Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN DI TASKA SI MOLEK

1. Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas , membawa permainan dan


makanan dari rumah.

2. Sekiranya kanak-kanak menghidapi penyakit berjangkit seperti campak , sakit


mata, cirit birit dan penyakit lain yang berjangkit, kanak-kanak tidak dibenarkan
datang ke taska.

3. Jika berlaku sebarang kemalangan di dalam taska , pihak taska berhak membawa
dahulu kanak-kanak ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
lanjut.Pembiayaan bagi segala kos rawatan hendaklah ditanggung oleh ibubapa.

4. Ibubapa tidak digalakkan berada di dalam kawasan taska semasa waktu penjagaan.

5. Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum 5hb setiap bulan.

6. Yuran pendaftaran setiap kanak-kanak adalah RM 50.Yuran ini hendaklah dibayar


semasa pendaftaran awal kanak-kanak ke taska

7. Yuran bulanan kanak-kanak :


2 bulan – 2 tahun : RM250 seorang ( sepenuh hari )
RM200 seorang ( separuh hari )
2 tahun 1 bulan – 4 tahun : RM200 seorang ( sepenuh hari )
RM150 seorang ( separuh hari )
4 tahun 1 bulan – 6 tahun : RM180 seorang ( sepenuh hari )
RM150 seorang ( separuh hari )
Kanak-kanak transit (5 tahun ke atas ) : RM150 seorang (tidak termasuk hari sabtu)

8. Sekiranya kanak-kanak daripada 1 keluarga lebih dari seorang anak ,bayaran


adalah seperti berikut:
2 Kanak-kanak : diskaun 5%
3 Kanak-kanak : diskaun 10%
4 Kanak-kanak : diskaun 15%

9. Sekiranya waktu penjagaan lebih daripada pukul 6 petang, caj penjagaan tambahan
dikenakan RM4 bagi 1 keluarga.

10. Taska ditutup setiap Sabtu minggu pertama sahaja , cuti umum dan cuti hari Ahad.

11.Taska dibuka dari pukul : 7.00 pagi – 6.00 petang ( hari Isnin – Jumaat )
: 7.00 pagi – 2.00 petang ( hari Sabtu )

PENGUSAHA TASKA SI MOLEK

Anda mungkin juga menyukai