Anda di halaman 1dari 8

TEMA: BIOTEKNOLOGI

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN

Soalan:
Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik haiwan, tumbuhan-
tumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan kesan kemajuan bioteknologi
dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia.

Skema: ( 5+0 )
1. Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia
2. Kesan buruk kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia

Pengenalan.
Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi . Maksud biologi
ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu
yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi
merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian ,
perubatan dan kualiti alam sekitar. Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan
ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan
pengklonan sel-sel.

Isi Huraian
Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia
Idea 1-  Kemajuan teknologi ini banyak membantu dalam penyelesaian
Teknologi genetik membantu kes sivil dan kes jenayah di mahkamah
pengenalan identiti seseorang/  Mayat dapat dikenal pasti identitinya melalui ujian terhadap tisu,
Manfaat dalam bidang forensik rambut dan tulangnya.
 Mangsa perang, pembunuhan, kebakaran dapat dikenalpasti.
 Hal ini membantu pihak forensik dan polis dengan menggunakan
teknologi Restriction Fragment Length Polymorphism (RELP)
untuk mendapatkan imej protein berlainan dalam DNA individu.
 Perogol dan penjenayah mudah disabitkan kesalahannya melalui
ujian DNA
 Dalam kes rebutan anak, ujian DNA dapat mengenal pasti ibu dan
bapa kandung dengan tepat
Idea 2-  bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik
Teknologi genetik meningkatkan untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan
taraf kesihatan manusia/ vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat
Menfaat dalam bidang perubatan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik.
 Penyakit jiwa disebabkan faktor genetik
 Kini, genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui
kejuruteraan genetik
 Hal ini dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik
 Contoh: faktor kekurangan hormon pertumbuhan manusia
mengakibatkan kekerdilan. Manusia kerdil berkemungkinan
melahirkan anak yang kerdil juga.
 Manusia kerdil dapat melahirkan anak yang sempurna melalui
manipulasi hormonnya.
 Teknologi genetik juga dapat mengesan gen yang defektif @
yang menyebabkan penyakit genetik seperti hemofilia, anaemia
sel sabit, Taysach dan Talasemia dengan tujuan mengyingkirkan
atau menggantikan gen ini
 Bahan kimia daripada lintah dapat menyembuhkan glaukoma.
 Dapat mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan. Mikroorganisma
telah diubahsuai genetiknya untuk menghasilkan ubat seperti
insulin, antibiotik dan vaksin. Dengan ini, mencegah penyakit
kronik.
 Menghasilkan ubat-ubatan daripada daun, batang dan akar kayu
atau herba (neutralsentikel)
 Manakala dalam terapi gen merawat kanser, gen tertentu akan
disisipkan dalam limfosit bagi menghasilkan proterin tertentu
yang berupaya menyerang sel kanser
 kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-
vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ

Idea 3-  Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan


Memajukan industri pengeluaran kaedah pengawetan makanan .
makanan  Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat
dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara
genetik .
 Penghasilan vitamin dan enzim yang lebih berkualiti
 Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi
sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri
makanan .
 Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini
terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .
 Kesannya, penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara
besar-besaran

Idea 4-  Bahan kumbahan manusia mengancam kehidupan kita


Bioteknologi juga dapat  Kuman pembawa penyakit akan merebak
mengatasi masalah pencemaran  Mikrob kejuruteraan genetik dapat mempercepat pereputan
bahan buangan. Contoh bahan buangan kilang yang bertoksik
 Mikrob menguraikan najis sepenuhnya. Contoh enzim lipase
berupaya untuk mencernakan molekul minyak; gen yang
berfungsi menghasilkan enzim lipase akan dipindahkan ke dalam
DNA bakteria yang kemudiannya akan membiak dan digunakan
untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.
 Mikrob biotek tertentu juga boleh digunakan untuk merawat
najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah
hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik .
 Dengan itu, pencemaran alam dapat di atasi

Idea 5-  “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam


Bidang pertanian badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu
dan penghasilan susu pada lembu dewasa .
 Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang
dibangunkan secara kejuruteraan genetik .
 Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah
terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14
peratus .
 Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan
untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang ,
bunga orkid dan tanaman lain .
 Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan
haiwan perosak dan tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan
perubahan alam sekitar.
 Kawalan virus dan penghasilan imun jangkitan patogen,
contohnya penyingkiran gen yang menghasilkan pembentukan
lapisan ais di bawah permukaan buah strawberi, tomato dan
oren dari sejenis fungus pseudomonas syringae.- buah esotika
yang dihasilkan MARDI mempunyai tempoh matang yang lewat 2
minggu daripada tempoh asal bagi tujuan pengeksportan ke
Eropah.
 MPOB juga menghasilkan minyak kelapa sawit yang monotepu
yang baik untuk kesihatan
Kesan negatif kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia
Idea 6-  Manusia mungkin tidak perlu berkahwin lagi utuk mendapatkan
Sistem kekeluargaan dan sosial zuriat. Bayi tabung uji dapat dilahirkan dengan mudah dan
seseorang perempuan tidak perlu lagi berkahwin untuk
mendapatkan anak.
 Hubungan sesama manusia akan hilang sebagai lambang cinta
antara dua insan. Sebaliknya seks hanya menjadi satu permainan
untuk keseronokan sahaja. Hubungan seks rambang akan
berleluasa

 Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan


Idea 7- genetik ini bukan sahaja digunakan antara spesis tetapi juga
Manusia sebagai bahan ujikaji antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendatangkan
risiko serius.
 Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai ‘tikus
makmal’
 Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa
Idea 8- berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak
Keselamatan dalam proses akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan
biotek tidak dijamin merebak tanpa sempadan.
 Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran
genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan
berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi
(Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in
Malaysia).
 Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul,
Idea 9- pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam
Merosakkan organ dalaman makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan
berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan
pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar
berbanding teknologi nuklear.
 Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah
mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami
pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam
telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap
usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang
diuji.
 Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada
tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi,
terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya.
Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil
termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya
bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai
telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan
ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan
kegusarannya kepada media.

 Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid,


Menyebabkan penyakit dan daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan
kehilangan nyawa luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu
makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada
asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
 Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi
tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar,
L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih
30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat
sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food
and Drug Administration (FDA).
 Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga
Menyebabkan mutasi gen pada mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi
tanaman lain melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut
bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan
berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain

Soalan 2:
Bioteknologi dipercayai boleh membantu manusia menyelesaikan sebahagian masalah dunia. Terangkan
kaedah-kaedah yang digunakan dalam bioteknologi dan usaha kerajaan bagi memastikan bidang ini
berkembang di negara ini.

Skema: (2 +3/ 3 + 2 )
1. Kaedah yang digunakan dalam biteknologi
2 Usaha-Usaha Kerajaan

ISI HURAIAN
Kaedah yang Digunakan dalam Bioteknologi

 Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen-


Idea 1- segmen DNA yang membawa maklumat genetik daripada suatu
Kejuruteraan genetik organisma kepada suatu organisma sasaran yang lain. Secara
ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan
daripada satu spesies organisma hidup dan dimasukkan ke
dalam orgasnisma yang lain.
 Kebaikan kejuruteraan genetik untuk tumbuhan ialah tumbuhan
yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak
 Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam
sekitar.

 Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:


Idea 2- penyelenggaraan organisasi atau perkembangan jisim sel yang
Teknologi kultur tisu tidak tersusun (dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam
medium sintesis).
 Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit daripada
pembahagian sel yang dikekalkan dalam medium agar atau
dalam bentuk ampaian menggunakan medium cecair.
 Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk menghasilkan
suatu tumbuhan anak yang mempunyai ciri tumbuhan induk
yang asal
 Kebaikan kultur tisu ialah dapat mengekalkan ciri tumbuhan
induk yang baik dan dapat menggandakan anak benih tumbuhan
dengan mudah dalam bidang pertanian

 Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada suatu


Idea 3- tumbuhan dalam pembiakan aseks. Misalnya pokok bunga raya,
Kaedah pengklonan tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk
dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis.
 Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan memotong
batang rayap ubi keledek dan menanamkannya. Setelah batang
rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi
keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon
ubi keledek dan mempunyai kod genetik yang sama dengan
pokok induknya.
 Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan belahan umbisi
merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani
sejak zaman dahulu.
 Kebaikan pengklonan ialah Ciri-ciri yang baik pada induk dapat
dipilih dan diwariskan
 bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang
singkat
 menyebabkan tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih
cepat
Usaha-usaha Kerajaan

 Langkah Malaysia menjalin pelbagai usaha sama dengan syarikat


Idea 4- antarabangsa untuk membangunkan bidang itu akan memacukan
Penubuhan Dasar Bioteknologi industri ini sebagai penggerak utama ekonomi negara pada masa
Nasional dan Pusat penyelidikan depan.
 Dasar Bioteknologi Nasional yang diwujudkan April tahun 2006
menjadikan Malaysia sebuah negara dalam rangkaian nilai global
sektor bioteknologi.
 Sebelum ini pun beberapa agensi penyelidikan seperti Institut
Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI),
Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan
Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) sudah lama bergiat
di dalam penyelidikan dan pembangunan menggunakan kaedah
ini.
 Antara hasil penyelidikan itu ialah pengenalan baka padi yang
boleh menambahkan hasil petani daripada sekali setahun kepada
lima kali dalam tempoh dua tahun dan lebih tahan kepada cuaca
dan penyakit.
 Pusat Bioteknologi Felda pula menyediakan kemudahan makmal
untuk menghasilkan anak benih tumbuh-tumbuhan menerusi
kaedah kultur tisu terutama sawit, pisang dan tongkat ali yang
terbesar di dunia. Pusat yang dibina dengan perbelanjaan RM25
juta itu terletak di bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
berupaya menghasilkan sehingga tiga juta anak benih sawit
setahun menerusi kaedah pengklonan bagi keperluan ladang
sawit dalam dan luar negara
 Minat yang ditunjukkan peserta Konvensyen Bio Antarabangsa
Idea 5- 2007 di Boston, Amerika Syarikat terhadap Malaysia adalah
Menyertai konvensyen petanda baik betapa negara kita yang kaya dengan sumber alam
bioteknologi antarabangsa dilihat oleh dunia luar sebagai berpotensi menjadi pusat
bioteknologi dunia di rantau ini.
 Pembabitan Malaysia di khalayak pakar bioteknologi dunia itu
dengan kehadiran 350 anggota delegasi diketuai Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan
komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab
bioteknologi
 Penyertaan Malaysia dalam konvensyen itu selaras iltizam
berterusan Perdana Menteri mengangkat industri bioteknologi
negara dan memodenkan sektor pertanian tempatan.
 Lagipun, penekanan yang diberikan kepada bidang ini
Idea 6- mendorong kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion
Peruntukan dalam Rancangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi
Malaysia Kesembilan (RMK-9) membangunkan industri bioteknologi.
 Diharapkan usaha itu diiringi dengan kelahiran lebih ramai
saintis tempatan berkaliber setaraf dengan saintis dunia pada
dekad akan datang.
 Dalam pada itu, kerjasama dan hubungan kukuh dengan
komuniti bioteknologi antarabangsa cukup penting bagi
membantu Malaysia merealisasikan cita-cita dan objektifnya
Soalan 3:
Teknologi nano ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer dan
mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Teknologi nano ini banyak memberi manfaat kepada
kehidupan manusia. Bincangkan.

Skema : ( 5 + 0 )
1. Manfaat teknologi nano kepada manusia.

Pendahuluan:
Teknologi nano adalah perkataan yang diperkenalkan pada 1974 bagi memperjelaskan keadaan
pengeluaran pada peringkat atom yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk.
Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala
nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini.
Kini Teknologi nano menjadi buah mulut di kalangan ilmuan, kerana menjanjikan masa depan
yang sangat cerah. Negara-negara maju kini berlumba-lumba untuk menempah nama di bidang yang
sangat berpotensi ini.

ISI HURAIAN
Manfaat teknologi nano kepada kehidupan manusia

 Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu


Idea 1- Mikroskop Prob Imbasan (SPM) . Alat ini mempunyai resolusi
Penyelidikan Saintifik. tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano.
 Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek
eksperimental.
 Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano
akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi.
 Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan
mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan
menjadikan produk lebih murah
 Gen rosak diganti dengan gen normal.
Idea 2-  Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan
Perubatan partikel nano.
 Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen
normal dijana. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat
dielakkan. Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung.
 Saintis meramal pada masa depan akan wujud'nanobots' atau
robot nano yang amat kecil saiznya dan boleh memasuki saluran
darah untuk membunuh sel kanser, virus, membantu
pendedahan otak dalam masa singkat.
 Manusia mungkin tidak perlu lagi menelan pil atau ubat,
sebaliknya cukup dengan menelan 'nanobots' dan membiarkan
tugas perawatan diambil alih oleh robot nano yang pintar ini.
 Usaha itu sedang dikaji Institut Kajian Kanser atau Barah
Amerika (NCI) yang turut merancang penggunaan teknologi nano
bagi menggantikan perubatan kemoterapi merawat kanser.
 Teknologi nano juga membantu meningkatkan usaha
pengesanan sel kanser dan Sindrom Daya Tahan Melawan
Penyakit (Aids) dan HIV menggunakan pengesan kecil berukuran
nano, menggantikan kaedah pewarna organik bagi menanda
kehadiran sel berkenaan.
 Teknologi nano juga boleh digunakan meningkatkan usaha
mengesan batuk kering dengan pengesan biooptikal.
 Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan
Idea 3- onkologi kemoterapi
Farmasi  CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus.
 Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser
sahaja.
 Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain.
Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan
juga dapat dikurangkan.
 Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti
elektronik lain bersaiz nano.
Idea 4-  Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi
Teknologi Maklumat komputer atau alat elektronik.
 PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil.
 Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi,
dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan
perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan.
Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar.
 Kemudahan sms (short message service) pada telefon seluler
juga, contohnya, sangat berpengaruh pada penurunan jumlah
pengiriman pos kartun ucapan selamat lebaran dan natal.
 Kemudahan internet juga membolehkan majalah Newsweek dari
AS dibaca pada hari yang sama di Asia
 Nanoteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik.
Idea 5-  Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal dan
Pembaikian dan regeneratif gen disampaikan melalui partikel nano. Gen normal dimasukkan ke
penyakit genetik dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut
 Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat.
 Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana.
 Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca
daripada pewarisan genetik gen yang rosak
 Struktur nano yang lebih ringan, kuat, pintar dan tahan panas
Idea 6- boleh digunakan dalam pengeluaran senjata atau menjadikan
Bidang Pertananan Negara. kenderaan pengangkutan ketenteraan lebih pantas, ditambah
dengan kekuatan perisai dan menjimatkan tenaga.
 Dalam pada itu sensor nano yang lebih tepat atau komputer nano
dengan jaringan kerja yang lebih canggih boleh digunakan dalam
pelbagai produk ketenteraan dan senjata pada masa depan sekali
gus menjadikannya lebih perkasa dan hebat
 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, teknologi nano yang kini
lebih difokuskan kepada penyelidikan untuk aplikasi dalam
teknologi maklumat dan perubatan amat berpotensi bagi
meningkatkan bidang pertahanan negara dalam jangka masa
panjang. Contoh senjata nano,
 Israel kini sedang membangunkan senjata baru yang
menggunakan teknologi nano (Nano Technology). Senjata
tersebut ialah robot kecil yang diberi nama “Bionic Hornet”
menyerupai tebuan mampu untuk mengejar, menangkap gambar
dan membunuh musuh. namun begitu, projek ini masih dalam
kajian dan prototaip pertama akan dikeluarkan dalam
jangkamasa 3 tahun.
 Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System
Idea 7- turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya.
Sistem Penapisan Air  Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali
dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
 Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen
yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat
 Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan
sel-sel tubuh badan Molekul-molekul yang bersaiz nano
menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
 Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk
keperluan kesihatan tubuh.
 Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-
unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat
diminum.
 Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih
sedap diminum.
 Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan
sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi
badan.
 Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan
keperluan badan.
 Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi
terhadap susuk badan yang berasid.
 Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran
makanan.
 Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan
menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang
kecil untuk tempoh masa yang panjang.
 Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung
kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan
metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan
imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Anda mungkin juga menyukai