Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA HARI GURU 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN BINJUL

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan
yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam hidup dan
seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.Ini bertepatan dengan
tema Hari Guru pada tahun ini iaitu“Guru Pembina Negara Bangsa”.Kerjaya suci dan
murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa
jua sekali pun. Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di
kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibubapa.

Hari Pekerja atau HariBuruh pula adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang
diraikan pada1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini
disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa ,secara umumnya ramai yang telah
mengetahuinya dan akan mula disambut secara serentak di seluruh dunia pada setiap 1
Mei. Asas dan tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda memperingati
para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan social negara. Di
Malaysia, tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah“ Pekerja Pemangkin Transformasi
Negara ”.

Bagi merai dan membalas jasa guru-guru serta para pekerja SK Binjul, Kelab Kebajikan
Guru dan Pekerja tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Guru dan Hari
Pekerja peringkat sekolah pada 16 Mei 2019.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama SambutanHari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah 2019 adalah
untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru serta para pekerja SK Binjul di samping
dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga SK Binjul.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru dan para pekerja SK Binjul sempena Sambutan Hari Guru
pada 16 Mei dan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun.

3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru dan pekerja yang


Mencurahkan bakti di SK Binjul.

3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru-guru Dan
pekerja.

3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru,pekerja Dan


murid-murid SK Binjul.
4.0 TEMA

Tema Hari Guru : “Guru Pembina Negara Bangsar”.

Tema Hari Pekerja : “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara ”.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Mei 2019

Hari : Selasa

Masa : 8.00pagi – 1.00 tengah hari

Tempat : Kantin SK Binjul

6.0 ANJURAN

Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja SK Binjul

7.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : EN. MOHD ZUKI B. ABDULLAH


(Guru Besar SK Binjul)

NAIB PENGERUSI : PN. SANISAH BT IBRAHIM


(GPK Tadbir dan Kurikulum)

EN. MOHD RIDZUAN B. MOHD YUSOF


(GPK Hal Ehwal Murid)

EN. SABRI B. OTHMAN


(GPK Ko-Kurikulum)

PENYELARAS : EN. NUR IKHWAN B. NORDIN


SETIAUSAHA : PN. RAFIDA BT ABDUL RAHMAN

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BACAAN DOA AJK PA SISTEM /


EN. NURIKHWAN B. NORDIN SIARAYA
EN. GHAZALI B. MOKHTAR
JURUACARA EN SABUDIN B. ABDUL HAMID
EN. NURIKHWAN B. NORDIN
PERSEMBAHAN GURU
AJK BUKU PROGRAM EN. MOHD SHAHMAN B. MOHAMED
PN. KHAIRUL ASMIZAR BT RIGUAN
PERSEMBAHAN MURID
AJK JURUKAMERA PN. KASMALIZA BT KASSIM
PN NORFAUZIAN BT ABD RAHIM PN. NAFISAH BT CHE SU

AJK DOKUMENTASI KAWALAN MURID/ KESELAMATAN


PN ZURIANI BT ABDULLAH PN. RATHIKA A/P NARAYANAN
EN. MOHD SHAHMAN B. MOHAMED
AJK PERSIAPAN DEWAN AJK HADIAH/ CENDERAHATI
EN. NASHIRON B. HASHIM EN. NASHIRON B. HASHIM
EN OTHMAN B. AYOB PN. NORFAUZIAH BT ABD RAHIM
PN ABIDAH BT MURAT
PN. ROGAYAH BT HARUN

JAMUAN GURU/ MURID KEK HARI GURU


PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK PN. FARIDAH BT ABDULLAH
PN. JAMALIAN BT ABD RAZAK
9.0 ATURCARA MAJLIS

07.45 pagi : - Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan

08.10 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Nur ikhwan b. Nordin

08.15 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

08.25 pagi : Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran oleh Pn Sanisah bt Ibrahim

08.40 pagi : Bacaan Perutusan Pengarah KPM oleh Pn. Faridah bt Abdullah

08.50 pagi : Ucapan Wakil Murid – Mohd faiq Atif b. Shahrul Nizam

09.15 pagi : Ucapan Perasmian Hari Guru

09.30 pagi : Lafaz Ikrar oleh Warga Pendidik SKB diketuai oleh En. Ghazali b. Mokhtar

09.40 pagi : Nyanyian Lagu Guru Malaysia


: Nyanyian Lagu Tema
: Nyanyian Lagu Negaraku

10.00 pagi : Rehat

10.40 pagi : Berkumpul semula di kantin

10.45 pagi : Aktiviti untuk guru bermula (Sukaneka dan Persembahan)

12.15 t/hari : Penyampaian hadiah


- Cenderahati Hari Guru
- Anugerah Kepada Guru
- Pemenang Acara Sukaneka

1.00 t/hari : Murid bersurai ( diberi makanan yang telah dibungkus)


Jamuan Makan untuk Guru dan Staf
10.0 Perbelanjaan

Perkara Kuantiti/Unit Harga (RM)/Unit Jumlah (RM)

1) Makanan dan 181 RM 3.00 RM 3 x 181


minuman murid = RM 543

2) Makanan guru dan staf 30 RM 5.00 RM 5 x30 = RM 150


3) Hadiah untuk guru dan 21 RM 20.00 RM 20 x 21 = RM 420
staf
4) Beg kertas 21 Rm 1.50 RM1.50 x 21 = RM31.50

Jumlah keseluruhan = RM 543 + RM 150 + RM 420 + RM 31.50

= RM 1144.50

PENUTUP

Adalah diharapkan segala perancangan yang telah diatur dapat dilaksanakan sebaik
mungkin bagi memastikan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya. Oleh itu,
kerjasama dan komitmen serta sokongan yang padu daripada semua pihak amat penting
bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

................................... ………………………..

(PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK) (EN SABRI B> OTHMAN)


SETIAUSAHA KOKURIKULUM GPK KOKURIKULUM
SK BINJUL SK BINJUL

Anda mungkin juga menyukai