Anda di halaman 1dari 4

CARTA PAI

PROGRAM TV KEGEMARAN PELAJAR IPGKKB

BERITA SUKAN DRAMA BERSIRI LAPORAN EKONOMI HIBURAN MOVIE LAIN-LAIN

PROGRAM TV KEGEMARAN PELAJAR IPGKKB BERITA SUKAN DRAMA BERSIRI LAPORAN EKONOMI HIBURAN MOVIE LAIN-LAIN 3 7 8 1 8 19 4

Rajah di atas merupakan carta pai. Carta pai merupakan salah satu carta statistik yang berguna untuk membandingkan bahagian-bahagian yang berlainan jumlahnya. Carta pai ini sering digunakan untuk membezakan jumlah serta memberikan gambaran yang jelas terhadap bahagian mana yang paling ramai dan bahagian mana yang paling sedikit. Berdasarkan kajian dan soal selidik yang telah dibuat ke atas 50 orang pelajar IPGKKB yang terdiri daripada 22 lelaki dan 28 perempuan, Dapatlah dirumuskan seperti dalam rajah di atas. Program TV kegemaran pelajar IPGKKB telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu berita, sukan, drama bersiri, laporan ekonomi, hiburan, movie dan lain-lain. Berdasarkan kajian dan juga carta pai di atas, bahagian besar sebanyak 38% daripadanya suka menonton movie iaitu sebanyak 19 orang pelajar. Hal ini demikian adalah kerana program berjenis movie ini lebih menarik dan dapat menghiburkan hati para pelajar. Ia berlainan daripada program yang lain kerana aksi dalam movie ini lebih menarik perhatian orang ramai dan tidak membosankan. Drama bersiri dan hiburan merupakan kedua jenis program TV kegemaran pelajar IPGKKB iaitu mempunyai bahagian yang sama banyak, 16% iaitu sama dengan 8 orang pelajar. Drama bersiri ini lebih bersifat naratif dan dapat menarik minat serta perhatian para pelajar. Drama bersiri ini biasanya mengandungi plot-plot yang lucu, kadang-kala akan menyentuh hati penonton. Jika bagi drama bersiri jenis korea, ia sebanyak 20 episod dan tidak akan memakan masa yang lama untuk menonton agar tidak berasa bosan ataupun terlalu cepat habis. Bagi program TV berjenis hiburan pula, ia amat popular kerana dapat menghiburkan hati kita. Apabila para pelajar berasa bosan atau sedih, mereka akan menonton hiburan untuk

melepaskan perasaannya serta bergelak untuk melupakan perkara yang sedih. Bukan itu sahaja, hiburan ini juga lebih bersifat kasual dan tidak perlu berfokus untuk menontonnya. Berikutan dengan itu, sukan berada pada tempat ke-4 dalam program TV kegemaran pelajar IPGKKB iaitu sebanyak 14% dan sama dengan 7 orang pelajar. Hal ini dapat dibuktikan dengan pertandingan badminton yang berlangsung pada kebelakangan ini. Sebahagian pelajar yang tinggal di asrama berkumpul di bilik TV untuk menyaksikannya kehebatan Lee Chung Wei berlawan dengan Lin Dan. Program sukan ini juga lebih disukai oleh pelajar lelaki jika berbanding dengan pelajar perempuan. Seterusnya, program TV yang lain-lain jenis mengandungi bahagian sebanyak 8% iaitu sama dengan 4 orang pelajar. Berdasarkan soal selidik, lain-lain ini mengandungi jenis penyiasatan, animasi/kartun, alam sekitar dan solekan. Hal ini demikian adalah kerana setiap orang mempunyai minat yang tidak sama dan tidak dapat disenaraikan semua dalam borang soal selidik. Yang berada pada kedudukan kedua akhir ialah berita yang sebanyak 6% sama dengan 3 orang pelajar. Hal ini bermakna para pelajar IPGKKB kurang minat dalam berita harian yang berlaku dalam masyarakat kita. Mereka lebih suka menonton program-program TV yang lebih berunsur perasaan berbanding dengan kenyataan ataupun fakta. Sebenarnya berita ini amat bermakna dan perlu ditonton kerana kita merupakan sebahagian daripada masyarakat ini dan perlu mengemas kini maklumat seharian untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita semua. Program TV yang mendapat paling sedikit pelajar menonton ialah program laporan ekonomi yang mengandungi 2% sama dengan seorang pelajar sahaja. Hal

ini adalah kerana para pelajar sekarang menganggap laporan kewangan ini bosan dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. Program ini juga bersifat formal dan bercakap sepanjang masa. Secara rumusannya, majoriti pelajar IPGKKB ini lebih minat dalam program movie, drama bersiri dan hiburan manakala kurang berminat dalam berita harian dan laporan kewangan yang dianggap lebih bosan.

Anda mungkin juga menyukai