Anda di halaman 1dari 5

UNDANG-UNDANG 99 PERAK

Undang-undang ini dinamakan Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi


99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara.

Perkara-perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah


Tugas

& tanggungjawab pemerintah, iaitu raja dan pembesar-pembesar

Peraturan

adat istiadat menghadap dan melantik raja

Perkara-perkara

yang berkaitan dengan jenayah seperti mencederakan, membunuh,


mencuri, dan sebagainya
Perkara-perkara

yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan seperti perkahwinan,


penceraian, pembahagian harta, dan lain-lain.

Undang-undang 99 Perak dikatakan berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak


pada abad ke-17.

Undang-undang 99 Perak agak unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.

UNDANG-UNDANG KEDAH

Undang-undang ini tidak bertarikh, tetapi dipercayai digunakan sejak zaman


pemerintahan Sultan Rijaluddin Mohemad yang memerintah dari tahun 1063 H
hingga tahun 1062 H, bersamaan dengan tahun 1625 hingga 1652.

Undang-undang Kedah yang digubal adalah bertujuan untuk mewujudkan garis


panduan pemerintah dalam urusan pemerintahan, mewujudkan masyarakat
harmoni yang pauh pada peraturan dan mencegah rakyatnya daripada
melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan dalam hidup
bermasyarakat.

Undang-undang ini meliputi 4 perkara iaitu:


Undang-undang

pelabuhan yang melibatkan peraturan khusus para pegawai di


pelabuhan. Ianya meliputi pengendalian tugasan pegawai yang bermula daripada
masuknya kapal ke pelabuhan sehinggalah kapal meninggalkan pelabuhan. Undangundang ini juga menetapkan peranan lain pegawai pelabuhan iaitu mengawal dan
meronda di pasar dan menentukan system timbangan.
Undang-undang

Seri Paduka Tuan atau Tambera Dato Seri Paduka Tuan yang
mengandungi 16 fasal. Terdapat fasal-fasal yang menyentuh mengenai pertanian dan
ternakan serta fasal-fasal tentang tugas ketua kampong yang mengawal keamanan
kampung dan tanggungjawab menguruskan kegiatan jual beli; hukuman bagi kesalahan
mencuri, berjudi, minum arak, membayar zakat dan fitrah.

Hukum

Kanun Dato Kota Setar pula menyatakan peraturan dan adat istiadat diraja di
dalam istana serta keistimewaan yang dinikmati oleh golongan pemerintah.
Undang-undang

adat pula menyentuh tentang bunga emas, alat kebesaran dan adat
meminang untuk golongan diraja serta peranan pembesar negeri.
Undang-undang
Misalnya,

99 Perak juga menerima pengaruh Islam.

hukuman kepada orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan akan diberi
makan rumput di khalayak ramai, mencuri isteri orang pula akan dijatuhkan hukuman
bunuh atau didenda serta pembahagian harta pusakan juga menurut hokum syarak.

Anda mungkin juga menyukai