Anda di halaman 1dari 27

TAJUK

PENGGUNAAN PETA ALIR BERGAMBAR UNTUK


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT SECARA
KRONOLOGI BAGI MURID TAHUN LIMA

NUR DAYANA BT MOHD ZUBIR


PISMP SEJARAH JUN 2016

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian
Sejarah Pendidikan Rendah

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

MEI 2020
PENGESAHAN

PENGESAHAN

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan
pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti
untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian Sejarah Pendidikan Rendah

Tandatangan :

Nama Penyelia/Penyelaras :

Tarikh :
PENGAKUAN
PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penyelidik :

Tarikh :
PENGHARGAAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan semula mata


pelajaran Sejarah pada tahun 2014 kepada murid tahap dua. Matlamat kurikulum mata
pelajaran Sejarah adalah untuk membolehkan murid memahami tingkah laku manusia,
sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi
melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia
(DSKP Sejarah Tahun 4). Namun, matlamat kurikulum mata pelajaran Sejarah sukar
dicapai kerana masih ramai murid tidak menguasai peristiwa-peristiwa Sejarah secara
kronologi. Apabila murid tidak mengingat peristiwa sejarah secara kronologi, mereka
tidak faham dan seterusnya tidak dapat membuat perkaitan antara satu peristiwa
dengan peristiwa yang lain. Kegagalan membuat perkaitan ini menyebabkan murid
tidak dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan
sejarah dunia. Bagi mengatasi masalah ini, guru mata pelajaran Sejarah perlu
memikirkan pendekatan yang sesuai untuk mengajar topik yang melibatkan peristiwa
sejarah secara kronologi.

Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah memahami dan
mengingat sesuatu peristiwa sejarah secara kronologi. Perkara ini disokong oleh John
Child dalam (Helena anak Jihes, 2018) yang menyatakan “Historians need to
understand chronology as a first step so they can work out why things happened’.
Dalam Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (KSSR), kemahiran memahami dan
membuat kronologi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS). Dalam konteks ini, kajian ini akan menyarankan
penggunaan peta pemikiran i-Think iaitu peta alir sebagai intervensi untuk mengingat
peristiwa sejarah secara kronologi.

Peta pemikiran i-Think merupakan alat berfikir yang dibangunkan dengan tujuan
untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif. Terdapat lapan
bentuk peta pemikiran yang dicadangkan iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih
Berganda, Peta Alir, Peta Dakap, Peta Pelbagai Alir, Peta Pokok dan Peta Titi. Setiap
peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri dan ia boleh disesuaikan
penggunaannya mengikut tajuk (KPM, 2012). Peta pemikiran i-Think ini boleh
digunakan untuk diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada
isi penting yang lainnya. Isi utama boleh di kembangkan sehingga menjadi nota atau
ranting pecahan kecil agar menjadi lebih mudah untuk difahami dan diingati
Berdasarkan lapan bentuk peta pemikiran tersebut, peta alir merupakan peta
pemikiran yang paling sesuai digunakan untuk memudahkan murid mengingat
peristiwa sejarah secara kronologi.

Berdasarkan pembacaan pengkaji tentang penggunaan peta pemikiran i-Think,


pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kajian ilmiah terdahulu yang
membicarakan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam PdP. Hasil dapatan
kajian-kajian lepas ini dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan idea dan
maklumat sebelum pengkaji melaksanakan kajian dan tindakan. Menurut (Normah bt
Zakaria, 2018), penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran boleh digunakan untuk
diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang
lainnya. Isi utama boleh di kembangkan sehingga menjadi nota atau ranting pecahan
kecil agar menjadi lebih mudah untuk difahami dan diingati.

Seterusnya, menurut (Noor Hidayu Mohd Rahim, 2016), melalui pembelajaran


menggunakan peta pemikiran i-Think murid boleh merangsangkan daya ingatan dan
kemahiran berfikir melalui gambar rajah yang dibuat. Tambahan lagi, melalui
penggunaan peta pemikiran i-Think ini juga murid-murid akan lebih berminat dan
pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. Selain itu, berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh (Andik Raden, 2009), beliau menyatakan bahawa melalui peta
pemikiran i-Think murid mudah untuk mengingati kembali fakta dan isi-isi penting. Oleh
itu, berdasarkan ketiga-tiga kajian ini dapatlah dibuktikan bahawa peta pemikiran i-
Think dapat membantu murid untuk mengingati fakta dan maklumat.

Antara semua penulisan tersebut, hanya Noor Hidayu sahaja yang


menghuraikan tentang peta alir. Menurut beliau, peta alir sebagai intervensi berjaya
membantu semua peserta kajiannya memahami dan menyelesaikan masalah dan
dapat membantu menjana pemikiran kreatif, di samping menggalakkan pembelajaran
yang bermakna. Walaupun banyak kajian lepas berkaitan peta pemikiran i-Think,
namun semuanya memfokuskan kepada peta pemikiran i-Think secara umum. Belum
ada lagi penulisan berkenaan peta alir untuk membantu murid mengingat peristiwa
Sejarah. Oleh itu, kajian ini akan mengisi kekosongan tersebut.
Justeru, kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji
keberkesanan penggunaan peta alir untuk meningkatkan kemahiran mengingat
secara kronologi kepada murid Tahun 5. Melalui kajian tindakan ini, guru dapat menilai
keberkesanan penggunaan peta alir semasa pengajaran tajuk Perjuangan
Kemerdekaan Negara 1957 dalam mata pelajaran Sejarah Tahun Lima. Di samping
itu, guru juga dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran mereka serta membantu
murid meningkatkan prestasi serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

1.2 KONTEKS
Pengkaji merupakan pelajar PISMP Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
(SK) Ambilan 2016 semester 7. Bagi semester ini, pengkaji perlu menjalani praktikal
selama 3 bulan iaitu 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang,
Melaka. Praktikal tersebut merupakan praktikal fasa terakhir sebelum menjalankan
internship di sekolah yang sama selama sebulan. Sewaktu praktikal ini, pengkaji telah
mengambil peluang untuk menyiapkan proposal kajian manakala laporan penulisan
terhadap peserta kajian telah dilakukan pada semester 8.

Sekolah tempat pengkaji berpraktikal dikategorikan sebagai sekolah bandar


kerana lokasinya tidak jauh dari pusat bandar Melaka iaitu antara 5.5 km sahaja. Dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu pula adalah kira-kira 4 km. Ibu
bapa murid-murid sekolah tersebut kebanyakannya bekerja kerajaan seperti guru dan
polis. Terdapat juga yang bekerja swasta seperti pegawai bank. Sekolah ini
mempunyai 78 orang guru serta 20 orang staf sokongan. Jumlah murid yang terdapat
di sekolah ini adalah 1200 orang. Kelas bagi sekolah ini dibahagikan kepada dua jenis
iaitu kelas Dual Language Programme (DLP) iaitu DLP 1 dan DLP 2 serta kelas biasa
yang terdiri daripada kelas Siantan, Melur, Cempaka dan Kenanga.

Semasa menjalankan praktikal, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar


subjek Sejarah bagi major dan subjek Pendidikan Jasmani bagi elektif. Bagi subjek
Sejarah, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar tahun 5 sebanyak satu kelas
iaitu 5 Siantan manakala tahun 4 sebanyak dua kelas iaitu 4 DLP 1 dan 4 Kenanga.
Bagi subjek Pendidikan Jasmani pula, pengkaji mengajar kelas tahun 2 sebanyak satu
kelas iaitu 2 Siantan.

Pengkaji telah menggunakan peluang sewaktu menjalankan praktikal untuk


mengumpul data bagi penulisan laporan kajian tindakan. Dalam menyiapkan tugasan
tersebut, pengkaji mempunyai banyak pilihan untuk memilih peserta kajian sama ada
dari tahun 4 atau tahun 5. Namun, setelah meneliti tajuk-tajuk dan refleksi PdP yang
lepas, pengkaji telah memilih murid tahun 5 Siantan sebagai peserta kajian. Hal ini
kerana, lebih mudah kepada pengkaji untuk mengenal pasti murid yang terpilih
sebagai peserta kajian dari satu kelas yang diajar sahaja iaitu kelas 5 Siantan. Jika
pengkaji memilih peserta kajian dari tahun 4, terdapat ramai pula murid yang perlu
dikenal pasti. Selain itu, tajuk yang dipilih dalam subjek Sejarah tahun 5 lebih
menekankan kemahiran mengingat secara kronologi peristiwa Sejarah.

Seterusnya, pengkaji telah memlih murid dari kelas 5 Siantan sebagai peserta
kajian. Kelas tersebut mengandungi 28 orang murid. Pengkaji telah memilih tajuk
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan yang terdapat dalam Unit: Lahirnya Sebuah
Negara Baru dalam subjek Sejarah tahun 5 sebagai tajuk kajian kes. Bagi pemilihan
peserta kajian pula, pengkaji memilih berdasarkan keputusan markah lembaran kerja
bagi tajuk tersebut yang diberikan selepas PdP dijalankan. Murid yang dipilih sebagai
peserta kajian adalah murid yang mendapat markah kurang dari 60 markah bagi
lembaran kerja yang dilakukan oleh mereka. Pada masa yang sama, pengkaji juga
perlu mendapatkan kerelaan mereka. Oleh itu, pengkaji telah memperoleh dua orang
murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang bersedia untuk menjadi peserta
kajian bagi tajuk Perjuangan Menuntut Kemerdekaan.

1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN-SWOT/5W1H


Mula dgn pgalaman/kaedah yg berjaya dilaksanakan dulu baru tulis
cabaran/masalah yg dihadapi-rujuk refleksi-tulis masalah dan bgi cdgn penyelesaian-
campur dgn tinjauan literatur, model/teori dsb

Mengimbas kembali pengalaman pengkaji menjalani praktikum di sekolah


selama tiga bulan, pengkaji mengajar mata pelajaran Sejarah kepada murid tahun 5.
Kelas yang dipertanggungjawabkan kepada pengkaji adalah kelas 5 Siantan. Untuk
menggalakkan murid aktif dan seronok dalam PdP, pengkaji sentiasa merancang
aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. Pengkaji percaya amalan ini berkesan
kerana menurut kajian yang dijalankan oleh (Azieyana Aziz & Christina Andi, 2018),
aktiviti pembelajaran aktif seperti pembelajaran koperatif lebih cenderung menarik
minat pelajar sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna. Oleh itu, pengkaji mengaplikasikan pembelajaran koperatif dengan
membentuk kumpulan kecil yang terdiri dari 5-6 orang murid. Dalam kumpulan,
mereka diminta untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang diberikan oleh guru
berdasarkan tajuk pada hari tersebut. Kaedah pembelaran koperatif ini berjaya
memberikan rasa seronok kepada murid serta menggalakkan penglibatan aktif murid
dalam PdP. (masalah wlaupun dh jumpa pnyelesaian)

Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa murid-murid mempunyai


satu masalah yang jelas iaitu mereka agak lemah dalam mengingat sesuatu peristiwa
Sejarah secara kronologi. Pengkaji telah memulakan sesi PdP dengan menjalankan
sesi soal jawab mengenai pengetahuan murid terhadap tajuk Perjuangan Menuntut
Kemerdekaan. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat menjawab
dengan betul di mana kronologi peristiwa yang dijawab adalah tidak tersusun.
(perhaluskan lg)-apa soalan yg dikemukakan, soalan guru sesuai atau tdk-aras, masa
menjawab, pengkaji reflek sendir-rujuk lembaran kerja.

Melalui temu bual bersama murid-murid, pengkaji mendapati bahawa murid


sukar untuk mengingat peristiwa sejarah secara kronologi berikutan kerana mata
pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang mempunyai pelbagai fakta seperti
tarikh, nama tokoh, nama tempat dan sebagainya. Menurut (Noria Munirah Yakub),
mata pelajaran Sejarah juga dilabelkan sebagai ‘mata pelajaran yang menghafal’ dan
menjadi salah satu punca murid kurang meminati dan menganggap Sejarah itu
membosankan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak suka terhadap mata
pelajaran Sejarah dan seterusnya menyebabkan murid menghadapi masalah untuk
mengingat sesuatu peristiwa sejarah secara kronologi. Dalam pada itu, murid yang
mempunyai pelbagai tahap kebolehan dan pencapaian menyukarkan mereka untuk
mengingat fakta yang dipelajari. Oleh yang demikian, murid yang lemah akan
ketinggalan dan tidak dapat mengingati fakta tersebut. Perkara ini selaras dengan
Gardner (2000) yang menyatakan setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui
aktiviti yang bersesuaian. (beri contoh soalan aras rendah yg diberi kpd murid)
msukkan pgalaman pengkaji mgikut rujukan.

Berdasarkan semakan terhadap lembaran kerja murid, pengkaji mendapati


bahawa murid-murid dapat menjawab soalan berkaitan nilai sivik dan
kewarganegaraan dengan baik. Namun, apabila tugasan lembaran kerja berkaitan
menyusun semula kronologi peristiwa perjuangan menuntut kemerdekaan, pengkaji
mendapati terdapat sebilangan murid tidak melengkapkan jawapan yang betul pada
ruangan yang disediakan. Terdapat juga jawapan yang yang tidak berkaitan dan
kurang relevan. (Perincikan lg soalan/jwpn apa) Murid-murid juga sering bertanyakan
jawapan kepada guru serta ada yang meminta untuk melihat jawapan dalam buku
teks. Hal ini menunjukkan bahawa mereka terlalu bergantung kepada guru dan buku
teks untuk mendapatkan jawapan. Selain itu, pada masa yang sama, semasa PdP
dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan murid tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran. Terdapat murid yang bermain di dalam
kelas dan mengusik rakan. Keadaan ini turut menyumbang kepada faktor mengapa
murid tidak dapat mengingati peristiwa sejarah. (cara guru kawal murid)

Pengkaji sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Oleh itu,
pengkaji cuba untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan kaedah
berbantukan komputer iaitu dengan menggunakan persembahan slaid powerpoint.
Dalam slaid tersebut, pengkaji menyelitkan gambar-gambar serta video berbentuk
montaj supaya murid dapat melihat dan memahami peristiwa sejarah yang dijelaskan.
Pengkaji juga telah menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi lain seperti
nyanyian, bermain dan bercerita bagi meningkatkan kemahiran mengingat murid. Hal
ini kerana, guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka berbanding
menggunakan kaedah tradisional seperti menghafal, berbincang dan bercerita
semata-mata. Menurut Sapie, Mohamad Fuad, Mohd Kamal Din, & Rekkeman Kusust
(2014), untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, guru perlu lebih kreatif dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pelajar.

Walaubagaimanapun, pengkaji masih lagi tidak berpuas hati kerana


sebilangan murid masih tidak boleh mengingat peristiwa sejarah. Melihat kepada sikap
dan pencapaian murid inilah membuatkan pengkaji perlu mencari jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menjadikan tajuk Perjuangan Menuntut Kemerdekaan sebagai tajuk
kajian pengkaji. Tajuk ini penting kerana murid perlu mengingati bagaimana proses
untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Perkara ini adalah satu pengetahuan asas
yang perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia. Pengkaji merasakan adalah
penting untuk melaksanakan kajian terhadap masalah in bagi mencari penyelesaian
terbaik di samping membantu memperbaiki amalan pengajaran harian untuk masa
yang akan datang.
Oleh itu sebagai bakal guru, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji untuk
memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri dan mengkaji kaedah-kaedah
yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah ini Salah satu strategi yang boleh
digunakan adalah menggunakan peta pemikiran I-think. Pengkaji mencadangkan
penggunaan peta alir bergambar sebagai satu intervensi bagi mengatasi masalah ini.
Peta alir merupakan salah satu daripada lapan jenis peta I-think. Penggunaan alat-alat
berfikir seperti peta I-think dilihat mampu membantu murid untuk mengingat kronologi
persitiwa sejarah. Hal ini selaras menurut (Nurhafizah binti Zaidi, 2017), teknik
mengajar menggunakan peta pemikiran I-think merupakan salah satu usaha dalam
pengukuhan pedagogi guru bagi mengubah mentaliti dan amalan lama.

Kesimpulannya, pengkaji akan menjalankan kajian mengenai penggunaan peta


alir bergambar untuk meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi
dalam kalangan murid Tahun Lima. Pengkaji mengharapkan kaedah yang digunakan
ini dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid di samping meningkatkan
motivasi mereka untuk mempelajari subjek Sejarah serta memudahkan murid untuk
memahami pengajaran yang disampaikan. Maka, pelaksanaan kajian tindakan
mengenai penggunaan peta alir bergambar merupaka usaha pengkaji untuk
membantu meningkatkan kemahiran mengingat secara kronologi kepada murid Tahun
Lima melalui mata pelajaran Sejarah. (Tambahkan reflek kpd guru)
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini merupakan fokus pelaksanaan kajian yang dijalankan ke atas
peserta kajian berkaitan penggunaan peta alir bergambar untuk meningkatkan
kemahiran mengingat secara kronologi kepada murid Tahun Lima melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Sejarah.

2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan peta alir bergambar dalam


meningkatkan kemahiran mengingat murid mengingat peristiwa sejarah secara
kronologi dalam kalangan murid-murid Tahun Lima. Peta alir merupakan salah satu
daripada lapan peta pemikiran. Berdasarkan kajian literatur yang dilakukan, pengkaji
mendapati bahawa peta alir sebagai intervensi berjaya membantu semua peserta
kajiannya memahami dan menyelesaikan masalah dan dapat membantu menjana
pemikiran kreatif, di samping menggalakkan pembelajaran yang bermakna (Noor
Hidayu Mohd Rahim, 2016). Melalui penggunaan peta alir dalam PdP Sejarah, murid
dapat merangsang daya ingatan dan kemahiran berfikir mereka dan menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan.

2.1.1 KEBOLEHTADBIRAN
Berdasarkan kriteria kebolehtadbiran, pengkaji mengambil kira aspek instrumen
dan masa. Kebolehtadbiran dari aspek instrumen bermaksud instrumen yang
digunakan oleh pengkaji adalah mudah untuk diukur dan dilhat hasilnya. Hal ini
berikutan kerana ujian pra dan pos, lembaran kerja, temu bual dan pemerhatian yang
dijalankan adalah bertepatan dan mudah untuk menilai sejauhmana penggunaan peta
alir dalam meningkatkan ingatan murid terhadap peristiwa sejarah secara kronologi
dalam kalangan peserta kajian. Melalui kriteria kebolehtadbiran terhadap instrumen
yang digunakan ini, pengkaji dapat melihat dan memantau peserta kajian dari aspek
penguasaan pengetahuan dan ingatan berkaitan tajuk perjuangan menuntut
kemerdekaan dan penilaian sebelum dan selepas penggunaan peta alir bergambar
yang dijalankan.

Kebolehtadbiran dari aspek masa pula bermaksud tempoh masa semasa


menjalankan kajian. Tempoh masa selama tiga bulan semasa menjalani praktikum
adalah bersesuaian untuk menjalankan kajian ini. Pelaksanaan penggunaan peta alir
juga dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sahaja dan tanpa melibatkan penggunaan
bilik-bilik lain seperti makmal komputer membolehkan kajian ini mudah untuk
ditadbirkan dan dilakukan. Hal ini kerana penggunaan peta alir bergambar disediakan
oleh guru sahaja dan kelas juga hanya berjalan mengikut rutin pengajaran harian
tanpa menjejaskan perjalanan proses PdP. Secara tidak langsung, pengkaji dapat
mengoptimumkan masa untuk membuat dengan sebaiknya melalui pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang berlangsung di dalam bilik darjah.

2.1.2 KEPENTINGAN
Kajian ini penting untuk dijalankan supaya dapat menilai keberkesanan
penggunaan peta alir dalam membantu murid mengingat peristiwa sejarah secara
kronologi. Kajian ini juga dilakukan supaya guru dapat menilai strategi atau kaedah
pengajaran terbaik yang boleh digunakan dalam mata pelajaran Sejarah terutamanya
bagi tajuk-tajuk yang khusus kepada sesuatu peristiwa yang perlu diingat oleh murid.
Hasil kajian ini juga dapat membantu guru untuk merancang kaedah pengajaran
mereka supaya PdP menjadi lebih menarik serta dapat menggalakkan guru untuk
menggunakan peta alir dalam PdP. Selain itu, kajian ini juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan tentang amalan-amalan pedagogi dalam pendidikan terutamanya dalam
bidang Sejarah. Hasil kajian ini juga penting kepada murid untuk mengingat peristiwa
secara kronologi dengan menggunakan peta alir.

2.1.3 KAWALAN
Kawalan yang dimaksudkan adalah bermaksud kajian yang dijalankan adalah
mudah untuk dikawal. Kajian ini mudah untuk dikawal kerana skop kajian yang kecil
iaitu yang merangkumi peserta kajian Tahun Lima sahaja dan daripada kalangan
murid pengkaji sendiri. Oleh itu, pengkaji dapat menjalankan kaedah penggunaan peta
alir bergambar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan
melibatkan semua peserta kajian.
2.1.4 KOLABORASI
Bantuan rakan guru/mmudahkan prbincgn dan rujukan pakar/sokongan pihak sekolah
Aspek kolaborasi pula bermaksud dalam proses pembinaan intervensi kajian, pengkaji
telah meminta
2.1.5 KERELEVENAN
Kerelevenanan kpd sekolah/guru-keperluan menangani masalah
Aspek kerelevenan kajian pula bermaksud tindakan penggunaan peta alir
bergambar yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kemahiran mengingat
secara kronologi kepada murid. Kajian yang dijalankan ini juga dapat menaikkan minat
murid untuk belajar kerana penggunaan peta alir yang digabungjalinkan dengan
elemen visual dapat memberi satu suasana pembelajaran yang menarik minat muri-
murid. Kerelevenan kajian ini juga dapat dilihat apabila peta alir bergambar ini juga
boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang lain dalam pengajaran mereka serta dalam
matapelajaran yang lain kerana penggunaan peta alir ini bersifat fleksibel. Guru-guru
boleh mengubahsuai gambar dan ayat penerangan megikut matapelajaran yang diajar
serta kemahiran yang ingin disampaikan dengan hanya menggunakan satu format
peta alir yang sama.
2.1.6 KEBOLEHGUNAAN
Boleh diaplikasikan dlm bidang tugas guru-instrumen/intervensi bleh digunakan dlm
plksanaan pdp-praktikal-fleksibel, sesuai dgn aras murid.
Kriteria terakhir dalam pemilihan fokus kajian adalah kebolehgunaan.
2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data awal yang digunakan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Antaranya ialah ujian,
analisis dokumen dan temu bual.

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari.
Sesuatu ujian itu disediakan adalah untuk menguji kognitif dan afektif murid.
Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik
tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan
yang telah diajar kepada pelajar. Ujian merupakan cara yang paling lazim digunakan
untuk menilai pengetahuan dan kemahiran peserta kajian. Pengkaji telah
melaksanakan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pos untuk menguji tahap
ingatan sebenar peserta kajian di samping untuk mengenal pasti masalah-masalah
yang mungkin timbul dalam tajuk peristiwa menuntut kemerdekaan. Ujian pra diberikan
selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk tersebut.
Ujian pos pula diberikan kepada peserta kajian selepas selesai sesi rawatan
iaitu selepas menggunakan peta alir bergambar. Soalan yang digunakan dalam ujian
pos adalah sama dengan soalan ujian pra. Hal ini bertujuan untuk membolehkan
pengkaji membuat perbandingan tahap pencapaian. Markah pencapaian peserta
kajian dalam ujian pra dan pos dibandingkan dalam bentuk jadual dan graf bar. Hal ini
membolehkan pengkaji melihat dan menganalisis perbezaan markah peserta kajian
sama ada berlaku peningkatan atau penurunan markah. Jika keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian
tercapai.

Temu bual atau dikenali dengan istilah interview adalah suatu proses interaksi
dan komunikasi dari dua orang atau lebih (Chua Yan Piaw, 2014). Kaedah ini dilakukan
untuk mendapatkan maklumat dengan bertanya secara langsung kepada responden.
Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji
meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Hal ini kerana
kebiasaannya dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat dipeolehi melalui
kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari individu. Rasional temu bual
ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian
terutamanya berkaitan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan teknik temu bual separa
berstruktur. Temubual separa berstruktur bermaksud soalan-soalan temu bual
ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah
berbentuk terbuka dimana ianya boleh dikembangkan mengikut budi bicara
penemubual dan responden. Rasional pengkaji melaksanakan teknik temubual separa
berstruktur adalah kerana ia memberi peluang kepada pengkaji untuk meneroka
secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta kajian mengambil masa
untuk berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya
sendiri. Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun
menyoal pengkaji. Menurut Shensul (1999) dalam (Rosnah Bt Yunus, 2016), temu bual
separa berstruktur ini adalah cara yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan
faktor-faktor dan subfaktor. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas
dan mengumpul hasil dapatan kajian. Semasa sesi temu bual, peserta kajian ditanya
berkenaan masalah yang dihadapi apabila mempelajari mata pelajaran Sejarah yang
berkhususkan kemahiran mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.
2.3 TINDAKAN
Untuk menyelesaikan kajian ini, pengkaji menggunakan model Kurt Lewin
sebagai panduan. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu
kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Kitaran kajian tindakan mengikut model
Lewin ini mempunyai empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
langkah terakhir adalah mereflek. Proses ini akan berterusan mengikut kesesuaian
masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam
perancangan, kitaran tersebut akan diteruskan. Berikut merupakan adaptasi daripada
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.

• Mengenal pasti • Bertindak


masalah murid mengikut
dan merancang rancangan
tindakan yang tindakan yang
sesuai untuk telah dirancang.
mengatasinya.
1) 2)
Merancang Bertindak

4) 3)
Mereflek Memerhati
• Membuat refleksi • Membuat
berdasarkan pemerhatian dan
pemerhatian dan data akan
dapatan analisa. dikumpul sewaktu
langkah ini.

Rajah di atas menunjukkan adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Lewin (1946)

Merujuk model ini, pada peringkat pertama iaitu merancang, pengkaji


memulakan dengan membuat refleksi ke atas masalah yang dihadapi sewaktu
menjalani praktikum terlebih dahulu. Daripada refleksi tersebut pengkaji akan
merancang apakah tindakan yang sesuai dengan menyediakan satu pelan tindakan
untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pelan tindakan pengkaji ialah dengan
menggunakan peta alir semasa PdP. Seterusnya pada peringkat kedua, pengkaji akan
bertindak untuk melaksanakan pelan yang dirancang. Selepas itu, pengkaji akan
membuat pemerhatian ke atas kemajuan tindakan yang dijalankan. Melalui
pemerhatian tersebut, pengkaji akan mengumpul data dan maklumat yang perlu
dikenal pasti. Peringkat terakhir adalah pengkaji akan membuat analisa dan mereflek.
Data akan dilaporkan dan dibuat refleksi.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM


Objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta alir
bergambar dalam meningkatkan kemahiran mengingat secara kronologi kepada murid
tahun lima.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


Objektif khusus kajian ini dijalankan untuk:
i. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta alir bergambar dalam
meningkatkan kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi kepada murid
tahun lima.
ii. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mengingat peristiwa sejarah secara
kronologi menggunakan peta alir bergambar.

3.3. PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, kajian ini akan menjawab persoalan-
persoalan kajian yang berikut:
i. Adakah penggunaan peta alir bergambar berkesan dalam meningkatkan
kemahiran mengingat peristiwa secara kronologi kepada murid tahun lima?
ii. Bagaimanakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan tahap pencapaian
murid dalam mengingat peristiwa sejarah secara kronologi.
4.0 PESERTA KAJIAN
Peserta kajian telah dipilih dalam kalangan murid tahun 5 Siantan Sekolah
Kebangsaan Jalan Datuk Palembang. Kelas tersebut mempunyai 27 orang murid dan
empat daripadanya telah dipilih sebagai peserta kajian. Peserta kajian ini telah dipilih
berdasarkan pemerhatian pengkaji, analisis dokumen dan tembual pengkaji bersama
peserta kajian. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang
murid perempuan. Jadual di bawah menunjukkan latar belakang peserta kajian.

LATAR PK A PK B PK B PK C
BELAKANG
PESERTA
KAJIAN
Jantina Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan
Bangsa Melayu Melayu Melayu Melayu
Agama Islam Islam Islam Islam
Jawatan di Murid biasa Murid biasa Penolong Ketua Murid biasa
Kelas
sekolah
Bilangan 4 orang 3 orang 5 orang 3 orang
adik
beradik
Anak 2 2 4 1
keberapa
Pekerjaan Jurutera Buruh binaan Bekerja sendiri Pegawai
bapa PETRONAS Pejabat Pos
Pekerjaan Berniaga Surirumah Pegawai Tadbir Surirumah
ibu
Mata Bahasa Bahasa Sains dan Bahasa Arab
pelajaran Malaysia Malaysia Bahasa Inggeris
kegemaran
Kebolehan Boleh Boleh Boleh Boleh
membaca
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih model Kurt Lewin (1948).
Menurut Rosinah Edinin (2011), Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran
terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
merefleksi. Rajah di bawah merumuskan bagaimana langkah kajian tindakan model
Kurt Lewin dijalankan.

Perancangan

Refleksi Tindakan

Pemerhatian

Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin, 1948

5.1.1 PERANCANGAN
Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila
masalah atau isu kajian telah dikenalpasti dan memerlukan prosedur supaya
perancangan yang tepat dapat digunakan. Melalui kajian ini, pengkaji dapat
mengenalpasti masalah atau isu iaitu murid tidak dapat mengingat kronologi peristiwa
perjuangan menuntut kemerdekaan. Oleh yang demikian, pengkaji memutuskan untuk
menggunakan peta alir bergambar sebagai rawatan yang akan digunakan kepada
semua peserta kajian. bagi membantu mereka mengingati kronologi peristiwa bagi
tajuk perjuangan menuntut kemerdekaan tersebut.

Peta alir ini mempunyai gambar berkaitan perjuangan menuntut kemerdekaan


yang boleh menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Peta alir tersebut juga mengandungi nota ringkas mengenai peristiwa menuntut
kemerdekaan berdasarkan gambar untuk memudahkan murid mengingati topik ini.
Dengan adanya bahan bantu mengajar ini, murid menjadi lebih fokus dalam
pengajaran dan pembelajaran dan menghilangkan rasa bosan sekali gus membuang
persepsi bahawa mata pelajaran Sejarah adalah tidak penting dalam kehidupan
mereka.

5.1.2 TINDAKAN
Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan. Langkah pertama dalam fasa tindakan adalah pengkaji
menjalankan temu bual bagi menilai pendapat dan pandangan murid tentang tajuk
Perjuangan Kemerdekaan dan mengenalpasti minat murid. Seterusnya, pengkaji
menjalankan ujian pra bagi mendapatkan peratusan kefahaman murid sebelum
penggunaan peta alir. Selepas ujian pra, pengkaji melakukan sesi rawatan dengan
menggunakan alat intervensi iaitu peta alir bergambar. Peserta kajian diperkenalkan
dengan peta alir bergambar oleh pengkaji semasa sesi rawatan. Gambar yang
terdapat dalam peta alir tersebut dapat memberi rangsangan kepada peserta kajian
untuk lebih mudah mengingati dan memahami tajuk peristiwa menuntut kemerdekaan.
Berikut adalah carta alir bagi tindakan yang dijalankan oleh pengkaji:

Langkah 1 Langkah 2
Menjalankan Menjalankan sesi temu
pemerhatian kepada bual dengan 4 peserta
murid-murid. kajian.

Langkah 4
Langkah 3 Melaksanakan sesi PdP
Sejarah dengan
Melaksanakan ujian pra
menggunakan peta alir
kepada 4 peserta kajian.
bergambar serta
melakukan pemerhatian.

Langkah 6
Langkah 5
Menjalankan sesi
Melaksanakan ujian pra
temubual dengan 4
kepada 4 peserta kajian.
peserta kajian.

5.1.3 PEMERHATIAN
Dalam fasa pemerhatian, pengkaji dapat melihat sejauh mana sesi rawatan
atau alat intervensi yang diperkenalkan dapat membantu peserta kajian mengingati
peristiwa menuntut kemerdekaan secara kronologi. Pada fasa ini juga pengkaji dapat
membuat perbandingan pencapaian keputusan ujian pra dan pos oleh semua peserta
kajian. Kesemua hasil maklumat yang diperoleh pengkaji dianalisis menggunakan
kaedah kualitatif naratif dan kuantitatif deskriptif. Setelah membuat perbandingan,
pengkaji mendapati markah ujian pos kesemua peserta kajian makin meningkat
berbanding ujian pra. Hal ini menunjukkan bahawa alat intervensi yang diperkenalkan
iaitu peta alir bergambar mampu meningkatkan kemahiran mengingat murid bagi tajuk
peristiwa sejarah.
5.1.4 REFLEKSI

5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA


Kaedah mengumpul data adalah penting untuk membantu pengkaji memperoleh
maklumat yang berguna dalam menjayakan penyelidikan kajian tindakan. Oleh itu,
pengkaji telah melakukan pengumpulan data sebelum dan selepas intervensi tindakan
dijalankan dengan mengenalpasti tiga kaedah pengumpulan data yang sesuai bagi
menjalankan kajian ini. Antara kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan dalam
kajian ini adalah kaedah ujian pra dan pos, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji
memilih instrumen pengumpulan data ini dengan berasaskan kesesuaian serta
keperluan instrumen dalam membantu pengkaji untuk mengumpul data bagi
menjalankan kajian.
5.2.1 UJIAN PRA DAN POS

5.2.2 PEMERHATIAN

5.2.3 TEMUBUAL

5.3 CARA MENGANALISIS DATA


Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai hasil dapatan analisis
6.0 DAPATAN KAJIAN
7.0 REFLEKSI
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
9.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai