Anda di halaman 1dari 2

Petikan dan Soalan Contoh Pembacaan Kritis dan Analitis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjangkakan kira-kira 255
jenis barangan terutamanya keperluan harian akan meningkat ekoran daripada kenaikan harga
petrol baru-baru ini. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) mengesahkan bahawa sudah berlaku peningkatan ketara harga barang-barang
bukan kawalan di pasaran pada masa ini. Kenaikan tersebut sudah pasti akan membebankan
pengguna terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, sudah sampai
masanya para pengguna menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk
menangani kenaikan harga barangan ini.

            Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli


barang. Mereka tidak boleh lagi menerima sebarang kenaikan harga barangan begitu sahaja
tanpa melakukan sesuatu tindakan. Langkah berjimat-cermat dan membeli barang jika perlu
sahaja patut menjadi amalan seharian. Pengguna harus berbelanja berdasarkan keperluan dan
bukannya mengikut perasaan. Pengguna perlu melakukan pemantauan sendiri harga barangan
dan hanya memilih premis yang menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

            Para peniaga yang suka menangguk di air keruh ini memang tidak bertanggungjawab


dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka terlupa akan tanggungjawab
mereka untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dan setimpal dengan
harga barang atau perkhidmatan tersebut. Sebenarnya keuntungan yang diperoleh secara
menipu memang tidak baik dan tidak diberkati oleh Tuhan. Namun demikian, para peniaga
tersebut kebanyakannya tidak menghiraukan kesusahan yang dialami oleh pengguna. Jadi para
pengguna perlu menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk bersatu dan mengambil
tindakan yang berkesan terhadap peniaga yang tidak jujur.
        
         Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu melakukan pemantauan ke serata tempat di
negara ini. Hal ini membolehkan harga barang-barang dipantau dan dikawal daripada terus
meningkat. Jika harga barang tidak dikawal oleh pihak berkuasa, sudah tentu perkara ini akan
menyebabkan masalah inflasi yang tidak terkawal berlaku di negara kita. Setakat ini, kadar
inflasi di negara kita masih dapat dikawal dan berada pada paras kurang daripada tiga peratus.
Oleh sebab peniaga bergantung pada pengguna untuk membeli barangan mereka, maka
penggunalah sebenarnya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan harga di pasaran.
                                             (Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005)

1.  Jelaskan maksud frasa             


(a)   ... mengesahkan sudah berlaku peningkatan ketara (baris 4 dan 5)            [2]
(b) ... suka menangguk di air keruh (baris 18)                                                     [2]

2. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]

3. “Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli


barang.” (baris 8)
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.                [20]
Jawapan Cadangan

1.  Maksud frasa             
a)     ... mengakui bahawa telah meningkat dengan banyak
b)     ... gemar mengambil kesempatan  

2. Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis ialah pengguna hendaklah menggunakan
kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang. Para
pengguna haruslah bertindak dengan membeli barangan yang perlu sahaja. Para peniaga pula
tidak boleh mengambil kesempatan dan hendak mengaut keuntungan yang banyak semata-
mata.

3.   Pengguna mempunyai hak untuk memilih barangan mengikut jenama yang dikehendaki.
Pengguna bebas memilih jenama barangan tersebut tanpa paksaan. Contohnya, pengguna
boleh memilih makanan di dalam tin berdasarkan jenama yang disukai. Jadi, pengguna dapat
makanan makanan yang disukai oleh mereka berdasarkan pilihan mereka sendiri. 
      Hak seterusnya ialah pengguna berhak mendapat ganti rugi terhadap barangan yang rosak.
Pengguna perlu memulangkan barang yang rosak itu dan mendapatkan gantinya yang baharu.
Jika barangan elektrik seperti kipas angin yang dibeli oleh pengguna rosak, maka pengguna
berhak untuk mendapatkan kipas angin yang baharu. Pengguna dapat menggunakan barangan
tersebut dengan selesa. 
       Pengguna juga mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Jika
pengguna berasa tertipu setelah membeli sesuatu barang, pengguna berhak untuk membuat
aduan kepada pihak berkuasa. Contohnya, pengguna boleh membuat aduan kepada Tribunal
Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan ganti rugi. Nasib pengguna akan terbela dan tidak
menjadi mangsa peniaga yang tidak bertanggungjawab.  (146 perkataan)

Anda mungkin juga menyukai