Anda di halaman 1dari 99

TUGASAN 2 : KERJA LAPANGAN

ASUHAN DAN DIDIKAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


(PAKK2223D)

BAHAGIAN 1 : PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK

BAHAGIAN 2 : PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-4 TAHUN)

BAHAGIAN 3 : KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-4 TAHUN)

BAHAGIAN 4 : RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN KANAK

NAMA : SHARIF ASRI BIN SHARIF ALAM


NO MATRIK : D01202517
PENJAGAAN KESIHATAN BAYI
DAN KANAK-KANAK

NAMA : SHARIF ASRI BIN SHARIF ALAM


PENGENALAN
 Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak dikaitkan dengan amalan
kebersihan dan keselamatan di persekitaran sama ada dari segi kebersihan
diri, pakaian, pemakanan atau pun kondisi persekitaran yang mungkin
membawa ancaman kepada kesihatan dan keselamatan.

Kebersihan
1. Kebersihan pendidik, bayi, kanak-kanak dan kawasan penting diberi
perhatian.
2. Kesihatan yang sempurna penting bagi bayi dan kanak-kanak supaya
tidak mudah mendapat penyakit.

Apa itu bersih?


1. bebas dari sebarang kotoran, kuman dan serangga perosak.
2. berkeadaan kemas, ceria dan selesa dipandang.
3. tiada bau yang kurang menyenangkan.
AMALAN KEBERSIHAN PENDIDIK / PENGASUH

1. Mandi.
2. Kuku pendek , bersih & tidak pakai cincin dan lain-lain barang
kemas.
3. Rambut bersih dan kemas.
4. Pakaian bersih, kemas, ringkas dan sesuai dengan tugas.
5. Sentiasa mengamalkan kebersihan tangan - membasuh
tangan.
6. Mendapatkan suntikan Typhoid 3 tahun sekali.
KEBERSIHAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Pendidik bertanggungjawab memastikan :
1. ruang tidur & ruang bermain kanak-kanak sentiasa dalam keadaan bersih.
2. Peralatan permainan perlu dicuci & sentiasa bersih.
3. Bayi / kanak-kanak dimandikan sekurang2nya 2 kali sehari.
4. Pakaian bersih & sesuai dengan cuaca & aktiviti.
5. Mulut & gusi bayi – dilap dengan kain bersih,lembut & lembab setiap kali lepas makan /
minum susu.
6. Berus gigi setiap kali lepas makan bagi kanak-kanak.
7. Basuh tangan bayi/kanak-kanak sebelum &selepas makan juga selepas bermain.
8. Kuku dipotong setiap minggu.
9. Bagi yang selsema –lap guna kain / tisu lembut – elak luka.
10. Pastikan barangan peribadi seperti tuala, sikat, berus gigi sentiasa dalam keadaan bersih.
Tuala dikeringkan selepas diguna dan ditukar setiap minggu.
11. Tidak menyuap bayi / kanak-kanak dengan sudu dan mangkok yang sama.
12. Pastikan bahan kebersihan diri seperti sabun mandi, syampu dan ubat gigi mencukupi.
13. Pakaian bersih dan kotor diasingkan.
14. Barang peribadi seperti sikat, tuala dan pakaian tidak dikongsi dengan yang lain.
Kebersihan Bayi

1. Dimandikan 2 kali sehari.


2. Pakaian sentiasa bersih dan mengikut cuaca.
3. Bersihkan mulut bayi dengan tuala lembut yang lembab
setiap kali selepas menyusu atau makan.
4. Perhatikan kebersihan / keadaan mulut bayi.
5. Tukar pampers mengikut keperluan.
6. Perhatikan keadaan keseluruhan kulit bayi.
Kebersihan Kanak-kanak
1. Kanak-kanak berumur 1 – 3 tahun sudah mula memahami dan mengikut arahan mudah.
2. Galakkan mereka mengamalkan kebersihan mengikut kemampuannya terutama aktiviti
rutin
3. Di TASKA. Antara amalan kebersihan yang perlu diterapkan adalah :
4. Mencuci tangan dengan kaedah yan betul
• setiap kali selepas menjalani aktiviti
• selepas menggunakan tandas
• sebelum dan selepas makan
5. Mengelap tangan dengan tuala / tisu hingga kering setiap kali selepas mencuci tangan.
6. Kuku pendek dan bersih – dipotong setiap minggu.
7. Kanak-kanak 2 – 4 tahun sudah boleh guna tandas – pastikan memakai selipar/kasut
semasa ketandas atau keluar dari bangunan TASKA.
8. Mencuci bahagian sulit setiap kali membuang air kecil atau air besar.
9. Mengepam tandas setiap kali selepas digunakan.
10. Mencuci tangan dan kaki sekiranya kotor dan basah selepas bermain diluar TASKA.
11. Berkumur/menggosok gigi selepas makan.
12. Mandi 2 kali sehari.
…sambungan

9. Mencuci rambut dengan syampu.


10. Menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
11. Tidak memasukkan objek / mainan kedalam mulut , telinga, hidung.
12. Galakkan kanak-kanak membersihkan semua barangan peribadi yang
boleh dilakukannya seperti membersihkan berus gigi dan menyimpan
dalam bekasnya / menyimpan pakaian dalam bakul selepas mandi /
menggantung tuala selepas mandi / menyimpan bantal dan selimut
selepas tidur.
13. Kanak-kanak hendaklah dilatih untuk sentiasa dalam keadaan kemas
dengan :
• Rambut sentiasa disisir rapi.
• Hingus dibuang dan dilap dengan tisu atau tuala bukan dengan baju.
• Pakaian, kasut dan stokin sentiasa bersih dan kemas.
• Kuku sentiasa pendek dan bersih.
14. Kanak-kanak yang kemas berpakaian akan sentiasa kelihatan menarik dan
berkeyakinan – ini akan membantu membentuk peribadi yang lebih baik.
MEMANDIKAN BAYI
Persiapan Sebelum Mandi
Disebelah kanan :
1. Tilam kecil / tempat beralas yang sesuai untuk letak bayi.
2. Tuala kecil yang lembut.
3. Tuala besar (tuala mandi).
4. Sabun dan syampu.
5. Kapas .
6. Losyen, bedak, lampin, baju, seluar dan pin penyemat.

Disebelah kiri :
1. Besen besar (besen mandi).
2. Besen kecil untuk basuh rambut.
3. Bekas air suam untuk bilas badan.
4. Bekas air masak sejuk untuk cuci mata dan muka.

Penyediaan Air Mandi


1. Tuang air sejuk dalam besen besar & kecil.
2. Suamkan dengan air panas.
3. Rasa kepanasan air dengan siku atau belakang tapak tangan ( guna cara sama untuk besen kecil).
4. Air yang digunakan tidak melebihi 1/3 kedalaman daripada bekas mandian (tidak melebihi pusat bayi
semasa bayi duduk - elak bayi lemas).
Cara Memandikan Bayi
1. Basuh tangan anda dengan bersih.
2. Letakkan bayi diatas tilam dan tanggalkan pakaiannya.
3. Bersihkan bayi terlebih dahulu jika bayi membuang air kecil / besar.
4. Balut bayi dengan tuala bersih.
5. Lembabkan kapas, bersihkan mata dari bahagian dalam kearah keluar
sehingga bersih
6. Gunakan kapas untuk sekali guna sahaja.
7. Bersihkan telinga dan hidung dengan kapas lembab.
8. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembab. Cuci dahi, pipi, hidung
dan dagu. Setiap kali mencuci, gunakan bahagian tuala yang berlainan.
Lap kering.
9. Cuci kepala bayi – pegang bayi secara ‘football hold’, tutup telinga bayi
dengan ibu jari dan jari telunjuk. Shampoo rambut dan bilas bersih. Lap
kering dengan sebahagian tuala yang membalut tubuhnya.
…sambungan

10. Letak bayi atas tilam dan tanggalkan tuala daripada tubuh bayi.
11. Letakkan kepala bayi diatas lengan kiri dan pegang bawah ketiak bayi.
Tangan kanan ampu punggung/celah peha bayi.
12. Angkat bayi kedalam basin perlahan-lahan dengan kakinya terlebih
dahulu.
13. Basuhkan dan bersihkan tangan, badan, celah pelipat ketiak dan seluruh
badan. Bilas sehingga bersih.
14. Untuk memandikan bahagian belakang dan punggung, sokong bahagian
depan badan dengan tangan kanan dan pegang kuat dibawah ketiak kiri
bayi. Sabun dan bilas sehingga bersih.
15. Angkat bayi dan bilas dengan air bersih. Letakkan diatas tuala kering
diatas tilam.
16. Lap bayi hingga kering.
17. Sapu losyen, pakaikan lampin dan pakaian bayi.
18. Bersihkan dan kemas peralatan.
…sambungan
Pemerhatian perlu dibuat :
1. Mata/telinga – mata merah, sentiasa mengeluarkan tahi mata / berair.
2. Telinga – mengeluarkan cecair / nanah.
3. Mulut – tiada keputihan (oral thrush)
4. Kepala – bersih, tiada kerak kepala.
• Jika berkerak – sapu minyak zaiton dan basuh bersih keesokkan harinya. Ulang
sehingga kepala bersih. Jangan dikopek, ini akan menyebabkan kudis dan jangkitan.
• Pakaikan pakaian yang nipis.
• Guna losyen bayi untuk melembabkan kulit.
5. Bercakap dan bermesralah dengan bayi semasa dia dimandikan.
6.Biarkan bayi menepuk air didalam besen seketika.
7.Boleh berikan bayi permainan jenis plastik ketika dimandikan.
8.Urutan dapat merangsang pertumbuhan pembesaran bayi.
9. Basin yang telah digunakan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan air sebelum digunakan
untuk bayi yang lain.
MENUKAR LAMPIN
1. Lampin perlu ditukar dengan segera apabila basah atau ada najis.
2. Ini dapat mengelakkan bayi dari mendapat ruam lampin atau penyakit
kulit yang lain.
3. Pastikan lampin pakai buang yang telah digunakan dibuang ditong
sampah bertutup dan diuruskan dengan betul.

Persediaan Menukar Lampin


1. Sediakan tempat sesuai – pilih tempat yang mempunyai pengudaraan
dan pencahayaan yang elok.
2. Tutup kipas angin sementara menukar lampin untuk mengelakkan bayi /
kanak-kanak sejuk.
3. Aturkan terlebih dahulu keperluan supaya mudah diambil atau digunakan.
4. Elakkan peralatan daripada mudah dicapai bayi / kanak-kanak.
…sambungan
Keperluan Menukar Lampin
1. Alas pelapik yang mudah dicuci.
2. Lampin bersih yang siap dilipat / pakai buang.
3. Tuala kecil, kapas, sebesen air.
4. Losyen .
5. Seluar, baju, pin penyemat.
6. Bekas menyimpan lampin kotor.
7. Bekas membuang kotoran.

Cara Menukar Lampin


1. Cuci tangan dan lap kering.
2. Letak bayi atas tilam. Buka lampin.
3. Jika Bayi menggunakan lampin fabrik, gunakan satu penjuru lampin yang bersih untuk
mengelap kebanyakkan najisnya.
4. Jika menggunakan lampin pakai buang, lapkan bahagian najis yang banyak dengan tisu dan
buang tisu itu kedalam lampin.
5. Angkat kaki bayi, lipat lampin kebawah punggung bayi.
…sambungan

6. Lembabkan kapas dan lap bahagian kemaluan, celah peha, bahagian bawah
pusat, punggung dan belakang bayi.
7. Lap kering dengan tisu .
8. Keluarkan lampin yang kotor.
9. Alaskan punggung dengan lampin bersih.
10. Untuk bayi yang lebih besar, basuh dengan air bersih.
11. Sapu losyen / krim – ikut pilihan.
12. Pakaikan lampin dengan kemas.

Pemerhatian Ketika Menukar Lampin


1. Jenis najis – biasa / normal/cair/keras/bau / warna /amaun
2. Air kencing – bau / warna / amaun
3. Kulit - merah/ luka/kering
KEBERSIHAN TASKA
1. Setiap kakitangan perlu memastikan bangunan dan persekitaran berada
dalam keadaan baik dan bersih.
2. Mengabaikan kebersihan di TASKA akan mendedahkan kanak-kanak
kepada pelbagai penyakit.
3. Kebersihan ruang dalam dan luar TASKA mesti sentiasa diberi perhatian
yang serius.
Standard kebersihan yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia
1. Membersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain2 peralatan setiap kali
digunakan.
2. Membersihkan dapur untuk menghindar daipada lipas, tikus dan lain2 serangga.
3. Membersihkan bilik air dan tandas.
4. Memastikan kawasan bersih, bebas dari sampah sarap untuk menghindar-kan lalat dan
serangga perosak.
5. Memotong rumput untuk memastikan kawasan bersih dan kemas bagi mengelakkan
pembiakkan haiwan berbisa.
6. Mengelap lantai dengan mop setiap kali ada tumpahan atau lantai basah.
7. Mengelap habuk pada tingkap.
8. Longkang - dibersihkan
• pastikan tiada air bertakung untuk elak
• pembiakkan nyamok.
• bertutup untuk keselamatan.
9. Membersihkan semua kelengkapan termasuk barang permainan selepas digunakan.
10. Mencuci peti sejuk / almari dapur seminggu sekali.
11. Membasuh sarung bantal, cadar, selimut & tuala selepas digunakan,
12. Menjemur tilam, bantal dan tikar.
RUMUSAN
1. Amalan kebersihan bayi, kanak-kanak dan
2. TASKA amat penting diberi perhatian bagi
3. memastikan bayi/kanak-kanak bersih dan sihat.
4. Pendidik perlu memastikan kebersihan ruang
5. bermain, makan dan tidur anak-anak.
6. Kanak-kanak yang lebih besar perlu dilatih
7. menjaga kebersihan diri dan kebersihan pakaian
mereka.
8. Persekitaran dalam dan luar TASKA perlu sentiasa
bersih .
LAMPIRAN PENJAGAAN KESIHATAN
(TASKA PERMATA KEMAS KUALA TOMANI, TENOM)

Amalan menjaga kesihatan dan kebersihan


GARIS PANDUAN KEBANGSAAN
BAGI PEMBERIAN MAKANAN BAYI
DAN KANAK-KANAK KECIL

NAMA : SHARIF ASRI BIN SHARIF ALAM


TUJUAN GARIS PANDUAN INI

 Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum


bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia;
–semua bayi harus disusukan dengan susu
ibu sahaja dari lahir sehingga berusia
enam bulan
–Makanan pelengkap diperkenalkan pada
usia enam bulan sementara penyusuan
susu ibu diteruskan sehingga anak berusia
dua tahun
9 PRINSIP PEMBERIAN MAKANAN
1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir
hingga anak berusia 6 bulan. Makanan pelengkap perlu
diberi mulai umur 6 bulan (180 hari) di samping
meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua
tahun.
2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang
menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia 6
bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu
diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi
keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan
mengikut umur.
9 PRINSIP PEMBERIAN MAKANAN
4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan
semua keperluan nutrient dipenuhi. Daging, ayam,
ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi
dengan kerap.
5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan
secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan
disesuaikan dengan perkembangan serta
keupayaannya.
6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan
mengikut umur.
9 PRINSIP PEMBERIAN MAKANAN
7. Amalkan pemberian makanan secara responsif
dengan menggunakan prinsip penjagaan
psikososial.
8. Amalkan penyediaan, pengendalian dan
penyimpanan makanan secara selamat.
9. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air
dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi
kerap.
PRINSIP 1
Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif
(0-6 bulan). Makanan pelengkap perlu diberikan
mulai umur enam bulan (180 hari) di samping
meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur
dua tahun.
PRINSIP 1
1. Harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.

2. Ibu perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul.

3. Pastikan bayi diberi kolostrum (susu awal yang berwarna


kekuningan).

4. Harus diberi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.

5. Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang


jenis air termasuk air kosong.

6. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas


nasihat profesional perubatan.
PRINSIP 1
7. Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika perlu) tidak
digalakkan.

• Diberi menggunakan botol dan puting. Gunakan kaedah lain


seperti cawan.

8. Bagi ibu yang tidak boleh menyusukan anaknya, pastikan :

• Susu yang digunakan adalah rumusan bayi yang


diperkaya dengan zat besi.

• Jangan mencampurkan gula/manisan ke dalam susu.

• Cara bancuan, kekerapan pemberian serta pembersihan


peralatan mengikut arahan di label produk

• Sebarang keputusan untuk menukar jenis rumusan bayi harus


dibuat atas nasihat professional perubatan.
PRINSIP 1
9. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah 6 bulan
harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab – sebab
perubatan atas arahan profesional perubatan (Appendik I).

10. Bayi kepada ibu yang HIV positif tidak boleh diberi penyusuan susu
ibu walaupun oleh ibu susuan. Ibu yang HIV positif harus
menerima runding cara tentang pemakanan bayi, bimbingan dan
tunjuk ajar cara penggunaan rumusan bayi yang betul dan
selamat.

11. Bayi yang tidak menyusu ibu mesti diberi rumusan bayi yang
diperkaya dengan zat besi. Maklumat lengkap mengenai cara
penyediaan rumusan bayi yang bersih dan selamat serta implikasi
kewangan perlu diberi secara individu. Tata Etika Pemasaran
Makanan Bayi dan Produk Berkaitan mesti dipatuhi. Anggaran
jumlah susu yang diperlukan oleh bayi dalam sehari ialah seperti di
Appendik II, Jadual 1.
PRINSIP 2
Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang
menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam
bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu
diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
PRINSIP 2
1. Mulakan makanan pelengkap hanya apabila bayi telah
mencapai kordinasi saraf otot (neuromuscular) dan
kematangan fisiologi.

2. Pengenalan makanan pelengkap di antara umur 4 hingga 6


bulan boleh dipertimbangkan, secara individu ke atas bayi
yang mengalami pertumbuhan yang kurang memuaskan,
setelah segala usaha untuk memperbaiki amalan penyusuan
dilakukan.
Lampiran : Panduan Pemakanan di TASKA PERMATA
PRINSIP 3
Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi
keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan
mengikut umur.
1. Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan tenaga termasuk
bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).

2. Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi


dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara
beransur-ansur mengikut umur.
Makanan dengan kepekatan yang cukup dan
kekal lama pada sudu akan memberikan
tenaga yang lebih kepada anak.
Gambar rajah : panduan pemberian makanan
PRINSIP 3
3. Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu
diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap
hidangan. Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada
umur bayi 9 - 11 bulan. Kanak-kanak yang berumur 1-3
tahun seharusnya diberi setengah cawan nasi pada
hidangan utama. Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu
ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat
umur.
PRINSIP 4
Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua
keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu
dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.

1. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan


nutrien harian (protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan
vitamin C ).

2. Makanan seperti daging, ternakan, ikan dan telur perlu diberikan


setiap hari (sumber utama zat besi dan zink). Elakkan memberi putih
telur kepada bayi.
PRINSIP 4
3. Produk hasil tenusu adalah kaya dengan sumber kalsium dan
pelbagai nutrien lain. Bagi kanak-kanak kecil yang berumur enam
bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu, susu daripada sumber lain
perlu diambil setiap hari. Sekiranya pengambilan makanan daripada
sumber haiwan lain adalah mencukupi, amaun susu yang perlukan
ialah ~200 – 400 ml/hari. Jika tidak, jumlah susu yang diperlukan
ialah ~300 – 500 ml/hari.

Sekiranya bayi diberi rumusan dan makanan daripada sumber haiwan


lain, amaun susu yang diperlukan pada umur 6-12 bulan ialah ~300 –
500 ml/hari. Jika diet bayi tidak mengandungi makanan daripada
sumber haiwan, amaun rumusan bayi yang diperlukan adalah ~400
– 550 ml/hari. Jenis susu yang boleh diberi termasuk rumusan bayi,
rumusan susulan, susu penuh krim dan susu suhu ultra tinggi
atau susu U.H.T. Susu segar mentah tidak disyorkan.
PRINSIP 4
4. Sekiranya susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan
dengan mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap
hari, sebaik-baiknya dalam satu hidangan yang sama bagi menjamin
kualiti protein yang mencukupi.

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin


C harus dimakan setiap hari.

6. Penggunaan makanan yang diperkaya dengan zat besi juga digalakkan


jika makanan diproses digunakan.

7. Diet harian harus mengandungi lemak yang mencukupi. Sebanyak 10 –


20 gm lemak atau minyak perlu ditambah dalam diet harian sekiranya
sumber makanan daripada haiwan tidak diambil secara tetap,
melainkan makanan kaya lemak seperti kekacang dan bijian diberi.
Sekiranya makanan daripada sumber haiwan diambil, sehingga 5 gm
lemak atau minyak perlu ditambah.
PRINSIP 4
8. Elakkan pemberian minuman yang mempunyai nilai
kandungan nutrien yang rendah seperti teh, kopi, susu pekat
manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.
9. Hadkan pengambilan jus buah-buahan kerana ia boleh
menyebabkan pengurangan pengambilan makanan
berkhasiat yang lain.
10. Penggunaan suplemen vitamin dan mineral hanya boleh
dipertimbangkan kepada bayi dan kanak- kanak yang
menunjukkan tanda-tanda Kekurangan zat makanan setelah
dinilai mendapat perubatan. Zat makanan setelah dinilai
serta nasihat daripada profesional.
PRINSIP 5
Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-
ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan
perkembangan serta keupayaannya.

1. Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan
separa pepejal.

2. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau
dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga
boleh diberi.

3. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga. Beri bayi makanan
dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik. Kanak-kanak perlu
dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik.

41
Lampiran : Garis Panduan Menu Makanan TASKA PERMATA
42
Lampiran : Garis Panduan Menu Makanan Taska Permata
43
Lampiran : Garis Panduan Menu Makanan TASKA PERMATA 44
PRINSIP 6
Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

1. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.


6 – 8 bulan: 2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
9 – 11 bulan: 3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
1 – 3 tahun: 4 – 5 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
1. Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah
kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

45
Beri bayi makan mengikut panduan berikut:.

Perkara Umur
6-8 Bulan 9-11 Bulan
Cara Penyediaan Dipuri/Dilecek/Separ Dicincang/
Makanan a pepejal Dipotong kecil
Kekerapan 2-3 kali sehari 3-4 kali sehari
Pemberian
Makanan Utama
Kekerapan 1-2 Kali sehari 1-2 Kali sehari
Pemberian Snek

*Snek adalah makanan yang diberi di antara waktu makan utama.


46
 Beri anak makan mengikut panduan berikut:.

Perkara Umur
1-3 Tahun 4-6 Tahun
Cara Penyediaan Makanan keluarga Makanan keluarga
Makanan
Kekerapan 4-5 kali sehari 3 kali sehari
Pemberian Makanan
Utama
Kekerapan 1-2 Kali sehari 2 Kali sehari
Pemberian Snek

*Snek adalah makanan yang diberi di antara waktu makan utama. Susu, buah-
buahan segar, buah-buahan kering seperti kismis, kurma dan prun, biskut dan
roti adalah contoh snek berkhasiat yang boleh diberikan. Walau bagaimanapun,
perlu diingat bahawa snek tidak boleh menggantikan makanan yang sepatutnya
diberi pada waktu makan utama.

** Berdasarkan pengambilan tenaga sebanyak 1300 kcal sehari (RNI)


47
PRINSIP 7
Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip
penjagaan psikososial.
.
1. Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu dibantu apabila mereka
makan sendiri.
2. Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan perlahan dan kesabaran. Mereka perlu
diberi galakan untuk makan tanpa dipaksa.
3. Peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau
kenyang.
4. Wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam
persekitaran yang kondusif serta selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak
semasa waktu makan

48
Contoh amalan yang menggalakkan anak makan:
.

49
Pupuk amalan makan secara sihat di kalangan kanak-kanak
melalui langkah-langkah berikut:

50
PRINSIP 8
Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan
makanan 8 secara selamat.
.
1. Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu dititikberatkan
bermula daripada peringkat penyediaan sehinggalah pemberian
makanan.
2. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam pada
suhu bilik. Walau bagaimanapun, makanan yang baru dimasak boleh
disimpan di dalam peti sejuk sehingga 24 jam.
3. Pemberian makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan puting
hendaklah dielakkan.

51
PRINSIP 9
Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair
lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.

1. Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap.


2. Beri kanak-kanak makan makanan yang digemari.
3. Galakkan kanak-kanak untuk makan makanan yang lembut,
pelbagai dan menyelerakan.
4. Setelah anak sembuh daripada sakit atau sedang pulih, beri
dia makan lebih kerap dan galakkan dia makan lebih
daripada biasa.

52
PENCEGAHAN KEMALANGAN MENGIKUT
POS DALAM PENGURUSAN ASPEK
KESELAMATAN BAYI DAN
KANAK-KANAK
NAMA : SHARIF ASRI BIN SHARIF ALAM
PROSEDUR OPERASI STANDARD

• Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan


pekerjaan dan panduan yang digunakan untuk
memastikan kegiatan berjalan dengan lancar.
• SOP merupakan langkah-langkah kerja yang
perludiikuti supaya sesuatu kerja atau tugasan
berjalan dengan lancar, teratur dan berjaya
dari awal hingga akhir.
• Perlu menjadi panduan kepada pendidik
supaya bersistem dan lancar.
KETIKA DI PINTU PAGAR/UTAMA

• Pintu pagar/utama perlu sentiasa ditutup bagi


mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada bahaya luar
taska.

• Pintu utama sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di tempat


yang mudah dicapai oleh pendidik/pembantu taska.

• Memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan bermain


berhampiran pintu pagar atau pintu utama.
KETIKA BERMAIN
Pendidik / Pengasuh / Pembantu pengurusan murid perlu:
• Memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai.
• Memastikan kanak-kanak sentiasa memakai selipar/kasut
masing-masing semasa bermain di luar.
• Memastikan alat permainan yang disediakan sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak
• Memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat atau dengan
benda/bahan yang berbahaya (longkang, pokok berduri, kolam)
dan sentiasa terlibat sama.
• Memerhati setiap kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
KETIKA DI DALAM BILIK AIR

Pendidik / pengasuh/ PPM perlu:


• Memastikan lantai bilik air sentiasa kering dan tiada air yang bertakung
(lantai/ baldi).
• Memastikan mangkuk tandas bersih dan kering.
• Memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan pada paras ketinggian
mereka.
• Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat
dan jauh dari kanak-kanak.
• Memastikan kanak-kanak tidak menggunakan hot shower tanpa
pengawasan orang dewasa.
• Memastikan kanak-kanak tidak bermain atau berlari di dalam bilik air.
• Memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa pengawasan
orang dewasa.
KETIKA TIDUR

• Setiap kanak-kanak secara individu harus dikhaskan


tempat tidur, tilam, bantal, dan lain-lain yang
dilabelkan mengikut nama masing-masing.
• Pastikan bayi tidur dalam posisi terlentang.
• Gunakan selimut yang nipis. Pastikan
selimut dikemaskan dan tidak melebihi
paras bahu bayi. Jangan tinggalkan bayi sendirian.
• Pastikan tiada bantal atau permainan di sekeliling
tempat tidur bayi.
• Periksa bayi sekurang-kurangnya setiap 15 minit
semasa bayi tidur.
PERSEKITARAN DALAM PREMIS

• Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat. Contohnya,
JKM, Jab.kesihatan, Jab.Bomba dan Majlis perbandaran.
• Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak
hendaklah dilengkapi dengan peralatan perabot yang sesuai dan selamat
digunakan.
• Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-
kanak.Ini mengelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz
kecil atau sebagainya.
• Pastikan semua peralatan yang digunakan dalam premis tidak rosak.
• Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui.
• Peti kecemasan yang sentiasa dipantau kandungannya.
• Smoke detecter sebagai langkah apabila berlaku kebakaran.
• Pintu utama, pintu tandas pintu dapur sentiasa ditutup.
…sambungan

• Kawasan dapur adalah kawasan larangan kanak-kanak.


Penggunaan dapur memasak perlulah mendapat kelulusan dari
pihak berkuasa.
• Penjagaan kebersihan dan keselamatan terhadap perabot,
perkakasan perlu diberi perhatian.
• Kawasan tempat makan perlu bersih dan selamat dari sebarang
bahan atau racun yang berbahaya.
• Menyimpan semua bahan pencuci dan bahan racun / kimia di
tempat yang selamat dan tidak boleh diambil oleh kanak-kanak.
• Memastikan semua peralatan elektrik boleh berfungsi dengan baik
dan tidak merbahaya digunakan.
PERSEKITARAN LUAR PREMIS
• Elakkan mereka daripada terjatuh dari aras tinggi seperti buaian, tangga, gelungsur, tingkap yang terbuka
atau lantai yang licin kerana ini boleh mencederakan mereka.
• Elakkan mereka dari menghampiri perigi, kolam atau longkang yang dalam.
• Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri di tempat tinggi tanpa pengawasan.
• Lapkan lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka dari tergelincir.
• Tikar atau permaidani yang telah dilipat disimpan di tempatnya. Barang-barang tidak disepahkan dilantai.
• Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi.
• Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada kaca.
• Alat permainan taman : pastikan setiap peralatan selamat dan baik.
• Permainan pasir dan air : pastikan kanak-kanak tidak makan dan minum pasir atau air yang digunakan.
• Pagar atau laluan keluar : hendaklah sentiasa ditutup.
• Longkang dan parit : pastikan semua longkang atau parit ditutup.
• Takungan air : pastikan tiada takungan air di tempat kanak-kanak bermain.
• Padang permainan : padang mestilah sentiasa selamat dan rumput hendaklah dipotong 2 minggu sekali.
• Pokok berduri dan beracun : dilarang meletakkan pokok berduri dan beracun di kawasan taska untuk
elakkan kecederaan .
LAMPIRAN KESELAMATAN
(TASKA PERMATA KEMAS PEKAN TANDEK, KOTA MARUDU)
RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI
DAN KANAK-KANAK 0 HINGGA 4 TAHUN
(KEMAHIRAN URUS DIRI MENGIKUT JADUAL
HARIAN BAYI DAN KANAK-KANAK BERDASARKAN
BUKU LOG)

NAMA : SHARIF ASRI BIN SHARIF ALAM


BAHAGIAN 1
BAYI BERUMUR
• 0-6 BULAN
• 6-12 BULAN
PENGENALAN
1. Kemahiran asas hidup yang perlu dibina dalam diri kanak-kanak
membolehkan mereka berdikari dan mengurus diri tanpa bantuan.
2. Perkembangan kemahiran ini berkait rapat dengan :
– Perkembangan fizikal – membina motor kasar + motor halus,
koordinasi mata & tangan.
– Perkembangan sosioemosi – beratur mengambil makanan,
menunggu giliran
– Perkembangan moral – mengucapkan salam/terima kasih, memohon
maaf.
– Perkembangan kognitif – sebab melakukan sesuatu perbuatan, cth :
gosok gigi • melatih kanak-kanak menjadi individu yang toleran dan
berempati
3. Pelajar kongsi mainan, tolong kawan, mengawal nada suara.
Penjagaan Dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak-kanak Berdasarkan
Kurikulum PERMATA Negara

1. Penjagaan kesihatan dan kanak-kanak di taska.


2. Pemeriksaan kesihatan.
3. Sebab bayi dan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit.
4. Penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.
5. Jenis penyakit berjangkit di TASKA.
6. Penjagaan kesihatan oral.
7. Latihan urus diri bayi dan kanak-kanak.
8. Kebersihan diri.
9. Latihan urus diri - mengurus peralatan peribadi barangan permainan.
10. Latihan urus diri - menjaga adab dan kesopanan.
KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI

1. Kemahiran pengurusan diri merupakan


kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua
individu secara berdikari kerana aktiviti ini
dilakukan secara rutin dalam kehidupan
seharian.
2. Menguasai kemahiran pengurusan diri seiring
dengan perkembangan kanak-kanak itu
sendiri.
Keperluan Pengurusan Diri Bayi Dan Kanak-kanak

1. Mudah mengurus emosinya


2. Mudah bergaul dengan rakan
3. Tahu mempertahankan diri
4. Mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi
5. bertanggungjawab
Cara Membantu Bayi Dan Kanak-kanak Untuk Belajar Mengurus Diri
Dan Menjadi Lebih Berdikari

1. Biarkan bayi dan kanak-kanak belajar buat sendiri.


2. Biarkan bayi dan kanak-kanak belajar selesaikan sendiri.
3. Biarkan bayi dan kanak-kanak bantu diri sendiri.
MILESTONES PERKEMBANGAN AKTIVITI PENGURUSAN DIRI

1. Milestones perkembangan merujuk kepada pencapaian


kemahiran yang sepatutnya dicapai oleh seseorang
kanak-kanak pada usia tertentu.
2. Penting untuk ibu bapa mengambil berat sama ada
mereka berjaya mencapai kemahiran tertentu seiring
dengan perkembangan usia anak. Kanak-kanak yang
terlewat dalam mencapai sesuatu tahap kemahiran
adalah berisiko untuk terus tertinggal atau berisiko untuk
mempunyai masalah perkembangan yang lain.
Jadual Milestones

Umur Milestones perkembangan


0-6 bulan • Boleh menghisap susu dengan
koordinasi yang baik. (hisap, telan,
ambil nafas, hisap, telan, ambil nafas).
• Boleh difahami oleh ibu bapa jika lapar
berpandukan tangisannya.
Jadual Milestones

Umur Milestones perkembangan


6-12 bulan • Boleh mencapai objek berhampiran.
• Boleh melihat objek bergerak (Visual tracking).
• Boleh makan pelbagai tekstur makanan.
• Boleh memegang botol sendiri.
• Mula menggunakan cawan bayi (sippy cup).
• Menggunakan lidah untuk mengunyah makanan di
dalam mulut (makanan digerakkan ke kiri-kanan
mulut menggunakan lidah).
• Boleh makan ‘finger food’ sendiri.
JADUAL MILESTONES PERKEMBANGAN URUS DIRI BERDASARKAN
KURIKULUM PERMATA NEGARA

UMUR TUGAS PERKEMBANGAN MILESTONES PERKEMBANGAN


6-12 Kebolehan makan sendiri • Memegang makanan menggunakan
BULAN jari dan memasukkan makanan ke
mulut.
• Boleh memegang botol sendiri.
Keupayaan bersiap sendiri • Memgang botol bedak.
• Mengacukan sikat di kepala.
Kemahiran penjagaan diri • Mengangkat tangan semasa
dipakaikan baju.
Kemahiran mengemas • Mengutip makanan yang jatuh.
• Meletakkan minuman di tempatnaya.
Kemahiran menggunakan • Responsif apabila diajak untuk
tandas membuang air di tandas.
LAMPIRAN MILESTONES PERKEMBANGAN
BAYI DAN KANAK-KANAK DARI SUMBER
YANG BERLAINAN

BAYI 0-6 BULAN


BAYI 6-12 BULAN
BAHAGIAN 2
BAYI/KANAK-KANAK BERUMUR
• 6-12 BULAN
• 1-4 TAHUN
KEMAHIRAN URUS DIRI DI TASKA

Susun beg Menjaga


Adab
dan kasut di Adab makan kebersihan
bersalam
rak diri

Penjagaan
Penjagaan Kemahiran Latihan ke
barang
persekitaran sosial tandas
mainan

Urus diri
Urus diri
waktu
waktu tidur
pulang
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI/KANAK-KANAK

6 – 12 Bulan

TUGAS PERKEMBANGAN
MILESTONES PERKEMBANGAN

• Pegang makanan dan cawan


Kebolehan Makan Sendiri
menggunakan jari
• Menyikat rambut
Keupayaan Bersiap Diri
• Memegang botol bedak
• Mengangkat tangan semasa dipakaikan
Kemahiran Penjagaan Diri
baju

Kemahiran Mengemas • Meletakkan mainan ditempatnya

Kemahiran Menggunakan • Respons apabila diajak untuk membuang


Tandas air
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI/KANAK-KANAK

1-2 Tahun

Tugas Perkembangan Milestones Perkembangan

• Duduk dikerusi makan


Kebolehan Makan Sendiri
• Menggunakan jari

• Boleh memakai dan menanggalkan baju


Keupayaan Bersiap Diri
• Menanggalkan stokin dan kasut

• Boleh memberus gigi


Kemahiran Penjagaan Diri
• Cuci dan lap tangan dengan bantuan pendidik

• Mula minat melakukan kerja


Kemahiran Mengemas
• Kerja rumah bila sudah boleh berjalan

Kemahiran Menggunakan • Boleh menanggalkan seluar bila ke tandas


Tandas • Duduk di atas tandas
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI/KANAK-KANAK

2-3 Tahun
Tugas Perkembangan
Milestones Perkembangan

• Mengambil Makanan Sendiri


Kebolehan Makan Sendiri • Menggunakan Jari
• Menuang Air Ke Bekas Yang Lebih Kecil

• Memakai Dan Menanggalkan Pakaian


Keupayaan Bersiap Diri
• Buka Dan Memasang Butang Baju

• Berus Gigi (Ubat Gigi Dengan Bantuan)


Kemahiran Penjagaan Diri
• Mandi Sendiri
• Memusing Tombol Pintu
Kemahiran Mengemas
• Meletakkan Mainan Ditempatnya
• Memberitahu Hendak Ke Tandas
Kemahiran Menggunakan Tandas • Boleh Menggunakan Tandas
• Cuci Tangan Selepas Gunakannya
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI/KANAK-KANAK

3-4 Tahun
Tugas Perkembangan
Milestones Perkembangan

• Mengambil makanan sendiri.


• Menggunakan jari.
Kebolehan Makan Sendiri • Menuang air ke bekas yang lebih kecil.
• Memotong makanan kepada pecahan kecil.
• Mengoyak makanan menggunakan jari.

• Memakai dan menanggalkan pakaian tanpa


bantuan.
Keupayaan Bersiap Diri
• Buka dan memasang butang baju.
• Dapat bezakan bahagian depan dan belakang
…sambungan

3-4 Tahun
Tugas Perkembangan
Milestones Perkembangan

• Berus Gigi Dan Letakkan Ubat Gigi


Tanpa Bantuan
Kemahiran Penjagaan Diri
• Mandi Sendiri
• Menghembus Hingus Sendiri
• Mengemas Barang Mainan Sendiri
Kemahiran Mengemas
• Susun Meja Untuk Persediaan Makan

• Pergi Ke Tandas Sendiri Apabila Ingin


Kemahiran Menggunakan Tandas
Membuang Air
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI MERANGSANG
KEMAHIRAN URUS DIRI
• Galakkan mereka hidang makanan sendiri.
KEMAHIRAN • Makan sendiri.
MAKAN DAN • Tuang air ke dalam cawan rakan-rakan.
MINUM • Susun pinggan dan cawan sendiri.

• Kanak-kanak digalakkan melakonkan watak – letakkan


KEMAHIRAN
pelbagai jenis pakaian agar dapat memupuk kemahiran
BERSIAP DIRI mengurus diri ini.

KEMAHIRAN • Sediakan kotak yang mempunyai label bergambar bagi


MENGURUS setiap jenis permainan agar mudah dicam oleh kanak-
DAN kanak.
MENGEMAS • Pengasuh bersama-sama melakukan aktiviti mengemas.
BARANG • Memupuk sikap tanggungjawab dalam diri mereka.
LOG HARIAN KANAK-KANAK TASKA
1. Log harian kanak-kanak adalah satu buku log yang mengandungi catatan
yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan juga aktiviti pembelajaran kanak-
kanak sepanjang berada di TASKA.
2. Buku Log Harian Kanak-Kanak mengandungi bahagian yang perlu diisi oleh
ibubapa dan sebahagian lain yang perlu dicatatkan oleh pengasuh/pendidik
di TASKA.
3. Buku log juga bertujuan untuk melibatkan ibu bapa dalam konteks
mengambil tahu perkara yang berlaku kepada anak-anak mereka sepanjang
hari di TASKA.
4. Ibu bapa perlu mencatatkan mengenaikan kedatangan anak-anak, barang
keperluan dan keadaan fizikal anak-anak sewaktu dihantar ke TASKA. Selain
itu ibu bapa boleh memberi komen terhadap catatan tertentu yang ditulis
oleh pengasuh mengenai anak-anak. Secara tak langsung berlakulah
komunikasi bertulis antara ibubapa dan juga pengasuh anak-anak.
5. Pihak pengurusan TASKA pula perlulah memastikan yang buku log ditulis
dengan betul dan jujur.
6. Catatan dalam Buku Log harian Kanak-kanak membantu pihak TASKA
sekiranya berlaku sesuatu salah faham atau kekeliruan di kalangan ibu bapa
mengenai perkara yang berlaku di TASKA UNTUK dijadikan bukti yang kukuh.
LAMPIRAN 1
LOG HARIAN TASKA
LAMPIRAN 2: LATIHAN URUS DIRI
(TASKA PERMATA KEMAS KUALA TOMANI, TENOM)

LATIHAN URUS DIRI

Anda mungkin juga menyukai