Anda di halaman 1dari 2

Hygiene

Kepentingan Kebersihan Diri

• Membersihkan badan bayi dari toksin, pencemaran mikroorganisma

• Menggalakkan kesihatan fizikal, emosi dan mental

• Memberi keselesaan keselesaan

• Kaedah menegekalkan kesihatan, mencegah penyakit

Memotong kuku bayi

1. Perhatikan kepanjangan kuku bayi, kerana, kuku bayi tumbuh lebih cepat berbanding orang
dewasa.
2. Potong atau gunting kuku bayi jika ia panjang dan tajam. Walaupun kukunya nipis dan lembut,
kuku bayi yang panjang boleh memberi luka kepada muka bayi kerana biasanya bayi akan
menggaru mukanya.
3. Potong atau gunting kuku bayi selepas mandi, kerana selepas mandi, kuku masih lembut dan ia
mudah dipotong.
4. guna pemotong kuku atau gunting yang khusus untuk bayi.
5. Sebelum gunakan pemotong kuku tersebut, anda digalakkan untuk melakukan alkohol swab
pada pemotong kuku.
6. Bersihkan kotoran yang ada di sebalik kuku dengan kapas yang dibasahi air suam.

MEMEBERSIHKAN TELINGA BAYI

1. Lalukan ketika mandi


2. Basahkan swab dengan air suam dan sabun.
3. Angkat sedikit kepala bayi, lalu usap daun telinga serta bahagian belakang telinganya.
4. Bilas sampai bersih.
5. Gunakan kapas dicelup air suam, kemudian bersihkan bahagian luar hingga :pintu lubang
telinga bayi, termasuk ceruk-ceruk (lekukan) pada daun telinganya
6. Keringkan dengan kain lap yang kecil dan lembut
MEMBERSIHKAN MATA BAYI

1. Bersihkan mata bayi semasa mandi


2. Sebelum membersihkannya, bersihkan dulu tangan anda agar tida jangkitan kuman
berlaku pada mata bayi anda.
3. Gunakan kapas yang sudah dicelup air suam.
4. Usap perlahan mata bayi (lakukan dari arah tengah ke luar).
5. Gantikan kapas setiap kali usap. Supaya mata bayi tidak tercemar oleh kuman dari satu
mata, ke mata yang lain.

MEMANDIKAN BAYI

Cara dan tahap memandikan bayi di usia bawah 2 minggu (tali pusat belum tertanggal)

1. Siapkan air suam-suam kuku untuk air mandian bayi


2. Letakkan bayi di atas alas plastik yang lembut
3. Celupkan kain basahan atau sarung tangan yang lembut ke dalam air suam yang telah di
sediakan tadi.
4. Usapkan kain basah tadi ke bahagian muka dan kepala secara mebut
5. Seterusnya, usapkan pada badan. Perlu di berikan perhatian bagi bayi yang belum tertanggal tali
pusarnya, sebaiknya ketika mengusapkan di bahagian perut, angkat tali pusat tersebut supaya
tidak basah,
6. Titiskan sabun ke atas kain tadi dan usap kain tersebut ke seluruh badan bayi .

Cara mandi bayi yang berusia 1-2 bulan (selepas tali pusat tertanggal)

1. Siapkan air mandi


2. Masukkan bayi kedalam tab mandi secara perlahan-lahan. Pastikan posisi kepala bayi tidak
terkena air.
3. Angkat bayi, dan sabunkan bayi anda seluruh badan bayi bermula dari kepala sehingga kaki.
4. Bersihkan sabun dari badan anak dengan cara menyiram badan di bahagian depan terlebih
dahulu. Setelah bahagian depan bersih, telangkupkan dan siram bahagian punggung.
5. Cara lain membersihkan sabun pada bahagian punggung adalah dengan mencelupkan bahagian
punggung bayi ke dalam kolam mandi.

Anda mungkin juga menyukai