Anda di halaman 1dari 6

010416-10-0240

1.0 TAJUK: SEJARAH ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN SUKU KAUM JAWA
DI RANTAU PANJANG, KLANG, SELANGOR DARI TAHUN 1980
HINGGA TAHUN 2014.

2.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan etnik.
Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.Di dalam setiap kaum
terdapat pecahan kepada etnik/klan/suku kaumnya tersendiri yang mempunyai pelbagai budaya,
bahasa, kepercayaan dan adat resam. Suku kaum Jawa ini juga dikaitkan dengan suku Sunda,
suku Madura dan suku Bali. Populasi penduduk luar dari Indonesia tidak kurang ramainya.
Penduduk di Malaysia yang berketurunan Jawa adalah kira-kira 1 hingga 2 juta penduduk.

Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa di Rantau Panjang,Klang kerana Ibubapa saya
berketurunan jawa. Kajian ini melibatkan kajian berkenaan adat resam, Budaya, struktur
masyarakat, kepercayaan dan bahasa. Saya ingin mengkaji adat resam yang masih diamalkan
oleh penduduk di Rantau Panjang, Klang yang berketurunan jawa dan juga penggunaan bahasa
yang digunakan dalam kehidupan seharian dalam berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Biarpun kebanyakan etnik Jawa di Rantau Panjang, Klang tidak pernah menjejakkan kaki ke
tanah air nenek moyang mereka, tetapi mereka masih mengamalkan serta mewarisi setiap tradisi
yang di tinggalkan oleh nenek moyang mereka. Biarpun generasi pertama sudahpun meninggal
dunia tetapi warisan budaya yang di tinggalkan oleh mereka masih tidak lapuk ditelan dek zaman
yang kian membangun dengan kemodenan. Penduduk di Rantau Panjang, masih mengamalkan
beberapa adat resam dan sebagainya agar generasi seterusnya dapat meneruskan legasi mereka
apabila mereka sudah tiada.

1
010416-10-0240

Penduduk di Rantau panjang, Klang masih mengamalkan beberapa adat resam bagi
mengekalkan ketulenan kaum Jawa di Rantau Panjang agar generasi akan datang tidak akan lupa
dengan keturunan mereka yang masih mengalir di dalam darah mereka. Jika mereka tidak
mengamalkan adat yang diamalkan oleh kaum Jawa terdahulu, mungkin saya atau generasi akan
datang tidak lagi dapat melihat adat resam yang diamalkan oleh moyang yang terdahulu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah bertujuan menjelaskan asal usul kedatangan suku kaum
Jawa di malaysia dan Rantau Panjang, Klang, Selangor. Objektif ini ingin menerangkan cara
datangnya suku kaum Jawa daripada Indonesia ke Malaysia . Sebagai contoh, cara mereka
datang ke Malaysia, punca mereka berhijrah ke Malaysia dan penempatan pertama penduduk
kaum Jawa setelah berhijrah ke Malaysia sebelum kaum ini merebak ke negeri lain di Malaysia
seperti Rantau Panjang, Klang.

Kedua, mengenal pasti budaya, adat resam, bahasa, kepercayaan dan struktur masyarakat
dalam kalangan suku kaum jawa di Rantau Panjang, Selangor. Objektif ini ingin melihat contoh
adat resam yang masih diamalkan oleh penduduk di Rantau Panjang, Klang yang berketurunan
Jawa seperti adat munjung, merewang, mantu dan sebagainya. Selain itu, objektif ini juga ingin
mengupas bahasa yang digunakan oleh kaum Jawa , kepercayaan mereka atau agama yang
diamalkan oleh kaum Jawa dan struktur masyarakat kaum Jawa dan juga tahun kedatangan atau
penghijrahan kaum Jawa dari Indonesia ke Malaysia.

Ketiga, mengenal pasti perkembangan suku kaum jawa di Rantau Panjang, Selangor. Melalui
objektif ini saya dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan suku kaum jawa di Rantau Panjang,
Selangor dari tahun 1980 hingga tahun 2014. Objektif ini melihat bagaimana perkembangan
kaum Jawa di Rantau Jawa berkembang dari tahun yang dikaji.

2
010416-10-0240

PERMASALAHAN KAJIAN

​Permasalahan kajian ini adalah menghuraikan bagaimana kedatangan suku kaum jawa di
Malaysia dan di Rantau Panjang, Selangor. Permasalahan kajian ini perlu dilakukan bagi melihat
Cara kedatangan kaum Jawa di Indonesia ke Malaysia dan tempat pertama dijadikan penempatan
bagi kaum Jawa apabila tiba di Malaysia.

Pemasalahan kajian kedua, menerangkan apakah budaya,adat resam, bahasa, kepercayaan dan
struktur masyarakat dalam kalangan suku kaum jawa di Rantau Panjang, Selangor. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap suku kaum mempunyai adat resam dan sebagainya yang masih
diamalkan atau perlu diamalkan bagi memastikan ketulenan suku kaum tersebut.

Pemasalahan kajian Ketiga, membincangkan bagaimana perkembangan suku kaum jawa


di Rantau Panjang, Selangor dari tahun 1980 hingga tahun 2014. Permasalahan ini dibuat bagi
melihat perkembangan suku kaum Jawa setelah menetap di Malaysia dan juga serba sedikit
sumbangan yang telah dilakukan oleh suku kaum Jawa di Rantau Panjang, Klang.

SKOP KAJIAN

Bagi memastikan kelangsungan kajian ini saya telah menggunakan tiga skop kajian .
Antara skop kajian yang digunakan termasuklah kawasan kajian atau geografikal iaitu di Rantau
Panjang, Selangor iaitu kawasan kajian.

Seterusnya , skop kajian melalui tempoh masa bagi mengkaji kajian iaitu dari tahun 1980
hingga tahun 2014. Tempoh masa ini digunakan dalam lingkungan 10 tahun bagi melihat
perkembangan dan pergerakan suku kaum Jawa di Rantau Panjang, Klang.

Skop kajian yang terakhir adalah skop kajian melalui isu kajian iaitu perkembangan

3
010416-10-0240

Suku kaum jawa di Rantau Panjang, Selangor dari tahun 1980 hingga tahun 2014. Skop kajian
ini digunakan bagi memudahkan membuat kajian. Skop kajian ini mengandungi biografi iaitu
suku kaum Rantau Panjang, Klang.

SOROTAN KAJIAN

Terdapat beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan kajian ini . Antaranya, buku
yang berjudul orang Jawa di Selangor: penghijrahan dan penempatan dari tahun 1880 hingga
tahun 1940 yang ditulis oleh Khazin Mohd. Tamrin iaitu lulusan Jabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan, Malaysia.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kajian daripada buku iaitu Peradaban Jawa Dari Mataram
Kuno Sampai Majapahit Akhir pada tahun 2002 karya Supratikno Rabardjo iaitu seorang penulis
dari Indonesia yang menjadi salah satu sumber rujukan bagi kajian ini.
Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh pelajar STPM penggal 2 tahun 2016 iaitu Rabiatul
Maryani berkenaan suku kaum jawa.
Selain itu, buku berjudul Mengabdi pada Ilmu dan Profesi Sejarah Demi Bangsa dan
Bangsa tahun 2008 karya Prof. Suwardi MS pengkaji sejarah dari Indonesia yang menjadi salah
satu sumber rujukan bagi kajian ini.
Terakhir sekali, buku yang berjudul jawa di balik tabir karya Noriah Mohamed yang
Diterbitkan oleh ​Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.​Kesemua sorotan kajian ini
merupakan salah satu rujukan bagi kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

Bagi memastikan kelangsungan kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah


untuk membuat kajian. Bagi sumber primer saya menggunakan kaedah temubual iaitu
Temubual bersama EN. Zaidi B Ahmad yang berketurunan Jawa.

Manakala bagi sumber sekunder, saya telah menggunakan dua kaedah iaitu kaedah
keperpustakaan dengan membuat rujukan dari buku, majalah dan laman sesawang. kaedah

4
010416-10-0240

Terakhir adalah kaedah lapangan iaitu saya telah membuat lawatan ke Rantau Panjang,
Klang, Selangor iaitu kampung halaman saya.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

1. Pengenalan:
Pengkaji akan menjelaskan asal usul suku kaum jawa

2. Isi:

2.1. Asal usul kaum jawa di Malaysia dan di Rantau Panjang, Klang, Selangor dari
tahun 1980 hingga tahun 2014.

2.2. Jenis budaya, adat resam, kepercayaan, bahasa dan struktur masyarakat di
Rantau Panjang, Klang, Selangor.

2.3. Perkembangan suku kaum jawa di Rantau Panjang, Klang, Selangor.

3. Kesimpulan:

Dalam bahagian ini, pengkaji menyatakan harapan bagi memastikan suku kaum ini
tidak dilupakan.

PENUTUP

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap perkembangan suku kaum jawa di
Rantau Panjang, Klang, Selangor berjalan dengan jayanya.

5
010416-10-0240

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer
-​Temu bual bersama En Zaidi b Ahmad

Sumber Sekunder
-Peradaban Jawa dari mataram kuno sampai majapahit akhir (2002) karya Supratikno Rahardjo.
-Mengabdi pada Ilmu dan Profesi Sejarah Demi Daerah dan Bangsa (2008) kaya Prof. Suwardi
MS.
-​http://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html
-​http://ikantongkol09-buku.blogspot.com/2011/01/orang-jawa-di-selangor-penghijrahan-dan.html?m=1
-​https://www.slideshare.net/RabiatulMaryani/kerja-kursus-sejarah-stpm-penggal-2-2016
-​ ​https://elnuha.net/adat-istiadat-jawa/

Anda mungkin juga menyukai