Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT ENAM

45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN


BBA 6007 TEL: 03 32243953 FAX: 03 32243953

CADANGAN KERTAS KERJA


MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG CANTIK DAN CERIA

1.0 NAMA PROGRAM


“Persekitaran Sekolah yang Cantik dan Ceria .”

2.0 RASIONAL
Sekolah rendah merupakan medan awal yang membantu mendidik, mencambah
dan membawa anjakan paradigma kepada anak didik. Ia juga merupakan tempat
yang dapat mencetus idea, merangsang pemikiran baharu dan membangun cara
bertindak yang positif. Oleh yang demikian, persekitaran sekolah yang ceria dan
kondusif dipercayai dapat menjadi wahana mencapai hasrat murni tersebut.

Jika pengajaran dan pembelajaran secara langsung di dalam bilik darjah


dianggap sebagai mempunyai objektif yang spesifik menurut Sukatan Pelajaran
yang telah dicadangkan, maka pengajaran dan pembelajaran tidak langsung di
luar bilik darjah pula membantu memberikan pemahaman dan pengkayaan yang
tentu lebih kukuh dan utuh di dalam minda murid-murid.

Oleh kerana murid berada di sekolah di dalam jangka waktu yang lama,
persekitaran sekolah perlu dicipta dengan tujuan menarik minat agar tidak wujud
kebosanan dengan persekitaran yang sama. Bersesuaian dengan matlamat visi
Sekolah Kebangsaan Enam iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang,
maka hasrat tersebut patut diterjemahkan di persekitaran sekolah yang ceria dan
kondusif agar ia dapat mendorong murid-murid menyumbang hasil tangan
secara positif dan di tempat yang betul. Maka pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah perlu digabungjalinkan dalam suasana persekitaran
yang mendidik.

Bagi memastikan kelancaran program ini beberapa siri perbincangan turut


dirancang bagi mendapatkan idea dan pandangan ramai pihak khususnya
daripada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM. Persatuan ibu bapa dan
guru, Unit Skim Pinjaman Buku Teks, dan Unit PPDa serta rakan-rakan guru.
Diharapkan kertas kerja ini membantu agar program dapat dilaksanakan dengan
baik seperti dirancang.

3.0 MATLAMAT
3.1 Menyemai dan menyemarakkan semangat menyayangi sekolah di
kalangan murid-murid.
3.2 Menanamkan sikap mencintai alam semula jadi yang bersih, indah dan
ceria di dalam jiwa murid-murid.
3.3 Menanam kesedaran bahawa sekolah adalah tempat menuntut ilmu.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif serta menjadi tempat
tumpuan yang boleh menarik perhatian murid dan tetamu yang
mengunjungi sekolah.

4.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda untuk menanamkan
semangat mencintai keindahan dan keceriaan dengan pendedahan
pandangan kepada mata secara dua dimensi.

4.3 Murid dapat berbangga dengan hasil kerja mereka yang dipamerkan di
bangunan sekolah menjadi rujukan kepada murid yang lain dan sebagai
kenangan bila murid meninggalkan alam persekolahan rendah.
5.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 27hb. Mac 2013

Tempat : Tangga bangunan di Blok A, ( Unit SPBT), kaki lima bangunan


Blok A ( Unit PPDa) dan persekitaran sekolah (PIBG)

6.0 SASARAN

Murid – murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Parit Enam

7 .0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA KOS
L
1. Pokok bunga, pasu dan tanah RM 215.00
2. Cat Pelaka, bahan dan alatan melukis dan mewarna. RM 150.00
3. Bahan-bahan untuk lorong PPDa RM 100.00
4. Jamuan/ minuman guru/murid RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 515.00
8.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PENASIHAT
PN. HJH. ZAINAB BT BACHIK
(GURU BESAR)

PENGERUSI
PN. KALSOM BT IDRIS @ SAARANI (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
PN. HJH. FAWZIAH BT DAHLAN (GPK KURIKULUM
EN. MIS MAN B ABD. JALIL (GPK KOKURIKULUM)

PENGURUS PROJEK
PN. HAPIJAH BT RAMLI

SETIAUSAHA
PN RAFIDAH BT OTHMAN

BENDAHARI
TN. HJ. TUGIMIN B NAIL

AHLI JAWATANKUASA
PN. SITI MAISARAH BT BAKIN (KETUA UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS)
EN. MOHD. FADZLI B MUSTAPA @ ANI (KETUA UNIT PPDa)
EN. ABU TARIN B SIMUN (SETIAUSAHA PIBG)
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PERSIAPAN LAKARAN : PN. RAFIDAH BT OTHMAN


PN. SITI MAISARAH BT BAKIN

AJK MEWARNA : PN. HAPIJAH BT RAMLI


TN HJ TUGIMIN B NAIL
PN. ROSNAH BT MOHKTAR

AJK MELABEL/MENAMPAL : EN. MOHD. FADZLI B MUSTAPA @ ANI


EN. MAZLAN B SUDEK
PN. HAMISAH BT IMAS

AJK MENANAM BUNGA : EN. ABU TARIN B SIMUN


PN. ZAINAB BT SHARANI
PN. SHAMSIAH BT HASSAN
EN. HUSSIN B MOHDARI

AJK DOKUMENTASI/PELAPORAN: EN. MOHD. FAZLI ZAMAN B OTHMAN


PN. RODZITAA BT JOHARI

12.0 PENUTUP

Diharapkan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan objektif
program dapat dicapai. Seterusnya diharapkan agar program ini dapat
mewujudkan keakraban, keserasian, silaturrahim di kalangan pihak pentadbir,
guru-guru, kakitangan, AJK PIBG dan murid-murid. Dengan yang demikian,
kejayaan daripada projek ini juga diharap akan menjadi inspirasi bagi murid-
murid menambah ilmu pengetahuan manakala guru-guru dapat meningkatkan
kesedaran berfikir di luar minda agar murid-murid lebih seronok belajar.
Seterusnya wujud pula perpaduan, kesepakatan dan keperihatinan terhadap
program-program sekolah demi kejayaan mencapai sekolah berprestasi tinggi.
Secara tidak langsung projek ini adalah salah satu wadah murid untuk mencari
pengalaman secara terus dan tidak melalui pembelajaran bilik darjah semata-
mata. Diharap hasil usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi persekitaran
Sekolah Kebangsaan Parit Enam.

Disediakan oleh:

...............................................................
(HAPIJAH BT RAMLI)
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Kohort 1 Ambilan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

.........................................
(PN. HJH. ZAINAB BT BACHIK)
Guru Besar,
SK Parit Enam.

Anda mungkin juga menyukai