Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KEIBUBAPAAN

1. PENGENALAN
Sekolah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan yang berperanan sebagai
perantara antara ibu bapa pelajar dan guru dalam menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak
boleh wujud secara bersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
memastikan kejayaan akademik kerana tanpa kerjasama sebegini boleh menjejaskan kejayaan
dan perkembangan individu anak di samping dapat mengatasi masalah-masalah yang
dilakukan oleh pelajar dan dapat membentuk pelajar kepada modal insan yang berguna kepada
masyarakat, bangsa dan Negara.

2. RASIONAL

Dalam menghadapi abad ke 21, cabaran dunia pendidikan semakin mencabar. Salah
satu daripada masalah keruntuhan dan kemerosotan akhlak di kalangan remaja pada hari ini
adalah disebabkan oleh faktor pendidikan keluarga. Ibu bapa yang kurang ilmu pengetahun dan
kesedaran terhadap pendidikan anak-anak menyumbang kepada keruntuhan dan kemerosotan
tersebut. Justeru itu peranan ibu bapa harus diletakkan pada landasan yang benar dan
berfungsi secara proaktif. Demi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, maka program seumpama ini harus dijalankan agar ia dapat
memberikan satu alternatif dalam tatacara pendidikan anak-anak yang lebih mantap dan jitu.

3. MATLAMAT
Diharapkan dengan adanya program seumpama ini ia akan dapat memberikan
pendedahan dan kesedaran di kalangan para ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak
mereka di samping melonjakkan pencapaian yang terbaik dalam UPSR.

4. OBJEKTIF
4.1 Untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan dan pendidikan anak-anak.
4.2 Untuk membantu ibu bapa dalam menangani masalah yang dihadapi oleh anak-
anak.
4.3 Untuk memberikan pendedahan tentang ciri-ciri ibu bapa mithali.

5. SASARAN : Ibu bapa dan semua murid Tahun 6

6. TARIKH PERLAKSANAAN : 07 Februari 2015 (Sabtu)


7. TEMPAT : Dewan Lestari, SK Seafield 3

8. NAMA PENCERAMAH : En. Khairuddin bin Mohd Amin (Penolong Kanan Petang), SMK
Rawang )

9. ANGARAN PERBELANJAAN:

Makan dan minum (murid) RM1.00 x 150 orang = RM 150.00


Saguhati penceramah- = RM 200.00

JUMLAH RM 350.00

Sumber Perbelanjaan : Wang SUWA

10. TENTATIF PROGRAM:

MASA PROGRAM
7.30 – 7.45 pg Pendaftaran
8.00 – 8.15 pagi Ucapan Guru Besar (Pn. Tee Seok Tin)
8.15 – 10.00 pg Ceramah oleh : En. Khairuddin bin Mohd Amin
(Penolong Kanan Petang, SMK Rawang )
10.00 – 10.30 pg Bacaan Ikrar Murid
Majlis Menandatangani Aku Janji Murid

10. PENUTUP
Semoga dengan adanya program seumpama ini ianya akan dapat membantu ibu
bapa mempertingkatkan kemahiran keibubapaan dalam membentuk perkembangan
anak-anak yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………….. ……………………………………..
(Maria Binti Mamat) (Tee Seok Tin)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Besar,
SK Seafield 3, Subang Jaya, SK Seafield 3, Subang Jaya,
Selangor. Selangor.
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT
PN. TEE SEOK TIN
(GURU BESAR)

PENGERUSI
PN. ROSNI BT ISMMAIL
(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
PN. NOR MUNIFAH BT MAZLAN
(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
PN. MARIA BT MAMAT

PENYELARAS
PN. PERAMASWARY A/P RAJAGOPAL
.
AJK

URUSETIA PENDAFTARAN
PN. FATIMAH BT KADIR
PN. NOR HAFIZAM BT ABDUL SAMAD
PN. HAIRANI BT YAKIM
EN. ZAINAL B. MOHAMAD HASHIM

KAWALAN MURID
EN. MUHAMMAD OMAR B. OTHMAN
EN. AZMER HISYAM B. AZMAN
EN. MOHD NAJIB B. SULAIMAN
PN. ANNA THERESSA A/P ARULANATHAN

BACAAN DOA
FAIZAL BIN DERAMAN

PENGACARA MAJLIS
PN. MARIA BINTI MAMAT

PERSIAPAN DEWAN
PN. MUHAINI BT CHE MOHAMED
PN. NORAINI BT. MUSTAPHA
NORHAFIZAM BINTI MOHD NOR
PN. NUR ANNISAK BT. ISHAK

PA SISTEM
EN. RAJA FIRDAUS B. RAJA SULAIMAN
EN. AHMAD SYARIFUDDIN B. ABD LATIF
EN. MUHAMMAD SHAKIR BIN MAT SHAH

DOKUMENTASI
PN. MARIA BT MAMAT
PN. ZAKIAH BT OMAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3, USJ 8
47610 SUBANG JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA
PROGRAM KEIBUBAPAAN
TAHUN 6
TARIKH:

7 FEBRUARI 2015

TEMPAT:

DEWAN LESTARI,
SK SEAFIELD 3

ANJURAN:
JAWATANKUASA TAHUN 6
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai