Anda di halaman 1dari 12

Mr.

Liew

1. a. Maksud Renissance

Renaissance bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada penghargaan


semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom.
Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia
berfikir untuk menyelesaikan permasalahan. Gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa
Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, pemikiran kritis
dan rasionalisme. Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah
hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan
teknologi.

b. Maksud Penjelajahan Penerokaan

Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan


menghadapi.Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata
tempat atau daerah. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan
sejak zaman Yunani dan Rom. Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk
melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan
(gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

Pada pandangan Barat penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh


mereka tertumpu kepada tiga aspek besar iaitu tiga G (gospel, glory and gold,serta
agama, politik dan ekonomi). Matlamat akhir mereka ialah penjejajahan ke atas negeri-
negeri yang ditaklukinya. Mereka tidak melihat lebih daripada itu kerana tujuan utama
mereka ialah untuk mendapatkan kuasa dan keuntungan tanpa menjaga kebajikan dan
kepentingan masyarakat tempatan.

Menurut Kamus Dewan, penjelajahan bermaksud perihal menjelajahi,


mengelilingi atau berjalan-jalan ke merata-rata tempat atau daerah dengan tujuan untuk
menyelidik. Penerokaan pula bermaksud perihal perbuatan, usaha meneroka atau
menerokai. P&P perlu dilakukan untuk menambah ilmu dan keimanan serta
memakmurkan bumi Allah s.w.t menerusi aktiviti ekonomi dan perdagangan.
Mr. Liew
2. Latar belakang aktiviti penjelajahan penerokaan.

Aktiviti penjelajahan penerokaan berlaku disebabkan kejayaan sains dan


teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini. Mereka mencari
laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul. Selama ini orang
Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah
selepas kerajaan Islam memerintah Istanbul. Mereka penerokaan dengan melalui lautan
Atlantik untuk sampai ke timur. Pada masa itu, Eropah menghadapi masalah
mendapatkan barangan seperti emas, rempah dan bijih timah. Hal ini demikian
menyebabkan mereka mencari laluan alternative untuk sampai ke timur untuk
menguasai tempat kita. Akhirnya Eropah berjaya menjadikan lautan Atlantik sebagai
laluan untuk sampai ke timur.

3. Faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan.

Terdapat beberapa faktor telah menyebabkan penjelajahan dan penerokaan


pada zaman Eropah. Antara faktor adalah desakan ekonomi. Hal ini demikian kerana
orang Eropah memerlukan mendapatkan pelbagai barang di timur seperti emas, sutera
dan rempah. Contohnya, perdagangangan rempah ratus mendatangkan keuntungan
yang besar. Selain itu, galakan pemerintah contohnya raja Sepanyol dan Portugal telah
menjadikan salah satu faktor penjelajahan dan penerokaan berlaku. Pada zaman itu,
Sepanyol menumpukan kepada Amerika Lain dan Portugal ke timur. Persaingan kuasa
antara Sepanyol dan Portugal menyebabkan Sepanyol turut ke timur, begitu juga
sebaliknya dengan Portugal. Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat
Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan kawasan pengaruh masing- masing. Hal ini
demkian menyebabkan timur milik Portugal dan barat milik Sepanyol.

Bukan sahaja ini, peranan Columbus menjadikan beliau merupakan orang


Eropah pertama tiba di Amerika. Peranan Magellan menyebabkannya tiba di timur dan
terbunuh di Filipina. Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi
pendorong utama kuasa Sepanyol dan Portugal ke timur. Mereka juga menjelajah untuk
menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang
Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian. Mereka juga menjelajah untuk
menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang
Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian. Selain itu, Monarki baru di
Eropah menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan Belanda.
Mr. Liew
Rumusannya, penjelajahan dan penerokaan yang berlaku di zaman Eropah adalah
kerana mereka ingin mendapat “ Gold, Glory dan Gospel ”.

4. Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan.

Penjelajahan dan penerokaan di zaman Eropah telah membawa kesan-kesan


kepada masyarakat tempatan terutamanya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Penjelajahan dan penerokaan telah membawa kesan penting terhadap masyarakat
tempatan. Dari segi politik, penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan
wakil Eropah untuk mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Wakil-wakil Eropah ini terdiri
daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Perancis, Great Britain
dan Denmark. Antara syarikat berpiagam yang terkenal adalah seperti Syarikat Hindia
Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC) dan Syarikat Hindia Timur
Inggeris (EIC).

Dari segi ekonomi pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada
masyarakat Eropah. Pusat-pusat emporium seperti di Melaka dan Goa telah dijajah oleh
Portugal. Barangan-barangan yang diperbuat di Timur telah memperkayakan lagi
ekonomi dan gaya hidup rakyat Eropah. Dari segi sosial pula, masyarakat tempatan
mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Ramai peribumi tempatan telah
menganut agama Kristian. Mereka juga telah mengubah cara hidup dan kehidupan
masyarakat tempatan.

Jalan pelayaran di Lautan Hindi pula telah dikuasai oleh orang Portugal.
Sebelum mereka, pedagang-pedagang Islam Arab telah menguasai jalan berkenaan.
Mereka telah menguasai bukan sahaja jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan
Hindi malah mereka juga telah menguasai jalan perdagangan di Laut China Selatan.
Mr. Liew
Penjajahan yang dilakukan oleh pihak Sepanyol juga meninggalkan kesan
terhadap masyarakat tempatan. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah
berperang lalu menakluk Mexico lantas menundukkan tamadun Aztec dan menakluk
Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. Penjajahan ini telah membawa
penghijrahan beramai-ramai oleh orang Sepanyol ke Amerika Latin dan tinggal di situ.

Amerika Latin telah menjadi Dunia Baru kepada rakyat Sepanyol yang berhijrah
ke sana. Amerika Latin merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi emas dan perak.
Oleh itu, rakyat Sepanyol beramai-ramai menjadikan kawasan ini sebagai tempat untuk
mendapatkan emas dan perak. Berlainan pula pandangan golongan Gereja. Mereka
melihat Amerika Latin sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian. Para
pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi masyarakat peribumi untuk dijadikan buruh
lombong dan buruh ladang. Di Timur pula, tiada petempatan orang Sepanyol secara
besar-besaran namun Filipina merupakan negara yang dipengaruhi oleh kuasa
Sepanyol.

Dari segi politik, banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan
wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah. Di antara
wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ). Syarikat Hindia
Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika,
Asia Tenggara dan Asia Timur. Dari segi ekonomi, kawasan luar Eropah menjadi
pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai Portugal. Jalan
perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab
telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.

Dari segi sosial, gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah,
malah ada yang memeluk agama Kristian. Perang berlaku antara orang tempatan dan
kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico
dan tamadun Inca di Peru. Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di
Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang. Di
timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.
Mr. Liew
5. Kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia dalam kegiatan penjelajahan dan
penerokaan.
Kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia dalam kegiatan penjelajahan dan
penerokaan adalah dalam bidang angkasa lepas. Konsep penerokaan angkasa lepas
Malaysia lebih menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu
dalam industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada
bidang penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam
bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi pemain utama
dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.

Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1 pada


bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia telah
membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di negara ini.
Pada masa yang sama ia turut membenihkan bibit-bibit kesedaran di kalangan orang
ramai tentang industri aeroangkasa.

Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak tahun
1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan penubuhan
Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri. Menjelang Julai
1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
untuk memantapkan lagi peranannya membantu kemajuan sains dan teknologi di
Malaysia.

Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I, pada


bulan September 2000. Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan
Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey Satellite
Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dari Malaysia.
Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka
angkasa secara lebih giat lagi.

Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997)


membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas. Dengan
adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih
efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara. Komitmen kerajaan dalam
membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa
Negara (AAN) pada bulan Julai 2002. Agensi ini berperanan besar dalam menghadapi
era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka. Malaysia perlu
Mr. Liew
mempunyai satelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar masalah-masalah
berkaitan dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani secara berkesan.
Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar tempatan untuk
menjayakan penerokaan angkasa lepas. Di samping menggalakkan kerjasama
antarabangsa, agensi ini juga dapat menyelaraskan aktiviti penerokaan angkasa
lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa


lepas yang terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej
baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran
Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan
berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi angkasa lepas akan
memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama Malaysia sebaris dengan
negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.

Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara


sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui penggunaan
satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisyen.
Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA, penggabungan antara satelit
navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan komunikasi tetapi juga
memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui teknologi Global
Positioning System (GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan
mengesan kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo
mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat
pemantaunya di Langkawi.

Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada
beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan
berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi menerusi teknologi
GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang
memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan bantuan Intelligent
Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi
dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa
untuk memantau pergerakkannya.
Mr. Liew
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini.
Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat berguna
bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut. Selain
daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah jerebu kerana ia juga
boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-kapal lain yang sedang
melalui perairan negara.

Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas
ialah bidang geografi. Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan
tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh. Sebarang bentuk bencana
alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih awal.
Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat diambil. Kerja-
kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah. Penyediaan peta dan
penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara lebih baik dengan
bantuan satelit.

Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-


kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana perairan
negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka
pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik. Perairan
Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasan-kawasan yang
sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia. Oleh yang demikian, sistem
pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan
pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan.

Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang besar
kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini. Antara bidang industri
aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan angkasa
ialah teknologi pembuatan pesawat. Bidang ini telah mencambahkan hasilnya di negara
ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa pemandu
pertamanya pada tahun 2001. Pesawat yang dikenali sebagai Eagle Airborne
Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama dengan British
Aerospace System (BAE). Selain daripada membantu kemajuan sistem pertahanan
negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke luar negara.
Mr. Liew
Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga
banyak memberi faedah kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan.
Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai bahagian kajian sains angkasa mereka
sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing serta
melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara ini. Langkah ini sudah tentu akan
membantu kemajuan negara dalam bidang penerokaan angkasa lepas masa hadapan.

Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang


lebih tinggi pada masa hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah
menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana. Kita juga ingin menjadi
pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan
China. Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini, kita
bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Kita
sebenarnya sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana
pada alaf akan datang

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan
luar biasa dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Kejayaan-kejayaan luar biasa
yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang
ditempa oleh orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita.

Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita
berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II.
Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang
mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran
angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha
telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi
pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan
teknologi. Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang
angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya,
penerokaan negara dalam bidang angkasa lepas juga merupakan salah satu kejayaan
negara yang patut dibanggakan.

Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan
yang menjadi kebanggaan negara. Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai
Mr. Liew
belut diketil ekor dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi
terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan pencakar
langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan
bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut
terletak di Kuala Lumpur. Ciri-ciri istimewa kedua-dua menara ini telah menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing
melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun. Pendek kata, pembinaan bangunan
yang tersergam gah telah membuktikan kejayaan negara dicapai.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama


Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal
seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Ringan
(LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA
ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan
yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem
Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga
kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan
teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk
menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem
pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan negara pada
alaf ini.

6. Usaha melakukan kegiatan penerokaan dan penjelajahan dapat


mensejahterakan negara Malaysia.

Kegiatan penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kerajaan tidak boleh
dinafikan telah memberikan banyak faedah dan dapat mensejahterakan negara
Malaysia. Usaha penerokaan dalam bidang teknologi angkasa lepas seperti pelancaran
satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara sepertimana yang dicapai
oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui penggunaan satelit-satelit berkenaan,
komunikasi menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisyen. Penggabungan antara
satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan komunikasi tetapi
juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui teknologi. Global
Positioning System (GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan
mengesan kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo
Mr. Liew
mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat
pemantaunya di Langkawi. Selain itu, satelit juga dapat digunakan oleh negara kita
untuk menjaga keselamatan pertahanan. Hal demikian dapat mensejahterakan Malaysia.

Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada
beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan
berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi menerusi teknologi
GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang
memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan bantuan Intelligent
Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi
dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa
untuk memantau pergerakkannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan dalam bidang perusahaan automobil


merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Kejayaan ini
telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri
setanding kereta asing. Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan
kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri berat yang diusahakan oleh
rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti
Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Perusahaan ini secara tidak
langsung telah dapat meningkatkan pendapatan negara kita. Tegasnya, bidang
automobil negara menjadi salah satu mercu kejayaan negara. Rakyat kita juga dapat
membeli serta memiliki kereta perbuatan Malaysia dengan harga yang lebih murah.

Selain itu, penerokaan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga telah
mensejahterakan Malaysia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal
seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Ringan
(LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA
ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan
yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem
Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga
kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan
teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk
menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem
Mr. Liew
pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan negara pada
alaf ini.

Aktiviti penjelajahan dan penerokaan didorong oleh minat untuk mendapat


maklumat tentang alam persekitaran. Melalui penjelajahan dan penerokaan kita
mendapatkan ilmu mengenai keadaan geografi dan sumber ekologi menerusi
pemerhatian terhadap alam sekitar.

7. Apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan kestabilan dan kedaulatan


negara Malaysia.
a.

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi mengekalkan kestabilan dan kedaulatan


negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara
Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia .
Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda
agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu, cabaran untuk memastikan ekonomi
negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang
kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .

b.

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan


angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang
pertahanan. Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan
sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan
mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang
demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat
dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya,
mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

8. Nilai dan iktibar yang boleh dipelajari daripada kegiatan penerokaan dan
penjelajahan.
Kegiatan penerokaan dan penjelajahan telah memberikan banyak nilai dan
iktibar kepada kita. Antara nilai dan iktibar yang dapat diperoleh daripada kegiatan
penerokaan dan penjelahan adalah seperti berani mempunyai sifat inkuiri. Rakyat dan
Mr. Liew
pemimpin kita perlu menggunakan minda sepenuhnya untuk memajukan ekonomi
negara. Kita harus meneroka ilmu pengetahuan, berani untuk meneroka perkaran dan
bidang baru serta menekankan pemikiran logik dan saintifik. Selain itu, kita perlu
mengamalkan sikap tidak mudah putus asa dan sentiasa membentuk keyakinan diri.
Kita juga perlu mempunyai sifat sangggup mengambil risiko dan semangat inkuiri yang
tinggi untuk mencapai kejayaan.

9. Kesimpulan dan pengetahuan yang diperoleh.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah


melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16 M. Aktiviti
penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan
perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan. Nilai patriotism
yang boleh didapati daripada tajuk yang dikaji adalah seperti sebagai rakyat Malaysia
kita mesti cinta dan setia kepada negara serta sanggup berkorban demi negara.
Pemimpin dan rakyat perlu bersatu padu untuk mengekalkan kedaulatan negara. Kita
juga harus berbangga dengan kejayaan Malaysia di peringkat dunia. Harapan saya
adalah agar Malaysia tidak terlibat dengan anasir-anasir negatif yang mampu mengugat
kestabilan politik yang dicapai oleh Malaysia pada era ini supaya negara kita menjadi
lebih gemilang pada masa yang akan datang serta wawasan 2020 dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai