Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBU BAPA, PENJAGA DAN


GURU
SK PENGKALAN RINTING,
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

1.0 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa adalah agen utama dan yang pertama mesti
memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab mengasuh, mendidik mengajar serta
membimbing anak-anak untuk menjadi pewaris pelapis kepada generasi yang cemerlang
ilmu dan akhlaknya di dunia dan di akhirat. Sekaligus membentuk anak-anak yang bukan
sahaja boleh dijadikan cermin generasi tetapi juga sebagai pejuang kepada amar makruf
dan nahi mungkar, bahkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Peranan ibu bapa dalam
membentuk generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat,
tidak terbatas dalam lingkungan rumah tangga semata-mata, tetapi termasuk juga urusan
pembelajaran anak-anak. Justeru itu, ibubapa, penjaga perlu sama-sama pihak sekolah
untuk menggambeleng tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan anak-anak
mendapat pendidikan dan didikan semaksimum mungkin demi kecemerlangan UPSR
khususnya dan menghadapi dunia yang penuh pancaroba kini dengan cemerlang amnya.

2.0 Rasional

Peranan ibubapa amatlah diharapkan untuk bersama-sama dengan pihak sekolah


terutamanya pihak pentadbir dan guru-guru tahun 6 dalam memastikan para pelajar tahun
6 hadir ke sekolah pada setiap hari dan menerima pembelajaran dengan baik dan
berkesan. Ini kerana, tugas guru hanya terhad di sekolah sahaja manakala apabila berada
di rumah tugas tersebut perlu dipikul oleh ibubapa penjaga untuk memastikan pelajar-
pelajar tidak mengabaikan pelajaran mereka.

3.0 Objektif

i. Membentuk pemuafakatan dan kerjasama yang cemerlang antara


pihak sekolah dan ibubapa penjaga untuk kecemerlangan UPSR
2018.
ii. Supaya dapat menyampaikan maklumat terkini berkaitan
pembelajaran anak-anak terus kepada ibubapa penjaga supaya
dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak dari
semasa ke semasa.
iii. Pelajar-pelajar akan menyatakan ikrar dan berazam untuk
berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh di hadapan ibubapa
penjaga sendiri.
iv. Pelajar-pelajar akan lebih fokus dan bermula lebih awal bagi
menghadapi UPSR.
4.0 Sasaran
Ibubapa penjaga dan Pelajar Tahun 6

5.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Bilangan Harga Jumlah


murid
1 Sarapan Pagi 116 RM 3.00 RM 348
2 Air Mineral 116 RM 1.00 RM116
3 Makan tengah Hari 116 RM 5.00 RM 580
4 Air Oren 116 RM 1.00 RM 116
Jumlah RM 1160

6.0 Tarikh dan Masa

Tarikh : 4 Februari 2018 (AHAD)


Masa : 10.30 Pagi

7.0 Tempat

Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting

8.0 Ahli Jawatankuasa (Rujuk Lampiran )

9.0 Tentatif program (Rujuk Lampiran)

10.0 Penutup

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat


sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga
dengan pogram yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini memberi impak
yang positif kepada semua peserta.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

........................................... .........................
.................
EN. AZRI B ABD. RAZAK
GPK HEM, SK PENGKALAN
RINTING
81200 TAMPOI, JOHOR
BAHRU

Disahkan Oleh,

......................................
PN.NORLIA BT MOHD RAMLI
GURU BESAR, SK PENGKALAN RINTING
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

Lampiran

Ahli Jawatankuasa Program

Penaung : Pn Norlia Bt Mohd Ramli


(Guru Besar SK Pengkalan Rinting)

Pengerusi : En Azri Bin Abd Razak


(GPK Hem)

Naib Pengerusi : Pn Kamariah Bt Mohd Jazuri


(GPK Kurikulum)

En. Md. Yusoff bin Ahmad


(GPK Koko)

Pn. Zaharah Bt Ali


(GPK Petang)

Penyelaras : En Hasdi Bin Daud

Setiausaha : Pn Norazura Bt Deraman


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Pendaftaran : Semua Guru Kelas

Jamuan Ibu Bapa/ Murid : Cik Khairus Bt Harun


/Kawalan Murid : Pn Surya Bt Sudin
Pn Norashikin Bt Layman
Pn Thavamani a/p Semposothy
Pengacara Majlis : Pn Norafani Bt Abd Samad

Bacaan Doa : Ustaz Mohd Azizan Bin Mamat

PA Sistem : En Nor Afifi Bin Mohd Tahir

Persiapan Tempat : En Gobi Krishnan


: En Md Zuhairi B. Md Saiian
: En. Mohd Shah Reza B Abd Razak
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA,
PENJAGA DAN GURU
SK PENGKALAN RINTING,
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

ANJURAN BERSAMA:
Unit Bimbingan & Kaunseling
& AJK Tahun 6

TEMPAT :
DEWAN
SK PENGKALAN RINTING

TARIKH :
4 FEBRUARI 2018
(AHAD)
MASA:
10.30 PAGI
TENTATIF PROGRAM

10.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/ Penjaga


10.15 pagi : Bacaan Doa
10.20 pagi : Tayangan Video

10.30 Pagi : Ucapan dan Taklimat Guru Besar


Pn Norlia Bt Mohamad Ramli

11.30 Tengah Hari : Pembentangan Program Oleh Penyelaras


Tahun 6
En Hasdi B Daud

12.45 Tengah Hari : Ikrar Akur Janji Murid Tahun 6

1.15 Tengah Hari : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai