Anda di halaman 1dari 18

Penghargaan Pertama sekali ,saya ingin melahirkan asa syikur ke hadrat Ilahi di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya.

Alhamdulillah,Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham,kurnia dab petunjuk yang telah dianugerahkan-Nya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMK Abu Bakar Al-Baqir , Encik Abdul Khadir Jalani Bin Mohamad yang banyaj member sokongan kepada para pelajarnya. Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada Encik Radian Bin Jili selaku guru matapelajaran sejarah yang banyak membantu,membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Pahim Bin Ishak dan Hasemah Binti Hamzah kerana membantu saya dari segi kewangan dan pengangkutan untuk ke lokasi kajian. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua yang banyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung.

Objektif Kajian Melalui Kajian ini saya dapat : 1.Mengetahui dan memahami produk tempatan kuih peneram asku yang terdapat di tempat kajian.Melalui kajian ini saya dapat melihat proses penghasilan produk yang menggunakan bahan mentah setempat bagi mendapatkan kualiti produk yang terbaik sebelum dipasarkan kepada masyarakat.Penghasilan produk ini telah mempelbagaikan lagi khazanah makanan tempatan. 2.Mengikuti perkembangan muktahir tentang perkembangan produk tempatan kuih peneram asli .Sejajar dengan perkembangan masa produk tempatan haruslah bertahan dari ancaman produkproduk asing yang meminggirkan nilai-nilai tradisional.Melalui kajian ini saya melihat potensi produk tempatan untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas di masa yang akan datang selain memupuk perasaan belilah barangan tempatan. 3.Kajian ini juga membolehkan saya mempraktikkan kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan mencatat maklumat berkenaan dengan tajuk produk tempatan kuih peneram asli yang dikaji.Kemahiran yang diperolehi ini banyak meningkatkan keyakinan saya untuk menghasilkan kajian yang baik tentang produk tempatan yang dikaji. 4.Akhir sekali,kajian ini member kesempatan kepada saya untuk menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah PMR 21/2 pada tahun 2012 dengan jayanya.

Kaedah Kajian

1.Membuat Rujukan di Perpustakaan Saya telah membuat rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian tentang produk tempatan yang terdapat di Malaysia dan kawasab sekitar.Kajian kepustakaan dijalankan di perpustakaan SMK Abu Bakar Al-Baqir,perpustakaan awam Bagan Serai dan Taiping.Banyak maklumat yang berjaya saya perolehi daripada buku-buku ilmiah,ensiklopedia,majalah dan akhbar. 2.Melawat ke Tempatan Kajian Saya juga telah membuat lawatan ke tempat kajian untuk meninjau lokasi dan tempat pengusaha produk tempatan itu beroperasi di (alamt).Kunjungan ke tempat kajian membolehkan saya melihat sendiri proses penghasilan produk,langkah-langkah kawalan mutu oleh pengusaha sehingga produk tersebut siap untuk dipasarkan.Lawatan ke tempat kajian telah dilakukan pada(tarikh) untuk itu beberapa keeping gambar telah saya rakamkan sebagai bukti lawatan tersebut telah dibuat. 3.Melayari internet Sejajar dengan perkembangan terkini saya juga telah menggunakana kemudahan ICT seperti internet untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang berguna bagi menyempurnakan kajian saya tentan penghasilan produk temaptan.Maklumat yang diperolehi dengan capaian yang mudah dan pantas di laman-laman sesawang IKS . 4.Membuat Temubual dengan Pengusaha Saya juga telah mengadakan temubual secara langsung dengan pengusaha produk tempatan yang saya kajian(nama) yang mengusahakan kuih peneram asli.Temubual ini telah diadakan di (alamat) pada (tarikh) Saya telah menyiapkan soalan temubual terlebih dahulu berdasarkan tajuk dan skop soalan kerja kursus yang dibekalkan .Temubual ini member manfaat yang banyak

untuk kajian saya memandangkan banyak perkara dapat diketahuihasil pertemuan dan perbualan terud dengan pengusaha sendiri.

6. HASIL KAJIAN 6.1 MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN Nama produk :KUIH PENERAM ASLI. kategori: pencuci mulut untuk santapan petang atau minum pagi. Kuih ini diusahakan secara komersial Lokasi : NAB INDUSTRI ENTERPRISE, NO. 3, Bangunan K-EDAR, Batu 10 Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. NAB INDUSTRI ENTERPRISE terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Bagan Serai. Pemilik: Puan Nor Azizah Binti Amri seorang ibu muda yang bersemangat waja, kreatif dan sentiasa memandang ke hadapan iaitu berusia 40tahun.

6.2 LATAR BELAKANG 6.2.1 Sejarah Kewujudan NAB INDUSTRI ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 16 JANUARI 2008.Pada peringkat awalnya, Puan Nor Azizah menjadikan rumah kediamannya sebagai tapak operasi perniagaannya.Pada bulan September 2009, NAB INDUSTRI ENTERPRISE telah berpindah ke. NO. 3, Bangunan K-EDAR, Batu 10 Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. Tempat ini telah menjadi tapak operasi perniagaan NAB INDUSTRI ENTERPRISE . 6.2.2 Punca Dan Jumlah Modal

Pada peringkat awal perniagaan ini hanya bermodalkan wang tunai sejumlah RM3 500. Punca modal adalah dari tabungan sendiri oleh Puan Norazizah. Hasil titik peluh beliau yang begitu gigih, kini modal perniagaan beliau telah mencecah RM 110,000.000. 6.2.3 Pendaftaran Perniagaan NAB INDUSTRI ENTERPRISE didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, iaitu sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal. 6.2.4 Tujuan/ Kepentingan Produk Produk utama yang diusahakan oleh perusahaan ini ialah kuih peneram asli. Kuih ini adalah sejenis kuih yang diwarisi dari nenek moyang orang Melayu, sejak zaman berzaman. Rasanya sedikit manis, lembut dan sedap. Lebih tepat lagi ia adalah sejenis kuih tradisional warisan Melayu yang mesti dipertahankan keasliannya, kerana kuih ini melambangkan tradisi makanan orang Melayu. Kuih ini amat sesuai dimakan sewaktu minum petang, minum pagi atau ketika bersantai. 6.2.5 Keistimewaan / Keunikan Produk Produk ini mempunyai keunikan atau keistimewaan tersendiri iaitu adunannya akan menjadi lebih elok jika ia diperam selama beberapa hari sebelum dimasak atau digorang. Rasanya akan menjadi lebih sedap dan kerja menggorengnya juga lebih mudah dan ringkas kerana kuih tidak akan hancur ketika ia digoreng. 6.3 KAEDAH/CARA PENGHASILAN 6.3.1 Tenaga Kerja Tenaga kerja tetap yang terlibat ketika menghasilkan produk ini ialah seramai 3 orang. Walaau bagaimanapun ada juga waktunya dimana tenaga kerja tambahan diperlukan terutamanya ketika

tibanya musim perayaan. Pada kebiasaannya, Puan Nor Azizah juga mengupah sanak saudara yang terdekat atau ahli keluarganya untuk membantu. 6.3.2 Senarai Bahan Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kuih Peneram Asli: # TEPUNG GANDUM # TEPUNG BERAS # GULA PUTIH # GULA MERAH # MINYAK UNTUK MENGGORENG # AIR 6.3.3 Senarai Peralatan Senarai peralatan yang diperlukan semasa menyediakan kuih pula ialah seperti berikut : # MESIN PENGADUN TEPUNG # ACUAN (BULAT) # KUALI 6.3 4 Proses Penghasilan Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan kuih Peneram Asli : Langkah 1 : Campurkan gula putih dan gula merah dan panaskan bersama dengan air. Langkah 2 : Setelah kesemua gula telah cair atau masak, masukkannya ke dalam adunan tepung gandum dan tepung beras di dalam mesin pengadun. Langkah 3 : Adun semua campuran sehingga sebati.

Langkah 4 : Adunan yang telah sebati diperam selama beberapa hari (utk. mendapatkan hasil yang lebih baik). Langkah 5 : Adunan dikeluarkan dan ditempa menggunakan acuan. Langkah 6 : Panaskan minyak dalam kuali. Langkah 7 : Aduanan yang telah ditempa di goreng apabila minyak telah panas. Langkah 8 : Apabila kuih telah agak garing sedikit, angkat dan toskan. 6.3.5 Langkah-Langkah Kawalan Mutu Bagi memastikan mutu produk yang dikeluarkan sentiasa baik dan berkualiti,langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian : # Memastikan sukatan atau timbangan bahan yang digunakan adalah tepat. # Menjaga kebersihan bahan, peralatan dan kawasan tempat pemprosesan produk. # Memastikan bahan yang digunakan dalam pengeluaran adalah sentiasa bermutu dan berkualiti. # Memastikan pembungkusan produk yang bersih dan menarik. 6.4 Perkembangan Produk 6.4.1 Rangkaian Pemasaran Pada peringkat permulaan, kawasan pasaran barangan hanyalah di sekitar pekan Bagan Serai sahaja. Produk diedar kepada penjaja dan agen-agen yang dilantik. Produk juga dijual di pasar tani dan pasar malam sekitar Bagan Serai. Walau bagaimanapun, kini rangkaian pemasaran produk ini semakin luas berkembang. Malah pasarannya bukan hanya sekadar di negeri Perak , malah telah menjangkau hingga ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Produk NAB INDUSTRI

ENTERPRISE kini membekal dan memasarkan produknya ke gerai-gerai dan kedai runcit di seluruh negeri Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 6.4.2 Pengiktirafan / Sambutan Daripada Pengguna / Penghargaan Produk NAB INDUSTRI ENTERPRISE telah mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari pengguna, malah juga ia juga telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pertanian Negeri Perak. Buktinya, NAB INDUSTRI ENTERPRISE telah ditawarkan oleh Jabatan Pertanian untuk beroperasi di salah sebuah kedai di Bangunan K-Edar di Bagan Serai. Di situlah perniagaan ini berjalan dan berkembang maju hingga ke hari ini. 6.4.3 Kemajuan Yang Dicapai Kegigihan Puan Nor Azizah dalam mengembangkan perniagaannya telah terbukti membawa pelbagai kejayaan. Beliau banyak terlibat dengan agendaagenda penting seperti Karnival Usahawan Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Seminar Industri Halal Negeri Perak, Program Taklimat Keselamatan Makanan dan lain-lain lagi. Malah produk beliau ini telah merangkul kejayaan cemerlang dalam PERTANDINGAN KUMPULAN WANITA JAYA PERINGKAT KEBANGSAAN tahun 2010., yang mana beliau ketika itu bertanding mewakili KPW Parit Haji Taib, Bagan Serai. 6.4.4 Perancangan Masa Hadapan Pemilik NAB INDUSTRI ENTERPRISE mempunyai perancangan yang baik dan terancang untuk terus memajukan penghasilan produk ini. Beliau berhajat untuk meningkatkan keupayaan pengeluarannya dengan menambah peralatan dan mesin, menambah bilangan pekerja disamping cuba meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada melalui latihan dan kursus, serta meningkatkan kecekapan sistem pengedaran dan dokumentasi. Beliau juga berhajat untuk meluaskan lagi kawasan pasarannya keseluruh

Malaysia dengan cara memasarkan barangannya ke Gedung-Gedung dan Pusat Membeli Belah terkemuka seperti PASARAYA GIANT, MYDIN, TESCO dan KEDAI 7-ELEVEN. Beliau juga akan menyertai program-program EKSPO DAN PAMERAN anjuran Agensi Kerajaan seperti PPK dan FAMA. Satu lagi perancangan beliau yang amat membanggakan ialah NAB INDUSTRI ENTERPRISE berhajat untuk membina kilang sendiri yang mana produknya sentiasa memenuhi piawaian dan pensijilan HACCP, GMP, GHP, ISO dan HALAL.

7. RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya banyak memperoleh pengetahuan dan nilai yang amat berguna. Melaluinya saya mempelajari nilai KESABARAN dan BEKERJASAMA antara rakan seperjuangan. Ini kerana sesuatu kerja yang banyak itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat dengan adanya kerjasama. Sikap antara manusia yang berbeza antara satu sama lain pula mengajar kita untuk lebih bersabar dalam menempuh apa juga cabaran. Melalui kajian ini juga saya dapat memperoleh pengetahuan tentang produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Melalui kajian ini saya sedar betapa pentingnya untuk kita sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan bagi menolong memperkembangkan industri yang telah sedia ada untuk dikekalkan dan seboleh mungkin di perkembangkan. Dengan cara ini kita dapat MENJAGA DAN MENGHARGAI BUDAYA BANGSA sendiri. Penghasilan kerja kursus ini juga telah menyemai sikap SETIA NEGARA dalam diri saya dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan mengetahui tentang produk keluaran Malaysia kita akan menjadi lebih CINTA AKAN BANGSA DAN NEGARA kita sendiri. Kita

sedar betapa rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan mencorakkan pelbagai variasi produk yang unik mengikut kaum masing-masing. Maka dengan itu kita sepatutnya BERSYUKUR kerana dilahirkan SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA. 8. LAMPIRAN KAD PERNIAGAAN Perniagaan Puan Nor Azizah Bt. Amri Gambar menunjukkah adunan tepung yang telah diperap. Mesin penguli yang digunakan semasa menguli campuran tepung. Kerja menggoreng kuih sedang dijalankan. Kuih yang telah siap digoreng dan sedia untuk dijalankan kerja-kerja pembungkusan. Pekerja sedang membuat kuih menggunakan acuan. 9. RUJUKAN 1. Akhbar Nama Akhbar, Tarikh, halaman. 2. Orang Sumber Nor Azizah Binti Amri, 40 tahun, No. 3, Bangunan K-Edar, Batu 10, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. 3. Melawat tempat kajian NAB INDUSTRE ENTERPRISE, No. 3, Bangunan K-Edar, Batu 10, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak. 4. Internet http://www. - 16 ELEMEN 3

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA. Pelancaran kempen tentang belilah barangan buatan Malaysia itu selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen ini dianggap bertepatan dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu. Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan beberapa matlamat seperti faktor kepentingan perusahaan tempatan dan melindungi pengguna. Jesteru, tindakan ini merupakan suatu bentuk TINDAKAN YANG WAJAR yang selari dengan aspirasi negara. Rakyat negara Malaysia banyak mempunyai pilihan produk tempatan. Pendek kata negara kita sudah mampu BERDIKARI dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat . Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagung- agungkan barangan luar. Hal ini sedemikian kerana barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya. Malahan sesetengah produk negara kita dijamin lebih baik dari produk luar. Dalam nada yang sama SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas tindakan kita menyokong menyokong barangan tempatan mampu melahirkan satu rupa bentuk masyarakat yang BERSATU PADU DAN BERHARMONI. Natijahnya kita perlu melakukan perubahan dari segi mentaliti dan sikap untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagung-agungkan barangan luar maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara kita. Justeru, rakyat negara ini wajar berada pada pihak yang PEKA KEPADA MASALAH DAN ISU

TENTANG BANGSA DAN NEGARA. Hanya dengan cara itu sahajalah negara kita akan mencapai taraf hidup yang berkualiti dan masa depan yang gemilang.

Hamisah usahakan kuih tradisional peneram


Oleh : WARTAWAN BERITA HARIAN Tarikh : December 17, 2011

GENERASI muda kini lebih ramai mengambil jalan mudah dengan membeli pelbagai jenis makanan siap di pasaran, daripada mencuba sendiri resipi masakan turun-temurun termasuk mempelajari cara penyediaan kuih muih tradisional.Pelbagai alasan biasa akan diberikan seperti kekangan masa, tidak pandai memasak atau malas mencuba di samping pelbagai pilihan juadah sudah ada dijual di depan mata, maka mereka memikirkan membeli lebih mudah daripada menyediakan.Sekiranya perkara ini dibiarkan, tidak mustahil generasi akan datang mungkin lupa atau tidak tahu langsung cara penyediaan makanan tradisional golongan terdahulu atau juadah popular zaman nenek moyang kita. Namun, hasrat tinggi seorang suri rumah di sini untuk mewarisi pembuatan tradisional agar tidak luput ditelan zaman tetap terlaksana, walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman atau mempunyai keturunan yang mahir

Anda mungkin juga menyukai