Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG 99 PERAK

DAN HUKUM SYARAK

Pendahuluan
Undang2 99 Perak berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad-19 oleh
Syed Hassan Al-Farodz dari Hadramaut .Undang2 ini menetapkan hukuman
dan kesalahan bagi 99 kelakuan .Disasarkan dalam bentuk dialog .Undang2 99
Perak lebih dipengaruhi oleh adat tempatan berbanding dengan unsur islam

Pemerintahan
 Fasal 77 dalam Undang2 99 Perak menyatakan bahawa takhta
pemerintahan harus disandang oleh anak gahara yang paling tua dan jika
tiada yang paling kecil akan mewarisinya dan ini menunjukkan Undang2
99 perak lebih terpengaruh oleh adat tempatan
 Menurut Hukum Syarak pula pemerintah hendaklah dilantik melalui
konsep Musyawarah yang mengadakan rundingan untuk memilih
pemimpin dan tidak terhad kepada keturunan sahaja

Bidang Jenayah
 Fasal 23 membincangkan tentang hukuman kepada penjenayah iaitu
yang memperlihatkan bahawa jika orang Islam membunuh islam yang lain
maka tidak akan dijatuhi hukuman bunuh tetapi akan dikatakan menjadi
kafir
 Dari segi islam, hukuman terhadap orang yang membunuh dibalas
dengan hukuman bunuh juga ,Contohnya ,pembunuh akan dikenakan
denda sebanyak 4 tahil ,dua paha emas atau dua dirham dan
disedekahkan setahil sepaha emas.Hukuman ini mengurankan kes
pembunuhan di dalam kalangan masyarakat islam
Penzinaan
 Fasal 50 menyentuh tentang hal penzinaan dan mengikut undang2 ini
jika kedua-dua penzina mengakuinya,mereka hanya diperintah untuk
untuk menikah dan membayar denda sepaha emas .Jika penghulu
mendapati tiada kesalahan yang dilakukan akan boleh dibincangkan dan
boleh dimaafkan
 Menurut islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin
dikenakan sebatan sebanyak 100 kali rotan dan pasangan yang
berkahwin akan direjam sampai mati!!!!

Perkahwinan
 Fasal 65 Pasangan yang baru berkahwin tidak dibenarkan bersama lebih
kurang lebih kurang 40 hari di atas alasan untuk menjaga keimanan
masing-masing
 Menurut islam selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan menjadi
suami isteri akan boleh tinggal bersama ,bagi mengelakkan perbuatan
khalwat
Kesimpulannya ,Undang2 99 Perak banyak dipengaruhi oleh pengaruh adat
tempatan berbanding dengan hukum syarak.Undang2 99 Perak mempunyai
perbezaan dengan hukum islam dari segi pemerintahan,perkahwinan,penzinaan
dan hukuman terhadap pembunuh tetapi Undang2 99 Perak berjaya menjamin
keselamatan dan keamanan walaupun berbeza dengan hokum islam
WALAUPUN CARA KITA BERBEZA TAPI MATLAMAT KITA SAMA
-Wahid Amirul

WE READ HISTORY,WE LEARN HISTORY,WE MAKE HISTORY AND WE


WILLL BECOME HISTORY
-Kamaruzaman

Anda mungkin juga menyukai