelah basah, sabunkan kanak-kanak. (sabun hendaklah
diletakkan di atas tapak tangan, gosok dan sapukan ke badan)
iii. Gosok badan kanak-kanak menggunakan span badan jika
perlu (selalunya setelah kanak-kanak melakukan aktiviti
lasak/luar atau aktiviti yang menggunakan warna), tangan, kaki,
bahagian bawah dan bahagian sulit.
iv. Shampoo rambut jika perlu. (shampoo diletakkan di atas
tangan, gosok dan sapu ke atas rambut kanak-kanak, gosok
atau urut dengan lembut)
v. Bilas rambut dan pastikan shampoo tidak memasuki mata.

2
vi. Bilas badan dan bahagian sulit kanak-kanak.
vii. Keringkan dengan tuala bersih.

1.12 Selepas mandi


1.12.1 Sapu badan kanak-kanak dengan losyen/ bedak jika perlu. (ikut
pesanan dari ibubapa atau penjaga kanak-kanak).
1.12.2 Pakaikan pakaian kanak-kanak.
1.12.3 Sikatkan rambut.

CARA MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR BESERTA GAMBAR.

Langkah pertama : Menyediakan keperluan terlebih dahulu.


1. Mengumpul semua bahan dan peralatan mandian yang anda perlukan
(tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian
yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik dan tempat untuk
menukar lampin bayi.
2. Sediakan tuala terbentang untuk mengeringkan bayi anda.
3. Pastikan bilik barada pada suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu.
Isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5 cm.
4. Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku – ia mestilah kira-kira
36 darjah celcius dan tidak rasa panas pada kulit anda.
5. Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi anda. Pangku bahagian
kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong bahagian bawah
badannya dengan tangan yang lain.
6. Dengan perlahan-lahan masukkan bayi anda ke dalam tab mandi.

Langkah kedua : Guna cara memandikan bayi baru lahir.


1. Tanpa melepaskan tangan, lembapkan kapas dengan air suam dan
bersihkan kelopak mata anak baru lahir anda dengan perlahan-lahan.
2. Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang
baru untuk setiap mata yang berbeza.
3. Hanya sedikit sabun bayi diperlukan untuk membasuh rambut bayi
baru lahir anda. Sesetengah ibu bapa hanya menggunakan air dan
kain lap.
4. Bayi tidak perlu menggunakan sabun sehingga bayi mereka lebih
besar. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air
dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan anda sehingga
bebas sabun.

3
5. Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru
lahir, kemudian bahagian leher dan badan, akhirnya bahagian peha,
kaki dan bahagian yang lain.

Langkah terakhir : Jangan biarkan dia seorang diri.


1. Bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan
tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian di dalam bilik mandi,
tanpa pengawasan.
2. Sekiranya anda perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi anda
dengan tuala dan bawanya bersama anda.
3. Elakkan dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika
memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin
dan senang tergelincir dari tangan.
4. Pastikan anak anda sudah berpakaian dan sedang baring dengan
selamat di dalam katilnya sebelum anda membersihkan tab mandi
yang digunakan tadi.

Anda mungkin juga menyukai