Anda di halaman 1dari 4

4.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN


MOHAMMED AL-FATEH (MOHAMMED II)
4.1.

Fakta-fakta

yang

Sultan Mohammed

mempengaruhi

Faktor

-Faktor

Kejayaan

Al-Fateh (Mohammed II)

Sultan Mohammed Al-Fateh (Mohammed II) merupakan seorang tokoh


Islam terkemuka pada zaman Uthmaniyyah yang banyak menyumbang kepada
usaha

mendaulatkan

Islam.

Baginda

diberi

gelaran

Al-Fateh

kerana

kejayaannya membebaskan Konstantinopel dan menakluki kawasan-kawasan


baru di Eropah Timur dan sebahagian besar Asia. Selain itu, baginda juga
seorang pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat
sebagai Grand Seigneur yang bermaksud Pemimpin Agung.
Sementara itu, terdapat beberapa fakta kejayaan penting yang telah
mempengaruhi faktor-faktor kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh (Mohammed
II) pada zaman pemerintahannya iaitu selama 30 tahun tersebut. Antara fakta
tersebut adalah Empayar Rom yang berbeza iaitu Empayar Rom Byzantin ketika
misi Sultan Muhammad Al- Fateh dan bangsa Turki sangat luas dibandingkan
dengan misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab. Hal ini adalah kerana
generasi

sebelum

Sultan

Muhammad

Al-

Fateh

yang

bertanggungjawab

menyempitkan kuasa Kristian Orthodoks itu, sehingga ia menjadi sebuah


kerajaan yang kerdil dan terpinggir sehingga memudahkan Muhammad Al- Fateh
untuk memberikan fokus sepenuhnya hanya kepada Konstantinopel.
Fakta yang seterusnya adalah Baginda Mewarisi Takhta dimana Sultan
Muhammad Al- Fateh mewarisi takhta kerajaan Uthmaniyah yang telah stabil
tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera,
kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para
ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne. Fakta yang akhir sekali
adalah Pendidikan Teratur & Seimbang iaitu Sultan Muhammad Al- Fateh melalui
proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan
menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta hubungannya

yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani dan beberapa
ulama tersohor yang lain.

4.2.

Faktor

-Faktor

Kejayaan

Sultan

Mohammed

Al-Fateh

(Mohammed II)
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa faktor kejayaan Sultan Muhammad
Al-Fateh yang dapat dipelajari. Faktor yang pertama adalah pengaruh yang kuat,
baginda telah memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam
terhadap hasratnya untuk membuka Konstantinopel melalui Peranan Chandarli
Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissaries
dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.
Faktor

yang

kedua

adalah

pengstrukturan

semula,

baginda

telah

melakukan penstrukturan semula sistem birokrasi dan pentadbiran negara


dengan perhatian khusus kepada sektor ekonomi, dan kos perbelanjaaan yang
diperlukan

untuk

menuju

Konstantinopel.

Seterusnya,

menyamar

dan

menyelidik iaitu baginda sendiri membuat penyamaran dan kemudiannya


menghantar perisikan untuk terus menyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman
Konstantinopel, dari ketebalan tembok dua lapis dan kelemahan Greek Fire,
hinggalah pada isu-isu semasa politik yang dijangka tidak memihak kepada
Maharaja Konstantinopel.
Faktor yang keempat adalah wujudkan strategi lumpuhkan musuh dengan
membangunkan 140 buah kapal perang moden, 320 buah perahu serta
menyediakan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang termasuk dua
belas ribu tentera Janisari yang terlatih. Kesemua ini sebagai persiapan
mengepung secara berkesan Konstantinopel dari segenap arah, memenatkan
musuh dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas
tembok tanpa henti.
Faktor yang selanjutnya adalah berfikir sebelum menghukum. Baginda telah
menunggu justifikasi syariah untuk menghukum Konstantinopel di samping

menunggu masa, suasana, dan cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh


sebenar kepungan dilakukan, supaya tidak akan berlaku sedikitpun kesilapan
teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne.

Faktor

yang

keenam

adalah

peningkatan

hubungan,

baginda

telah

menyemak semula hubungan sedia ada antara kerajaan Turki dengan negaranegara Eropah dan Balkan. Serta menawarkan hubungan dagangan yang lebih
baik

dari

tawaran

pemimpin

Uthmaniyah

sebelumnya.vPerhatian

khusus

diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang bersekutu dengan


Konstantinopel, supaya mereka memihak kepada Turki atau bersikap sekurangkurangnya bersikap neutral apabila Konstantinopel diserang.
Faktor yang selain daripada itu adalah dengan meminimumkan talian hayat
iaitu baginda telah memastikan Konstantinopel dipinggir dan dipencilkan dari
sebarang talian hayat dari selat Bhosporus. Baginda telah membina Rumeli
Hissari di bahagian Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian
Asia dalam 149 hari sahaja. Ia dibina untuk baginda menguasai sepenuhnya
satu-satunya laluan berpotensi untuk sekutu Konstantinopel seperti Empayar
Trebizond membantu Konstantinopel.
Faktor yang kelapan,pemerhatian terhadap Bukit Galata. Baginda telah
memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata
bersikap neutral sepanjang tempoh perang. Akhirnya kawasan bukit menghadap
Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad Berjaya melayarkan 70
buah kapal-kapal ringannya, di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer untuk
berlabuh di Tanduk Emas tanpa melalui sekatan rantai Byzantin.
Dalam pada itu, faktor yang kesembilan adalah penciptaan meriam iaitu
mencipta empat buah meriam gergasi dan puluhan mortar untuk meremukkan
tembok Konstantinopel yang berukuran setebal 10 dan 15 meter. Meriam
Basilica yang terbesar mempunyai berat 1,400 paun, pelurunya seberat 300
kilogram, memerlukan dua jam untuk memasukkan satu peluru, mampu

menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3
kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer.
Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim, namanya Orban dan dipindahkan
dari Edirne ke Konstantinopel pada jarak 250 kilometer tanpa diketahui musuh.
Faktor yang terakhir adalah membangkitkan semangat tentera Allah SWT
dengan memastikan spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Peranan para ulama sangat besar dalam setiap battalion tentera.

Anda mungkin juga menyukai