Anda di halaman 1dari 15

SULIT* SET 1

MHSMHSMHS,HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH
940/1
SMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMSTPM 2021
HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH
KERTAS 1
SMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSM
(Dua jam)
HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
UNIT PEPERIKSAAN SMK TINGGI MELAKA
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH
(MALACCA HIGH SCHOOL EXAM DEPARTMENT)
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMMHSMHS
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab EMPAT soalan sahaja


Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung ( )
Kertas soalan ini mengandungi 80 markah

TARIKH : 1 / 2 /2021 ( Isnin )


MASA : 9.00 –11.00 am ( 2 jam )

_______________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

STPM 940/1

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat


940/1 SEJARAH DUNIA ( 1500 – 1955 ) SET 1

1. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di


Jerman pada abad ke19.
( 20 )

2. Nilaikan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada


abad ke-16 hingga abad ke-20.
( 20 )

3. Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal di Perancis pada abad ke 16


Masihi, ( 20
)

4. Bincangkan faktor-faktor kemunculan Zaman Pencerahan di Eropah pada


abad ke-18 Masihi. ( 20 )

5. Peluasan kuasa Barat di India telah membawa kepada transformasi sosial, ekonomi
dan pendidikan pada abad ke-19. Bincangkan.
( 20 )

6. Bincangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam NATO


pada abad ke-20 Masihi.
( 20 )
SKEMA JAWAPAN ( SET 1 )

1. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di


Jerman pada abad ke19.

Pengenalan

Masyarakat Jerman menjadi masyarakat industri agak lewat berbanding negara-negara


Eropah yang lain. Fasa Pertama Revolusi Perindustrian di Eropah menyaksikan England,
Perancis dan Belgium muncul sebagai negara-negara perindustrian. Berikutan dengan
perkembangan sektor perindustrian di Eropah pada abad ke-19, negeri-negeri Jerman turut
mengambil inisiatif memajukan bidang tersebut. Jerman hanya muncul sebagai negara
perindustrian pada Fasa Kedua Revolusi Perindustrian. Berikut adalah antara faktor yang
membawa kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman.

a) Faktor Penyatuan Jerman.


Pada awal abad ke-19, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang berasaskan sistem feudal.
Negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti
Britain, Perancis dan Belgium. Tambahan pula, antara tahun 1830-an hingga 1840-an, negara
Jerman masih berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan. Hasil ekonomi Jerman
bergantung kepada sektor pertanian. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain merupakan
pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, ubi bit dan lain-lain.
Pada dekad 1830-an, perindustrian di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil secara
kecil-kecilan. Perkembangan ekonomi Jerman berlaku antara tahun 1850 hingga 1870 apabila
Jerman mengalami revolusi perindustrian.
Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk menjadikan
masyarakat Jerman sebagai sebuah masyarakat negara perindustrian telah membawa era baru
dalam sektor perindustrian. Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan sektor perindustrian
di Jerman bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Kedua. Kerajaan
Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraftangan dan aktiviti
perdagangan.
b) Faktor Dasar Kerajaan Jerman.
Mulai tahun 1867, kerajaan Jerman telah memulakan usaha membangunkan sektor
ekonominya. Kerajaan Jerman memberi keutamaan kepada sektor perindustrian dan
menjadikannya sebagai salah satu dasarnya. Lombong-lombong arang batu dan besi telah
dibuka untuk memajukan sektor perindustrian di Jerman. Jalan-jalan kereta api dibina bagi
memudahkan pengangkutan. Kilang-kilang kain dan peralatan elektrik didirikan. Kerajaan
Jerman juga mendirikan sekolah dan kolej teknik vokasional bagi melahirkan tenaga mahir.
Usaha membentuk Jerman menjadi negara perindustrian menyebabkan kerajaan mengubal
dasar-dasar yang memberi keutamaan kepada sektor perindustrian. Pada tahun 1879, Jerman
menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini
membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman pada tahun 1872.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk menjaga kebajikan
masyarakat industri Jerman. Otto Von Bismarck telah memperkenalkan undang-undang
insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Fungsi
undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa
kemalangan sewaktu bertugas. Undang-undang tersebut menyediakan satu peruntukan
keselamatan nasional yang lengkap bagi pekerja kilang menghadapi risiko kehidupan kota
iaitu penyakit, kemalangan dan umur tua. Akta-akta bagi mengatasi masalah-masalah tersebut
telah diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini bermakna masyarakat industri Jerman
dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit. Penggunaan tenaga buruh kanak-kanak
cuba dibanteras oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1839 satu undang-undang telah diluluskan;
pengambilan buruh kanak-kanak bawah 9 tahun dan menghadkan masa kerja kanak-kanak
kepada 10 jam.
c) Faktor Tenaga Buruh.
Pada abad ke-19, penduduk di Jerman bertambah dan mengatasi penduduk Britain. Penduduk
Jerman meningkat dari 23 juta orang kepada 56 juta orang, berbanding Britain dari 10 juta
kepada 37 juta orang dan Perancis yang bertambah dari 27 juta kepada 39 juta orang.
Dengan itu, Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah. Masyarakat industri
Jerman menyediakan sumber manusia yang besar kepada sektor perindustrian. Mereka
merupakan tenaga mahir yang mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah pertukangan, teknik
dan vokasional.
Tenaga mahir disalurkan ke kilang-kilang bagi mengendalikan jentera-jentera di kilang-
kilang. Mereka merupakan tulang belakang kepada industri elektrik, kimia, petroleum,
kenderaan, tekstil dan lain-lain.
d) Faktor Kekayaan Bahan Mentah.
Masyarakat industri Jerman turut muncul dengan adanya sumber bahan mentah yang banyak.
Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan pada
tahun 1871 dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
Ini membolehkan industrialis seperti Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang
terkemuka di dunia. Syarikat Krupp telah mengeluarkan barangan besi dan kelui yang
berkualiti tinggi.Pada tahun 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound
sterling.
Selain itu, Jerman juga kaya dengan sumber arang batu terutamanya di kawasan Lembah
Rhine serta Alsace dan Lorraine. Kawasan-kawasan yang kaya dengan bahan mentah ini
menjadi tumpuan pengusaha kilang untuk mendirikan perindustrian mereka.
e) Faktor Peranan Institusi Kewangan Modal.
Kemunculan institusi perbankan memainkan peranan yang penting dalam kemunculan dan
perkembangan masyarakat industri Jerman. Perkembangan sistem perbankan di Jerman
menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan. Pada tahun 1840-an, Bank of
Prusia berfungsi sebagai “joint stock” dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan
kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan beberapa buah
bank utama yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgard, Deutsche Bank,
Darmstadter Bank dan Dresdener Bank. Dengan bantuan dan peranan bank memberi bantuan
modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman sekitar tahun 1870-an. Hal ini
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu
serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
f) Faktor Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870, hasil pembangunan industri
besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan keretapi yang murah untuk menghantar besi
Jerman ke negara-negara Eropah yang lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula
mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negara Eropah.
g) Faktor Kemajuan sains dan teknologi (penyelidikan).
Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama dalam
bidang kimia, automotif, dan elektrik. Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru seperti
yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang kejuruteraan elektrik. Pewarna tiruan juga
berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri tekstil.
Kesimpulan

Pada abad ke-19 dan 20, negara Jerman mengalami perkembangan pesat dalam bidang
ekonomi. Kemajuan teknologinya membawa kemunculan dan perkembangan masyarakat
industri Jerman. Menjelang abad ke-20, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang
perindustrian di samping Britain dan Amerika Syarikat.

Catatan Guru :
Calon seharusnya dapat mengaitkan faktor-faktor dengan kemunculan masyarakat industri di
Jerman. Jawapan calon mestilah meliputi huraian faktor tersebut dengan contoh dan bukti
yang kukuh
2. Nilaikan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada
abad ke-16 hingga abad ke-20.

A. Pengenalan

1. Sistem pembesar telah diamalkan di China semasa Dinasti Ming ( 1368 – 1644 ) dan
semasa Dinasti Ching (1644 - 1911 . Dinasti-dinasti tersebut ini telah mengasaskan empayar
yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China di bawah satu pemerintahan pusat.
2. Pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk membantunya dalam
urusan pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah dan daerah. Mereka mesti lulus
dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
3. Pembesar di China terbahagi kepada 3 peringkat iaitu di peringkat pusat, wilayah dan
daerah serta berperanan dari segi politik, ekonomi dan sosial

B. ISI

1. Peranan Pembesar di Peringkat Pusat


- Terdiri daripada beberapa peringkat
i. Sekretariat Agung
-Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China.
Tugas Sekretariat Agung:
a) bantu maharaja menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat.
b) Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

ii. Majlis Tertinggi


- Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis
Tertinggi ialah :
a. Dibahagikan kepada enam kementerian.
b.Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu
akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementerian
c.Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri
daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang,
Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang
bert/jawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.
d.Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4
bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau
tanaman. Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja,
serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.
e. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat
istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan
hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan.
Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada
maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.
f. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan
pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang
demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
g. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip satu di setiap provin
h. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa
gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan,
mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan,
komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan
tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China.

iii. Lembaga Penapis atau Censorate


- Memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja.
Ciri-ciri Lembaga Penapis :
a. Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.
b. Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk
membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
c. Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu
kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.
d. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang
‘curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk
mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja
untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar
berkenaan.

2. Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah


a) Semasa pemerintahan Dinasti Ming ( 1368 – 1644 )
Empayar China telah dibahagikan kepada 15 wilayah.
Wilayah dibahagikan pula kepada prefektur (fu), subprefektur (chouataujabatan) serta
hsien iaitu daerah.
Organisasi pentadbiran diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang
pegawai iaitu hakim dan komander tentera wilayah.
Maharaja Ming juga menyerahkan pemerintahan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai
pengawas kerajaan.
Peranan atau ciri pegawai awam di daerah-daerah diuruskan oleh 6 orang menteri, iaitu
Menteri Personal, MenteriKewangan, MenteriAdat, MenteriPerang, MenteriKeadilan,
Menteri Kerja-KerjaAwam.
Menteri akan membantu gabenor di setiap daerah yang dikenali sebagai Grand Cordinators,
penyelia wilayah pula dikenali sebagai Supreme Commanders dan pegawai-pegawai tempata

b) Semasa pemerintahan Dinasti Ching/Manchu ( 1644 – 1911 )


i. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.
ii. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-
pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari
bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang
jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal
Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam
pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.

iii. Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat
bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tentera sering
mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
iv. Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah
lulus pendidikan Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:

a. Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran
adat istiadat dan keadaan setempat.
b. Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan
dan menjalankan perintah mahajara.
c. Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka.
d. Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas
arahan maharaja.
e. Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.
f. Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

3. Peranan pembesar peringkat Daerah


i. Diketuai oleh majistret daerah dan dibantu oleh penduduk yang mengetahui hal ehwal
masyarakat setempat.
ii. Perkhidmatan peringkat daerah diwujudkan. Ia terdiri daripada
Bahagian pentadbiran dan sivil
Bahagian percukaian dan banci
Bahagian protocol dan upacara
Bahagian ketenteraan
Bahagian kerja awam
Bahagian pencegahan jenayah
iii. Selain itu, diwujudkan unit pentadbiran lain - jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)

C. KESIMPULAN

1. Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan
negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China telah
menjadikan pemerintahan China mampu bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga
abad ke-19.

Catatan Guru
Calon seharusnya dapat menyatakan tentang sistem pembesar di peringkat pusat, wilayah,
dan daerah. Selain itu, calon mesti membuat penilaian tentang setiap lapisan pembesar
tersebut
3. Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal di Perancis pada abad ke 16
Masihi,

PENGENALAN
- pada abad ke-16, Perancis telah amalkan ekonomi feudalisme
- ekonomi feudalisme di Perancis bermaksud petani bekerja dan menjadi tentera kepada
bangsawan dan sebagai balasan mereka dibenarkan tinggal dan bertani
- ini bermaksud kehidupan petani terikat kepada golongan bangsawan atau tuan tanah
- ekonomi feudalisme di Perancis meliputi pertanian, perdagangan dan perindustrian

PERTANIAN
- diamalkan masyarakat desa sejak abad ke-16
- petani terikat dengan sistem “manor” iaitu petani dibenarkan tinggal di tanah tuan tanah dan
sebagai balasan petani mengusahakan tanah, bekalkan kayu api, bina jalan & membayar
cukai kepada tuan tanah/bangsawan. Kaedah “open field”
- pertanian mula meningkat di Selatan Perancis ekoran tindakan tuan tanah menyewa tanah
mereka untuk petani
- Petani tidak lagi menjadi “serf” atau hamba sebaliknya menjadi penyewa tanah yang bebas
- Selain kegiatan pertanian,mereka turut menternak lembu daging dan lembu susu

GALAKAN PEMERINTAH
- perkembangan pertanian didorong oleh galakan pemerintah
a) Raja Henry IV1598- 1610 arahkan Menteri Ekonominya Duke Sully memajukan pertanian
Antara langkah2 beliau – hapuskan cara lama petani, bekalkan biji benih percuma, larangan
musnahkan hutan, kemudahan pengangkutan jalan raya, jambatan dan terusan
Kesannya – Perancis menjadi pengeluar bijirin dan anggur merah utama
Tanaman malberi dan ternakan ulat sutera turut diusahakan dan membawa peningkatan
pendapatan petani dan perkembangan bandar2 seperti Paris, Lyones dan Marseilles

b) Semasa Raja Louis XIV kemajuan pertanian turut dijalankan melalui Menteri Ekonominya
Antara langkah2 beliau – peralatan petani tidak boleh dirampas, galakkan penternakan lembu
dan kuda , baiki jalna raya & membina terusan
Kaedah pembiakan ternakan turut dijalankan di Perancis seperti skala yang besar, lebih
produktif, padang rumput diaktakan
Kesannya- peningkatan pengeluaran ternakan lembu & mendapat permintaan tinggi di Eropa

PERDAGANGAN
a) Raja Henry IV (1598- 1610) – menubuhkan tentera laut
Beliau mendapat inspirasi penjelajahan kuasa Portugal & Sepanyol lalu meluaskan tanah
jajahan dan perdagangan di seberang laut
Kawasan tumpuan ialah Amerika Utara dan India
Kesannya – bandar2 perdagangan muncul di Perancis seperti Lyons, Champagne
b) Beberapa pembaharuan – gudang senjata di Toulan
Pelabuhan,bina kapal di Havre, melengkapkan tentera laut, galakkan migrasi golongan
professional dan meyakinkan raja untuk berperang dan meluaskan empayar
PERINDUSTRIAN
- industri tekstil – untuk pasaran dalam dan luar negara, teknik tenun sutera dari China
- industri kain berkembang – masyarakat desa hasilkan kain /pakaian berasaskan kain bulu
manakala masyarakat bandar menggunakan mesin untuk mewarna/memutihkan kain
- industri pertukangan berkembang – muncul kesatuan tukang
Contoh hasil pertukangan ialah parabot

INSTITUSI KEWANGAN
- didorong oleh perkembangan perdagangan di Perancis
- menjelang 1500SM, pedagang tidak perlu bawa wang yang banyak
- institusi kewangan memudahkan urusan perdagangan dan kutipan cukai
- contoh institusi kewangan ialah bank dan syarikat kewangan
- syarikat perdagangan kemudian memperkenalkan insurans kebakaran

KESIMPULAN
- sistem ekonomi feudal di Perancis berkembang pesat ekoran perubahan sektor ekonomi
- perkembangan ekonomi meningkatkan kedudukan golongan pedagang namun nasib
golongan petani berbeza
- kesannya, golongan petani bangkit dan akhirnya menumbangkan rejim feudal
pada tahun 1789
4. Bincangkan faktor-faktor kemunculan Zaman Pencerahan di Eropah pada
abad ke-18 Masihi.
A.Pengenalan.
1. Menjelang abad ke 18, muncul zaman yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan
( Enlightenment ). Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang
dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
2. Tokoh-tokoh ulung pada zaman ini ialah John Locke, Voltaire, Montesquieu, Rousseau
dan Adam Smith.
3. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemunculan Zaman Pencerahan ini di
Eropah iaitu Pengaruh Renaisans, Pengaruh Reformasi, Pengaruh ahli falsafah,
Revolusi Sains, Kegiatan Penerokaan dan Penjelajahan dan kemunculan kelas pertengahan.

B. Isi
a. Pengaruh Renaisansse
i. Gerakan Renaisans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal yang radikal
dalam kalngan masyarakat. Secara tidak langsung, hal ini telah mendorong masyarakat
menolak sistem yang sedia ada.
ii. Renaisans membuka mata masyarakat untuk mengkritik system lama yang dianggap tidak
sesuai dengan peredaran zaman.
iii. Hasilnya muncul negara bangsa , ciptaan baharu, kemajuan dalam seni lukis, seni bina dll
iv. Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan sedia untuk
menghadapi perubahan yang lebih besar.

b. Pengaruh Reformasi.
i. Reformasi menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu
seperti Protestan, Anglican dan Presbyterianism.
ii. Perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan Negara mutlak dengan pemerintah
sebagai ketua agama dan Negara. Para pemerintahan mula mengejar kemewahan dan
berusaha menubuhkan Negara yang kuat.
iii. Badan-badan yang muncul pada zaman ini mempunyai kuasa autonomi dan mula bebas
daripada ancaman gereja. Perkembangan ini membolehkan idea baharu seperti rasionalisme
dan reasoning berkembang luas.

c. Pengaruh ahli falsafah


i. Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Monstesquieu turut
mempengaruhi perkembangan Zaman Pencerahan.
ii. Golongan ahli falsafah yang dikenali sebagai physiocrats merupakan golongan yang
mempelopori gerakan pencerahan. Mereka terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki
semangat ingin tahu.
iii. Golongan ini berusaha membebaskan pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.

d. Revolusi Sains
i. Semangat Zaman Pencerahan diperolehi daripada revolusi saintifik dan intelektual pada
abad ke-17.
ii. Revolusi Sains telah menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal. Perkembangan ini
melahirkan percambahan idea-idea baharu yang menggalakkan para saintis melakukan
penyelidikan saintifik.
iii. Kemajuan dalam bidang sains menyebabkan perunhan daripada kepercayaan karut dan
mitos kepada kuasa akal dan sains.
iv. Revolusi ini melahirkan tokoh-tokoh saintis terkenal seperti Francis Bacon, Rene
Descartes, Baruch Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.
v. Idea tokoh-tokoh ini telah tersebar secara meluas pada zaman tersebut dan menjadi ciri-ciri
dominan dalam tamadun Eropah mulai abad ke-17-20.

e. Kegiatan penerokaan dan penjajahan.


i. Golongan kelas pertengahan bukan sahaja berpengetahuan , malah peka terhadap
perkembangan sekeliling.
ii. Keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat menyebabkan golongan ini belayar dan
menjelajah ke luar. Contohnya Columbus, Ferdinand Magellan dan Francis Drake.
iii. Pengetahuan tentang penduduk dan budaya asing telah membawa perspektif baharu
tentang konsep manusia sejagat kepada mereka. Dengan ini, segala prasangka terhadap
budaya asing terhakis dan cara pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab-
musabab pun bermula.

f. Kemunculan kelas pertengahan.


i.Kemunculan kelas pertengahan turut mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan.
ii. Jumlah golongan terpelajar dan professional meningkat berbanding zaman sebelumnya.
iii. Bilangan surat khabar dan majalah yang diterbitkan juga bertambah.
iv. Terdapat permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian ke atas semua
jenis ilmu pengetahuan.

C.Kesimpulan
1. Berasaskan faktor – faktor ini telah menjadikan Eropah sebagai tempat munculnya idea-
idea baharu.
2. Perkembangan ini telah berjaya meletakkan asas bagi kelahiran zaman Pencerahan di
Eropah pada abad ke 18 dan mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi dan sosial
masyarakat di Eropah.

Catatan Guru
Calon dapat mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan zaman
pencerahan di Eropah
5. Peluasan kuasa Barat di India telah membawa kepada transformasi sosial, ekonomi
dan pendidikan pada abad ke-19. Bincangkan.

PENGENALAN
- British ialah kuasa barat yang melakukan imperialisme di India secara berperingkat-
peringkat mulai pertengahan abad ke-18
- pada peringkat awal penjajahan India dilakukan oleh SHTI dan diikuti pemerintahan
Mahkota ( Crown Colony )
- British telah berjaya menguasai wilayah2 India melalui cara “pengilhakan”
- Antara 3 pegawai utama British yang mengetuai pemerintahan British di India ialah
Lord William Bentick, Lord Elllenborough dan Lord Dailhousie
- penjajahan British telah meninggalkan kesan2 sosio-ekonomi

TRANSFORMASI SOSIAL (ADAT-ADAT TRADISIONAL)

- British bertindak hapuskan adat-adat lama dan perhambaan


- Lord William Bentick hapuskan adat Suttee, Thuggee & bunuh bayi perempuan
- Adat “Suttee ialah adat membakar balu hidup-hidup semasa upacara pembakaran mayat
suaminya yang meninggal dunia
- Adat “Thugee” ialah amalan merompak dan membunuh pedagang2 atas nama Dewi Kali
- amalan membunuh bayi perempuan ialah amalan lama kerana bayi perempuan dianggap
pembawa malang dan ibu bapa tidak mampu menyediakan “dowry” perkahwinan
- Usaha Bentick diteruskan lagi oleh Lord Dailhousie yang memperkenalkan
Akta Kahwin Semula Janda/balu kematian suami
- Lord Elllenborough pula telah mengharamkan amalan sistem perhambaan

TRANSFORMASI EKONOMI
- dilakukan oleh Lord William Bentick ekoran masalah kewangan SHTI
- puncanya menanggung kos Perang Inggeris-Burma I
- beberapa langkah drastik untuk penjimatana dilakukan seperti kurangkan kakitangan awam,
tamatkan kerja askar2 SHTI & kurangkan elaun
- langkah2 beliau menambahkan perbendaharaan British namun menimbulkan rasa
tidak puas hati penduduk India

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
- dilakukan oleh Lord William Bentick
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar IPT & tubuhkan Kolej Perubatan Calcutta dan
Eiphstone College di Bombay
- Lord Ellenborough memperkenalkan Akta Pendidikan 1854
Ia menjadi asas penubuhan institusi pendidikan di India secara berperingkat
- Jabatan Pendidikan ditubuhkan di setiap daerah
- geran dan bantuan kewangan turut diberikan kepada sekolah2 swasta

KESIMPULAN
- perubahan sosial dan ekonomi oleh British di India pada tahap awal telah menerima
tentangan penduduk tempatan sehingga mencetuskan Pemberontakan Dahagi 1857
- namun pada jangka masa panjang, ia telah memberi kesan positif dan melahirkan golongan
intelektual yang menjadi pemimpin gerakan kebangsaan di Ind
6. Bincangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam NATO
pada abad ke-20 Masihi.

PENGENALAN
- Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan 2 kuasa besar yang menerajui NATO
- NATO atau North Atlantic Treaty Organizations merupakan pakatan ketenteraan yang
ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Atlantik pada 4/4/1949
- pada peringkat awal NATO dianggotai oleh 12 negara seperti Amerika Syarikat, Belgium,
Canada, Portugal UK, Perancis, , Luxembourg dll
- ibu pejabat NATO asal ialah Brussels, Belgium diikuti Paris, Perancis sehingga 1966
- matlamat utama NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa Jerman di Eropah,
- matlamat lain ialah membendung mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan
Soviet Union di Eropah
- ahli2 NATO bersetuju untuk bekerjasama dari segi ketenteraan jika salah satu negara disera

PERANAN UK DALAM NATO

1. PENGASASAN / PEMBENTUKAN NATO


- UK peranan penting dalam proses penubuhan NATO
- buktinya dapat dilihat pada koleksi peribadi Setiausaha Luar Britain iaitu Ernest Bevin
dan dokumen oleh Foreign Office, United Kingdom
- dokumen2 tersebut mengandungi strategi penubuhan NATO dengan
mengetengahkan/menonjolkan peranan AS sungguhpun UK ialah “key player”
- UK sedar perlunya penglibatan Amerika Syarikat dalam mana-mana pertubuhan
antarabangsa kerana tanpa penyertaan AS pertubuhan tersebut akan lemah dan gagal
seperti Liga Bangsa

2. MELIBATKAN AMERIKA SYARIKAT DALAM NATO


- UK yang diterajui Parti Buruh menyusun pelbagai strategi bagi memastikan NATO
disertai Amerika Syarikat
- Setiausaha Luar Britain iaitu Ernest Bevin dipertanggungjawab “educating the americans”
bagi menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah selepas Perang Dunia 2
- Presiden AS iaitu Harry S. Truman masih belum bersedia menghadapi ancaman Soviet
- ekoran itu, UK membuat perancangan jangka panjang melibatkan Amerika Syarikat
dalam NATO

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM NATO

1. PERTAHANAN & KESELAMATAN EROPAH BARAT


- tujuan asal penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa Jerman di Eropa
- bahkan Amerika Syarikat turut dilibatkan bersama untuk mengukuhkan pertahanan
- ia juga bertujuan menghalang perkembangan ideologi komunisme di Eropah Barat dan
ketenteraan Soviet Union
- ia juga mahu meyakinkan ahli2 PBB untuk mengatasi sebarang konflik antarabangsa
- NATO ingin membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union ke atas
negara-negara Eropah Timur
- oleh itu NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas
tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah
dari Moscow dapat disekat dengan berkesan.
Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama.
3. HUBUNGAN UNITED KINGDOM DAN AMERIKA SYARIKAT DALAM NATO
- hubungan UK dan US menjadi akrab selepas Perang Dingin bermula
- ia dapat dilihat dalam 3 bentuk iaitu hubungan diplomatik, kerjasama ketenteraan dan
perkongsian perisikan
- Hubungan diplomatik ialah melalui perundingan, pertukaran diplomat dan lain-lain
- Kerjasama ketenteraan merujuk kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut
- manakala kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak seperti
FBI, CIA ( Amerika Syarikat ) manakala MI6 MI7 ( UK )
- komitmen UK dan US merupakan kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan sejagat
- Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang
melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana
bimbang berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain.
Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin
meminta bantuan Amerika.
Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa siri
rundingan nasihat dari Amerika.
Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jelaslah negara Amerika Syarikat dan United Kingdom memainkan
peranan aktif dalam NATO dari segi penubuhannya, perkembangan dan peranan2nya
NATO telah melibatkan diri dalam beberapa peperangan sperti Perang Korea (1950-an )
Perang Vietnam ( 1965 – 1975 ) Perang di Afghanistan ( 1980-an)
Selepas tamatnya Perang Dingin, Soviet Union telah tumbang dan Pertubuhan2 Komunis
seperti Pakatan Warsaw juga berakhir
Maka NATO menjadi pakatan ketenteraan tunggal di dunia

Anda mungkin juga menyukai