Anda di halaman 1dari 24

SJHK3083 SEJARAH ISLAM

SEHINGGA DAULAH
ABBASSIYAH
PENSYARAH: TN. HJ. ABD. KHALID BIN OSMAN
DISEDIAKAN OLEH: - NUR DAYANA BINTI MOHD ZUBIR
- NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD
7.0 ZAMAN DAULAH ABBASSIYAH

 Penubuhan Daulah Abbassiyah


- Usaha- usaha Khalifah Abu Abbas As-Saffah menegak
Daulah Abbassiyah
- Usaha-usaha Khalifah Abu Jaafar al-Mansur mengukuhkan
kuasa kerajaan
 Kemajuan negara dan perkembangan intelektual pada zaman
Khalifah Harun Al Rashid
BIODATA ABU ABBAS AS-SAFFAH

 Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.


 Khalifah pertama pemerintahan Bani Abbasiyah. Beliau dilahirkan di Hamimah pada tahun
104 H. Ibunya adalah Raitah al-Haritsi, ayahnya Muhammad bin Ali adalah orang yang
melakukan gerakan untuk mendirikan pemerintahan Bani Abbasiyah dan menyebarkannya
kemana-mana. Inilah yang membuat Abdullah banyak mengetahui tentang gerakan ini
dan rahsia-rahsianya.
 Abdullah bin Muhammad mendapat gelar as Saffah, yang bermaksud pengalir darah dan
pengancam sesiapa sahaja yang menentang, khususnya Bani Umaiyah dan para
pengikutnya. Hal itu dibuktikan dengan as Saffah menumpaskan mereka secara habis-
habisan.
SAMBUNGAN

 Abu Abbas adalah seorang yang bermoral tinggi dan setia sehingga beliau disegani dan
dihormati oleh kerabat-kerabatnya. Beliau memiliki pengetahuan yang luas, pemalu dan
budi pekerti yang baik. Menurut as Sayuti, Abu Abbas as Saffah ialah manusia yang paling
sopan dan selalu menepati janji dan tepat pada waktunya.

 Beliau dibaiat menjadi khalifah pertama Bani Abbasiyah pada 3 Rabiulawal 132 H dan
berpusat di Kuffah.

 Abu Abbas as Saffah menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan, dan wafat akibat penyakit
cacar dikota Anbar pada hari Ahad, tahun 136 H atau 753 M.
USAHA-USAHA
KHALIFAH ABU AS-SAFFAH
MENEGAKKAN DAULAH
ABBASSIYAH
1. Tindakan ketenteraan terhadap
khalifah Umayyah yang terakhir.

 Tugas pertama yang dilakukan ialah mengalahkan khalifah terakhir


Bani Umayyah iaitu Marwan bin Muhammad. Abu Abbas bersama
tenteranya memerangi pasukan tentera Marwan bin Muhammad di
tebing sungai Zab.
 Marwan dikalahkan dalam perang ini dan berpindah-randah dari
satu tempat ke tempat lain hingga akhirnya dibunuh oleh tentera
Abu Abbas pada Januari tahun 132 H / 750 M. Dengan demikian
semua wilayah pemerintahan berada dibawah penguasaan
Abbasiyah kecuali Andalusia.
SAMBUNGAN
 Beliau turut mengeluarkan dikri agar semua makam khalifah Bani Umaiyah
digali dan tulang-tulang mereka dibakar. Kecuali makam Khalifah Umar
Abdul Aziz.
 Pengecualian yang dilakukan adalah kerana Abu Abbas menghormati
Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau terkenal sebagai pemimpin yang
bersifat warak dan zuhud.
 Tindakan beliau menimbulkan kemarahan penduduk di Damsyik, Hims,
Harran, Kinnisirin, Jerusalem dan lain-lain dan menimbulkan
pemberontakan. Namun, pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan
oleh Abu Abbas.
2. Menghapuskan pelbagai
pemberontakan

 Mengalahkan pasukan panglima Habib ibn Murra al-Meruwi di kota Hauran dan
Tsania.
 Mengalahkan pasukan panglima Abu Wirdi yang pada mulanya sudah dibaiah
tetapi menderhaka dan menggerakkan penduduk kota Qinissirin melawan
khalifah Abu-Abbas.
 Menumpaskan pemberontakan panglima Ishaq ibn Muslimn al-Ukaili di wilayah
al-Jazirah.
 Memadamkan pemberontakan Madain dibawah panglima Bissam ibn Ibrahim
yang berada di sebelah timur sungai Tigris pada bahagian utara Kota Wasit.
 Memadamkan pemberontakan golongan Khawarij di bawah pimpinan Syaiban
ibn Abdil Aziz dalam wilayah Iraq.
 Ringkasnya, semua pemberontakan berjaya ditumpaskan oleh Khalifah Abu
Abbas dan mengukuhkan kuasanya sebagai khalifah Bani Abbasiyyah.
3. Mengubah pusat pemerintahan.

 Abu Abbas dibaiah sebagai khalifah pertama kerajaan Abbasiyyah di


Kufah. Namun pada 134 H, beliau meninggalkan Kufah dan
berpindah ke daerah Anbar yang terletak di pinggir sungai Eufrat.
 Beliau membangunkan tempat tersebut yang kemudian terkenal
dengan nama Hasyimiyah sempena nama keturunannya, Bani
Hashim.
 Kedudukan yang strategik menyebabkan beliau membangunkan ibu
kota dan menjadikan sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran
yang dikenali sehingga hari ini dengan nama kota Baghdad.
4. Menukarkan warna bendera kerajaan kepada
warna hitam

 Pemerintah kerajaan Bani Umaiyah sebelumnya menggunakan


warna merah sebagai lambang pada bendera dan panji-panji
kerajaan.
 Namun, pada masa pemerintahan Bani Abbasiyyah, keadaan telah
berubah. Bani Abbasiyyah menggunakan simbol warna hitam
dalam upacara-upacara rasmi mereka.
 Warna hitam bukan sahaja digunakan pada bendera dan panji-
panji, malah turut digunakan pada pakaian khalifah termasuk garis-
garis warna yang terdapat pada serban mereka.
PEMERINTAHAN KHALIFAH JAAFAR AL-MANSUR

PERIBADI KHALIFAH ABU JAAFAR AL-MANSUR


 NAMA -ABU JAFFAR ABDULLAH BIN MUHAMAD BIN ALI
 DILAHIRKAN DI HUMAIMAH
 WAFAT KETIKA BERUSIA 57 TAHUN
 KHALIFAH ABBASSIYAH YANG KEDUA (754-775 M)
 DIGELAR BAPA PEMBANGUNAN
 BERSIFAT GAGAH,BIJAK,BERCITA-CITA TINGGI,CINTAKAN
ILMU,BERHEMAH TINGGI,BERDISIPLIN DAN KUAT
BERIBADAT
Usaha-usaha Khalifah Abu Jaafar al-Mansur mengukuhkan
kuasa kerajaan

1) Menghapuskan pemberontakan puak Syiah (Alawiyin)

 Golongan Syiah- golongan ini memerangi dan menjatuhkan kerajaan Bani


Umaiyah sehingga membolehkan Bani Abbasiyyah memerintah

 Faktor pemberontakan: Puak Syiah tidak berpuas hati terhadap penghinaan


dan penipuan politik yang dilakukan terhadap mereka lalu bangkit menentang
kerajaan Bani Abbasiyah.

 Golongan ini dipimpin oleh Muhammad Bin Abdullah dan mendapat sokongan
yang kuat daripada penduduk Hijaz, Kufah dan Basrah.

 Khalifah Abu Jaafar menghantar tenteranya bawah pimpinan Isa bin Musa-
golongan Syiah berjaya dihapuskan.
2) Memerangi bapa saudaranya iaitu Abdullah Bin Ali
dan menghapuskan pengaruhnya

 Abdullah bin Ali- Panglima tentera yang sangat berjasa dalam mengalahkan
kerajaan Bani Umaiyah.
- Mempunyai pengaruh dan pengikut yang besar dalam
kalangan penduduk Syam dan Mesir.
- Mendakwa dirinya berhak menjadi khalifah

 Oleh itu, Khalifah Abu Jaafar menghantar tentera sebanyak 17 000 orang
(pimpinan Abu Muslim) untuk memerangi Abdullah.
 Abdullah berjaya ditangkap dan dipenjarakan.
3) Memerangi Abdul Rahman al-Dakhil di Sepanyol

 Abd Rahman al-Dakhil yang berjaya melarikan diri ke Sepanyol


semasa gerakan Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah.

 Abu Jaafar telah menghantar al-Alak bin al-Muraish dan


tenteranya ke Sepanyol tetapi tidak berjaya mengalahkan Abd
Rahman.

 Al-Alak terbunuh, kepalanya dipotong lalu dikirimkan kepada


khalifah sebagai tanda amaran.
4) Menghapuskan pengaruh Abu Muslim al-Khurasani

 Abu Muslim- seorang yang berjasa kepada khalifah kerana turut terlibat
membangunkan kerajaan Bani Abbasiyah dan menghapuskan
pemberontakan Abdullah bin Ali.

 Faktor ditentang- Abu Muslim tidak lagi mematuhi arahan khalifah kerana
beliau memiliki pengaruh yang besar.

 Disebabkan itu, Khalifah Abu Jaafar bimbang pengaruh Abu Muslim akan
menggugat pemerintahannya.

 Tindakan Khalifah Abu Jaafar:

1) Membuat helah dengan menjemput Abu Muslim ke istana kemudian


mencerca beliau.
2) Abu Muslim hilang sabar lalu cuba untuk melawan.
3) Abu Muslim dibunuh dan dianggap sebagai penentang khalifah.
KEMAJUAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL PADA ZAMAN KHALIFAH HARUN
AR- RASYID
 BIODATA KHALIFAH HARUN AR-RASYID
• Nama penuh: Khalifah Harun ar-Rasyid bin Muhamad al-Mahdi bin Abu Jaafar al-Mansur.
• Khalifah yang kelima dalam kerajaan Bani Abbasyiyah.
• Memiliki sifat-sifat keperibadian yang luhur seperti warak, pemurah, dan suka melakukan
kerja-kerja kebajikan.
• Berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran,
kemasyarakatan dan politik.
• Zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan
Islam di kota Baghdad
• Pelbagai kemajuan dicapai terutama dari aspek ilmu pengetahuan yang membawa
kepada perkembangan tamadun Islam.
DASAR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1) Kebijaksanaan Khalifah Harun ar-Rasyid dalam tadbir urus dasar pemerintahan:

Dibantu oleh seorang Dibantu oleh seorang menteri Legasi kecemerlangan


wazir yang cekap dan iaitu Yahya bin Khalid yang tersebut diteruskan oleh
berwibawa daripada mempunyai perkhidmatan anak-anak Yahya Bin
keluarga Barmaki cemerlang Khalid

Hasad dengki yang timbul


dalam kalangan pegawai Tindakan keras dikenakan
menyebabkan pelbagai terhadap keluarga
tuduhan dan fitnah Barmaki, mereka
dilemparkan kepada keluarga ditangkap, dipenjarakan
Barmaki dan dibunuh.
2) Kebijaksanaan Khalifah Harun dalam menangani serta membanteras segala
kekacauan dan pemberontakan dalam negara contohnya:

Pemberontakan yang
Pemberontakan
dicetuskan oleh puak Pemberontakan Musa
Yahya bin Khalid bin
Khawarij pimpinan al-Kazim
Abi Talib
Walid bin Tharif

Beliau bertindak secara berhikmah, tanpa melibatkan pertumpahan darah.

3) Menyusun semula pasukan tenteranya menjadi sebuah pasukan tentera


yang teratur, berdisiplin dan bermaruah.

Khalifah Harun amat


mengambil berat terhadap
kebajikan, kredibiliti dan
keselamatan tentera-
tenteranya
HUBUNGAN DIPLOMATIK

 Khalifah Harun ar-Rasyid mengambil pendekatan terbuka iaitu menjalinkan hubungan


yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Antaranya:

Kerajaan Perancis di Kerajaan Umaiyah di Kerajaan Byzantine di


Eropah Andalusia Constantinople
• Tidak mempunyai • Hubungan antara Andalusia • Maharaja Byzantine membatalkan
masalah berurusan dengan kerajaan Bani bayaran ufti kepada Khalifah Harun.
dengan kerajaan Abbasiyah menimbulkan • Tindakan tersebut menimbulkan
kemarahan khalifah lalu menghantar
Perancis. masalah.
tentera untuk menyerang Byzantine.
• Buktinya: • Khalifah Harun terpaksa • Kemenangan berpihak kepada
- Khalifah Harun dan mengambil tindakan tentera Islam, Maharaja Rom
Raja Charlemange sering ketenteraan terhadap terpaksa berdamai dan berada di
bertukar hadiah. penduduk Andalusia bawah naungan kerajaan Abbasiyah.
- Raja Charlemange • Akhirnya, hubungan baik
pernah bantu Khalifah antara kedua-dua kerajaan
Harun menghadapi dapat terjalin
kerajaan Byzantine.
Perkembangan intelektual

Baitul Hikmah merupakan


perpustakaan yang mencapai Banyak karya asing daripada
zaman kemuncak semasa bahasa Sanskrit terutamanya
pemerintahan Khalifah al- karya dalam bidang falsafah
Makmun. Turut berfungsi dan sains Yunani telah
sebagai sebuah institusi diterjemahkan kepada Bahasa
penterjemahan yang Arab.
sistematik.

Secara tidak langsung, menarik


pelawat-pelawat ke kota
Bagi melicinkan kegiatan
Baghdad untuk menimba ilmu
penterjemahan, Khalifah Harun
pengetahuan. Pusat-pusat
ar-Rasyid telah melantik
pengajian iaitu sekolah,
Yuhama bin Musaiwah sebagai
maktab dan universiti muncul
Setiausaha Institut Terjemahan
seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.
SAMBUNGAN

Kegiatan penyelidikan giat


dijalankan terutamanya dalam
Penemuan dan ciptaan para
bidang sains dan teknologi.
cendekiawan Islam telah
Berbagai ciptaan dan
menyumbang kepada
penemuan yang telah
kemunculan semula tamadun
dihasilkan oleh para
Eropah.
cendekiawan Islam pada
zaman tersebut

Semasa pemerintahan Khalifah


Penyusunan ilmu pengetahuan Harun ar-Rasyid, beliau memberikan
Islam terutama berkaitan perhatian kepada ilmu fiqah, faraid,
munakahat, muamalat, usuluddin,
hukum hakam pula telah syariah dan tauhid. Tindakan ini
bermula sejak zaman bertujuan untuk memastikan
pemerintahan Khalifah Abu perkembangan ilmu tidak
Jaafar al-Mansur. bercanggah dengan al-Quran dan
Hadis.
Memajukan bidang ekonomi

Kota Baghdad telah Banyak aktiviti


berkembang sebagai perdagangan yang
kota perdagangan yang dijalankan dan telah
paling besar dan sibuk di berjaya menari
dunia semasa pedagang-pedagang
pemerintahan Khalifah asing.
Harun ar-Rasyid.

Buktinya, pedagang India


membawa barang Scandinavia dan Rusia
dagangan seperti sutera, membawa gading, emas
kapas, rempah ratus, dan permata. Mesir pula
setanggi dsb. Pedagang membawa beras dan
China membawa gandum. Manakala,
tembikar, teh, pewangi Syria membawa barang-
dan batu permata. Hasil barang kaca, buah-
dari Turki dan Asia buahan dan minyak
Tengah ialah madu, lilin wangi dari Parsi.
dan barangan kulit.
SAMBUNGAN
 Saudagar-saudagar Arab di Kota Baghdad pula mengirim barang dagangan
mereka ke Timur Jauh, Eropah dan Afrika.
 Kepesatan perdagangan dapat dibuktikan apabila mata wang Arab ditemukan di
Utara hingga ke Russia, Finland, Sweden dan Jerman. Hal ini membuktikan
kegiatan perdagangan orang Arab Islam telah menguasai pasaran dunia.
 Bidang pertanian turut dititikberatkan di mana banyak kawasan pertanian baharu
dibuka dan para petani diberikan benih tanaman.
 Hal ini dibuktikan berdasarkan perkembangan kutipan zakat pada zaman itu.
Zakat terbahagi kepada 2 jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta
adalah seperti zakat ternakan, zakat pertanian, zakat hasil galian serta zakat
perniagaan.
 Kutipan zakat membuktikan bahawa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah
berada dalam kemakmuran dan kemewahan.

Anda mungkin juga menyukai