Anda di halaman 1dari 7

040419-12-1351

1.0 Pengenalan

Sosial mempunyai kaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan


kemasyarakatan, sosial juga dikaitkan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti
masa lapang. Sosial juga mempunyai kaitan dengan watak paribadi iaitu suka bergaul
dan bermesra. Sosial juga bermaksud demokrasi faham atau ajaran yang betujuan
membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat yang sosialis.

Manakala budaya pula dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan menurut Kamus
Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi,
berkelakuan dan sebagainya. Justeru, budaya boleh didefinisikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Selain itu, dalam kamus dewan juga mempunyai kata sopan santun yang
berkaitan dengan budaya, kata ini ditakrifkan iaitu baik budi bahasanya serta
hormatnya. Berlaku sopan santun dalam kamus dewan didefinisikan sebagai budaya
kita terkenal dengan budaya ketimuran yang lembut.

Masjid ialah perkataan bahasa arab yang bermaskud tempat sujud. Masjid Ialah
tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang islam. Bangunan
ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah
islamiah, serta pusat aktiviti umat islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang
tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat islam setempat. Dari sudut bahasa,
masjid bermaksud tempat bersujud.

Definisi masjid juga menurut Kamus Bahasa Melayu, Masjid membawa maksud
Ar bangunan khas tempay umat islam elakukan solat jumaat dan ibadah-ibadah lain.
Selain itu, menurut Fitrah Isam Online, Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa arab
ialah nama bagi tempat bersujud. Menurut sumber internet yang lain
PabrikjamMasjid, Masjid merupakan pecahan kata dari kata kerja dalam bahasa arab
(telah bersujud) berarti tempat khusus yang disiapkan untuk melaksanakan solat lima
waktu.
040419-12-1351

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati
atau perasaan hati, jiwa, kedua-duanya mempergunakan perkauman untuk
memecahbelakan rakyat. Kesukaan maksud atau tujuan yang terkandung dalam
sesuatu perjanjian. Kemahuan untuk melakukan sesuatu, nafsu, bekerja, waja
kemahuan yang keras mempertinggi.

Manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah seseorang tetangga. Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud orang
yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri, depan, belakang,
atas, mahupun ditingkat bawa hingga 40 biah rumah dari setiap penjuru. Jiran ialah
orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Dapat disimpulkan bahawa
semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam
satu-satu kawasan kejiranan.

Taman Fajar merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di pinggir bandar
Sandakan, iaitu kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar Sandakan melalui Jalan utara
dan jalan Airport. Terdapat banyak kemudahan asas yang terdapat di taman
perumahan ini dan kebanyakannya terletak tidak begitu jauh dari sini. Contohnya,
Lapangan terbang Sandakan terletak hanya satu kilometer dari Taman Fajar.

Sandakan merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan merupakan


bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di teluk Sandakan
menjadikannya sebah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebuah pantai timur
pulau Borneo dan mempunyai penduduk Kira-kira berjumlah 479,121 orang (2009).
Penduduk bangsa Bajau, suluk, dan juga cina. Pada awalnya Sandakan hanyalah
merupakan kawasan perkampungan kecil yang dibuka pada 18 jun 1879 serta terletak
di Bahagian Teluk Muara dan dikenali sebagai Buli sim-sim. Selepas kampung ini
berkembang dengan pesat ia kemudiannya ditukar kepada Elopura yang membawa
maksud Bandar yang indah. Nama ini diberi oleh perintis pembangunan bandar
Sandakan yang juga pengerusi British North Borneo Development Cororation pada
masa itu ialah William B.Pryer dan selepas beberapa tahun nama Elopura pula ditukar
kepada Sandakan.
040419-12-1351

Masjid mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di


kampung, memupuk semangat kejiranan sering dikaitkan denga memperlakukan jiran
dengan baik yang berada di sebelah, belakang, dan depan rumah, tetapi memupuk
semangat kejiranan juga boleh dikaitkan dengan masjid, yang mana penduduk
kampung yang datang untuk beribadah, membuat aktiviti mampu merapatkan lagi
hubungan kejiranan antara penduduk-penduduk kampung.

Taman Fajar merupakan kawasan perumahan yang didiami dengan pelbagai


kaum. Taman Fajar ini terletak di pinggir Bandar Sandakan. Disebabkan ingin
mencari jawapan kepada isu tersebut, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui
peranan Masjid Al-Fajar dalam meningkatkan semangat kejiranan di Taman fajar,
Sandakan.

Kajian ini dijalankan untuk Mengkaji bagaimana pertambahan penduduk ke


Masjid Al-fajar, Sandakan dapat memupuk hubungan kejiranan dalam kalangan
penduduk di Taman Fajar. Masjid dipilih kerana terdapat sesetengah penduduk di
Taman Fajar tidak memberikan kesan yang baik terhadap memupuk semanagat
kejiranan di masjid Al-Fajar. Sebagai contoh, tidak membuat aktiviti-aktiviti di
masjid, kurang peningkatan pertambahan penduduk ke Masjid yang dapat merapatkan
hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk Taman Fajar. Oleh itu, pengkaji
ingin mengetahui bagaimana ingin menarik minat penduduk untuk menyertai pelbagai
aktiviti di masjid Al-Fajar, Sandakan.

Kesimpulannya, Pengkaji berminat untuk mengetahui peranan Masjid Al-Fajar


dalam meningkatkan semangat kejiranan dan mengenal pasti aktiviti yang dijalankan
di Masjid Al-fajar yang dapat memupuk semangat kejiranan di kawasan Taman Fajar,
Sandakan.
040419-12-1351

2.0 Objektif Kajian


Terdapat dua objektif kajian iaitu adalah untuk:
1. Mengkaji bagaimana pertambahan penduduk ke masjid dapat memupuk hubungan
kejiranan dalam kalangan penduduk di Taman Fajar.
2. Mengkaji kesan Aktiviti masjid Al-Fajar sebagai simbol dalam memupuk
hubungan kejiranan dalam kalangan penduduk di Taman Fajar.
040419-12-1351

3.0 Lokasi Kajian


Kajin ini dijalankan di kawasan Taman Fajar, di daerah sandakan yang terletak di
Negeri Sabah.

3.3 Peta Lokasi

Peta 3: Peta Lokasi


Sumber: Google Maps

Lokasi kajian pengkaji ialah di Masjid Al-Fajar, Taman Fajar yang terletak di sebuah
taman perumahan yang terletak di pinggir bandar Sandakan, iaitu kira-kira 12
kilometer dari pusat bandar Sandakan melalui Jalan Utara dan Jalan Airport. Lokasi
turut mempunyai penduduk yang ramai untuk di soal selidik bagi mendapatkan
maklumat berkaitan dengan isu tersebut.
040419-12-1351

4.0 Metodologi Kajian

Kajian ini telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah soal selidik dan
temubual bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan objektif kajian. Bagi
mencapai kedua-dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh
pengkaji dalam mengkaji pertambahan penduduk ke masjid dapat memupuk
hubungan kejiranan dalam kalangan penduduk di taman fajar, dan mengkaji kesan
Aktiviti masjid Al-Fajar sebagai simbol dalam memupuk hubungan kejiranan dalam
kalangan penduduk di Taman Fajar. Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual
dan soal selidik sebagai satu kaedah yang tepat untuk mendapatkan maklumat.

4.1 Instrument Kajian

Instrument merupakan cara dalam menyediakan alat untuk mengumpulkan data


melalui konsep yang berkait seperti pendapat, sebab, dan, latar belakang.

4.1.2 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu kaedah dengan mengagihkan kertas borang kepada
responden di kawasan lokasi kajian. Pengkaji telah menggunakan soal selidik untuk
mendapatkan maklumat, serta pandangan daripada penduduk setempat. Pengkaji
dapat memperoleh hasil data dan maklumat yang lebih tepat apabila mengedarkan
kepada responden secara rawak di kawasan Taman Fajar. Borang soal selidik ini
terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
mempunyai ruangan mengenai latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa,
pekerjaan, dan status. manakala bahagian B ialah objektif pertama dan Bahagian C
adalah objektif kedua.. Kajian ini menggunakan Skala Lirkert lima aras iaitu Setuju,
Sangat setuju, Tidak Setuju, Tidak pasti, dan Sangat Tidak Setuju.
040419-12-1351

Tahap 1 2 3 4 5
Persetujuan Sangat Tidak Tidak Setujuh Sangat
Tafsiran tidak setujuh pasti setujuh
setujuah

4.1.3Kajian Lapangan

Kajian lapangan juga dikenali sebagai kaedah pemerhatian. Pengkaji telah melakukan
pemerhatian di kawasan Taman Fajar. Pengkaji telah melakukan pemerhatian untuk
mengetahui cara pelaksanaan aktiviti di Masjid Al-Fajar, Taman Fajar dan pengkaji
akan dapat mengetahui kesan aktiviti yang dijalankan dalam meningkatkan semangat
kejiranan di Taman Fajar. Selain itu, pengkaji ingin mengaitkan pemerhatian yang
dilakukan dengan hasil data yang telah diperoleh melalui soal selidik.

4.1.4 Temu Bual

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah tidak formal iaitu bersemuka dengan 3
orang AJK Masjid Al-Fajar di Taman Fajar. Pengkaji menjalankan temu bual dalam
keadaan yang selesa dan pengkaji juga mengajurkan soalan yang penting dengan jelas
dan tepat. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa soalan bagi menjawab objektif
kajian ini.

4.1.5 Kajian Internet

Kajian internet memudahkan pengkaji untuk mencari dan memperoleh maklumat


dengan cepat walau di mana pengkaji berada. Oleh itu, pengkaji mudah mendapatkan
maklumat dengan lebih jelas dan skop yang luas.

Anda mungkin juga menyukai