Anda di halaman 1dari 16

Huraikan Prinsip Umum

Undang-undang 99 Perak Dalam


Mengekalkan Keamanan Masyarakat
Di Perak Pada Abad Ke-19
PENDAHULUAN
Undang- undang 99 Perak ini ialah
undang-undang yang tertua di Perak di
mana Ia berkaitan tentang hal ehwal
agama dan tradisi masyarakat
tradisional. Undang-undang
99 Perak ini juga dikanunkan pada
tahun
1867 dan mula berkuatkuasa
sehingga tahun 1900.
Pada zaman pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin, undang-undang ini
dibawa dari luar oleh Syed Hassan dari
Hadramut. Oleh itu,
terdapat beberapa prinsip umum
Undang-undang 99 Perak dalam
mengekalkan keamanan masyarakat
di Perak pada abad ke-19.
ISI 1 : KESALAHAN ZINA

Prinsip umum undang-undang 99 Perak yang pertama ialah


kesalahan zina. Hukuman bagi kesalahan ini dinyatakan dalam
Fasal 6 dan Fasal 50 dalam Undang-undang 99 Perak. Bagi
pesalah yang mengambil isteri orang, hukumannya adalah dibuang
dari mukimnya ataupun dikehendaki membayar denda.
Manakala bagi pesalah perempuan pula akan dikenakan hukuman
cukur rambut ataupun membayar denda jika ingin dibebaskan.
Namun, apabila kedua-dua penzina mengakuinya maka mereka
hendaklah bernikah dan membayar denda.
ISI 1 : KESALAHAN ZINA

Kesalahan ini boleh dibincangkan dan dimaafkan sekiranya


penghulu mendapati bahawa penzina ini tidak mempunyai
kesalahan. Dari sudut hukum hudud pula kesalahan zina ini boleh
disabitkan dengan rotan 100 kali sebatan ataupun pasangan yang
berkahwin akan dikenakan hukuman rejam.
Jelaslah bahawa, dalam kesalahan zina ini bertujuan untuk
menjaga maruah diri dan keluarga agar tidak terjebak dengan
gejala sosial sekaligus mengekalkan keharmonian.
ISI 2 : KES PEMBUNUHAN
Prinsip umum undang-undang 99 Perak yang kedua ialah
kes pembunuhan. Hukuman bagi kesalahan ini dinyatakan
dalam Fasal 23 iaitu orang Islam yang membunuh orang islam
ini tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan
binasa. Dalam hal ini orang yang membunuh itu akan menjadi
kafir.Menurut daripada Fasal 4, orang kafir ini tidak akan
dihukum bunuh kerana dianggap bahawa mereka ini tidak
sempat memeluk Islam.
ISI 2 : KES PEMBUNUHAN
Hukuman pesalah kes ini ialah,mereka akan dikenakan
dendaan empat tahil dua paha emas dan disedekahkan setahil
sepaha emas. Tambahan pula, pewaris si pembunuh haruslah
membayar sejumlah wang kepada keluarga si mati. Dari sudut
Islam, kesalahan jenayah dikenakan qisas namun jika keluarga
si mati memaafkan pembunuh itu maka dia haruslah membayar
dendaan.Tuntasnya, dalam kes pembunuhan ini dapat
memulihkan hubungan antara orang yang terlibat sekaligus
kekalkan keharmonian negara.
ISI 3 : Protokol dan Peraturan di Istana

Prinsip umum undang-undang 99 Perak yang ketiga ialah


protokol dan peraturan di Istana. Dalam Fasal 24 ini menjelaskan
bahawa seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan ketika
menghadap raja atau pembesar. Antara peraturan tersebut ialah
menundukkan kepala semasa duduk dalam balirung seri,
menumpuhkan perhatian, tidak boleh memandang muka raja atau
pembesar, perlu duduk diam dan tidak boleh bercakap dalam nada
yang tinggi.
ISI 3 : Protokol dan Peraturan di Istana

Manakala, dalam Fasal 77 pula apabila raja atau pemerintah


mangkat maka takhtanya akan diwarisi oleh anak yang paling tua.
Tambahan itu, syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah
anak gahara sahaja. Jelaslah bahawa, dalam protokol dan
peraturan di Istana ini digunakan untuk mengelak berlakunya
perebutan takhta yang pasti akan mengugat keamanan dan
keharmonian negara di Perak.
ISI 4 : PEMBAHAGIAN HARTA
Prinsip umum undang-undang 99 Perak yang keempat ialah
pembahagian harta. Bagi anak perempuan, mereka akan
diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk dan peralatan
dapur. Manakala, bagi anak lelaki pula mereka akan mendapat
alatan besi, sawah padi dan lombong. Dalam pada itu, segala
hutang dan harta akan dibahagikan seperti anak lelaki
mendapat dua kali ganda lebih banyak dari anak perempuan,
anak yang belum berkahwin mendapat 10% lebih dari anak
lain dan harta sama rata.
ISI 4 : PEMBAHAGIAN HARTA
Situasi ini sangat bertentangan dengan Hukum Fara’id yang
menentukan cara pembahagian harta pusaka yang jelas.
Tuntasnya, dalam pembahagian harta ini dapat memastikan
pewaris dekat mahupun jauh tidak membebani dengan
masalah kewangan dan mengelak pertikaian dalam kalangan
ahli keluarga mampu mengekalkan keharmonian di Perak.
ISI 5 : Pelantikan Imam dan Khatib

Prinsip umum undang-undang 99 Perak yang terakhir ialah


pelantikan imam dan khatib. Dalam Fasal 58 ini, menjelaskan
tentang syarat-syarat menjadi imam dan khatib. Antara syarat
tersebut ialah mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik,
sanggup bersusah payah demi kebaikkan orang lain, bersikap
pemurah, menjadi orang yang terawal masuk masjid dan sanggup
membaiki masjid. Di samping itu, terdapat juga syarat untuk
menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim.
ISI 5 : Pelantikan Imam dan Khatib

Antara syaratnya ialah menguasai segala hukum Allah SWT dan


Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri,
mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat
dan tidak cacat serta mulia. Jelaslah bahawa, kriteria bagi
pelantikan imam dan khatib ini bertujuan untuk melahirkan orang
yang berkebolehan dalam membawa keamanan di Perak.
PENUTUP
Kesimpulannya, undang-undang ini
tidak memperlihatkan unsur Islam
kerana lebih menjurus kepada adat
tempatan. Undang-undang 99
Perak juga menyentuh
pelbagai aspek namun masih lagi
terdapat
kelemahan dan kekurangannya.
Hukuman dendan juga dalam

Anda mungkin juga menyukai