Anda di halaman 1dari 1

PROJEK KUIH DONAT

Tarikh : 19 Mei 2017 (Jumaat)


Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Sasaran : Semua murid PPKI
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup – Masakan
BBM : Tepung, gula, yis, marjerin, susu, improver, telur, minyak masak

Objektif:

i. Memberi kemahiran dalam bidang keusahawanan (bakery) kepada


murid-murid berkeperluan khas
ii. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid

Aktiviti PdP:

1. Murid diterangkan kaitan tepung dengan kuih dan sama-sama memberi


pandangan.
2. Murid ditunjukkan barang-barang yang diperlukan untuk membuat kuih
donat.
3. Murid-murid mencatat bahan yang digunakan untuk membuat kuih donat.
4. Murid melihat guru membuat demonstrasi cara-cara membuat kuih donat,
iaitu menguli, mengadun, membentuk.
5. Murid duduk dalam kumpulan dan diagihkan dengan bahan-bahan yang
digunakan untuk membuat donat.
6. Murid ditekankan dengan nilai kebersihan ketika proses menyediakan
makanan.
7. Murid dibimbing oleh guru untuk menggoreng donut dengan api kecil,
kemudian angkat dan diamkan donut hingga dingin.
8. Murid menabur gula halus di atas donut dan menghiaskan donut dengan
bahan yang disediakan oleh guru.

Impak/Refleksi:

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai