Anda di halaman 1dari 21

CIRI-CIRI PENULIS SEJARAH

NAMA PEMBENTANG:
CHUA HONG JUN
DHAYAALHAN A/L KUMARAN
PERSOALAN
Siapakah Penulis Sejarah?
PENGENALAN
• Penulis/pengkaji sejarah ialah seorang individu yang
berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan penelitian
terhadap peristiwa-peristiwa masa lalu yang diminati dengan
matlmat menghasilkan sesuatu karya sejarah.
• Dalam menghasilkan sesuatu karya, seseorang penulis
sejarah tidak wajar langsung menulis atau menyalin idea-
idea yang diperolehi dari sumber-sumbernya.
• Oleh itu, seorang penulis haruslah memiliki beberapa
kriteria-kriteria ataupun ciri-ciri penting untuk melayakannya
menjadi seorang penulis sejarah supaya hasil karyanya boleh
diterima dan diakui.
Kesedaran
Sejarah

Kejujuran Kesarjanaan

CIRI-CIRI
PENULIS
Ketelitian
dan
SEJARAH Kreatif dan
Penilaian Kritikal
sumber

Kejujuran Ketepatan
Kesedaran Sejarah
Kesedaran sejarah adalah merujuk kepada sikap dan cara
pemikiran seseorang individu melihat perubahan dalam
masyarakatnya, khususnya dari sudut sejarah.

Kesedaran sejarah adalah satu usaha untuk memahami dan


menghargai sikap masyarakat dahulu yang telah mencapai
pelbagai kemajuan dalam bidang kebudayaan dan cara hidup.

Kesedaran sejarah juga dapat dianggap sebagai keupayaan


seseorang untuk memahami kejadian masa lampau dan
pengalaman orang lain.
Kesedaran Sejarah
Contoh:

Tugu Negara, Stadium Binaan ini menjadi


Merdeka dan tanda kepada Dengan kesedaran Berbeza dengan
Bangunan Sultan Abdul semangat nasionalisme sejarah, seseorang individu lain yang
Samad di Kuala yang tinggi dalam penulis dapat menilai hanya melihat binaan
Lumpur, serta Bandar kalangan rakyat untuk ketinggian nilai atau monumen
Hilir di Melaka ada memperolehi kesejarahan pada tersebut sebagai satu
peninggalan binaan kemerdekan daripada binaan atau monumen lambing dan tarikan
yang mempunyai nilai penjajahan asing pada tersebut. pelancong.
sejarah yang tinggi. masa lampau.
Kesarjanaan
Menurut Kamus Dewan Sarjana bermaksud orang-orang yang
pandai, ahli dalam ilmu pengetahuan dan cendekiawan. Sarjana juga
merupakan gelaran yang diberikan kepada orang yang
melengkapkan pelajaran di Universiti.

Seseorang penulis sejarah perlu memiliki ciri seseorang yang


mempunyai kelulusan khusus dan diiktiraf. Penulis wajar
mempunyai kelulusan yang baik, terlatih dalam pengetahuan
falsafah, teori dan kaedah ilmu sejarah.

Pengetahuan yang mendalam tentang falsafah sejarah dan juga


tentang sesuatu peristiwa masa lampau akan dapat membantu
usaha-usaha penyelidikan dirancang dan dikerjakan secara
sistematik dan saintifik.
Kreatif
Pemikiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan
minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru,
asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang penulis untuk


menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang
tersendiri.

Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada
individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.
Kritikal

Perkataan KRITIS adalah berasal Pemikiran kritis /kritikal dalam


dari perkataan inggeris iaitu Menimbang pula bermaksud penulisan sejarah adalah
'CRITIC' kata dasar 'KRITIS' menilai ,membezakan penggunaan operasi berfikir
merupakan perkataan Greek ,mencetuskan dan menyoal yang asas untuk menganalisis ,
'KRITHS' (kritikos) yang samada sesuatu itu benar atau mentafsir dan menilai sesuatu
membawa erti menimbang salah. hujah atau fakta sejarah dengan
(judge) . mendalam.
KETEPATAN (Accuracy)
• Prinsip asas penyelidikan sejarah adalah untuk mencapai kebenaran
sejarah.
• Justeru itu, cita-cita kebenaran sejarah hanya akan tercapai apabila
kerja-kerja dalam sepanjang proses penyelidikan dilakukan dengan
tepat.
• Ketepatan sebenarnya merujuk kepada keupayaan menyampaikan
kebenaran yang bebas daripada nilai-nilai asas, andaian budaya dan
berat sebelah penulis.
• Catatan daripada sumber tersebut dipetik. Ini bertujuan agar
penulisan sejarah mempunyai kreadibiliti.
Berpaksikan
keobjektifan
serta bersifat
nutral (tidak
berpihak)

Sejarah terlalu
dekat dengan Bererti
seni sehingga kesesuaian
dapat
mengurangi KETEPATAN antara fakta
dan tulisan
ketepatan dan sejarah
objektiviti.

Penulisan
sejarah
berdasarkan
pada fakta
sedangkan seni
merupakan hasil
imaginasi
• Semua penulisan sejarah yang dibuat mesti bersandar kepada sumber
utama.
• Ketepatan ini merujuk kepada sikap dan tingkah laku seseorang untuk
memerhati sesuatu dengan teliti dan kemudian akan menyatakan apa
yang sebenar-benarnya yang telah ditelitinya itu.
• Misalnya, kerja mencatat nama, tarikh dan pelbagai lagi fakta sejarah
daripada sumber-sumber yang diperolehi haruslah tepat.
KEJUJURAN
Menjamin Tidak dapat lari Memerlukan
Elakkan menciplak
kesahihan tulisan daripada kreadibiliti yang
karya orang lain
sejarah persoalan centric tinggi

Perlu mencatatkan
Petikan sumber Perlu ada nota
dengan jelas
Kebolehpercayaan orang lain adalah kaki atau nota
daripada sumber
dibenarkan hujung.
mana dipetik
• Seseorang penyelidik itu tidak boleh mengenepikan matlamat dan
semangat untuk mencapai kebenaran sejarah.
• Kejujuran penyelidik amat mustahak ketika berhadapan dengan
peristiwa-peristiwa masa lalu dan ketika mencatat fakta tidak kira
apakah perasaan penyelidik ketika itu.

Seorang penyelidik sejarah tidak akan berdiam diri sahaja apabila berhadapan
dengan hal-hal yang tidak benar malah tidak pula takut untuk menyebut apa
saja yang benar mengikut aturan bahawa tidak wujud prasangka sama ada
secara memihak atau perseteruan dalam diri penyelidik.
• Sudah menjadi kebiasaan sesuatu realiti itu dicampur-adukkan,
namun penyelidik bertanggunggjawab untuk mengasingkannya.
• Untuk mengelak dari bersikap bias, fakta-fakta harus meliputi segala
aspek selaras dengan kejujuran dan keobjektifan pengadilan yang
dipertanggungjawabkan.
• Sikap prasangka tidak harus dibiar menyelubungi pertimbangan
dalam meneliti sesuatu fakta.
KETELITIAN
• Ibnu kaldun (2002) meyatakan penulisan sejarah ialah mengandungi
penelitian dan usaha mencari kebenaran
• Penjelasan secara terperinci terhadap sesutu peristiwa tentang sebab
dan asal benda, bagaimana sesuatu peristiwa itu terjadi
• Heuristik merupakan satu teknik mencari dan mengumpulkan sumber
secara berperingkat.
• Sumber primer iaitu sumber yang disampaikan oleh saksi hidup
• Sumber lisan termasuklah temu bual secara langsung dengan pelaku
peristiwa atau saksi sebenar peristiwa.
• Sumber sekunder merupakan sumber akhbar, majalah dan buku.
• Perlu mengumpul informasi sebanyak-banyaknya sebelum
menelitinya.
• Selaras dengan pesanan bapa sejarawan moden, Leopold Von Ranke
yang mengatakan usaha penyelidikan haruslah menghasilkan sejarah
‘seperti sebenar-benarnya berlaku’.
• Oleh kerana setiap peristiwa sejarah mempunyai keunikan tersendiri,
satu usaha penyelidikan yang berhati-hati harus dilakukan dengan
bersungguh-sungguh.
• Dengan memiliki sikap teliti dalam proses penyelidikan, seseorang
penyelidik itu akan dapat menghasilkan satu sejarah yang boleh
diyakini oleh masyarakat tanpa menimbulkan kesangsian kepada fakta
yang disampaikannya.
MINAT
• Dikaitkan dengan paksaan dalaman dan luaran yang mendorong
melakukan penyelidikan.
• Minat boleh diwujudkan sekiranya seseorang mendapat
pendedahan secukupnya terhadap kaedah (metodologi) sejarah
• Perlu mendalami ilmu asas penyelidikan sejarah
• Minat boleh muncul atas faktor keluarga, rakan atau dorongan
pensyarah(pendedahan pengajian)
• Minat boleh dijadikan sebagai pendukung kepada sesseorang
penyelidik untuk menyelesai dan menghasilkan sesuatu penyelidikan.
Tanpa minat kemungkinan besar sesuatu penyelidikan tidak akan
dapat diteruskan dan jika pun terus dilakukan tetapi hasil
penyelidikan itu tidak akan sempurna.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai