Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Tajuk Kajian Kes

Perbandingan antara Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Zaman Daulah Umaiyah dan Zaman
Daulah Abbasiyah dari Segi Aspek Perluasan Kuasa

2.0 Penyataan Masalah

Kerajaan Islam bermula dengan pengaruh yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Asalnya
hanya merangkumi dua kota di Tanah Arab iaitu kota Madinah dan Mekah akhirnya
berkembang luas sehingga menjadi satu kerajaan yang kuat dan mahsyur. Kerajaan yang
diasaskan oleh Nabi Muhammad ini diteruskan lagi oleh pemerintahan yang dijalankan oleh
sahabat-sahabat baginda nabi pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Kekuasaan kerajaan Islam
diteruskan dengan pemerintahan keluarga Umaiyah dan Abbasiyah yang berbentuk warisan
di mana khalifahnya dilantik dalam kalangan keluarga sahaja.

Perluasan wilayah merupakan salah satu cara untuk memastikan kelansungan


sesebuah empayar atau kerajaan pada zaman dahulu. Oleh itu, penulisan ini dihasilkan bagi
melihat sejauhmana perluasan wilayah yang dilakukan oleh ketiga-tiga pemerintahan Islam
ini.

3.0 Objektif Kajian

Kajian kes ini dijalankan untuk:

1. Membanding beza perkembangan dan pencapaian Islam dari segi aspek perluasan
wilayah bagi zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah.
2. Membanding beza faktor atau motif perluasan wilayah yang dijalankan oleh zaman
Khulafa Ar-Rasyidin, Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah.

4.0 Kaedah Kajian

Kajian kes ini dijalankan menggunakan kaedah kajian keperpustakaan bagi mencari sumber-
sumber bercetak khususnya buku yang berkaitan. Selain itu, pencarian sumber di dalam
internet turut dilakukan bagi mendapatkan artikel-artikel internet yang berkaitan.

5.0 Rujukan Sumber


a) Buku
b) Artikel Internet

1
6. Analisis Data

Maklumat dan data yang diperolehi daripada sumber akan dianalisis samada ianya berkaitan
untuk membantu dalam mengukuhkan hujah penjelasan yang akan dilakukan dalam kajian
ini.

7. Laporan Kajian

Perbandingan antara Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Zaman Daulah Umaiyah dan Zaman
Daulah Abbasiyah dari Segi Aspek Perluasan Kuasa

7.1 Pengenalan

Kerajaan Islam merupakan sebuah kuasa besar suatu ketika dahulu. Kekuatan kerajaan
ini turut diakui oleh kuasa-kuasa besar lain seperti Kerajaan Byzantine, Kerajaan Parsi dan
beberapa lagi kuasa-kuasa besar lain di Eropah. Bermula pada awal abad ke 6, kerajaan
Islam berkembang sehingga ke abad 12. Sepanjang peredaran masa selepas wafatnya Nabi
Muhammad SAW, terdapat pelbagai kerajaan Islam yang terbentuk. Tiga yang utama
merupakan Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin, Kerajaan Daulah Umaiyah dan Kerajaan Daulah
Abbasiyah. Kerajaan-kerajaan ini dianggap utama kerana impak yang diberikan kepada
pembentukan tamadun Islam serta persaingannya dengan kuasa-kuasa besar yang
mewarnakan lipatan sejarah dunia suatu ketika dahulu. Sepertimana juga kuasa besar lain,
kerajaan Islam mempunyai institusi ketenteraan yang kuat untuk membantu Islam
berkembang luas suatu ketika dahulu. Dengan adanya kepimpinan yang tinggi daripada
khalifah yang memerintah, pengaruh Islam telah menjadi satu pengaruh yang
membimbangkan bagi kerajaan yang berbeza fahaman dan agama seperti Byzantine yang
menganuti agama Kristian. Dalam mengukuhkan kuasa kerajaan Islam, pemerintah
menggunakan kebijaksanaannya untuk melaksanakan siri perluasan wilayah bagi
memperkembangkan kekuatan dan kekuasaan kerajaan serta meluaskan syiar Islam.

7.2 Perbezaan Kempen Perluasan Wilayah

Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin bermula pada tahun 632 Masihi atau 11 Hijrah sejurus
selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Semasa Islam berkembang di bawah pimpinan
Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab yang ketika dahulunya berpecah telah bersatu di
bawah kepercayaan yang sama. Sebelum Islam, masyarakat Arab sememangnya terkenal

2
dengan sifat yang suka berperang. Selepas masyarakat Arab bersatu, mereka menggunakan
semangat ingin berperang dalam siri peperangan yang diadakan sepanjang pemerintahan
Khulafa Ar-Rasyidin. Hasil daripada penyatuan ini, Kerajaan Byzantine dan Kerajaan Parsi
Sassanid merupakan kuasa-kuasa besar yang terawal merasa kemampuan kerajaan baru ini.
1
Pada awal pemerintahan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, kerajaan Islam hanya merangkumi
kota Madinah dan Mekah. Pada ketika ini, ancaman awal kepada kerajaan Islam merupakan
kemunculan golongan Riddah iaitu golongan murtad. Ancaman ini telah menyebabkan satu
kempen memerangi golongan murtad telah diatur. 2 Kempen memerangi golongan murtad ini
telah membantu kerajaan Islam yang dipimpin oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
meluaskan pengaruhnya sehingga menyatukan kawasan Tanah Arab. Sementara ini, satu
kempen juga dijalankan oleh Usama ibn Zaid sebagai jeneral tentera. Kempen ini merupakan
satu langkah difensif bagi menghadapi serangan tentera Rom Byzantine. Peperangan yang
berlaku di bawah pimpinan Usama ini telah membuka ruang kepada penaklukan kawasan
Syria dan Mesir. 3 Selesainya ancaman daripada serangan Rom dan juga golongan murtad,
kerajaan Islam mula mengorak langkah untuk menentang kerajaan Rom dan Parsi.
Penaklukan ini diteruskan dalam zaman pemerintahan Sayyidina Umar Al Khattab di mana
penaklukan terhadap wilayah kerajaan Parsi diketuai oleh Khalid Al Walid manakala wilayah
Rom Byzantine diketuai oleh Abu Ubaidah. Perluasan kuasa di luar wilayah Tanah Arab boleh
dikira bermula semasa pemerintah Khalifah Umar Al Khattab dan terhenti sementara semasa
setakat Khalifah Uthman Bin Affan. Hal ini kerana berlaku konflik dalaman yang menjejaskan
usaha penaklukan iaitu berlaku pertelingkahan antara orang Islam semasa awal
pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib. 4 Di penghujung pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin,
Islam telah berkembang sehingga ke kawasan seluruh Semenanjung Tanah Arab, daerah
Kaukasus, Afrika Utara iaitu Mesir hingga kawasan Tunisia, Dataran Iran hingga ke Asia
Tengah.

Setelah berakhirnya pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin, pemerintahan Islam diteruskan


oleh Kerajaan Daulah Umaiyah. Wujud selepas berlakunya pertelingkahan antara umat Islam,
kerajaan ini dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah merupakan gabenor Syria
semasa pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib. Semasa beliau mula memerintah, Muawiyah
5
telah meletakkan pusat pemerintahan kerajaan Islam dari Madinah ke Damsyik, Syria.
Usaha untuk menyatukan kuasa Islam di bawah pemerintaha baru serta memperluaskan

1
Duiker, William J. dan Spielvogel, Jackson J. , The Essential World History: Sixth Edition (Boston: Wadsworth,
Cengage Learning, 2011) hlm 162
2
Maulana Akbar Shah Khan Najeebabadi, History of Islam Vol 1 (Pakistan: Darul Ishaat, 2001) hlm 264
3
Ibid., hlm 283
4
Abdul Latip Talib, Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam (Selangor: PTS Litera, 2010) hlm 238
5
The Umayyads: The First Muslim Dynasty, Saylor.org Academy, diakses 21 Mac, 2017,
https://www.saylor.org/site/wp-content/uploads/2012/10/HIST101-9.2-Umayyads-FINAL1.pdf

3
kuasa telah dimulakan oleh Muawiyah. Beliau menyambung serangan yang dilakukan oleh
khalifah sebelum ini ke atas Rom Byzantine. Sepanjang pemerintahan Muawiyah, fokus
dalam kempen ketenteraannya banyak tertumpu kepada menentang Rom Byzantine. Kempen
ini turut diteruskan oleh generasi khalifah selepasnya iaitu dijalankan oleh anaknya Yazid bin
Muawiyah dan khalifah yang seterusnya. Selain itu, Muawiyah turut mengadakan serangan
ke atas daerah Khurasan yang di naungi oleh kerajaan Parsi. Penguasaan terhadap Khurasan
telah membuka pintu siri penaklukan kawasan Transoxiana dan Algeria yang akan dilakukan
oleh Khalifah yang seterusnya selepas Muawiyah. 6 Disini wujud perkembangan sedikit dalam
aspek perluasan wilayah yang diteruskan selepas pemerintahan yang sebelumnya.

Pengukuhan kuasa kerajaan Umaiyah telah dilakukan semasa pemerintahan Khalifah


Marwan Bin Hakam di mana segala usaha yang ingin dilaukan oleh pemberontak yang tidak
7
bersetuju dengan kekuasaan kerajaan Umaiyah telah dipatahkan. Dengan pengukuhan
kuasa ini, anak kepada Marwan iaitu Abdul Malik Bin Marwan telah mengadakan siri
penaklukan yang selanjutnya di kawasan Afrika Utara. Selepas wafatnya Abdul Malik, beliau
diganti oleh anaknya Al Walid Bin Abdul Malik. Al Walid telah berjaya mengusir kekuasaan
Byzantine di Afrika Utara, mengalahkan bangsa Berber, memulakan penaklukan terhadap
kerajaan Visigoth di Sepanyol, kawasan kecil sekitar Iran dan juga kerajaan Sindh di Pakistan.
8
Perluasan kuasa pada zaman kerajaan Umaiyah fasa pertama ini hanya setakat yang
dicapai oleh Al Walid Bin Abdul Malik di mana khalifah seterusnya hanya berusaha untuk
mengekalkan keamanan dalam pemerintahan kawasan kerajaan Islam yang luas. Ancaman
demi ancaman telah akhirrnya meruntuhkan kerajaan Umaiyah fasa pertama di mana
berlakunya Revolusi Abbasiyah yang membawa kepada kemunculan kerajaan Daulah
Abbasiyah. 9 Dengan runtuhnya kerajaan Umaiyah apabila tercetusnya Revolusi Abbasiyah,
putera berbangsa Umaiyah iaitu Abdur Rahman Ad-Dakhil telah melarikan diri bersama
pengikutnya ke Sepanyol. Beliau berjaya menewaskan ancaman Abbasiyah yang
mengepungnya dan dilantik menjadi khalifah di Andalusia. 10 Hasilnya, kerajaan Umaiyah fasa
dua telah bermula di Cordova, Sepanyol. Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 300 tahun

6
Muawiya ibn Abu Sufyan Facts, YourDictionary, diakses 21 Mac, 2017,
http://biography.yourdictionary.com/muawiya-ibn-abu-sufyan
7
Pemberontakan terhadap penguasaan kerajaan Umaiyah dilakukan oleh pengikut Syiah dan juga Khawarij.
Walaubagaimanapun, pemberontakan ini tidak berakhir begitu saja di mana sepanjang pemerintahan
Umaiyah, wujud serangan ke atas kekuasaan Umaiyah dalam pemerintahan khalifah selepas Marwan bin
Hakam.
8
Al-Walid Ibn Abdul Al-Malik, WorldEras, diakses pada 23 Mac, 2017,
http://www.encyclopedia.com/history/news-wires-white-papers-and-books/al-walid-ibn-abd-al-malik#A
9
Revolusi ini tercetus kerana layanan yang diberikan oleh kerajaan Umaiyah kepada mawali (golongan mualaf
yang bukan berbangsa Arab). Mawali dilayan seperti rakyat kelas kedua walaupun beragama Islam. Mereka
telah bergabung untuk melancarkan pemberontakan.
10
The Caliphate of Cordoba, Donquijote, diakses pada 23 Mac, 2017,
http://www.donquijote.org/culture/spain/history/caliphate-of-cordoba

4
lamanya sebelum runtuh pada tahun 1031 Masihi. Di akhir pemerintahan Umaiyah fasa
pertama, kerajaan ini telah pergi lebih jauh daripada penaklukan yang dijalankan oleh Khulafa
Ar-Rasyidin. Penaklukan yang paling signifikan adalah penaklukan kawasan Sepanyol yang
akhirnya menjadi asas kepada kemunculan kerajaan Daulah Umaiyah fasa dua.

Kerajaan Daulah Abbasiyah muncul setelah runtuhnya kerajaan Umaiyah pada tahun 750
Masihi. Kerajaan ini bermula dengan pemerintahan Abdul Abbas As Saffah pada 750 Masihi.
11
Pusat pemerintahan pula telah ditukar dari Damsyik ke kota Baghdad. Beliau diganti oleh
Khalifah Al Mansur selepas Abdul Abbas meningggal dunia pada 754 Masihi. Dari tahun 750
Masihi hingga 1258 Masihi, kerajaan Daulah Abbasiyah di Baghdad telah bertahan dengan
37 orang khalifah. Sepanjang pemerintahan Daulah Abbasiyah, tidak banyak siri penaklukan
dilakukan kerana hanya pengukuhan kuasa dilakukan berbanding zaman yang sebelumnya.
Melihat kepada prinsip pemerintahan yang berbeza dengan Umaiyah, kerajaan Daulah
Abbasiyah banyak menumpukan perhatian kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
Tumpuan ini ditunjukkan jelas semasa pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid dengan
12
penubuhan Baitul Hikmah dan galakan beliau terhadap aktiviti perkembangan ilmu.
Disebabkan berpusat di Baghdad, kerajaan ini telah memerintah kawasan Mesopotamia, Iran,
Mesir dan Syria secara lansung. Semasa pemerintahan Al Mamun, gabenor di kawasan
tertentu yang digelar Amir telah mula bertindak secara bebas dengan memerintah kawasan
tersebut. Sebagai contoh, gabenor yang berkhidmat di Parsi telah menubuhkan dinastinya
sendiri dan menggelar dirinya raja, dalam masa yang sama mengiktiraf kedudukan khalifah
kerajaan Abbasiyah. 13 Keadaan ini berterusan sepanjang pemerintahan kerajaan ini sehingga
menyebabkan berlakunya masalah di kemudian harinya.

Telah dijelaskan di awal bahagian ini bahawa kerajaan Abbasiyah tidak banyak melakukan
penaklukan. Kawasan yang dinaungi oleh kerajaan ini cukup besar di mana kawasan
pemerintahan kerajaan Umaiyah yang sebelumnya diturunkan kepada kerajaan ini. Selepas
pemerintahan Al-Mamun, kerajaan ini menghadapi masalah dan mula mundur. Daripada
luasnya penaklukan yang dijalankan dari era pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin dan Daulah
Umaiyah, kerajaan Daulah Abbasiyah runtuh bukan kerana ancaman dan serangan daripada
pemberontakan penduduk lain yang beragama Islam yang tidak puas hati dengan
pemerintahan semata-mata, tetapi diancam oleh kuasa-kuasa besar seperti angkatan Tentera
Salib dari barat dan tentera Mongol dari timur. Tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu

11
Davies-Stofka, Beth, Exploration and Conquest, PatheosLibrary, diakses 24 Mac, 2017,
http://www.patheos.com/Library/Islam/Historical-Development/Exploration-Conquest-Empire-(incl-violence-
persecution)
12
Ahmad Shalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam: Jilid 3 (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1982) hlm 98
13
The Abbasid Dynasty: The Golden Age of Islamic Civilization, Saylor.org Academy, diakses 24 Mac, 2017,
https://www.saylor.org/site/wp-content/uploads/2012/07/HIST101-9.3.1-AbbasidDynasty-FINAL.pdf

5
Khan telah mara dengan 200 000 orang tentera telah menyerbu kota Baghdad pada awal
tahun 1258 Masihi. 14
Dalam serbuan ini, Khalifah Al Mustashim Billah telah dibunuh.
Kematian khalifah tersebut menandakan berakhirnya kerajaan Daulah Abbasiyah. Walaupun
masih ada kerajaan Islam yang lain masih wujud ketika itu, ianya tidak sebesar dan sekuat
kerajaan Islam sebelumnya.

7.3 Perbezaan Motif Perluasan Wilayah

Dalam ketiga-tiga zaman pemerintahan kerajaan Islam yang telah dibincangkan, dapat
disaksikan perubahan dan perkembangan dari segi wilayah kekuasaan kerajaan Islam.
Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi keperluan dalam meluaskan wilayah.
Berdasarkan beberapa contoh peristiwa, antara sebab berlakunya perluasan wilayah adalah
untuk memastikan keselamatan kerajaan dan mengukuhkan pengaruh Islam. Hal ini
ditunjukkan dalam peristiwa peperangan Riddah yang dilancarkan semasa pemerintahan
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq. Beberapa kawasan di sekitar Tanah Arab telah dikuasai untuk
memastikan keselamatan penduduk Islam dan bagi mengelakkan penduduk Islam
terpengaruh dengan ancaman golongan murtad yang ingin memalingkan mereka dari ajaran
Islam yang sebenar. Motif ini lebih jelas dijalankan oleh kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
berbanding kerajaan Islam yang seterusnya kerana pengukuhan pengaruh Islam penting bagi
sebuah satu ajaran yang baru berkembang.

Selain itu, perluasan kuasa dilakukan untuk mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Islam
bagi menangani ancaman dari kuasa luar seperti Rom Byzantine dan Parsi. Kedua-dua kuasa
besar ini telah wujud sebelum munculnya agama Islam. Dalam menerima amanah untuk
menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk dunia, satu asas yang kukuh perlu ada. Oleh itu,
kerajaan Islam perlu kukuh dari segi kekuatan dan pengaruh supaya mampu bersaing dan
menentang kuasa-kuasa besar ini. Motif ini ternyata benar di mana konflik kerajaan Islam
dengan Byzantine berlansung dalam tempoh yang lama, menunjukkan kerajaan Islam
bukanlah kerajaan yang lemah walaupun tidak mempunyai kawasan sebesar Rom Byzantine.
Dengan adanya kawasan takluk yang luas dan pengaruh Islam yang kuat pada penduduk
serta tenteranya, kerajaan Islam menjadi saingan utama kerajaan Byzantine. Kekuatan ini
juga memberi keyakinan kepada pemerintah Islam untuk mencabar Byzantine di mana
beberapa siri serangan ke atas kota Constantinople telah dilakukan semasa pemerintahan
kerajaan Daulah Umaiyah. Pada masa ini, hanya Byzantine yang memberikan ancaman dari
konteks kuasa luar yang mengganggu gugat kedudukan kerajaan Islam yang berkembang.
Semasa pemerintahan Daulah Umaiyah hinggalah Daulah Abbasiyah, hanya Byzantine yang

14
Abdul Latip Talib, Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur (Selangor: PTS Litera, 2010) hlm 152

6
banyak berperang dengan kerajaan Islam berbanding zaman Khulafa Ar Rasyidin yang turut
menerima tentangan daripada kerajaan Sassanid Parsi.

Perluasan wilayah turut mengambil kira faktor ekonomi. Ekonomi penting sebagai tulang
belakang kepada kekuatan sesebuah kerajaan. Hal ini kerana dengan pendapatan negara
yang tinggi, kos perbelanjaan terhadap aspek pertahanan dapat ditingkatkan. Kerajaan Islam
banyak melakukan siri penaklukan dan perkara ini tidak boleh diteruskan tanpa ekonomi yang
kukuh. Pemerintah pada ketika itu sememangnya faham akan kepentingan ekonomi yang
baik. Buktinya, kerajaan Islam wujud selama lebih kurang 600 tahun lamanya walaupun
berlaku ancaman dalaman dan luaran. Dengan adanya ekonomi yang baik serta pendapatan
negara yang tinggi, tidak mustahil bagi sesebuah kerajaan untuk bertahan beratus-ratus tahun
lamanya. Ekonomi ini turut membantu dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan
yang ada di pusat pemerintahan. Sepertimana yang dilakukan oleh khalifah semasa
pemerintahan kerajaan Daulah Abbasiyah iaitu pembinaan pusat ilmu, Baitul Hikmah oleh
Khalifah Harun Ar-Rasyid. Baitul Hikmah berfungsi untuk mengumpul manuskrip-manuskrip
dari tamadun-tamadun lama dan diterjemah dalam Bahasa Arab bagi membantu dalam
perkembangan ilmu. Usaha ini sememangnya memerlukan ekonomi yang kukuh untuk
membiayai kerja-kerja pengumpulan dan penterjemahan oleh ilmuan-ilmuan Islam pada
ketika itu. Faktor ekonomi lebih jelas pada zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah
kerana pada zaman ini sudah wujudnya pembentukan jabatan-jabatan kerajaan yang
membantu kelancaran pemerintahan. Sudah tentu jabatan-jabatan ini memerlukan
peruntukan kewangan negara yang tinggi. Perkara lain yang jelas adalah penggunaan
pendapatan negara untuk meningkatkan taraf kawasan kediaman khalifah dari segi
kecantikan dan keindahan istana khalifah serta kawalan keselamatan khalifah. Contohnya,
istana khalifah pada zaman pemerintahan Harun Ar-Rasyid begitu mewah kerana banyaknya
harta yang dimiliki oleh khalifah. 15
Situasi ini sangat berbeza dengan keadaan Khulafa Ar-
Rasyidin dimana khalifahnya hidup dalam keadaan yang sederhana. Keadaan kerajaan Islam
pada zaman ini turut berbeza dimana belum wujud pelbagai jabatan-jabatan khusus dalam
jentera pentadbiran negara.

15
Ahmad Shalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam: Jilid 3 (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1982) hlm 98

7
7.4 Kesimpulan

Daripada tiga kerajaan ini, masyarakat masa kini mampu melihat jelas bagaimana
berkembangnya kerajaan Islam dari kerajaan Khulafa Ar Rasyidin kepada Daulah Umaiyah
dan akhirnya Daulah Abbasiyah. Daripada kerajaan yang merangkumi 2 kota suci,
berkembang kepada pemerintahan yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Arab, Afrika
Utara, Iran, Syria dan beberapa kawasan Asia Tengah. Akan tetapi, kerajaan Islam berhenti
berkembang dan tidak kekal luas apabila runtuhnya Kerajaan Daulah Abbasiyah. Hasil kajian
ini menunjukkan betapa pentingnya perluasan wilayah keatas kerajaan dahulu yang berusaha
menegakkan kepercayaan dan kekuasaan mereka terhadap dunia. Dengan berlakunya
perluasan wilayah, kekuatan dan tanggungjawab sesebuah kerajaan meningkat.

8
Bibliografi

Duiker, William J. dan Spielvogel, Jackson J. The Essential World History: Sixth Edition.

Boston: Wadsworth, Cengage Learning, 2011.

Maulana Akbar Shah Khan Najeebabadi. History of Islam Vol 1. Pakistan: Darul Ishaat, 2001.

Abdul Latip Talib. Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam. Selangor: PTS Litera, 2010.

Saylor.org Academy. The Umayyads: The First Muslim Dynasty. Diakses 21 Mac, 2017.

https://www.saylor.org/site/wp-content/uploads/2012/10/HIST101-9.2-Umayyads-

FINAL1.pdf.

YourDictionary. Muawiya ibn Abu Sufyan Facts. Diakses 21 Mac, 2017.

http://biography.yourdictionary.com/muawiya-ibn-abu-sufyan.

WorldEras. Al-Walid Ibn Abdul Al-Malik. Diakses pada 23 Mac, 2017.

http://www.encyclopedia.com/history/news-wires-white-papers-and-books/al-walid-

ibn-abd-al-malik#A.

Donquijote. The Caliphate of Cordoba. Diakses pada 23 Mac, 2017.

http://www.donquijote.org/culture/spain/history/caliphate-of-cordoba.

Davies-Stofka, Beth. Exploration and Conquest. PatheosLibrary. Diakses 24 Mac, 2017.

http://www.patheos.com/Library/Islam/Historical-Development/Exploration-Conquest-

Empire-(incl-violence-persecution).

9
Ahmad Shalaby. Sejarah dan Kebudayaan Islam: Jilid 3. Singapura: Pustaka Nasional Pte

Ltd, 1982.

Saylor.org Academy. The Abbasid Dynasty: The Golden Age of Islamic Civilization. Diakses

24 Mac, 2017, https://www.saylor.org/site/wp-content/uploads/2012/07/HIST101-

9.3.1-AbbasidDynasty-FINAL.pdf.

Abdul Latip Talib. Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur. Selangor: PTS Litera, 2010.

10

Anda mungkin juga menyukai