Anda di halaman 1dari 9

Huraikan bagaimana prinsip-prinsip umum Undang-Undang 99 Perak

membawa keharmonian dalam masyarakat pada abad ke-19 ATAU


Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-Undang 99 Perak dalam
mengekalkan keamanan masyarakat di Perak pada abad ke-19
Modul efektif-m/s 33-36
Kesalahan Zina

Pembahagian Harta

prinsip-prinsip umum Undang- Protokol Di Istana


Undang 99 Perak membawa
keharmonian dalam masyarakat
pada abad ke-19

Kesalahan Jenayah Peperangan


dan Membunuh
Pendahuluan
• Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang yang tertua sekali di
Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat
tradisional.
• Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan
berkuatkuasa sehingga tahun 1900.
• Adalah dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa oleh Syed Hassan
dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
• Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan
ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi.
Kesalahan Zina
• Undang-undang 99 Perak ada menjelaskan tentang kesalahan zina.
• Bagi pesalah yang mengambil isteri orang, hukumnya ialah akan dibuang dari
mukimnya.
• Sekiranya tidak dibuang dari mukim, dia dikehendaki membayar denda (emas).

• Manakala perempuan pula akan dikenakan hukuman cukur rambut, namun akan
dilepaskan sekiranya membayar denda.

•Jika kedua-duanya penzina mengakui perbuatan mereka, mereka hanya diperintahkan bernikah dan
membayar denda sepaha emas.

• Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan dimaafkan
Kesalahan Jenayah dan Membunuh
• Sekiranya pembunuhan melibatkan sesama orang islam, pembunuh tidak boleh dijatuhi
hukuman kerana kedua-duanya akan binasa.
• Dalam hal ini, cuma orang membunuh itu menjadi kafir.
• Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan
disedekahkan setahil sepaha emas.
• Sekiranya orang kafir membunuh orang islam, maka orang kafir tersebut tidak akan dibunuh
kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam.
• Pewaris di pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada
keluarga si mati.
• Tujuan fasal ini ialah memberikan peluang kedua kepada pembunuh agar menyesali
perbuatan yang telah dilakukan.
Pembahagian harta
• Berkaitan dengan pembahagian harta, Undang-Undang 99 Perak menjelaskan bahawa ;
> anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk dab peralatan dapur
> anak lelaki akan diberikan alatan besi atau senjata, sawah padi, lombong

• segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut ;


> anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan
> harta lain akan dibahagikan secara adil kepada anak
> anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain

• Tujuan pembahagian harta dilakukan adalah untuk memastikan pewaris dekat mahupun jauh ;
> tidak dibebani dengan masalah kewangan
> mengelak pertikaian atau perebutan harya pusaka dalam kalangan ahli keluarga
Protokol Di Istana
• Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan ketika menghadap raja atau pembesar.
• Antara peraturan ketika menghadap raja atau pembesar adalah seperti berikut:
1) menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balairung seri
2) menumpukan perhatian
3) tidak boleh memandang muka raja atau pembesar
4) tidak boleh bercakap bertutur dalam nada suara tinggi
• Fasal ini menunjukkan betapa pentingnya golongan pemerintah perlu dihormati oleh golongan
bawahan.
• Undang-undang ini juga menjelaskan jika seseorang raja atau pemerintah tersebut mangkat
maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua.
• Jika tiada, maka anak raja yang paling kecil akan mewarisi takhta.
• Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja
atau permaisuri daripada golongan diraja)
Peperangan
• Fasal berkaitan dengan peperangan juga disentuh dalam undang-undang ini.
• Antara strategi untuk menang dalam peperangan adalah ;
- tenaga tentera, dan senjata
- menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas
- meminta bantuan daripada negeri yang berhubung
- menggunakan muslihat
- memperkukuhkan kewangan
- mendapatkan seorang pemimpin yang terdapat sokongan orang ramai
• Fasal ini menjelaskan betapa penting perancangan dalam bidang ketenteraan bagi
mempertahankan kerajaan daripada ancaman musuh
• Dari segi jangka panjangnya akan membawa kepada suasana politik yang tenang, aman
serta harmoni dalam kerajaan
Kesimpulan
• Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur islam kerana lebih
menjurus kepada adat tempatan.
• Undang-undang 99 perak menyentuh pelbagai aspek namun masih
terdapat kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun
Melaka.
• Segala hukuman hanya berbentuk denda wang iaitu emas.

Anda mungkin juga menyukai