Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

TERAPI CARA KERJA BOLING


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
TAHUN 2019

Tarikh:
18 SEPTEMBER 2019 (RABU)

Tempat:
OLE-OLE BOWLING, MYDIN SEREMBAN 2,
NEGERI SEMBILAN

1.0 Pendahuluan
Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002) mendefinisikan terapi cara kerja ialah latihan
aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah
ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal
pada semua peringkat umur.

2.0 Matlamat
Antara kepentingan terapi cara kerja adalah seperti membantu seseorang menguasai kemahiran
motor halus dengan lebih baik, meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu
dengan otot-otot kecil dan meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah
ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua
peringkat umur. Terapi boling ini membolehkan murid PPKI menguruskan kehidupan seharian
dengan baik dan berdikari. Di samping itu, mereka juga dapat merasai keseronokan bermain
boling apabila pertandingan boling dijalankan pada masa yang sama.

3.0 Objektif
a. Memperkembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas dalam semua bidang
kurikulum dan kokurikulum.
b. Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi dalam diri murid
berkeperluan khas.
c. Mewujudkan kemahiran interkasi dan komunikasi sosial dalam komuniti yang lebih
berkesan di kalangan murid berkeperluan khas.
d. Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan.
e. Memberi peluang pendidikan seimbang dan sama rata kepada murid pendidikan khas
melalui aspek keutuhan mental dan fizikal serta menjana kekuatan serta potensi sedia
ada.

4.0 Tarikh, Masa & Tempat

Tarikh : 18 September 2019


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Ole-Ole Bowling, Mydin Seremban 2

5.0 Sasaran
3 orang murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

1
6.0 Jawatankuasa Program
Pengerusi : Pn. Fatimah Bt. Ab Kadir
(Guru Besar SK Padang Lebar)
Naib Pengerusi : En. Rosli B. Shamsudin
(GPK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : En. Khairul Afifi B. Mohamad

Bendahari : Pn. Joo Chai Pei


AJK : Pn. Ruzana Bt. Shamsudin

7.0 Tentatif Program


Masa Aktiviti
8.00 pagi Bertolak ke Ole-Ole Bowling, Mydin
Seremban 2
9.00 pagi Tiba di Ole-Ole Bowling
Taklimat daripada penyelaras program
10.00 pagi Terapi boling & pertandingan boling
dimulakan pada masa yang sama
12.30 tengah hari Penyampaian hadiah
1.00 petang Makan tengah hari
2.00 petang Bertolak balik ke sekolah
3.00 petang Tiba di sekolah

8.0 Sumber Kewangan


Wang PCG (Bantuan ko-kurikulum)

9.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
1. Bayaran permainan RM 14.60 x 3 orang RM 43.80

2. Makanan & minuman


Sarapan RM 3.60 x 3 orang RM10.80
Makan Tengahari RM 8.90 x 3 orang RM 26.80
Air Mineral RM 1.40 x 3 orang RM 4.20

Jumlah RM 85.60

2
10.0 Penutup

Diharapkan terapi boling kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Adalah menjadi
harapan kami supaya kelancaran pelaksanaan program ini dapat memberi pengalaman bermakna
kepada semua pihak di samping dapat memberikan persediaan dari segi ketahanan fizikal dan
mental dalam menghadapi cabaran, membantu mengembangkan aspek-aspek rohani, intelek,
jasmani dan emosi murid.

Disediakan oleh,

............................
(KHAIRUL AFIFI B. MOHAMAD)
Penyelaras Program
SK Padang Lebar.

Disahkan oleh:

...........................................
(FATIMAH BT. AB KADIR)
Guru Besar
SK Padang Lebar.

Anda mungkin juga menyukai